Tuhan! Apalah ada kuasa padaku
Kalaupun aku berusaha, ke arah kebaikan
Usahaku itu pun tertakluk di dalam kekuasaan-Mu
Ertinya aku tidak ada kuasa
Yang ada hanya kuasa-Mu
Kuasaku berlaku kerana bergantung dengan kuasa-Mu
Jika ada kuasaku, ertinya kuasa Engkau jugalah hakikatnya yang berlaku itu
Kuasa-Mu berlaku, Engkau gunakan kuasaku yang tidak ada kuasa sebagai perantaraan
Ertinya aku tidak ada kuasa sedikit pun
kalau bukan Engkau yang menggerakkan
Aku ibarat cincin di jari
Bergerak jari bergeraklah cincin
Kalau jari tidak bergerak, tidak bergeraklah cincin
Begitulah aku, kalau Engkau tidak gerakkan aku berusaha, tidak adalah usahaku
Usahaku berlaku, kerana adanya kuasa Engkau yang menggerakkan
Maka aku pun dapatlah berusaha
Usahaku yang tertakluk dengan kuasa-Mu
Itulah aku Tuhan, hamba-Mu yang tidak ada kuasa apa-apa
Maha Kuasa Engkau, Maha Agung Engkau
Bukan sahaja aku, bahkan semua makhluk tertakluk dengan kuasa Engkau,
kemudian mereka sombong, rasa ada kuasa
Mereka telah menzalimi diri mereka, menganggap ada kuasa
Mereka telah mensyirikkan Engkau dengan dirinya
No comments:
Post a Comment