Apakah yang dimaksudkan mengesakan Zat Allah Taala, Sifat-nya dan Af'aalnya?
Mengesakan Allah Taala bermaksud tidak ada yang Maujud (yang ada) di Alam ini hanya Allah Taala sahaja. Wujud yang lain daripada Allah Taala itu, tidak Wujud pada Hakikatnya. Umpama wujud Bayang-Bayang Aku yang Ampunya Bayang-Bayang
Mengesakan Sifat Allah Taala bermaksud tidak ada sesiapa yang hidup, tidak ada sesiapa yang mengetahui, dan tidak ada sesiapa yang berkehendak, tidak ada sesiapa yang mendengar dan tidak ada sesiapa yang berkata-kata pada Hakikatnya, melainkan Allah Taala. Sifat yang Zahir pada Makhluk ini merupakan tempat memandang Sifat Allah yang Zahir pada Makhluk, iaitu Bayang-Bayang sifat Allah yang ada pada hamba seperti kewujudan kita adalah Bayang-Bayang kewujudan Allah Taala. Mustahil boleh Wujud Bayang-Bayang tanpa ada Ampunya Bayang. Malah mustahil boleh bercerai Bayang-Bayang dengan Ampunya Bayang-Bayang.
Semua contoh tersebut dibuat untuk mendapatkan kefahaman yang lebih jelas. Padahal Allah Taala itu Maha Suci daripada dibuat contoh dan tasybih (penyerupaan). Ini kerana, Bayang-Bayang hanya ada pada benda yang keras seperti kayu dan batu, sedangkan Zat Allah tidak ada ain. Ibarat Cahaya Matahari menunjukkan adanya Matahari.
Mengesakan Afaal Allah bererti tidak ada sesiapa yang memiliki perbuatan Alam ini melainkan perbuatan Allah Taala. Tidak ada langsung perbuatan Manusia dan Makhluk walau sebesar zarah di Alam ini. Sekiranya anda mengatakan bahawa Makhluk ada perbuatan Ikhtiar sendiri, walau sebesar zarah sekalipun, Anda dikatakan SYIRIK.
Sementara yang dikatakan Makrifat itu ialah membezakan antara Muhaddas (yang baru) dengan yang Qadim sedia ada Kekal. sekiranya tidak tahu membezakannya, maka dikatakan sebagai jahil Muraqab iaitu tersusun dua kejahilan.
Pertama: Jahil tentang Diri
Kedua: Jahil tentang Allah
No comments:
Post a Comment