Kalau setiap detik dan waktu kita rasa bertuhan
Ke mana kita pergi dan berada rasa itu dibawa bersama
Terasa kita dilihat hingga ke lubuk hati kita
Terasa didengar-Nya hingga gerakan hati kita
Luar dan dalam batin kita diketahui-Nya
Kuasa-Nya tidak pernah lekang pada diri kita
Dia boleh buat apa sahaja dengan kehendak dan kuasa-Nya
Kalau dia berkata: sakit, sakitlah kita
Jika dia berkata sihat, sihatlah kita
Bila dia berkata nahas, nahaslah kita
Dia berkata patah, patahlah kita
Begitulah seterusnya Dia berkata pandai, pandailah kita
Hiduplah, matilah berlaku pada kita
Tentulah rasa takut dengan Tuhan setiap masa
Apabila takut dengan Tuhan, takut pula buat dosa
No comments:
Post a Comment