Rasa Takut Dengan Tuhan


Apabila aku naik kapalterbang, degup jantungku bergelombang
Takut  dan bimbang menyerang, jiwa tidak tenang
Fikiran tidak keruan datang
Pergantunganku dengan Tuhan kuat datang
Kalaulah rasa bertuhan dan takut kepada-Nya kekal datang,
Rasa kehambaan tidak kunjung padam seperti di atas kapalterbang,
alangkah indahnya
Semacam itulah yang Tuhan mahu berlaku kepada hamba-Nya
Di sini menunjukkan takut tidak selamat lebih kuat daripada takut kepada Tuhan
Padahal takut dengan Tuhan itulah yang Tuhan kehendaki
Tuhan lebih hebat daripada segalanya
Sekalipun kegoncangan kapalterbang
Tuhan dengan rahmat-Mu , berilah aku sedikit rasa takut dengan-Mu,
Rasa takutku dengan-Mu akan mensyafaatkan aku
Rasa  yang akan meredakan kemurkaan-Mu terhadapku
Takutku dengan-Mu Tuhan yang Kau  mahu
Ia lebih bernilai dari solat sunat

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah