ENAM PESAN IMAM AL-GHAZALI

1. Apabila berjumpa kanak kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak kanak belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka telah beribadah lebih lama daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah mereka lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, janganlah anggap kita mulia. Tetapi katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia kafir selamanya.

Raffelinna sedang menuju ke arah 'A group of wonderful people'. Salah satu sifat yang kami cuba praktikkan adalah sifat Tawaduk.

Sifat Tawaduk adalah salah satu cara untuk membersihkan jiwa. Kerana lawan dari sifat sombong adalah tawaduk atau pun rendah diri.

Mari kita sama sama menanamkan sifat tawaduk dalam diri kerana harga diri kita tidak akan berkurang sikit pun. Malah, Allah SWT sangat memuji dan mengangkat darjat mereka yang bersifat tawaduk.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah