Peranan hati atau roh adalah merasa
Atau ia adalah perasaan yang berbagai-bagai rasa
Rasa-rasa itu samada positif atau nagatif sering datang silih berganti
Yang positif di antaranya: rasa malu, gembira, suka, senang, lapang, tenang, percaya, hina, rasa hamba
Yang negatifnya tentulah banyak pula
Di antaranya: sedih, pilu, benci, jijik, marah, meluat, dendam, dukacita, geram, dengki, takut, bimbang, curiga, hiba
Sifat yang positifnya hendaklah disuburkan
Ia sangat manfaat pada diri dan masyarakat
Ia selamat-menyelamatkan dunia Akhirat
Peranan akal lain pula sangat berbeza dengan peranan roh manusia
Peranannya: menerima ilmu, menerima pengalaman melalui saluran anggota badan
Melalui mata, telinga, lidah, sentuhan
Kemudian disimpan di dalam khazanah akal serta memproses, memperluas dan membuang yang tidak diperlukan
Setelah itu ilmu dan pengalaman yang tersimpan dikeluarkan apabila diperlukan
Perlu itu kerana hendak dilaksanakan, atau ditanyakan, atau untuk mengajar
atau untuk pemberitahuan
Peranan nafsu pula ia hanya berkehendak dan merangsang
Kehendak dan rangsangannya amat gelojoh dan rakus tanpa sempadan atau tidak ada batasnya
Kemahuannya luar biasa
yang halal mahupun yang haram dia tidak kira
Yang dibenarkan mahupun yang dilarang kalau boleh hendak dimilikinya
Orang suka atau tidak suka dia tidak peduli
Yang penting kemahuannya dapat atau berjaya
Kehendaknya terlalu banyak berbagai-bagai macam kemahuannya
Di antaranya kepada makan minum, pakaian, perempuan, kenderaan, tempat tinggal, perhiasan dan lain-lainnya
Setelah dapat bukan puas pula, mahu lagi, hendak lagi hingga mati
Sungguh buruknya kemahuan nafsu, tamak dan rakus tidak puas-puasnya
Bagaimana nafsu mengimplementasikan kemahuannya?
Dia gunakan akal memikirkan kepada apa yang dia kehendak
Akal pun mengeluarkan ilmu atau pengalaman untuk menjayakan kehendak nafsu
Nafsu pun akan menggunakan seluruh anggota badan berdasarkan ilmu melaksanakan kemahuan nafsu
Berjaya atau tidak terletak kepada kepandaian akal
Dan sejauh mana pula kemampuan badan
Jadi di sini kita faham badan lahir peranannya melaksanakan kehendak nafsu
Anggota lahir hanya menerima arahan nafsu
Anggota badan tidak mampu menolaknya
Kecuali sakit atau cacat atau lumpuh
Maka seluruh arahan nafsu tidak dapat ditunaikan
Kerana badan sudah tidak mampu berperanan
Begitulah peranan setiap anggota yang ada di dalam badan manusia
Samada anggota batinnya mahupun anggota lahirnya
Begitulah hakikat diri manusia
Faham ilmu yang telah dinyatakan tadi, maka fahamlah erti manusia
Itulah dia diri kita semua
No comments:
Post a Comment