Buatlah Apa Sahaja Kerana Tuhan


Carilah  pangkat  bukanlah satu kesalahan
Tapi  biarlah kerana Tuhan dan untuk Tuhan
Mencari pangkat  kerana Tuhan,  kepentingannya untuk insan
Dari sini boleh timbulkan kasih sayang
Carilah kekayaan  supaya dapat diagih-agihkan  sesama insan
Tidak semua insan  mendapat kekayaan
Yang  tidak dapat dibela oleh orang-orang kaya
Di sini boleh  menjalinkan  kasih sayang sesama yang tidak  punya
Carilah  ilmu  ia adalah satu kewajipan
Carilah ilmu atas nama Tuhan, untuk Tuhan
Faedahnya nanti  dapat di manfaatkan sesama insan
Ia juga boleh  melahirkan kasih sayang
Tidak salah jadi  pemimpin, ia  diperlukan
Untuk membela  rakyat, semua lapisan
Tidak ada pemimpin,  rakyat tidak ada pembelanya
Terdedahlah rakyat kepada  kesusahan, orang jahat  ambil kesempatan .
Carilah apa sahaja, buatlah apa sahaja
Asalkan di halalkan oleh  Tuhan  dan  undang-undang
Setiap apa sahaja dibuat, kalau kerana Tuhan,
Semua golongan akan jadi selamat  dan menyelamatkan
Kalau buat apa sahaja  bukan kerana Tuhan,
Masing-masing nanti  akan mengambil  kesempatan
Mengambil kesempatan  berlaku kemarahan Tuhan
Di sini juga akan berlaku  perpecahan dan  permusuhan

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah