Ibrah Nabu Yunus

Perhatikan Maha Hebatnya dan dahsyatnya kuasa Allah. Dalam sesaat, Dia boleh membuat seorang yang dijangka selamat menjadi tidak selamat, yang merasa tidak selamat, diselamatkan. Mana ada kuasa yang boleh berbuat begitu kecuali Allah SWT.

Allah telah memerintahkan ikan paus untuk mendapatkan Nabi Yunus, dan telan dia. Ikan itu telah diilhamkan oleh Tuhan, bahawa Nabi Yunus itu orangNya. Betapa sukanya ikan dapat berkhidmat kepada seorang Nabi Allah, sedangkan Nabi Yunus ketika itu tersangatlah cemas.

Allah telah meletakkan keadaanya menjadi sangat bergantung kepada Allah kerana perlu duduk di dalam ikan paus. Seperti nabi-nabi lain yang diuji, Nabi Yunus  terkejut kerana diberi ruang untuk bernafas dan semakin selesa hari demi hari. Ikan paus tidak makan selama 40 hari untuk memastikan Nabi Yunus selesa di dalam perutnya. Di dalam perut ikan itulah Nabi Yunus bertaubat sesungguh hati. Diletakkan seluruh jiwa, raga dan nasibnya pada Tuhan.

Setelah 40 hari dalam perut ikan itu maka ikan membuka mulutnya dan Nabi Yunus berjalan keluar dari perut ikan paus. Sedihnya paus itu untuk berpisah dengan orang yang paling mulia di zaman itu.

Nabi Yunus berkata kepada ikan paus,

‘Engkau sangat berjasa kerana sanggup tidak makan untuk menjaga seorang nabi’.

Ada seorang pengikutnya yang diberi ilham bahwa Nabi Yunus selamat dan berada di dalam perut ikan. Hingga bila Nabi Yunus balik maka yakinlah seluruh umatnya bahawa Tuhanlah yang patut disembah bukan selainnya.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah