Seorang tuan guru mengambil segenggam garam dan dimasukkan dalam cawan yang berisi air. Tuan guru meminta anak muridnya merasa air tersebut dan anak muridnya mengatakan air itu masin. Kemudian gurunya mengambil segenggam garam dan dicampakkan ke dalam tasik. Tuan guru sekali lagi meminta anak muridnya merasa air tersebut dan anak muridnya menyatakan air itu tawar. Kata tuan gurunya : begitulah hati manusia apabila hatinya sempit, ujian yang datang akan memberikan kesan (resah dan tidak tenang) pada hati mereka tetapi apabila hatinya lapang mereka tetap tenang dan tidak memberi kesan yang negatif pada hati mereka walau menerima apa jua ujian.
Bagaimana mendapat hati yang tenang :
1. Banyak bersyukur – sentiasa melihat nikmat yang kita ada bukan melihat kekurangan
2. Elakkan mengeluh – Jangan guna perkataan “kalau” kerana ia boleh hilangkan rasa ikhlas dan tidak redha dengan takdir Allah
3. Melupakan kesalahan orang lain – Memaafkan orang lain
4. Memohon kepada Allah (doa) – Hati kita adalah milik Allah
Apabila hati kita lapang / jiwa tenang :-
- Kawasan yang sempit akan jadi luas
- Perkara yang susah akan jadi senang
- Perkara yang bosan akan jadi terhibur
(Ustaz Muhammad Abdullah)
No comments:
Post a Comment