DADAH HANDPHONE TEMAN DI KUBUR

Khutbah Jumaat (27/12/2019) Masjidil Haram Jumaat lepas.

DADAH HANDPHONE TEMAN DI KUBUR
 
Teks khutbah imam Masjidil Haram tentang bahayanya media sosial, ia panjang tapi bacalah pelan2, lepas tu bagilah pandangan berkaitan dgn apa yg sedang dibincang ini.

MUSIBAH AKHIR ZAMAN ?

Imam Masjidil Haram Asy-Syaikh Su’ud Asy-Syuraim ketika membaca khutbah Jumaat beliau berkata:

“Adakah kita tidak melihat perubahan dalam hidup kini setelah masuknya WhatsApp, Facebook, Instagram dan lain-lainnya dalam kehidupan kita?

Hal ini merupakan ghazwul fikri (perang pemikiran) yang menyerang akal, namun sangat sayang kita telah tunduk padanya dan kita telah jauh dari deen Islam yang lurus dan dari zikir kepada Allah Ta’ala.

Kita telah menjadi penyembah-penyembah dan penagih WhatsApp, Twitter, Facebook, Youtube, Instagram dan seangkatan dengannya.

Kenapa hati kita menjadi keras? Itu akibat seringnya kita melihat video yang mengasyik dan melalaikan dan juga kejadian-yang di share di WhatsApp.

Banyak perkara pelik-pelik dan hiburan di sana sini yang melalaikan.

Hati kita kini mempunyai kebiasaan yang tidak lagi takut pada sesuatu pun. Oleh itu hati mula mengeras seperti batu.

Kenapa kita berpecah belah dan kita putus tali persaudaraan?

Kerana kini silaturrahim kita hanya melalui WhatsApp saja, seakan-akan kita bertemu di alam maya sahaja setiap hari.

Namun bukan begini tatacara bersilaturrahim dalam agama Islam. Kita bongkak dengan diri kita, teknologi di hujung jari kita ada.

Kenapa kita sangat sering mengumpat, padahal kita tidak sedang duduk dengan seorang pun.

Itu kerana saat kita mendapatkan satu message yang berisi ghibah (umpatan) terhadap seseorang atau suatu kelompok, dengan cepat kita sebar ke group2 lain.

Dengan begitu cepatnya kita mengghibah (mengumpat), sedang kita tidak sedar berapa banyak dosa yang kita dapatkan dari hal itu setiap hari.

Sayang sungguh, kita telah menjadi penagih teknologi ini.

Kita makan, handphone ada ditangan kiri kita. Kita duduk bersama teman-teman, HP ada di genggaman.

Suami-isteri tidak bertegur. Isteri lupakan kebaikan suami. Terlalu sibuk dengan handphone di tangan.

Berbicara dengan ayah dan ibu yang wajib kita hormati, akan tetapi hand phone ada di tangan pula.

Sedang memandu, HP juga di tangan. Hinggakan anak-anak kita pun telah kehilangan kasih sayang dari kita, kerana kita telah berpaling dari mereka dan lebih mementingkan handphone.

Aku tidak ingin mendengar seseorang yang memberi pembelaan pada teknologi ini. Kerana sekarang, jika sesaat saja HP kita tertinggal betapa kita merasa sangat kehilangan.

Adakah perasaan seperti itu ada juga pada ketika solat dan tilawatul Quran?

Adakah kita yang mengengkari hal ini? Dan siapakah yang tidak mendapatkan perubahan negatif dalam kehidupannya setelah masuknya teknologi ini pada kehidupan seseorang muslim dan setelah menjadi ketagih?

Demi Allah, siapakah yang akan menjadi teman kita nanti di kubur? Apakah Handphone?

Mari kita sama-sama kembali kepada Allah, jangan sampai ada hal-hal yang menyibukkan kita dari tanggungjawab dan agama kita.

Kita tidak tahu berapakah sisa-sisa umur kita.

Jangan disembunyikan nasihat ini, agar tidak menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu.

Semoga handphone yang kita miliki adalah wasilah (alat) untuk kebaikan dan bukan wasilah dalam keburukan.

Wallahu a’lam…

Semoga Bermanfaat pada keluarga kita semua Aamiin

KAEDAH WUDUK BAGI PESAKIT YANG DITAMPAL JARUM


Soalan: Saya menerima rawatan di hospital dan saya dipasangkan jarum di atas tapak tangan saya untuk dimasukkan drip air dan ubat. Saya juga dipasangkan pelekat sokongan bagi jarum itu. Bagaimanakah wuduk saya? Adakah saya boleh menyapu sahaja air di atas pelekat sokongan itu?

Jawapan: Saudara perlu menilik kepada keadaan tempat yang ditampal. Jika boleh dicabut dan tidak mendatangkan mudarat, maka hendaklah dicabut dan mengambil wuduk seperti biasa. Jika sebaliknya yakni mendatangkan kesakitan dan lebih parah maka bolehlah disapu air di atas pelekat itu seperti hukum sapuan atas jabirah (balutan luka) dan bertayammum sebagai ganti wuduk anggota luka.

Disyaratkan hendaklah ketika memasang jabirah itu:

  1. Orang yang terbabit berada dalam keadaan taharah. Yakni sudah mengambil wuduk sebelum itu. Ini diqiyaskan dengan hukum sapuan di atas khuf (stokin/kasut kulit). Jika jabirah dipasang bukan dalam keadaan taharah dengan air maka hendaklah tetap melakukan solat fardu, tetapi tidak boleh menjadi imam dan solat itu hendaklah diqadha'kan setelah sudah sembuh atau tidak memerlukan jabirah.
  2. Solat juga diqadha'kan, jika tampalan jarum pada bahagian yang sihat secara berlebihan, tidak hanya sebagai istimsak (sokongan bagi bahagian yang sakit).
  3. Begitu juga jika sakit itu pada anggota tayammum yakni muka dan tangan sehingga ke siku.

Ini yang muktamad dalam mazhab al-Syafie.

Bagaimana un, mengikut mazhab Maliki, Hanafiah, Hanabilah dan pendapat syaz dalam mazhab Syafie seperti kata Imam Nawawi, jabirah tidak semestinya dipasang ketika taharah untuk mendapatkan rukhsah tidak perlu diqadha’kan kerana ianya sangat susah secara realiti.

Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (15/108-109)

 

Justeru, jika di sana terdapat masyaqqah (kesukaran dan kepayahan) bagi pesakit, da ia berlangsung secara lama bolehlah bertaqlid kepada mazhab Malik dalam hal ini. Ini juga merupakan pendapat yang dipilih oleh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Fiqh al-Mu`asirah (1/194). Bahkan menurut sebahagian ulama tidak perlu juga untuk melakukan tayammum sebagai ganti tempat wuduk yang tidak dibasuh.

Kami berpendapat jika hanya rawatan biasa yang memerlukan memasang jarum dan tampalan penguatnya pada anggota wuduk hanya beberapa jam, atau beberapa hari, bolehlah disapu air dan dilakukan tayammum, dilaksanakan solat fardu, dan diqadakan apabila sudah sembuh jika ditampal pada bukan pada waktu taharah. Namun jika rawatannya mengambil masa yang lama, dan mendatangkan kesukaran kepada pesakit, bolehlah bertaqlid kepada mazhab lain dengan hanya menyapu air atas balutan, tanpa perlu melakukan tayammum, dan tidak perlu diqadha’. Mereka berdalil zahir riwayat yang mauquf pada Ibn Umar R.anhuma yang disebut oleh Imam al-Baihaqi dan dinaqalkan juga oleh Imam al-Nawawi dalam al-Majmu’ (2/324-325) :

أَنَّ ابْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا تَوَضَّأَ وَكَفُّهُ مَعْصُوبَةٌ فَمَسَحَ عَلَيْهَا وَعَلَى الْعِصَابَةِ وَغَسَلَ مَا سِوَى ذَلِكَ

Maksudnya : Sesungguhnya Ibn Umar R.anhuma berwudhuk dan tangannya dalam keadaan berbalut, lalu dia menyapu (air) ke atas tangannya serta ke atas balutan, serta membasuh yang selainnya.

Berkata Imam al-Baihaqi: “Dan riwayat ini sahih daripada Ibn Umar.”

Wallahua'lam


https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/970-al-kafi-561-kaedah-wuduk-bagi-pesakit-yang-ditampal-jarum

 

Anak-anak

Imam Ghazali berkata: 

“Anak adalah amanah Allah bagi kedua-dua orang tuanya. Hatinya (anak) berkilau bagaikan mutiara yang indah, bersih daripada setiap coretan atau lukisan, menerima setiap ukiran, cenderung ke mana saja yang diarahkan. Jika dibiasakan belajar dengan baik, ia akan tumbuh menjadi baik, beruntung di dunia dan di akhirat. Kedua-dua orang tua, semua guru, pengajar dan pendidiknya sama-sama akan mendapat pahala. Dan jika ia dibiasakan melakukan keburukan dan diabaikan sebagaimana mengabaikan haiwan, ia akan celaka dan rosak, dosanya menimpa pengasuh dan orang tuanya.”

Punca Gout

1. Tidak cukup minum air sehari iaitu kurang dari 2L sehari
2. Gemar sangat makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram
3. Gemar makan buah-buahan jeruk
4. Gemar makan mee segera
5. Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa
6. Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai.
7. Gemar dan kerap minum teh kedai



8. Gemar dan kerap makan cokelat dan Milo dan segala sejenisnya. Ingatlah bahawa saya alhamdulillah sembuh dari gout setelah akhirnya meninggalkan tabiaat minum air MILO.
9. Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dengan kuantiti yang banyak.
10. Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu
11. Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin dan telur itik.
12. Kerap dan banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
13. Kerap dan banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lainnya
14. Terlalu kerap makan masakan kari
15. Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.
16. Kerap makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
17. Menonton bahan pornografi
18 Kerap mengambil ubat pain killer
19. Gemar makan dan kerap fastfood seperti burger dsbnya
20. Mengambil supplement
21. Kerap makan roti gandum putih dan juga makanan yang diperbuat dari tepung gandum putih

Nak Jaga Buah Pinggang


  •  Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi. Masaalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.
  • Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram
  • Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll
  • Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.
  • Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb 
  • Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb
  • Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei). Segala produk yang menggunakan tepung putih juga perlu dielakkan seperti roti dan pizza. Bacalah artikel saya berkenaan tepung putih di sini.
  • Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia, pewarna dan perisa.
  • Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa. 
  • Elakkan cokelat dan air milo. Gantikan Milo dengan horlick.
  • Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
  • Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu
  • Kurangkan atau lebih baik elakkan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. 
  • Elakkan tembikai dan tembikai susu
  • Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya. Elakkan dari memakannya adalah lebih baik.
  • Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
  • Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon) Tidak makan daging adalah lebih baik. Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.
  • Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
  • Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
  • Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
  • Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
  • Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
  • Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
  • Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
  • Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
  • Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
  • Elakkan jering, petai dan kerdas
  • Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.
  • Elakkan menonton bahan pornografi
  • Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
  • Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb
  • Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb
  • Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Kandungan bahan kimia Benzoyl Peroxide didalam tepung putih yang digunakan untuk memutihkan tepung iniadalah bahan kimia merbahaya. Sila baca artikel saya  Hidup lebih sihat tanpa tepung gandum putih (bleached).
  • Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri
  • Elakkan sayuran jeruk
  • Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
  • Elakkan telur masin dan telur itik
  • Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
  • Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong KongAustralia dan England (www.shenbing.org/shenbingzhishi/zixun04.asp)
  • Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
  • Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
  • Kurangkan makanan bersantan
  • Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto
  • Amalan pemakanan orang Gout

    1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Lebih elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing
    2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari. Didihkan teh misai kucing sekurang-kurangnya 10 minit.
    3. Makan peria dan peria katak
    4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan
    5. Susu tepung fullcream (bukan anelene, HL atau low fat). Sekiranya mampu susu segar lebih baik. Di pasaraya banyak dijual. 
    6. Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan
    7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb
    8. Buah Delima
    9. Epal hijau 2 biji seminggu
    10. Burung seperti burung puyuh dan merpati
    11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya
    12. Garam kasar menggantikan garam halus
    13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.
    14. Makan lebih banyak sayur-sayuran
    15. Makan kapsul HABBATUSSAUDA
    16. Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari. Sekiranya sudah mengambil minyak zaitun, tidak perlulah lagi mengambil minyak kelapa dara ini. Sekiranya sudah mengambil minyak kelapa dara, tidak perlulah lagi mengambil minyak zaitun.
    17. Amalan memakan biji buah tunjuk langit 3 biji sehari juga disarankan.
    18. Sekiranya dapat makan 5 biji melada pahit sehari juga disarankan

    marker permenent kat whiteboard????

    Masalah : 
    Keadaan papan putih yang penuh noda dan cela kesan pen marker yang agak serius dan tak mampu dihilangkan menggunakan pemadam biasa

    Cara mengatasi: 
    Ubat gigi, tuala & air

    Hasil keseluruhan : 
    Sangat memuaskan. Keadaan papan putih yang tak berapa putih kembali bersih. Cuma kesan calar-balar tak dapat dihilangkan sepenuhnya

    Info tambahan : 
    1. Elakkan mengguna cecair thinner untuk mencuci papan putih. Ini kerana cecair tu akan menghakiskan lapisan kilat pada papan putih.
    2. Saya dapat petua ni dari google. Setakat yang saya dh cuba, tiada masalah untuk menulis dan memadam tulisan pada papan putih yang dh dicuci. 
    3. Masalah lain yg mungkin timbul dari penggunaan ubat gigi ni, tak dapat saya pastikan sebab saya insan yang lemah, hanya mampu berserah!🤭🤭😁😁

    Kisah 9 sahabat

    Berdasarkan Kitab Tarikh Melayu yang ditulis pada tahun 1899 oleh Al-Imam Al-Habib Abdur Razzaq bin Musthafa Al-Husaini, dikatakan bahwa: 

    _"Agama Islam masuk ke Negeri Sembilan Darul Khusus Malaysia sudah ada sejak zaman Rasulullah yaitu sekitar tahun 629 Masehi. Pada saat itu Rasulullah memerintahkan sembilan para sahabat untuk mendakwahkan Agama Islam di Timur Jazirah Arab,  yaitu di Tanah Melayu sekarang ini."_

    Sembilan Sahabat Nabi Muhammad yang diperintahkan berdakwah ke Tanah Melayu adalah:
    1. Asy-Sumaisi (Sahabat Nabi),  berdakwah ke Tanah Melayu, menemukan dan menamakan pertama kali daerah JELEBU. Sekitar tahun 629 Masehi. 

    2. Ikrimah bin Abu Jahal (Sahabat Nabi), setelah masuk Islam,  turut berdakwah sampai ke Tanah Melayu dan menemukan dataran Johol,  sekitar tahun 632 Masehi. 

    3. Anas bin Malik (Sahabat Nabi), melakukan ekspedisi dakwah ke tanah melayu,  dan menemukan serta menamakan daerah JOHOR DARUN NA'IM. Pada tahun 630 Masehi. 

    4. Jabir bin Abdullah (Sahabat Nabi), berdakwah Islam di tanah Melayu, menemukan dan menamakan pertama kali KEDAH DARUL AMNI,  tahun 631 Masehi. 

    5. Abdullah bin Umar bin Khattab (Sahabat Nabi), berdakwah ke Tanah Melayu, menemukan dan menamakan KELANTAN DARUN NA'IM. 

    6. Abu Said Al-Khudri (Sahabat Nabi),  mendakwahkan Islam di Tanah Melayu,  menemukan dan menemakan TERANGGANU DARUL IMAN,  pada tahun 631 Masehi. 

    7. Arqam bin Abi Arqam (Sahabat Nabi), melakukan dakwah Islam sampai ke Tanah Melayu,  menemukan dan menamakan PAHANG DARUL MAKMUR, pada tahun 630 Masehi. 

    8. Abu Ya'la Syaddad bin Aus (Sahabat Nabi), berdakwah di Tanah Melayu, menemukan dan menamakan SELANGOR DARUL IHSAN. Pada tahun 630 Masehi. 

    9. Imam Ali bin Abi Thalib,  melakukan dakwah Islam di Tanah Melayu, menemukan dan menamakan NEGERI PERLIS INDRA KAYANGAN,  selepas Beliau menemukan Tanah GARUT di Jawa Barat Indonesia. Pada tahun 630 Masehi. 

    10. NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS,  ditemukan tahun 633 karena sembilan sahabat Nabi bertemu di Negeri ini. Lalu mengembangkan dakwah,  dan akhirnya kembali ke Madinah. 

    _(Referensi Kitab Tarikh Melayu,  Karya Al-Imam Abdur Razzaq bin Musthafa Al-Husaini, page 117, tahun 1899)_

    9 orang sahabat Rasulullah saw yang diamanahkan ke tanah melayu oleh baginda Rasulullah saw.

     https://youtu.be/gNEYOLDW5qs

    Islam Agama Selamat Dan Menyelamatkan


    Islam adalah selamat dan menyelamatkan
    Setiap orang disuruh menyelamatkan diri daripada sebarang kemungkaran
    Juga disuruh orang lain selamat daripada kemungkaran
    kerana itulah disuruh nasihat-menasihati
    Setiap orang tidak dibenarkan diganggu dan tidak boleh pula mengganggu orang
    Setiap orang tidak boleh melakukan gejala masyarakat kerana ia menyusahkan
    Kalau ada orang yang berbuat perlu mendapat teguran
    Jika mereka melakukan juga perlu dihalang tidak boleh dibenarkan
    Keselamatan umum kenalah setiap orang menjaga dan bertanggungjawab
    Kerajaan bertanggungjawab rakyat juga ikut bertanggungjawab
    Jaga-menjaga daripada sebarang gejala yang merosakkan kehidupan dan perpaduan
    Yang merosakkan itu adakalanya sistem yang dilagang
    Adakalanya masyarakat rosak oleh sistem tapi tidak perasan
    Sistem yang merosakkan sangat tersirat payah dikesan
    Kerana itulah melahirkan sistem kenalah berhati-hati jangan sampai merosakkan
    Kerosakan masyarakat hingga tergugat keselamatan kerana sikap setiap orang
    Sikap jahatnya itulah membawa kerosakan di dalam kehidupan
    Di sini baru kita faham keselamatan tergugat ada dua sebab
    Sebab sistem dan sebab sikap perangai buruk orang ramai
    Apabila keselamatan tergugat hidup huru-hara dan bencana
    Huru-hara adalah melahirkan kegelisahan dan ketakutan
    Semua golongan mendapat kesusahan dan penderitaan
    Jagalah keselamatan umum agar masyarakat aman dan tenang
    Buatlah sistem yang selamat dan menyelamatkan
    Bersikap baiklah agar ia selamat dan menyelamatkan kehidupan
    Kalau sikap dapat dibetulkan dan sistem itu baik dapat mengawal keselamatan
    Sungguh indah hidup ini, sungguh bahagia jiwa rasanya
    Marilah kita jadi manusia selamat dan menyelamatkan
    Dengan cara membaiki diri dan sistem yang sudah rosak ini

    Jantung

    Jadilah bagai Jantung yang tidak terlihat, Tetapi terus berdenyut setiap saat hingga kita terus dapat hidup, berkarya dan menebar manfaat bagi sekeliling kita sampai diberhentikan oleh NYA

    Bakhil pemurah

    Ramai orang yang merasakan dirinya boleh menjadi seorang yang pemurah apabila telah kaya. Tetapi setelah kaya, pelbagai alasan diberikan untuk tidak membantu orang lain. Hakikatnya, orang kaya sekalipun kalau hatinya masih bakhil dia tidak akan membantu orang lain.

    Sesungguhnya, sifat pemurah bukan ditentukan oleh banyak atau sedikitnya harta, tetapi oleh hati yang pemurah!

    Sedekah dan infaklah

    Bersedekahlah seikhlasnya.

    Dalam kemewahan berbelanja dengan rakusnya berkeborosan tampa sedikit rasa keterkilanan disudut hati.

    Ada insan yang memohon sedikit simpati untuk menyambung kehidupan dengan sekadar sesuap makanan dan seteguk air.

    Kerana dihimpit kemiskinan dalam menjalani liku liku perit jerih dibumi pusaka bonda sendiri.

    Ayuh para pembenci kefakiran!
    Hamparkan sumbangan buat mereka menyambung nafas kedaifan di celah celah kemiskinan moden.

    Suara Kerinduan

    Suara Agung Kerinduan🌹

    Suatu masa, Bilal minta izin pada khalifah untuk pergi jauh tinggalkan Madinah. Di tanyakan mengapa?
    Bilal ratapi buat terakhir kali Madinah di mana suatu saat dia dan Rasulullah berkongsi segala kenangan di Madinah.

    Lama sungguh Bilal tinggalkan Madinah dan menetap bersama keluarga di Syria. Perit bagi Bilal untuk melupakan kenangan yang ada bersama Rasulullah SAW. Sekian lama Bilal meninggalkan Madinah, suatu hari, Rasulullah muncul di dalam mimpi Bilal. "Wahai Bilal! Alangkah kerasnya hatimu, mengapa engkau tidak mengunjung tiba menziarahi aku?"

    Tersentak Bilal lalu terjaga dari tidur dengan derai air mata yang deras! Sehingga terjaga ahli keluarga Bilal. Bilal menceritakan segala yang terjadi di dalam mimpinya tadi. Lalu ahli keluarganya menyuruh Bilal menziarahi Rasulullah.

    Bilal bersama tunggangannya, menangis tanpa henti. Kalau boleh Bilal nak terus meneruskan perjalanannya untuk cepat sampai ke Madinah. Bilal takut di tinggalkan oleh Rasulullah SAW😞

    Setelah beberapa hari, Bilal tiba di maqam Rasulullah. Suaranya yang telah kehilangan akibat raungan tangisannya sepanjang perjalanan. Lalu memberi salam, "Asalamualaika Ya Rasulullah."😭😭😭
     Bilal masih tidak berhenti menangis.

    Tiba-tiba datang amirul mukminin, menerpa Bilal daripada belakang. Saidina Abu Bakar memujuk Saidina Bilal hingga reda sebentar tangisan Bilal.

    "Bilal, alang kamu sudah berada di sini. Azankan untuk kami Bilal,"
    -sapa Amirul mukminin.

    "Tidak wahai amirul mukminin,"
    -tolak Bilal.

    "Azanlah Bilal kami rindu suara azan kamu itu,"- sapa Saidina Umar pula.

    Saidina Bilal menggeleng..

    Tiba-tiba datang dua permata kesayangan Rasulullah. Hasan dan Husin.
    "Pakcik Bilal, azanlah sebagaimana masa zaman datuk kami masih ada,"

    Di peluk dua orang cucu kesayangan Rasulullah, di ciumnya.

    "Sebentar tadi baru ku tolak permintaan Khalifah dan Saidina Umar. Aku takut untuk menolak permintaan kalian, aku takut nanti aku di tinggalkan Rasulullah,"

    Bilal naik ke menara, di ratapi satu persatu tempat kenangan bersama Rasulullah, sambil air matanya mengalir laju. 

    "Allahu Akbar, Allahu Akbar!"

    Terdiam penduduk Madinah mendengar suara azan itu.😳😳
    Bahkan ada yang bangkit dari tidur yang lena.

    "Allahu Akbar, Allahu Akbar!"

    Riuh satu Madinah, keluar seisi rumah di setiap pelusuk Madinah.

    "Asyhadu ala ila haa illallah!"

    "ABU I'SA RASULULLAH?!"
    -apakah Rasulullah di bangkitkan semula-😳😳😳

    "Asyhadu ala ila haa illallah!"

    Tangisan kota Madinah kian pilu. Menggamit kenangan mereka bersama Rasulullah.

    Saidina Abu Bakar, Saidina Umar..
    Mengalir air mata dua orang sahabat ini. Satu Madinah di banjiri oleh air mata tangisan kerinduan.
    Suara agung itu kembali lalu mencetuskan satu situasi yang tercatit sebagai satu sejarah buat umat akhir zaman.

    "Asyhadu anna MUHAMMAD RASULULLAH!"😭

    Tersungkur Bilal tak dapat meneruskan azannya lagi. Di sambut dua orang sahabat. "Mengapa Bilal?"

    "Waktu tengah azan hingga aku menyebutkan nama kekasihku, aku terlihat kelibat Rasulullah keluar dari rumah untuk solat berjemaah bersama kita,"😞

    "Aku rindu Rasulullah,
    Aku rindu Rasulullah,
    Aku rindu Rasulullah."😔😔

    Berlinangan air mata sahabat dan seluruh warga kota Madinah pabila suara agung itu kembali pulang menghantui kerinduan buat junjungan besar Muhammad SAW.

    🌹🌹🌹🌹🌹

    Allahumma Solli Ala Muhammad🌹😔

    🌾🌾🌾🌾🌾🌾
    اللهم صل وسلم على سيدنامحمد

    Ketenangan yang bagaimana?

    Seorang tuan guru mengambil segenggam garam dan dimasukkan dalam cawan yang berisi air. Tuan guru meminta anak muridnya merasa air tersebut dan anak muridnya mengatakan air itu masin. Kemudian gurunya mengambil segenggam garam dan dicampakkan ke dalam tasik. Tuan guru sekali lagi meminta anak muridnya merasa air tersebut dan anak muridnya menyatakan air itu tawar. Kata tuan gurunya : begitulah hati manusia apabila hatinya sempit, ujian yang datang akan memberikan kesan (resah dan tidak tenang) pada hati mereka tetapi apabila hatinya lapang mereka tetap tenang dan tidak memberi kesan yang negatif pada hati mereka walau menerima apa jua ujian.

    Bagaimana mendapat hati yang tenang :
    1. Banyak bersyukur – sentiasa melihat nikmat yang kita ada bukan melihat kekurangan
    2. Elakkan mengeluh – Jangan guna perkataan “kalau” kerana ia boleh hilangkan rasa ikhlas dan tidak redha dengan takdir Allah
    3. Melupakan kesalahan orang lain – Memaafkan orang lain
    4. Memohon kepada Allah (doa) – Hati kita adalah milik Allah

    Apabila hati kita lapang / jiwa tenang :-
    - Kawasan yang sempit akan jadi luas
    - Perkara yang susah akan jadi senang
    - Perkara yang bosan akan jadi terhibur

    (Ustaz Muhammad Abdullah)

    zuhud

    Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab: aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh. Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat. Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH.

    Rintihanku


    Ya Allah, Ya Rabbi dengarlah tangisan hatiku
    Hambamu yang hina ini
    Terimalah taubatku hambaMu yang banyak bersalah ini
    Ampunkan dosa-dosaku

    Engkaulah yang Maha Pengasih
    Engkaulah yang Maha Penyayang
    Engkaulah yang Maha Pengampun
    Engkaulah penerima taubat

    Rintihanku dengarlah deritaku kerna dosaku
    Pengaduanku terimalah, janganlah kecewakanku , permintaanku
    Deritaku dengan dosa dan noda
    Di atas perbuatanku yang telah terlanjur
    Aku memohon dengan rahmatMu Tuhan
    Ampunkan dosa-dosaku

    Aku mengadu padaMu Tuhan
    Engkau adalah tempat mengadu
    Tiada siapa dapat mengampunkan
    Kecuali Engkau wahai Tuhan

    Aku telah menyesal
    Di atas perbuatanku
    Terimalah taubatku pimpinlah aku
    Ku telah derita aku telah tersiksa
    Jadikan ketakutanku mensyafaatkanku (di akhirat nanti)

    RAHSIA SURAH ALKAUTSAR


    BISMILLAHIR RAHMA NIRRAHIM 

    INNA A'TTOINA KALKAUTSAR
    FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
    INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR

    SURAH INI PALING PENDEK,

    HANYA MENGANDUNGI 3 AYAT 

    DAN DITURUNKAN DI MAKKAH DAN 

    BERMAKSUD SUNGAI DI SYURGA, 

    KOLAM SUNGAI INI DIPERBUAT DARIPADA BATU PERMATA NAN INDAH DAN CANTIK.

    RASANYA LEBIH MANIS DARIPADA MADU,

    WARNANYA PULA LEBIH PUTIH DARIPADA SUSU DAN

    LEBIH WANGI DARIPADA KASTURI.

    SURAH INI DISIFATKAN SEBAGAI SURAH PENGHIBUR HATI NABI MUHAMMAD 

    KERANA DITURUNKAN KETIKA BAGINDA BERSEDIH ATAS KEMATIAN 
    DUA ORANG YANG DIKASIHI

    IAITU ANAK LELAKINYA IBRAHIM DAN 

    BAPA SAUDARANYA ABU TALIB.

    BERBAGAI KHASIAT TERKANDUNG DI DALAM SURAH INI BOLEH DIAMALKAN :

    ♥ BACA SURAH INI KETIKA HUJAN TURUN DAN BERDOA, 

    MUDAH-MUDAHAN ALLAH S.W.T MEMAKBULKAN DOA KITA. 

    ♥JIKA KITA KEHAUSAN DAN TIADA AIR, 

    BACALAH SURAH INI DAN GOSOKAN DI LEHER, 

    INSYA ALLAH HILANG DAHAGA

    ♥JIKA SERING SAKIT MATA, 

    SEPERTI BERAIR, GATAL, BENGKAK, 

    SAPUKAN AIR MAWAR YANG SUDAH DIBACAKAN SURAH INI SEBANYAK 10X PADA MATA.

    ♥JIKA RUMAH DIPERCAYAI TERKENA SIHIR, 

    BACA SURAH INI 10X MUDAH-MUDAHAN ALLAH S.W.T BAGI ILHAM KEPADA KITA

    DIMANA LETAKNYA SIHIR ITU.

    ♥JIKA MEMBACANYA 1000X REZEKI KITA AKAN BERTAMBAH.

    ♥JIKA RAJIN MEMBACANYA, HATI KITA AKAN MENJADI LEMBUT

    DAN KHUSYUK KETIKA MENUNAIKAN SOLAT.

    ♥JIKA ORANG TERANIAYA DAN TERPENJARA MEMBACANYA SEBANYAK 71X, 

    ALLAH S.W.T AKAN MEMBERIKAN BANTUAN KEPADANYA KERANA DIA TIDAK BERSALAH TETAPI DIZALIMI.

    (ADA 2 PILIHAN UNTUK ANDA)

    1) BIARKAN DIDALAM INI TANPA BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN.

    2) ANDA SEBARKAN KEPADA SEMUA KENALAN ANDA.

    RASULULLAH BERSABDA,

    BARANG SIAPA MENYAMPAIKAN SATU ILMU SAJA DAN

    ADA ORANG YANG MENGAMALKAN, 

    MAKA WALAUPUN YANG MENYAMPAIKAN SUDAH TIADA

    (MENINGGAL DUNIA)

    DIA AKAN TETAP MEMPEROLEH PAHALA. 
              
    SELAMAT BERAMAL...

     
    JGN LUPA KONGSI.
    اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ 

    Hantar ke semua group contact. Anda akan membuat beribu,malah berjuta-juta org berselawat ke atas Nabi
    Muhammad S.A.W```

    EMPAT FASA PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN GLOBAL RASULLULLAH SAW


    Fasa pertama - dibesarkan dalam persekitaran bisnes. Ayah baginda, Abdullah bin Abd Mutalib, seorang international trader. Beliau berdagang sehingga Sham dan Yaman. Abdullah meninggal dunia dalam perjalanan pulang ke Makkah selepas berdagang di Sham. 

    Fasa kedua - Rasulullah saw menyediakan perkhidmatan menggembala kambing sewaktu kecil. Hari ini kita sebutkan ”gig economy.” Setiap hari baginda menentukan beratus-ratus ekor kambing milik penduduk Makkah selamat, sihat dan kenyang. Bisnes ini bersifat B2C. 

    Fasa ketiga - Baginda saw telah scale up bisnes kepada menyediakan perkhidmatan B2B. Pak cik Rasulullah saw iaitu Abi Talib menjadi mentor. Baginda saw membuat lima perjalanan dagang untuk klien utama, Siti Khadijah. Ketika berusia 25 tahun, Rasulullah saw membuat empat perjalanan dagang antarabangsa ke Yaman dan satu ke Sham.

    Fasa keempat - menjadi rakan kongsi bisnes Siti Khadijah yang juga isterinya. Bisnes Siti Khadijah ialah bisnes rentas sempadan.

    Modal paling besar baginda saw ialah ”modal sosial” iaitu kebolehan, akhlak dan amanah, sehingga diberikan kepercayaan yang besar. Dalam bahasa mudah, Rasulullah saw ada ”competency” dan ”credibility.”

    Sabda Baginda saw:

    ”Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama nabi-nabi, para sidiqin dan para syuhada.” (al-Tirmidhi dalan kitab al-Buyu, hadis nombor 1209).

    Setelah baginda wafat, sahabat-sahabat menerokai bisnes global, sekaligus membawa Islam kepada semua umat manusia.

    orang yg bermanfaat

    3 sabda nabi menandakan betapa pentingnya menjadi orang yang bermanfaat bagi orang lain:

    1. "Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat"

    2. "Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat"

    3. "Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu suka menolong saudaranya"

    Setuju tak betapa pentingnya jadi orang yang bermanfaat?

    MENJAUHI KEAKUAN DIRI


    https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1789056958007763&id=1602579379988856

    Salamullahi Wasalamu Watahiyathuhi Wabarakathu.

    Salamun Qaulammir Rabbirrahim.

    Assalamu Alaina Wa'ala
    Ibadillahissalihin.

    Qad Aflaha Man Zakkaha Wa Qod Khoba Man Dassaha.

    Subhanallahi Salamullahi Rabbul Aalaamiin.

    Fadkuruni Adzkurkum Wasykuruli Walatakfurun.

    Ala Bidzikrillah Tathmainnul Qulub.

    الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا

    (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". (Surah Al-Kahfi 18:104)

    "Hijabmu berasal dari dirimu sendiri, sedangkan engkau tidak sedar. Dan penyakitmu ada pada dirimu sendiri, sedangkan engkau tidak melihatnya".

    Jika Allah SWT mencintai seorang hamba, maka Allah akan jaga lisannya dari ucapan yang buruk, Allah SWT lindungi lisannya dari berdusta, ghibah, dan mencaci-maki. 

    Dan Allah SWT hiasi lisannya dengan berdzikir, berselawat, membaca Al-Qur'an, membaca kalam para Nabi dan Rasul, kalam solihin, mengingatkan ilmu dan segala hal yang dicintai Allah SWT.

    ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
        وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا

    Berikanlah Salam dan Selawat ke atas Diri Rasulullah SAW dengan sesungguh-sungguhnya dan mentakzimkan akan Baginda Rasulullah SAW.

    Hadapkanlah rohmu akan roh Rasulullah SAW yang dibaluti oleh Nur yang gilang-gemilang yang memenuhi langit dan bumi, dengan tiada batasan masa dan zaman dan tempat dan rupa, nescaya engkau akan dikurniakan oleh Allah Ta'ala bertemu dengan Diri Rasulullah SAW pada bila-bila masa yang dikehendaki dengan izin Allah.

    Assalamualaika yaa Rasulullah.

    Ciumlah tangan mulia Rasulullah SAW dengan hina dirimu.

    Assalamualaika ya Rasulullah.

    Peluklah Rasullullah SAW dengan penuh kasih-sayang.

    Assalamualaika ya Rasulullah SAW.

    Mohonlah didoakan Rasulullah SAW katakanlah.

    Ya Rasulullah ! Syafaatkanlah kami dengan syafaat yang dianugerah Allah kepadamu.

    Ya Rasulullah ! Mohonkanlah rahmat, keampunan dan keridhaan Allah atas kami.

    Ya Rasulullah ! Ingatilah kami Disisi Tuhanmu.

    Selawat dan salam keatasmu ya Rasulullah SAW.

    ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
        وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا

    Wallaahu A’lamu Bishshawab.

    - Laa ilaaha illallah -

    Air Mata Nabi Adam


    Tahukah anda semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

    Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

    Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

    Apa Yang Akan Ditanya :-
    Dalam sehari ada 24 jam. Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
    Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?

    Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
    Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
    * Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
    * Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
    * Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

    Apabila ditanya cahaya apakah ini ?. Lalu dijawab : "Cahaya yang pertama 
    ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

    Yang kedua 
    Ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

    Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

    Kala Jengking Neraka
    Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat, Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

    Malaikat Jibril bertanya :
    Hai Huraisy!!
    Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari ?"
    Huraisy pun menjawab,
    "Aku mahu mencari lima orang.

    Pertama
    Orang yang meninggalkan sembahyang.

    Kedua
    Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.

    Ketiga
    Orang yang derhaka kepada ibubapanya.

    Keempat
    Orang yang bercakap tentang dunia
    di dalam masjid.

    Kelima
    Orang yang suka minum arak."

    Simpanlah baik2 sebagai peringatan buat kita setiap hari. Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat, In shaa 'Allah .

    Peringatan untuk diri ambo sendiri dan juga shbt2 syurga sekalian...

    Barokallah hulak

    Usah bersedih


    1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yang mempunyai talian kekeluargaan dengan kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yang dikhianati oleh saudara-saudaranya.

    2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yang kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yang dihumban ke dalam api oleh ayahandanya.

    3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yang terperangkap di dalam perut ikan. 

    4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yang ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya. 

    5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yang tidak dapat bertutur dengan sempurna.

    6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yang sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya.

    7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yang membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yang diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.

    8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yang perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yang tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yang besar tanpa soal.

    9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yang dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yang terdekat

    Allah mewujudkan personaliti yang hebat-hebat ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dengan pelbagai ujian dan cabaran, dengan tujuan agar satu hari nanti, manusia seperti hamba dan kamu, bilamana berhadapan dengan sebarang musibah tidak terus melenting.

    Kesan Takutkan Tuhan


    Kalau setiap detik dan waktu kita rasa bertuhan
    Ke mana kita pergi dan berada rasa itu dibawa bersama
    Terasa kita dilihat hingga ke lubuk hati kita
    Terasa didengar-Nya hingga gerakan hati kita
    Luar dan dalam batin kita diketahui-Nya
    Kuasa-Nya tidak pernah lekang pada diri kita
    Dia boleh buat apa sahaja dengan kehendak dan kuasa-Nya
    Kalau dia berkata: sakit, sakitlah kita
    Jika dia berkata sihat, sihatlah kita
    Bila dia berkata nahas, nahaslah kita
    Dia berkata patah, patahlah kita
    Begitulah seterusnya Dia berkata pandai, pandailah kita
    Hiduplah, matilah berlaku pada kita
    Tentulah rasa takut dengan Tuhan setiap masa
    Apabila takut dengan Tuhan, takut pula buat dosa
     

    Speeding

    Saya share sikit story pasal *speeding* di jalan raya *Malaysia*
    Kawan saya share pagi tadi.
    Ada betul juga katanya..

    ☆Cerita seorang teman☆ 

    Semalam appoinmnt ngn client aku seorg *sn. engineer*, expertise nya dalam *traffic engineering*. So..aku pn tanya soalan:

    Aku: Tuan, kenapa hiway malaysia cuma *max limit 110km/h*..kenapa mesti 110 km/h...bukan 180 km/ h..*atau  360 km/ h.?*

    Client: sebenarnya hiway di malaysia di *design max speednya hanyalah *120 km/ h*...bukan 110 km/ h...*tp* kita letak 110 km/ h supaya *play safe*. Dan tolerance +10 km/ j saja *di reserve* untuk any *unexpected event* untuk *minimizekan* injury jika berlaku.

    *Material* yg hiway kita gunakan sekrg *cuma mampu* bg full traction dalam *max speed 120 km/ h*...maknanya klu speed *over limit*...*tayar dah x grip jalan*..sebab tu klu tgok keta xcident yg *lari over limit*. Semuanya seriuos injury or death terus. Sebb *faktor material jalan* dan kapasiti *traction tayar* kereta. *Info ni yg ramai x tahu*.

    Kita *boleh* design hiway untuk max speed *400 km/ h*...macam *litar sepang*...tp *kos material tinggi*...sanggup ke *hang nak bayar* kos  *tol mahal2*...naik tol 20 sen pun *riuh setahun*...haha..

    1 lg...hari ni teknologi enjin lebih maju dr teknologi tayar...enjin skrg org bole design bg laju *smpai 800 km/ h* atau lebih lg....tp *tayar* harini yg *high spec* pn *max speed* cuma bole pegi smpai *below* 400 km/ h....tayar yg *ferrari n lambho pakai skrg*...

    *Dapat* something x....so *jangan* speed laju2 ye...

    Yg Ni baru lah Boleh Kita *viral* kn.. Ilmu utk *keselamatan* kita... 

    c&p group sebelah....

    30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM


    1. Orang yang pertama menulis Bismillah : 
    Nabi Sulaiman AS. 

    2. Orang yang pertama minum air zamzam : 
    Nabi Ismail AS. 

    3. Orang yang pertama berkhatan : 
    Nabi Ibrahim AS.

    4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : 
    Nabi Ibrahim AS.

    5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : 
    Nabi Adam AS.

    6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

    7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : 
    Nabi Muhammad SAW.

    8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : 
    Abu Bakar As Siddiq RA.

    9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

    10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : 
    Al-Hasan bin Ali RA.

    11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

    12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : 
    Al-Harith bin Abi Halah RA.

    13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : 
    Sumayyah binti Khabbat RA.

    14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : 
    Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

    15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : 
    Saad bin Abi Waqqas RA.

    16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: 
    Bilal bin Rabah RA.

    17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : 
    Ali bin Abi Tholib RA.

    18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : 
    Tamim Ad-dary RA.

    19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : 
    Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

    20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

    21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

    22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

    23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: 
    Ali bin Abi Tholib RA.

    24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

    25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : 
    Harun Ar-Rasyid RH.

    26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

     27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : 
    Ali bn Abi Tholib RA. 

    28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : 
    Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

    29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : 
    Mus'ab bin Umair RA.

    30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga :
     Nabi Muhammad SAW.

    Kredit : Nisha Ibrahim Nisa

    TIGA JENIS KAWAN KATA IMAM GHAZALI


    *Kawan yang pertama*;
    Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu & nasihat agama kepada kita.
    Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.
    .
    🌹 *Kawan kedua;*
    Dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu & nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia.Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu & nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT.
    .
    🌹 *Kawan yang ketiga;*
    Dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu & nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam bagi alasan iaitu seperti dia tak suka ilmu yang disampaikan..
    Dia rejek ilmu dan nasihat yang kita bagi.Imam Al- Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita terikut cara & tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kehancuran.

    Inilah Kerugian Besar Si Ayah Apabila Membiarkan Anaknya Pada Orang Lain

    Ketika perbualan saya dengan teman merangkap Guru saya dalam Hafalan, beliau menggingatkan saya suatu perkara penting dalam pendidikan anak-anak.

    Ujar beliau, satu kerugian besar sekiranya seorang ayah dia mampu untuk mengajarkan hal ini tetapi menyerahkan kepada orang lain sedangkan anaknya akan menggunakan ilmu tersebut sehingga akhir hayatnya.

    Saya mula menunjukkan minat, telinga cuba memfokus akan apa yang cuba disampaikan.

    Sambung beliau, ayah yang tahu membacakan surah Al-Fatihah tetapi tidak mengajarkan anaknya malah diserahkan kepada ustaz atau ustazah lain untuk mengajarnya itu satu kerugian.

    Tambah yang lebih teruk, sudah lah tidak diajar sedangkan dia tahu malah membiarkan anaknya membesar tanpa mendapat pendidikan untuk mengetahui bacaan serta hafazan surah Al-Fatihah. Itu rugi yang merugikan.

    ADA APA DENGAN AL-FATIHAH

    Kenapa ia satu kerugian, apa yang specialnya dengan Al-Fatihah.??

    1. Surah wajib dan rukun dalam solat yang perlu dibaca

    Hadis Nabi SAW: “Tiada solat tanpa bacaan Al-Fatihah”.  Maka seorang anak muslim yang melaksanakan solatnya tanpa culas akan membacakan surah ini pada setiap solat fardhu, berapa banyak pahala si guru akan peroleh hasil daripada mengajarkan bacaan Al-Fatihah ini.

    Andainya guru tersebut adalah ayahnya berapa saham pahala yang bakal ia perolehi. Tambah, pendidikan agama adalah di pundak bahu ayah. Alangkah ruginya sekiranya si ayah tiada saham langsung daripada pendidikan surah Al-Fatihah ini.

    2. Surah Al-Fatihah dibaca pada setiap rakaat solat

    Surah ini mempunyai kelebihan tersendiri, berbanding surah lain, jumhur ulamak selain mazhab Hanafi menyatakan bahawa surah ini wajib dibaca pada setiap rakaat sekiranya tidak solatnya akan terbatal dan dia perlu mengulanginya. Baik solat fardhu mahu pun solat sunnat.

    Subhanallah berapa banyak pahala orang yang mengajarkan apabila setiap kali anak ini membacanya.

    3. Surah Al-Fatihah ini adalah intisari asas pedoman bagi setiap orang mukmin

    Para ulamak tafsir ketika membincangkan ayat ini menerangkan bahawa surah ini ada beberapa isu pokok yang menggambarkan keseluruhan islam dalamnya iaitu ada ayat berkaitan penegasan hal tauhid, penghambaan kepada Allah melalui perlaksanaan ibadat serta konsep tawakal dan doa dalamnya.

    Tidak cukup seorang ayah mengajarkan bacaan malah mengajarkan kehidupan yang sepatutnya yang dapat disimpulkan daripada 7 ayat daripada surah pendek ini.

    Ayah, Rebutlah!!

    Wahai ayah yang sedang mendidik anak, seandainya engkau tahu membaca Al-Fatihah, rebutlah untuk dikau jadi yang pertama dalam mendidiknya membaca surah ini.

    Bayangkan sekiranya anak anda seorang yang taat dalam beragama, sehari 17 kali surah ini dibaca dalam solat wajibnya hasil dari pengajaranmu, sudah pasti ada bekalan pahala untuk dibawa pulang. Itu baru solat fardhu kalau solat sunat? MasyaAllah terlalu banyak.

    Ingatlah pesan Nabi SAW: “Apabila mati anak adam maka terputuslah seluruh amalnya kecuali 3; anak yang soleh yang mendoakannya, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat”.

    Lihatlah walaupun si ayah sudah meninggal dunia, ilmu yang diajarkan berkaitan surah Al-Fatihah kepada anaknya masih mempunyai saham baginya, bagaimana pula seandainya anaknya pula mengajar pada cucu pasti pahalanya masih berjalan.

    Wahai Ayah, jangan serah pada orang lain sedang kamu mampu mendidiknya!

    Orang Melayu

    “...Orang Melayu jika ingin dihormati, disegani, disayangi kawan dan lawan, mesti kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Perjuangkan Islam, tegakkan syiar Islam, nescaya akan kembali disegani seperti zaman kegemilangan yang lepas.”

    Jika perjuangkan bangsa Melayu semata, di negara ini bukan satu kaum atau bangsa sahaja. Sudah tentu akan ada yang terasa dan tersinggung jika perjuangkan bangsa sahaja. Namun jika perjuangkan Islam, tiada bangsa yang kecewa. Kerana bukan Melayu sahaja yang Islam. Kita ada India Muslim, Cina Muslim yang terdiri daripada pelbagai etnik di kalangan mereka, suku-suku lain juga yang turut beragama Islam.

    Perjuangkan Islam, semua bangsa akan terbela. Tidak ada yang kecewa dan sakit hati. Yang tersiksa adalah golongan yang berkepentingan demi hawa nafsu mereka. Golongan ini tidak terikat dengan agama, bangsa, mahupun suku atau etniknya. Mereka ini hanya mengikut hawa nafsu semata. Merekalah penunggang agama, penunggang bangsa, penunggang masyarakat dan penunggang negara! Mereka boleh bergelak, bertepuk tampar sesama mereka, sedangkan pengikut mereka bergaduh dan bercakaran kerana berbeza fahaman dan ideologi. Ditunggang oleh sang penguasa yang gila dunia.

    Perjuangan

    “...Orang Melayu jika ingin dihormati, disegani, disayangi kawan dan lawan, mesti kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Perjuangkan Islam, tegakkan syiar Islam, nescaya akan kembali disegani seperti zaman kegemilangan yang lepas.”

    Jika perjuangkan bangsa Melayu semata, di negara ini bukan satu kaum atau bangsa sahaja. Sudah tentu akan ada yang terasa dan tersinggung jika perjuangkan bangsa sahaja. Namun jika perjuangkan Islam, tiada bangsa yang kecewa. Kerana bukan Melayu sahaja yang Islam. Kita ada India Muslim, Cina Muslim yang terdiri daripada pelbagai etnik di kalangan mereka, suku-suku lain juga yang turut beragama Islam.

    Perjuangkan Islam, semua bangsa akan terbela. Tidak ada yang kecewa dan sakit hati. Yang tersiksa adalah golongan yang berkepentingan demi hawa nafsu mereka. Golongan ini tidak terikat dengan agama, bangsa, mahupun suku atau etniknya. Mereka ini hanya mengikut hawa nafsu semata. Merekalah penunggang agama, penunggang bangsa, penunggang masyarakat dan penunggang negara! Mereka boleh bergelak, bertepuk tampar sesama mereka, sedangkan pengikut mereka bergaduh dan bercakaran kerana berbeza fahaman dan ideologi. Ditunggang oleh sang penguasa yang gila dunia.

    Aku Tiada Kuasa Apa-apa

    Tuhan! Apalah ada kuasa padaku
    Kalaupun aku berusaha, ke arah kebaikan
    Usahaku itu pun tertakluk di dalam kekuasaan-Mu
    Ertinya aku tidak ada kuasa
    Yang ada hanya kuasa-Mu
    Kuasaku berlaku kerana bergantung dengan kuasa-Mu
    Jika ada kuasaku, ertinya kuasa Engkau jugalah hakikatnya yang berlaku itu
    Kuasa-Mu berlaku, Engkau gunakan kuasaku yang tidak ada kuasa sebagai perantaraan
    Ertinya aku tidak ada kuasa sedikit pun
    kalau bukan Engkau yang menggerakkan
    Aku ibarat cincin di jari
    Bergerak jari bergeraklah cincin
    Kalau jari tidak bergerak, tidak bergeraklah cincin
    Begitulah aku, kalau Engkau tidak gerakkan aku berusaha, tidak adalah usahaku
    Usahaku berlaku, kerana adanya kuasa Engkau yang menggerakkan
    Maka aku pun dapatlah berusaha
    Usahaku yang tertakluk dengan kuasa-Mu
    Itulah aku Tuhan, hamba-Mu yang tidak ada kuasa apa-apa
    Maha Kuasa Engkau, Maha Agung Engkau
    Bukan sahaja aku, bahkan semua makhluk tertakluk dengan kuasa Engkau,
    kemudian mereka sombong, rasa ada kuasa
    Mereka telah menzalimi diri mereka, menganggap ada kuasa
    Mereka telah mensyirikkan Engkau dengan dirinya
     

    bismillah 5

    AMALAN AMPUH BISMILLAH 5

    *Jika Amalkan Selalu Selepas Solat, Insha Allah Akan Terhindar Dari Lemah Jantung/Angin Ahmar
    .

    1. Bismillahir Rahmanir Rahiim
    2. Bismillahish Shaafii
    3. Bismillahil Kaafii
    4. Bismillahil Mu’aafii
    5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim

    * Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
    * Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
    * Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
    * Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
    * Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

    Antara fungsi Lain Bismillah 5 ni:

    *penawar bisa diri
    *penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
    *penawar bisa-bisa badan
    *penawar bisa batu merian
    *boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya

    Cara menggunakan Bismillah 5 :

    1.letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali kemudian tiup tempat tadi, kemudian baru tiup di air; atau

    2.kalau tempat sakit tu tak boleh diletakkan tangan kerana sakit atau sukar utk meletakkannya, letakkan tangan di anggota lain dengan penumpuan hati dan perasaan bahwa tempat tersebut adalah anggota yang sakit.
    .

    Ustaz Ijazahkan Ilmu ini Kepada Semua
    dengan syarat Maharnya seperti dibawah🔻
    .
    1. Share kepada 10 group supaya ramai dapat manfaat.
    2. Saya terima Ijazah jika ingin beramal

    surat adik berkenaan saf

    Assalamualaikum wbt.

    Ke hadapan anakanda Nadzrul Zarfan bin Sharul Azry bin Kasim bin Mat

    Pakcik ada membaca surat anakanda yang ditularkan di media sosial. Ada yang tag pakcik di Twitter dan tanya berhubung kedudukan saf kanak-kanak dalam masjid/surau. Sebenarnya selaku Mufti Wilayah Persekutuan, pakcik dah ulas isu ini lama dahulu, tahun 2016 dalam Bayan Linnas bertajuk Masjid dan Kanak-Kanak. Anakanda boleh klik di sini http://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/1154-bayan-linnas-siri-63-masjid-kanak-kanak untuk membaca.

    Ringkasnya, di dalam Sahih al-Bukhari, no. 380 terdapat sebuah hadith yang menceritakan tentang bagaimana Rasulullah SAW menyusun saf kanak-kanak dengan mengarahkan Anas bin Malik RA berada bersama-sama kanak-kanak kecil dan kemudian Rasulullah SAW solat bersama mereka.

    Al-Imam al-Mawardi rahimahullah di dalam kitabnya al-Hawi al-Kabir: “dan telah berkata sebahagian ashab kami, yang lebih utama itu adalah dengan meletakkan kanak-kanak (di dalam saf) di antara dua lelaki kerana lebih membawa kanak-kanak tersebut kepada mempelajari pergerakan-pergerakan solat.” (Lihat al-Hawi al-Kabir, 2/340). 

    Begitu juga kata al-Khatib al-Syarbini: “Kedudukan sebagaimana yang disebutkan (kanak-kanak di belakang) ialah apabila mereka semua datang pada waktu yang sama. Sekiranya kanak-kanak hadir terlebih dahulu, tidak boleh ditarik mereka bagi memberi laluan kepada lelaki dewasa. Ini sebagaimana jika mereka terlebih dahulu masuk ke saf pertama, maka sesungguhnya mereka lebih berhak, pada pendapat yang sahih. Ia sepertimana dinukilkan dalam Al-Kifayah daripada Al-Qadhi Husain dan selainnya. Beliau memperakukan hal tersebut. Ini kerana mereka (kanak-kanak) merupakan daripada jenis mereka (lelaki dewasa), tidak seperti khunsa dan wanita. Sesungguhnya kanak-kanak hanya diletakkan di belakang daripada lelaki dewasa sebagaimana kata Al-Azraie apabila saf lelaki tidak muat untuk mereka. Jika tidak, hendaklah disempurnakan. (Lihat Mughni al-Muhtaj, 1/492)

    Maknanya anakanda, tak salah apa yang anakanda buat tu. Bagus duduk dengan orang-orang dewasa. Belajar cara solat dengan lebih sempurna. Tahniah pakcik ucapkan. Kalau ada orang kata nanti terputus saf bila ada budak-budak antara orang dewasa, cakap pada dia, Mufti Wilayah Persekutuan belum jumpa lagi mana-mana ulama’ yang kata begitu. 

    Secara umumnya, di bawah ini adalah keadaan saf mengikut bilangan makmum dan jantinanya.

    1. Jika seorang imam bersama dengan dua orang ataupun lebih dari makmum lelaki, ataupun di belakang imam tersebut terdapat seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak maka keduanya berada di dalam satu saf di belakang imam.

    2. Sekiranya seorang imam diikuti oleh dua orang makmum lelaki dan seorang perempuan, maka kedua orang lelaki tersebut berada dalam satu saf di belakang imam manakala perempuan tersebut berada di belakang keduanya.

    3. Dalam keadaan ramainya makmum lelaki berserta perempuan dan juga kanak-kanak bersama imam maka kedudukan para makmum lelaki adalah di saf pertama atau kedua-dua saf yang paling hampir dengan imam. Kemudian kanak-kanak berada di belakang mereka. Manakala terdapat suatu pendapat di sisi para fuqaha bermazhab Syafie yang mengatakan bahawa diletakkan di antara dua orang lelaki dewasa itu seorang kanak-kanak supaya dia dapat mempelajari pergerakan-pergerakan solat. (Lihat Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 27/36-37).

    Kepada pihak masjid dan ibu bapa, ini cadangan saya:

    1. Jika kanak-kanak teramat kecil dan susah untuk di jaga serta mengganggu Jemaah, maka aulanya tidak di bawa ke masjid.

    2. Jika kanak-kanak tidak mengganggu namun dibimbangi oleh kedua ibu-bapa akan keadaannya, maka boleh diletakkan di sebelah ibu-bapanya. Saya syorkan dalam keadaan sebegini, ibu-bapa untuk bersolat di tepi dinding (hujung saf) dan diletakkan anaknya itu dihujung sekali.

    3. Jika kanak-kanak mampu berdikari, aulanya diletakkan di saf kanak-kanak. Tetapi kanak-kanak tersebut telah berada di saf pertama sejak awal, tidak perlu menghalau mereka ke belakang.

    4. Sayugia juga wujudnya penyelia yang mengawasi dan membimbing kanak-kanak di dalam saf dan solat mereka agar kanak-kanak dapat melakukan solat dengan sebaik mungkin. Di samping itu, dia dapat menasihatkan kanak-kanak dari berbuat bising dengan mengajarkan adab-adab dan meraikan kehormatan masjid.

    Tahniah sekali lagi pakcik ucapkan kepada anakanda Nadzrul. Pakcik doakan anakanda sentiasa menjaga solat lima waktu dan berusaha mendapatkan saf pertama setiap kali solat. Kalau jumpa pakcik di mana-mana nanti, kenalkan diri ya. Ada hadiah untuk Nadzrul.

    Yang benar,

    Dato’ Seri. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
    Mufti Wilayah Persekutuan

    pesan buat rakyat Malaysia

    Permintaan yang sangat merendah diri kepada semua rakyat Malaysia. Hantar mesej ini sekurang-kurangnya kepada lima orang dan mintalah mereka untuk terus menghantarnya kepada lima orang dan menyimpan rantaian akan

    🔖 1. Jangan buang sampah merata-rata seperti di jalan raya / jalanan. Buang dalam tong yang disediakan. 

    🔖 2. Jangan meludah di jalan dan dinding

    🔖 3. Jangan tulis di dinding dan nota mata wang

    🔖 4. Jangan menyalahgunakan dan menghina orang lain

    🔖 5. Jimat air dan elektrik

    🔖 6. Menanam pokok

     🔖 7. Ikut peraturan lalu lintas

     🔖 8. Jaga ibubapa, datuk dan nenek ,ambil berkat dan sentiasa menghormati mereka

    🔖 9. Hormati wanita

     10. Berikan jalan untuk ambulans

    📣 Kita perlu mengubah diri kita sendiri dan bukan negara kita. Apabila kita menukar diri kita negara akan secara automatik berubah.

    🔊 Jika kita mahu anak-anak kita hidup dalam persekitaran yang bersih dan selamat maka berikrar untuk mengikuti semua ini dalam kehidupan seharian anda.

     Tiada pemimpin boleh mengubah negara, anda & saya yang dapat mengubah negara tercinta dengan mengubah diri kita sendiri.

    Sambut baik mesej penting ini kepada setiap Sahabat atau  Kumpulan supaya ia sampai kepada setiap warganegara Malaysia.
    Terima kasih.

    ingat

    " Sesiapa yang menghadapi musibah yang besar, maka hendaklah dia mengingati mati, nescaya musibah tersebut menjadi biasa baginya. Sesiapa yang merasa kesempitan dalam sesuatu urusan, maka hendaklah dia mengingati kubur, nescaya urusan tersebut terbentang luas dihadapannya "

    💞 HATI YANG RINDU💞


    Rindu ke tidak ni,kalau Rindu jom Selawat.

    *Hendaklah kita berselawat dengan hati yang penuh rindu, penuh cinta kepada Rasulullah ﷺ.*

    *Baginda tidak berhajat kepada selawat kita kerana Allah dan malaikat sudahpun berselawat ke atas baginda, TETAPI kitalah yang mengharapkan keberkatan Rasulullah.*
    *Mari kita perbnykkn ucapan selawat kepada baginda ﷺ.*

    *#MenggapaiImpianRasulullah*

    Terbaik

    Imam Hasan Al Basri :"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, BUKAN bererti akulah yang TERBAIK dalam kalangan kamu, BUKAN juga yang PALING SOLEH dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui BATAS untuk diri sendiri, seandainya seseorang itu HANYA dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia sempurna, nescaya TIDAK akan ADA PENDAKWAH, maka akan jadi sikitlah orang yang MEMBERI PERINGATAN"

    Zat yang Maha Hebat

    Zat-Nya Adalah Maha Hebat
     
    Apakah engkau tidak takut kepada satu Zat yang luar biasa
    Yang Dia adalah Maha Berkuasa di atas segala-galanya
    Dialah yang menaikkan orang-orang yang berkuasa
    Dia jugalah yang menurunkan orang yang pernah berkuasa
    Dialah yang memuliakan sesiapa yang Dia kehendaki
    Itulah Dia Tuhan yang patut kita cintai dan takuti
    Zat-Nya adalah Maha Hebat
    Dekat-Nya tidak boleh ditunjukkan seperti makhluk
    Jauh-Nya tidak boleh kita katakan
    Kerana Dia tidak berjarak
    Zat-Nya tidak terlibat dengan tempat dan juga tidak dilingkung oleh masa
    Dia tidak terlibat dengan pihak dan hala
    Kerana pihak dan hala adalah juga ciptaan-Nya
    Tuhan tidak berhajat kepada makhluk-Nya
    Tapi makhluk-Nyalah yang berhajat kepada-Nya
    Istimewanya Dia kerana tidak dapat digambarkan
    Bagaimana hendak digambarkan kerana Dia Maha Suci daripada penyerupaan
    Yang boleh digambarkan itu ialah yang ada penyerupaan dan persamaan
    Dialah yang mencipta seluruh yang wujud dan mentadbirnya
    Seluruh yang ada ini, yang kecil dan yang besar
    Pada Allah satu sahaja pandangan-Nya
    Tidak ada berperingkat-peringkat penglihatan-Nya
    Iaitu kecil dan besar sama sahaja, tidak ada perbezaannya
    Tapi Dia tahu ada yang kecil dan ada yang besar
    Itulah Dia Tuhan yang patut kita takuti dan cintai

    suami isteri

    Isteri gelisah memikir hidup mati
    Suami gelisah memikir pengganti

    Isteri bersabar demi kandungan
    Suami berdebar mengikat hubungan

    Isteri menangis terkenangkan anak
    Suami menangis terbayang yang enak

    Isteri bukan lagi vitamin
    Suami sudah meniti pelamin

    Isteri gundah membayangkan hospital
    Suami semakin diserang gatal

    Isteri tersentak tatkala dicerai
    Suami tersenyum ikatan terlerai

    Isteri melangkah hati kecewa
    Suami menikah gelak ketawa

    Isteri pendam si air mata
    Suami bahagia membilang permata

    Kepada yang ikuti paparan saya sejak dua tahun lalu, memang banyak kes wanita teraniaya. Termasuklah kes isteri dicerai ketika hamil, menjadi ibu tunggal, menjadi ibu tinggal... Malah saya juga menulis kisah mereka dalam lagu Sampai Bila.
    “padamu aku hanya kaca yang tak berharga, pudar seri, kosong, kelam... tak bermakna."

    Kredit: Fedtri Yahya

    Engkau Ingin Berjuang?



    Engkau ingin berjuang , tapi tidak mampu menerima ujian,
    Engkau ingin berjuang, tapi rosak oleh pujian,
    Engkau ingin berjuang, tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan.

    Engkau ingin berjuang, tapi tidak begitu setia kawan,
    Engkau ingin berjuang, tapi tidak sanggup berkorban,
    Engkau ingin berjuang, tapi ingin jadi pemimpin,
    Engkau ingin berjuang, menjadi pengikut agak segan.

    Engkau ingin berjuang, tolak ansur tidak engkau amalkan, 

    Engkau ingin berjuang, tapi tidak sanggup terima cabaran,
    Engkau ingin berjuang, kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan.

    Engkau ingin berjuang, masa tidak sanggup engkau luangkan,
    Engkau ingin berjuang, kerenah isteri tidak kau tahan,
    Engkau ingin berjuang, rumah tangga lintang pukang,
    Engkau ingin berjuang, diri engkau tidak engkau tingkatkan.

    Engkau ingin berjuang, disiplin diri engkau abaikan,
    Engkau ingin berjuang, janji kurang engkau tunaikan,
    Engkau ingin berjuang, kasih sayang engkau cuaikan,
    Engkau ingin berjuang, tetamu engkau abaikan.

    Engkau ingin berjuang, anak isteri engkau lupakan,
    Engkau ingin berjuang, ilmu berjuang engkau tinggalkan,
    Engkau ingin berjuang, kekasaran dan kekerasan engkau amalkan.

    Engkau ingin berjuang, rasa bertuhan engkau abaikan,
    Engkau ingin berjuang, iman dan taqwa engkau lupakan,
    Yang sebenarnya, apa yang engkau hendak perjuangkan?

    ngadu domba

    Orang yang mengadu domba adalah orang yang menyampaikan cerita dari satu orang kepada yang lain dengan tujuan menyebabkan permusuhan di antara mereka.

    Hukum mengadu domba adalah haram, menurut ijma’ kaum muslimin. Keharamannya telah ditunjukkan oleh dalil-dalil syar’ie baik dari al-Quran dan juga as-Sunnah.

    Allah berfirman, “Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela, yang ke sana ke mari mengadu domba.” (Al-Qalam: 10 – 11)

    Merendah Diri Bukan Penghinaan


    Ramai orang menganggap merendah diri itu satu penghinaan, bahkan satu kelemahan
    Mengangkat diri atau sombong satu penghormatan bahkan satu kebanggaan dan kekuatan
    Padahal merendah diri itulah satu penghormatan, bahkan satu kekuatan
    Mengangkat diri itu satu penghinaan, bahkan satu kelemahan
    Merendah diri orang senang, lembut hati orang, lahirlah kasih sayang
    Dari kasih sayang lahir perpaduan, perpaduan membawa kekuatan
    Mengangkat diri atau sombong, orang benci, hati orang renggang
    Orang benci, hati renggang, pecah perpaduan
    Satu tunggak kekuatan hilang
    Pecah perpaduan di kalangan bangsa, satu kelemahan
    Oleh itu fahaman ramai orang terbalik
    Yang membawa kelemahan dikatakan akan membawa kekuatan
    Yang akan membawa kekuatan dianggap membawa kelemahan
    Di sini dapat kita faham ilmu sahaja tidak cukup kalau tidak ada didikan
    Ilmu sahaja tidak cukup kalau tidak faham dan penghayatan
    Berilah ilmu dan kefahaman
    Yang lebih penting lagi diamalkan
    Semuanya itu adalah penghayatan ilmu
    Penghayatan ilmu itu barulah ilmu dapat dimanfaatkan di dalam kehidupan

    Arab lemah?

    Di waktu umat Arab sudah lemah, datangnya satu puak yang kecil sahaja, iaitu puak Kurdi yang dipimpin oleh Salehuddin Al Ayyubi. Pada etnik itu ada sifat besar yang boleh memberi kekuatan pada bangsa itu walaupun bilangannya kecil, iaitu ketaatannya pada pemimpin. Akhirnya bangsa Arab dapat dibela semula oleh satu puak yang asalnya hanyalah kecil dan terpinggir.

    Sebagai contoh yang lain, Turki merupakan satu bangsa yang di dalamnya terdapat macam-macam etnik. Di antaranya ialah etnik Saljuk dan etnik Usmaniyah. Bani Usmaniyah ini berasal dari hulu. Pemimpinnya hanyalah merupakan ketua kampung saja. Tapi Tuhan menganugerahkannnya beberapa sifat yang mencabar, yang sangat memberi kekuatan pada kelompok kecil ini, iaitu :

    1. Berani
    2. Berpadu
    3. Sangat mentaati pemimpin.
    4. Sangat menjaga dan mengambil berat soal keberkatan

    Dengan kekuatan-kekuatan inilah mereka yang asalnya duduk di hulu, ketuanya hanyalah ketua kampung, akhirnya berjaya mengetuai sebuah empayar Usmaniyah di Turki.

    Demikianlah cara terbangunnya bani-bani Usmaniyah, Abbasiyah, Fatimiyah dan lain-lain, sehingga masing-masing berjaya membangunkan empayarnya sendiri dan boleh menguasai serta membangunkan Islam hingga akhirnya kegemilangan Islam terlaksana di tangan mereka.

    Sibuk? kedekut? kaya? manis? Rugi? miskin? cantik?

    Siapakah orang yang sibuk?..
    Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s 

    Siapakah orang yang manis senyumannya?..Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil  berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. 

    Siapakah orang yang kaya?..
    Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

    Siapakah orang yang miskin?..
    Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. 

    Siapakah orang yang rugi?..
    Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan... 

    Siapakah orang yang paling cantik?..
    Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. 

    Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?..Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. 

    Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?.. 
    Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya... 

    Siapakah orang yang mempunyai akal?.. Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.. 

    Siapakah org yg KEDEKUT? 
    Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang mesej ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada orang lain..

    Anak dan al-Quran

    Saya dah lama sedar,

    jika kita selalu latih anak untuk baca AlQuran setiap kali bila disuruh atau dijanji dengan reward

    sebenarnya tak akan berjaya membentuk habit membaca AlQuran

    Jujurnya, anak sy juga sy 'besarkan' begini pada awalnya

    walaupun dia mampu menghafaz hingga 5 Juz ada usia 5 tahun

    tetapi itu hasil selalu 'disuruh' dan diupah 'reward'

    saya selalu buntu bila fikirkan nanti dah besar macam mana nak 'lekatkan' hati anak dengan AlQuran
    .
    .
    Syukur Allah timbulkan kesedaran dalam hati sy awal..

    tak jemu sy berdoa setiap masa supaya diberi petunjuk jalan kaedah yg tepat lahirkan anak CINTA Al Quran

    Alhamdulillah kini pada usianya hampir menginjak 7 tahun sy nampak perbezaan besar dalam 'attitude baca AlQuran anak'

    Hingga beberapa kali keluar dari mulut anak
    "Mak, I can't stop baca AlQuran, dah ketagih ni..."

    lalu dia baca dalam suaranya yang paling merdu dan dalam diam air mata saya mengalir

    Allah, tidak dapat sy gambarkan perasaan sy ..bahagia yang amat

    Rupanya Allah menegur saya..saya dulu perlu berubah..

    beberapa perubahan yang saya buat sebelum sy dapat nampak 'perubahan' dalam diri anak:

    1) Saya berhenti MENYURUH

    saya mula lazimi semula Al Quran..jika sebelum ni kadang2 saja baca AlQuran..kini sy peruntukkan wajib setiap hari ada slot sy sendiri baca AlQuran..antara maghrib ke Isya' sy akan tangguhkan semua agenda shopping beli barang dapur dan sebaginya..pastikan diri sy duduk mengulang AlQuran..

    saya mula nampak perubahan anak pada masa ni..mulanya dia hanya tengok dengan ekor mata,

    hari seterusnya bila sy konsisten mengulang AlQuran, dia mula bawa rehal dan Al Quran dan dia mengulang surah-surah juzuk yg dah dihafaz

    saya tak perlu 'SURUH' lagi dan ia berlangsung setiap hari

    2) KAMI BACA BERGILIR AYAT AL QURAN

    Setiap hari Jumaat wajib kami buat Halaqah, duduk dalam bulatan..baca Surah Al kahfi bergilir-gilir

    Maklumlah Surah Al Kahfi kan panjang, cara untuk mudahkan anak mengulang surah ni ialah secara bergilir-gilir

    Alhamdulillah, dapatlah baca bersama seluruh Al Kahfi

    3) TADABBUR TERJEMAHAN AL QURAN

    saya mula bertadabbur terjemahan AlQuran..lalu sy bercerita pada anak terjemahan surah..datang pula minat anak untuk bertadabbur bersama

    kemudian kami tadabbur makna ayat-ayat yang anak dah hafaz

    saya nampak sinar dimata anak bila dia mula tahu makna-makna ayat yg dia hafaz sebelum ni

    MasyaAllah, indah bercinta dengan AlQuran

    4) CUBA HAFAZ SAMA-SAMA

    Jika sebelum ni selalu sy minta anak menghafaz sendiri

    terbaru ni sy cuba menghafaz sama-sama Surah Al Dzariyat

    baru sy tahu susahnya menghafaz dan faham apa yang anak lalui

    letak diri kita juga dalam kasut anak untuk faham peritnya dia berusaha menghafaz

    5) PUJI ANAK DEPAN SUAMI

    bila nampak anak sy mula nak baca AlQuran tanpa disuruh, sy bercerita perihal anak pada suami

    biasanya akan bertambah merdu bacaannya mungkin sebab sangat gembira
    .
    .

    Seriously sy dan berhenti semua reward dan tutup mulut dari suruh anak mengulang Al Quran

    Saya nampak yang kita dulu perlu JATUH CINTA dengan AlQuran,

    baru mampu nak lahirkan anak PENCINTA AL QURAN

    Ibu bapa perlu rasa RISAU bila selalu janji rewards untuk anak baca AlQuran

    Segera TAKE ACTIONS dan berubah

    sama-sama kita lahirkan keluarga cinta AlQuran

    Silakan 'Share' jika penulisan ini bermanfaat buat yang lain.
    Boleh 'Follow dan set 'See First' untuk dapatkan perkongsian mengenai Quranic parenting.

    Kredit : Siti Aminah Sulaiman
    #sitiaminahsulaiman
    #anakcintaalquran
    #quranicparenting

    ISLAM ADALAH CARA HIDUP


    Dikatakan Ad-Din itu ia bukan sekadar fahaman, malah ia adalah amalan hasil faham dan penghayatan. ‘Faham’ adalah kalimah pinjaman dari bahasa Arab, penghayatan juga berasal dari kalimah ‘hayat/hayati’ yang berasal dari kalimah Arab. Faham membawa erti tahu dan kenal, atau tahu dan yakin. Manakala hayati itu bermakna hidup. Jadi bila Dikatakan ISLAM itu dihayati, maknanya Islam itu dihidupkan, samada dalam diri, baik keluarga mahupun masyarakat.

    Menghayati Islam ertinya menghidupkan Islam. Salah kalau kita tafsirkan menghayati itu kita fikir semata, tanpa perlaksanaan. Kalimah itu sendiri maknanya menghidupkan. Jadi Islam itu dihidupkan dengan cara ditegakkan dalam diri kita dan keluarga kita. Ia akan merebak kepada masyarakat kita. Begitulah Nabi Muhammad saw dan para sahabat dalam berdakwah, tidak sekadar bercakap. Mereka hidupkan Islam dalam diri mereka. Tegakkan sunnah dan syariat dalam kehidupan. Sebab itu cakap-cakap mereka masin. Mereka mengkotakan kata, tidak sekadar berkata tanpa hasilnya.

    Untuk menguatkan lagi dakwah Baginda Rasul saw, Baginda Nabi saw sendiri melakukan dakwah bil-hal. Iaitu dakwah dengan perbuatan! Nabi saw akan melayan tamunya sekalipun bukan Islam sesuai dengan pangkat dan kedudukannya dalam masyarakat. Jika dia raja, sekalipun bukan Islam, maka Nabi akan muliakannya. Pernah Nabi sendiri bentangkan kain serbannya sebagai alas duduk tamunya yang bukan Islam. Jika dengan orang yang berkudis tangannya, Nabi sanggup makan sedulang dengannya. Bahkan Nabi saw sendiri melayan dan menyuap makanan orang tua yang menghinanya, menghalang laluan Nabi ke Kaabah. Lalu bagaimana orang tidak jatuh hati dengan akhlak dan layanan Nabi kita?

    Oleh itu, Islam bukan hanya penyedap kata dan pemanis bicara. Ia adalah hidup mati kita. Ia adalah cara hidup dan mati kita. Ia adalah hala tuju hidup kita. Biarlah mati hidup kita dengan Islam, miskin atau kaya dengan Islam, seorang mahupun ramai, biarlah dengan Islam.

    Kisah Menarik Permulaan Cuti Nov, Dec 2019.

    1. Adik Basyirah susah nk buang air. Selama 44 hari pantang. agak kasihan. pusatnya agak naik sebab puas meneran. Akhirnya, selepas ummi abes pantang dan cuti skolah bermula, balik RCK, Adik Basyirah (yg dh hari kelapan x okok) dpt buang air besar 3 kali dan kali ketiga sgt banyak. alhamdulillah. hopefully adik dah pandai buang air ya.

    2. Sabtu 23 November, start cuti. Umminya mula sakit perut. cirit birit katanya. kasihan juga. setiap 5 minit ke bilik air... hari ni juga, Kaklong raptai konvo Taski di Dewan Ipd Chembong. Ayah hantar dan ambil. Maisa teman ayah.Then masuk hari kedua, Ahad. hari Konvo kaklong. ummi nya ikut dgn adik basyirah. puaslah umminya ke tandas yg jauh sbb tandas dewan ipd teruk sgt..huhu... ayah sempat beli pil che keteh un tu. tp ttp xok. Umki xdpt fokus sgt dgn majlis kaklong. kaklong dpt Anugerah Bahasa Inggeris dan Sahsiah terbaik utk kategori 5 tahun. Alhamdulillah... tak sangka juga. video ada rekod😁😍😄. siap persembahan Kaklong ya.❤️💞👍🏻
    sambung crite ummi... then ummi dh mula xsihat. hari Isnin ummi dh mula lebam bawah mata. muka chengkung. kurg air, kurg makan, kurg tenaga... Selasa pagi tros hntr ke KPJ. Masuk air dan warded. sian ummi...😭😭 Ayah nk teman dan tido situ, ptg tu dkt nk maghrib, dengar suara maisa dan Kaklong. hmm. dh smpi diorg dgn wan dan paktihnya. So, balik dgn maisa dan kak long. diorg tido dlm kereta. xjadi mkn sama² dgn ibu dan toyyib. tempah je la. Nasi goreng daging merah.hehe... esoknya, ummi dhnl beransur ok. ke toilet pun mlm td sekali shj. mujur di KPJ boleh consider ummi duk dgn Basyirah. kalau tak, I lah akan jadi mummy ok😂😂😂😁😄. Tghr gi kt Ummi. bawa la dua², klong n kakngah. Jalan² palm mall sampai 2x.huhu. sebab nk hilgkn boring. dptlah diorg sorg satu kipas dan pistol air. ayahnya dumble kau. haha.. Jenuh mengangkat ke kereta. parking kt KPJ. sampai² kereta, kunci upenya kt wad ummi. Adoii laaa... sumbat semuanbawah kereta, beli mee goreng, bawa mkn kt atas.  Ummi discharge lps Isyak sbb baru selesai proses dokumennya. kenalah dlm Rm420. kan ummi? entahlah😁😅

    3. Kak Long dah stop Minum susu botol pada 1 Disember 2019 lepas dia mengalami cirit-birit juga after ummi. lembik je then berak cair.. maisa hilang kawan kejap.. haha..kesian sebab tu je kawan main dan kawan 'paksa main' dia.
    sepanjang 3 hari cuti di RCK, klong mkin sihat. hari Isnin dah recover sepenuhnya. Ahad jalan ke rumah kawen kak yam chengkau  konon. haha.. rupenya majlis kawen tu hari sabtu. wawawawa.. tros la ke tampin sbb klong n maisa nk mkn pizza. ke dominos kiter... puas le makan cheese. first time ayah  mkn cheese banyak..huhu.. layankan anak². kalau nasi ngan sop feberet kaklong dh jimat dah. kena la around RM40. then tros solat zohor. pinggang ayah sakit juga time ni... tahan je.. belah kanan. Mujur pensyarah sport ummi ajar senaman plank pinggang. share kt youtube. alhmdulillah. byk kurg juga. amalkn je lps solat. 2 minit plank. 
    smbung jalan di Family store... dptlah smbr baju pink adik Basyirah sepasang dan perfume bilik lavender. Maisa dh buka mainan mane tah. adoi... then solat Asar kt masjid putih. lps tu berlima menapak ke Pasar malam dr masjid. lalu jmbtn tu. sempatla tgk² baju klomg n maisa. mmg tu tujuannya. baju utk tahun 2020. mgkn boleh pakai smpi tgh tahun 2020. Xsampai 10 minit, hujan dh turun... duk la bawah bangunan tu... Basyirah dh nagis² nk susu. baju klong maisa cpt² je rembat. dpt la 3 pasang. alhmdulillah. ayah redah hujan berbekal plastik atas kepala. blik ke masjid amek kereta. then amek diorg, balik. smpi dh maghrib. Sekianlah kisahnya... kejadian kaklong jatuh longkang, air mineral tumpah atas katil dan air susu cawan klong tumpah atas lantai... no komen... huhu.. bye.. 

    2 december 2019. 
    11 malam. Bilik DD.
     

    Bangsa Melayu

    Bangsa Melayu jika nak maju dan berjaya diperingkat antarabangsa, dihormati dan disegani, jangan jadikan Allah dan agama-Nya sebagai sampingan. Belajarlah dari kejayaan dan kejatuhan empayar Islam lepas. Mereka dimuliakan kerana Islam, mereka dihina bila Islam bukan lagi matlamat, hanya alat untuk kekal berkuasa.

    Empayar Turki (Sultan Muhammad Al-Fateh)i, empayar Kurdi (Sultan Salahuddin Al-Ayyubi), kegemilangan bangsa Arab dan lain-lain bangsa atas nama Islam, semua kerana Islam diperjuangkan. Bila Islam sekadar alat, bangsa yang diperjuangkan, maka ia akan hancur dengan sendirinya.

    Bangsa Arab maju kerana Islam, Kurdi mulia kerana Islam, Turki mulia kerana Islam, bangsa Afrika juga pernah mulia kerana Islam, kerajaan Islam di India juga mulia kerana Islam. Namun bila bangsa diperjuangkan, agama hanya alat dan tunggangan, sesebuah empayar jatuh bukan kerana kuatnya musuh mereka tetapi perpecahan sesama mereka sendiri.

    Tanah Melayu satu masa dahulu pernah mulia dan harum di persada dunia kerana Islam. Dengan Islam, otomatik bangsa akan mulia. Perjuangkan Islam, otomatik bangsa kita akan mulia. Tak perlu kita minta dimuliakan, minta dihormati, minta hak kita, perjuangkan Islam, dunia datang melutut di kaki kita. Bila tinggalkan Islam, dunia lari sampai terhina kita sekalipun 100 tahun mengejarnya.

    Muliakanlah Islam, yang kini menjadi yatim piatu kerana sikap umatnya. Islam dihina-hina kerana sikap kita. Dengan muliakan Islam, Allah akan jaga dan bela kita. Sekali lagi, Islam akan menjadi empayar dunia, bangsa Melayu menjadi tunggaknya. Ini tidak mustahil, bila kita kembali kepada Allah, Tuhan Penjaga dan Pembela kita.

    EKONOMI ISLAM

    Wahai kaum muslimin, mari bangunkan ekonomi Islam,
    Ekonomi sebahagian daripada kehidupan,
    Ia merupakan kekuatan tambahan yang utama,
    Di dalam menegakkan sendi-sendi masyarakat Islam.

    Tiada ekonomi kecacatan akan berlaku,
    Kehidupan kaum muslimin dicatur orang,
    Lebih-lebih lagi bila tiada iman dan perpaduan,
    Umat Islam akan terhina di mana-mana.

    Sudah sampai masanya ekonomi dibangunkan,
    Kita sudah lama jauh ketinggalan,
    Jangan hanya seminar, jangan hanya banyak berslogan,
    Melaburlah, bertindaklah, jangan ketinggalan.

    Marilah melabur selalu, tiga peringkat ekonomi,
    Ekonomi fardhu kifayah, komersial dan strategi,
    Fardhu kifayah dimestikan, kalau tidak satu kesalahan,
    Ekonomi komersial elok diwujudkan,
    Yang strategi lihatlah keadaan.

    Melaburlah, jangan lengah lagi,
    Melaburlah, melaburlah
    Untuk saham akhirat, jangan tunggu lagi,
    Bertindaklah bertindaklah

    Saham terbuka bila-bila masa,
    Bila masanya lagi,
    Inilah masanya untuk bertindak

    Percaya Dengan Rasa Hamba Tidak Sama


     
    Janganlah badanmu sahaja yang rukuk
    Yang paling penting hatimu sama ikut rukuk
    Janganlah badanmu sahaja yang sujud
    Tapi hatimu tidak pun sujud
    Janganlah kamu sekadar percayakan Tuhan
    Tapi hatimu tidak terasa bertuhan
    Janganlah kamu percaya bahawa kamu adalah hamba
    Tapi tidak rasa pun rasa kehambaan di dalam kehidupan
    Percaya dengan rasa hamba tidak sama
    Percaya adalah atas dasar ilmu, rasa adalah hati
    Yang boleh membangunkan peribadi adalah rasa kehambaan
    Percaya sahaja diri hamba tidak membuat perubahan
    Apabila kita benar-benar kenal Tuhan
    Rasa kehambaan pun bertaut di dalam hati
    Jika rasa kehambaan bertapak di dalam hati
    Rasa bertuhan pun dapat dirasa oleh hati
    Jika rasa bertuhan dan rasa kehambaan tajam di dalam hati
    Itulah dia perisai diri dari kemungkaran
    Apabila perisai diri wujud di dalam diri
    Kemungkaran dapat dijauhi, kecuali sedikit

    Bumi Tuhan... Bersaksilah