Apakah Pengertian Nusyuz?


Bila dan bagaimanankah seseorang isteri itu dikira sebagai nusyuz?

— Seseorang isteri dikira nusyuz apabila dia ingkar atau menderhakai suaminya.

Contohnya:

  • Isteri mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain
  • Membenarkan lelaki ajnabi memasuki rumah tanpa izin
  • Meninggalkan rumah tanpa izin suami tanpa alasan yang munasabah
  • Tidak mahu tidur bersama bila diajak oleh suami tanpa sebab yang syariie
  • Tidak mahu mendengar atau mengendahkan kata-kata suami yang tidak bercanggah dengan syariat
  • Tidak memenuhi tanggungjawab sebagai isteri tanpa sebab yang munasabah

Dalam Seksyen 59 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (Akta 303), perkara-perkara berikut termasuk dalam istilah nusyuz:

  1. Apabila isteri menjauhkan dirinya daripada suaminya
  2. Apabila isteri meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya.
  3. Apabila isteri enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut hukum syarak.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah