ORANG KAYA YANG BERTAQWA

"Ini adalah Kisah dua adik-beradik yang soleh. Abangnya itu banyak harta, tinggal di kota. Adiknya pula orang biasa, seorang guru yang alim duduk di kampung. Bahkan adiknya ini setiap hari nak makan kena pergi ke sungai untuk menangkap ikan. Tiap hari seperti itu. Dia ditemani muridnya."

"Pada suatu hari, guru ini memerintahkan muridnya untuk bertemu dengan abangnya untuk sampaikan salam kepadanya dan meminta nasihat buat dirinya. Lalu murid ini pergi tanpa mengetahui kehidupan abangnya. Didalam hati murid ini sangkaan abangnya ini mungkin lebih alim lebih zuhud dari gurunya ini."

"Sampai sahaja di rumah abangnya maka hairan sungguh muridnya itu.

Rumah abangnya sangat besar dgn keluasan dunia diberikan oleh Allah S.W.T kepadanya. Kemudian dia berjumpa, sampaikan salam serta dia beritahu yang gurunya itu meminta nasihat. Didalam hatinya, guru aku orang yang zuhud. Abangnya ini penuh dengan nikmat dunia takkan la meminta nasihat daripadanya."

"Lalu abangnya berkata;

Engkau pulang dan beritahu adikku itu, bahawa jangan sibukkan hatinya dengan dunia. Wah! Bertambah hairanlah anak muridnya itu dan berkata dalam hatinya adakah aku salah dengar ni. Patutnya abangnya itu cakap pada dirinya sendiri yang penuh dengan nikmat dunia."

"Lalu muridnya pulang kepada gurunya. Lalu di tanya gurunya,

"Kamu dah ketemu sama abangku? Apa nasihatnya buat diri ku ini?"

Murid nya pon bingung nak sampai kan atau tidak pada gurunya yang zuhud itu. Lalu di sampaikan didalam ketakutan. Wahai sheikh! Abangmu berpesan hendaklah engkau mengeluarkan dari hatimu itu dari kesibukan atas dunia."

"Lalu gurunya menangis. Bertambah hairanlah muridnya itu tadi. Makin binggunglah dengan adik beradik ini. Tangisan gurunya itu bukan setakat mengalir air mata bahkan sampai tersedu-sedu nangis nya. Bila ditanya muridnya, Wahai sheikh bolehkah kau jelaskan pada ku apa yang terjadi antara engkau dan abangmu?"

"Gurunya menjawab, "Adakah engkau tahu bahawa nasihat abangku itu satu tamparan buat diriku. Kerna aku tahu aku di jalan yang salah." Muridnya bertanya, Kenapa begitu wahai guru? Engkau sudah begitu warak tapi kenapa abangmu berkata demikian?"

"Gurunya menjawab, "Engkau tahu bahawa abangku yang banyak harta itu, dia sebenarnya tidak mahu akan harta itu. Tapi hatinya selalu bersama Allah S.W.T dan dia sibukkan diri beribadat pada Allah  S.W.T, Maka dunia yang mengejarnya. Dia tidak mahu sebenarnya tapi dia tiada upaya untuk menahan dunia menuju kepada dirinya. Sekalipon harta itu hilang sekalipon daripadanya. Sekalipon harta itu direntap oleh Allah S.W.T daripadanya. Hatinya tidak terkesan sedikit pon dengan harta dunia itu. Hatinya tetap dengan Allah S.W.T ."

"Sedangkan aku, yang kau lihat seorang yang warak, alim ini, setiap kali aku dalam perjalanan pergi ke sungai untuk mencari ikan, aku dalam keadaan ragu dengan janji Allah S.W.T. Aku ragu-ragu dengan rezeki Allah S.W.T . Aku tidak yakin bahawa aku dapat ikan atau tidak pada hari itu. Setiap hari bermain dalam fikiran ku hari ini aku dapat ikan atau tidak. Kadangkala Allah S.W.T  tak beri aku ikan dalam masa tiga hari kerna sifat ragu-ragu ku itu."

"Sedangkan didalam Al-quran, Allah S.W.T sudah menjanjikan rezeki buat hambanya. Sesungguhnya Allah S.W.T  tidak memungkiri janji. "

Kesimpulan, "Jangan kita menyangka orang yang kelihatan bajunya mahal, hidup mewah, makan enak, itu orang yang tidak sibukkan hatinya pada Allah S.W.T. Kita tidak menilai seseorang itu hanya dari segi luaran. Kerna banyak orang yang miskin, yang tidak yakin dengan pemberian rezeki dari Allah S.W.T. "

- Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid -

Kredit : Pondok Habib

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah