Segala yang kita lihat seperti gunung-ganang dan lautan adalah ayat-ayat Allah
Di sana dapat dilihat kekuasaan dan kebesaran Allah, menjadi kecut perut dibuatnya
Yang dilihat dari itu ayat-ayat Allah yang bersifat rohaniah adalah perjalanan hati kita yang sangat ajaib
Tuhan boleh membolak-balikkan rasa dan perasaan hati kita setiap detik dan masa
Tanpa dapat kita kontrol dan mengawalnya
Patutlah dia hati penentu baik dan buruk manusia
Munasabahlah dia jadi raja di dalam diri manusia
Boleh melakukan dan menggunakan anggota lahir sebagai tenteranya membuat apa sahaja
Berdasarkan yang ia rasa yang sering sahaja bertukar ganti setiap masa dan ketika
Dia perintahkan nafsu yang berkehendak menggunakan anggota-anggota manusia mengikut rasa hati
Diperkotak-katikkannya anggota manusia semahu-mahunya
Badan susah dan letih tak usah dikira, terpaksa membuat kerja hati manusia
Hati di dalam diri manusia sebagai raja yang berkuasa
Nafsulah penguatkuasanya membuat apa sahaja
Di satu segi di sini dapat dilihat Maha Kuasanya Tuhan
Maha Pentadbir, Maha Besar dan Maha Hebatnya Dia
Di sudut yang lain kita dapat lihat begitu ajaibnya hati nurani manusia
Hati yang bertapak di dalam hati daging
Ia sangat berperanan ke atas diri manusia
Dialah yang menentukan baik buruknya manusia
Kerana itu jagalah hati selalu,
Fahamilah bisikannya positif atau negatif
Mintalah kepada Tuhan mentadbir hati kita dengan petunjuk-Nya
Agar Dia sentiasa memimpin kita ke jalan yang lurus
No comments:
Post a Comment