Orang Melayu

“...Orang Melayu jika ingin dihormati, disegani, disayangi kawan dan lawan, mesti kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Perjuangkan Islam, tegakkan syiar Islam, nescaya akan kembali disegani seperti zaman kegemilangan yang lepas.”

Jika perjuangkan bangsa Melayu semata, di negara ini bukan satu kaum atau bangsa sahaja. Sudah tentu akan ada yang terasa dan tersinggung jika perjuangkan bangsa sahaja. Namun jika perjuangkan Islam, tiada bangsa yang kecewa. Kerana bukan Melayu sahaja yang Islam. Kita ada India Muslim, Cina Muslim yang terdiri daripada pelbagai etnik di kalangan mereka, suku-suku lain juga yang turut beragama Islam.

Perjuangkan Islam, semua bangsa akan terbela. Tidak ada yang kecewa dan sakit hati. Yang tersiksa adalah golongan yang berkepentingan demi hawa nafsu mereka. Golongan ini tidak terikat dengan agama, bangsa, mahupun suku atau etniknya. Mereka ini hanya mengikut hawa nafsu semata. Merekalah penunggang agama, penunggang bangsa, penunggang masyarakat dan penunggang negara! Mereka boleh bergelak, bertepuk tampar sesama mereka, sedangkan pengikut mereka bergaduh dan bercakaran kerana berbeza fahaman dan ideologi. Ditunggang oleh sang penguasa yang gila dunia.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah