Berhati-hatilah Kita Berperasaan


Siapa yang beribadah dan dapat membuat baik dia rasa hasil usahanya,
Bukan anugerah Tuhan,;dia syirik dengan Tuhannya
Dia membuat baik hasil kemampuannya, dia telah melupakan Tuhannya
Dia tidak beradab lagi dengan Tuhannya
Padahal usaha itu adalah kuasa dan kehendak Tuhannya
Segala-galanya adalah dari Tuhan yang berkehendak
Kehendak kita itu adalah kehendak Tuhan
Kalau Tuhan tidak berkehendak, kehendak kita itu tidak akan diciptakan
Kalau bukan kuasa Tuhan dan kehendak Tuhan, kita tidak akan berkehendak
Kita tidak akan berkehendak kalau bukan kehendak Tuhan
Kalau bukan kehendak Tuhan, usaha kita tidak akan ada
Ramai orang terperangkap dengan usaha-usahanya
Ramai orang syirik dengan Tuhan oleh usaha-usahanya
Begitulah seterusnya orang rasa berjaya dengan  kebolehannya, syirik dengan Tuhan
Orang merasa dengan kepandaiannyalah dia berjaya, syirik dengan Tuhan
Orang yang rasa beribadah dengan tenaganya, syirik dengan Tuhan
Kerana itulah Tuhan ajarkan kita apabila berjaya,
Bertasbih sucikan Tuhan, memuji-Nya dan meminta ampun kepada-Nya,
Supaya syirik bersih dari perasaan kita
Kerana syirik itu sangat halus datang di dalam hati
Adakalanya tanpa disedari, ia menyelinap di dalam jiwa
Kalau Tuhan tidak selamatkan kita, susah hendak elakkan syirik khafi
Berhati-hatilah kita berperasaan, agar ia tidak menipu kita

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah