Nak Jaga Buah Pinggang


  •  Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi. Masaalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.
  • Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram
  • Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll
  • Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.
  • Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb 
  • Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb
  • Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei). Segala produk yang menggunakan tepung putih juga perlu dielakkan seperti roti dan pizza. Bacalah artikel saya berkenaan tepung putih di sini.
  • Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia, pewarna dan perisa.
  • Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa. 
  • Elakkan cokelat dan air milo. Gantikan Milo dengan horlick.
  • Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
  • Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu
  • Kurangkan atau lebih baik elakkan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. 
  • Elakkan tembikai dan tembikai susu
  • Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya. Elakkan dari memakannya adalah lebih baik.
  • Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
  • Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon) Tidak makan daging adalah lebih baik. Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.
  • Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
  • Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
  • Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
  • Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
  • Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
  • Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
  • Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
  • Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
  • Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
  • Elakkan jering, petai dan kerdas
  • Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.
  • Elakkan menonton bahan pornografi
  • Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
  • Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb
  • Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb
  • Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Kandungan bahan kimia Benzoyl Peroxide didalam tepung putih yang digunakan untuk memutihkan tepung iniadalah bahan kimia merbahaya. Sila baca artikel saya  Hidup lebih sihat tanpa tepung gandum putih (bleached).
  • Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri
  • Elakkan sayuran jeruk
  • Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
  • Elakkan telur masin dan telur itik
  • Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
  • Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong KongAustralia dan England (www.shenbing.org/shenbingzhishi/zixun04.asp)
  • Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
  • Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
  • Kurangkan makanan bersantan
  • Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto
  • No comments:

    Bumi Tuhan... Bersaksilah