Tabiat dan watak semula jadi manusia adalah mengenal Tuhan, mencintai dan takut kepada-Nya
Begitulah apa yang telah terjadi di alam arwah
Tapi manusia ini boleh hilang rasa cintanya dan takutnya kepada Tuhan
Dan terus hilang rasa bertuhan
Jika dari kecil lagi dia dipisahkan dengan Tuhannya
Ertinya apabila lahir sahaja ke dunia sudah tidak dikenalkan lagi kepada Tuhan,
Cinta dan takutnya sudah tidak ada
Sebagai contoh kita datangkan di sini untuk mudah difaham
Seorang bayi lahir-lahir sahaja diserahkan kepada seorang ibu angkat
Setelah dewasa atau tua barulah dikenalkan kepada ibunya yang sebenar
Dia boleh percaya bahawa itu adalah ibunya
Tapi kasih sayangnya kepada ibunya sudah tidak ada
Kerana dari kecil lagi terpisah tidah pernah diperkenalkan kepada ibunya
Begitulah kalau manusia itu dari kecil lagi tidak kenal Tuhan
Setelah dewasa atau tua barulah diperkenalkan kepada Tuhan
Dia percaya adanya Tuhan tapi cinta dan takut kepada Tuhan tidak ada
Begitulah merbahayanya manusia ini kalau tidak dikenalkan Tuhan dari kecilnya
Hanya dikenalkan setelah dewasa atau tua
Cinta dan rasa bertuhan tidak ada Rasa bertuhan tidak menghayati jiwanya
Kalaupun beribadah tidak memberi kesan apa-apa kepada peribadinya
Ibadah yang tidak dapat melahirkan akhlak yang mulia
Yang tidak boleh jadi benteng dari maksiat dan kemungkaran
Ibadah yang tidak boleh merubah perangai dari jahat kepada baik
Kerana itulah manusia perlu kenal Tuhan sejak kecil lagi
Agar bukan sahaja dia percaya Tuhan
Tetapi supaya dia cinta dan takut kepada-Nya
No comments:
Post a Comment