Setiap hari manusia menyuburkan mazmumahnya
Disiram, dibaja, digemburkan dan disuburkan
Yang aneh, pejuang-pejuang Islam juga turut ikut menyuburkannya
Tidak kurang juga para ulama ikut serta
Apatah lagi ahli-ahli politik, penyanyi-penyanyi dan artis-artis
Menghidupkan mazmumah sudah jadi budaya
Basahan hidup mereka setiap masa
Mereka suburkan mazmumah dengan berbagai-bagai cara
Dengan nama, dengan glamour, ingin pujian, ingin dipuja
Gila dunia, gila pangkat, cintakan harta, cinta betina, gila kuasa
Mengumpat orang, menghina sesama manusia, mengata-ngata di belakang
Dendam kesumat, hasad dengki, sakit hati
Menindas, menzalim, menganiaya, bertindak dengan semahu-mahunya
Aduh! Musnah hidup rumahtangga
Musnah hidup bermasyarakat di kalangan manusia
Manusia porak-peranda, kasih sayang berkecai, perpaduan punah
Keamanan sudah tidak wujud lagi disebabkan mazmumah
Manusia hidup di dalam ketakutan dan gelisah
Mana mahu lari, mazmumah manusia sentiasa memburu
Ke mana hendak pergi, mazmumah manusia sentiasa menunggu
Punah-ranah kehidupan manusia disebabkan mazmumah manusia
Bilakah mazmumah ini mati, agar manusia aman, bahagia
No comments:
Post a Comment