kebenaran

Firman Allah:

ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّكَ ۖ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلْمُمْتَرِينَ

Kebenaran itu dari Tuhanmu, maka janganlah kamu jadi orang yang membangkang.

Kebenaran itu apa yang datang dari Tuhan. Apa datang dari Tuhan itu tak kira macam mana pada pandangan manusia, ia adalah kebenaran.

Kekayaan pada Nabi Sulaiman, ia dalam kebenaran. Dia tak kufur dengan kekayaannya.

Kemiskinan Nabi Isa, ia dalam kebenaran. Imannya tak rosak dengan kemiskinannya.

Sakit teruk Nabi Ayub, ia tetap dalam kebenaran. Sakitnya tak menjadikan dia putus asa dengan Allah.

Keindahan wajah Nabi Yusuf, ia dalam kebenaran. Sikit pun hatinya tak rosak dengan keindahan wajahnya.

Lunaknya suara Nabi Daud, itu kenenaran. Dia tak rosak dengan sedapnya suara dia.

Jadi untuk pastikan kebenaran, kita kena tengok peribadi orang itu, bukan tengok kaya, miskin, berkuasa, cantik, sedap suara dalam menentukan kebenaran.

Tapi kalau asalnya jaga sembahyang, lepas tu tak jaga. Atau kurang jaga. Ni bukan kebenaran.

Asalnya hidup berjemaah, sekarang tak berjemaah, ni bukan kebenaran.

Asalnya anak isteri jaga aurat, sekarang tak jaga, longgar, ini bukan kebenaran.

Asalnya syiar Islam makin berkembang, di tangan kita syiar Islam malap dan hilang, ini bukan kebenaran.

Kalau semakin kaya dan berkuasa seseorang itu, semakin takut ia pada Allah. InshaAllah, dia dalam kebenaran kerana kekayaannya bukan untuk peribadi dan kekuasaannya bukan untuk menzalimi tetapi hanya untuk Tuhannya seperti Saiyidina Umar yang menangis bila mendengar berita tentera Islam menang mengalahkan tentera Farsi dan kekayaan datang melimpah ruah.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah