Pemimpin Bagai Ibu Dan Ayah

Apabila mendapatkan pemimpin atau guru
Bukan sahaja mendapatkan ilmu
Tapi mendapatkan ibu dan ayah
Mendapat bapa yang pengasih dan mendapat ibu tempat bermanja
Lebih-lebih lagi pemimpin dapat pelindung
Dan tempat mengadu segala masalah
Bahkan peranan pemimpin dan guru
Lebih tinggi daripada peranan ibu dan ayah
Biasanya peranan ibu dan ayah
Memberi makan minum, menjaga kesihatan badan
Tapi guru lebih-lebih lagi pemimpin memberi ilmu
Tunjuk ajar, makan dan minum
Tempat berlindung, tempat kasih sayang dan bermanja
Tempat mengadu, tempat menyelesaikan masalah
Apabila dapat guru atau pemimpin
Tidak ada ibu dan ayah pun tidak mengapa
Pemimpin dan gurulah pengganti tempat ibu dan ayah
Segala persoalan hidup, pemimpin dan gurulah yang bertanggungjawab
Masih ada pelindung, masih ada tempat bermanja
Dan masih ada tempat kasih sayang
Guru-guru tidak bertanggungjawab sebagai guru
Kerana itulah banyak manusia yang terbiar
Ramai orang yang kehilangan tempat kasih sayang
Dan tempat bermanja
Terdedahlah perlindungan manusia
Padahal kehilangan tempat bermanja, kehilangan tempat kasih sayang
Dirasakan oleh manusia sangat terseksa
Kehidupan mereka terasa kosong sekalipun banyak harta
Jiwa resah dan gelisah sekalipun di dalam keadaan mewah
Kasih sayang tempat bermanja tidak boleh ditukar ganti
Kasih sayang tempat bermanja
Tidak boleh ditukar dengan wang ringgit, pangkat dan harta
Ia sangat diperlukan oleh manusia setiap masa
Sekalipun orang dewasa dan orang tua

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah