Nasib Kita Terletak Di Tangan Tuhan


Nasib kita sebenarnya dari nafas ke nafas turun naik
Sama ada hidup atau mati, sihat atau sakit
Mendapat rahmat atau nikmat mahupun niqmah
Hendak mendapat bala dari nafas ke nafas yang silih berganti
Mendapat kegembiraan pun dari nafas ke nafas yang bertukar ganti
Mendapat kecelakaan pun dari nafas ke nafas dikeluar dan ditarik
Nasib kita silih berganti dari nafas ke nafas yang berlaku setiap hari
Berhenti nafas jawabnya mati
Sesak nafas perjalanan diri pun tidak normal lagi
Lemahnya manusia, nasibnya hanya ditentukan Tuhan dari nafas ke nafas sahaja yang berlaku setiap detik
Kalau tidak mati,₩ sakit yang terjadi
Atau berbagai-bagai lagi bala bencana yang datang silih berganti di dalam detik-detik nafas turun naik
Siapalah yang boleh menolak
Tiada siapa yang boleh menolak kejadian yang berlaku di dalam diri
Oleh itu manalah hebatnya manusia?
Cuma kita sahaja rasa hebat,
rasa-rasa sahaja, bukan realitinya
Rasanya ada kuasa, sebenarnya tidak ada apa-apa kuasa pada diri manusia
Tunduklah kepada Tuhan yang Maha Berkuasa!
Kuasa manusia adalah menggambarkan kuasa Tuhan dilihatkan pada diri manusia
Begitulah juga Tuhan melihatkan kuasa-Nya kepada makhluk-Nya yang lain

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah