Amalan pemakanan orang Gout

  1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Lebih elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing
  2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari. Didihkan teh misai kucing sekurang-kurangnya 10 minit.
  3. Makan peria dan peria katak
  4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan
  5. Susu tepung fullcream (bukan anelene, HL atau low fat). Sekiranya mampu susu segar lebih baik. Di pasaraya banyak dijual. 
  6. Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan
  7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb
  8. Buah Delima
  9. Epal hijau 2 biji seminggu
  10. Burung seperti burung puyuh dan merpati
  11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya
  12. Garam kasar menggantikan garam halus
  13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.
  14. Makan lebih banyak sayur-sayuran
  15. Makan kapsul HABBATUSSAUDA
  16. Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari. Sekiranya sudah mengambil minyak zaitun, tidak perlulah lagi mengambil minyak kelapa dara ini. Sekiranya sudah mengambil minyak kelapa dara, tidak perlulah lagi mengambil minyak zaitun.
  17. Amalan memakan biji buah tunjuk langit 3 biji sehari juga disarankan.
  18. Sekiranya dapat makan 5 biji melada pahit sehari juga disarankan

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah