Lepas
tiga hari, kecoh dah agak reda. Kata Kafir Quraisy, kalau mereka lari, mereka
dah lepas dan tak sempat lagi kita nak kejar. Dengan itu Saidina Abu Bakar
minta Amru bin Fuhair hantar semula unta-unta yang dia simpan sebelum ini.
Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar keluar dari Gua Thur menuju ke Mekah.
Saidina Abu Bakar ini kerana hatinya yang cemas dengan keselamatan Rasulullah
Saw, sekejap dia berjalan didepan Rasulullah Saw dan sekejap dibelakang
Rasullah Saw, sekejap dikiri dan sekejap dikanan. Sementara itu Rasulullah Saw
terus khusyuk dalam membaca Al Quran. Akhirnya Rasulullah Saw Tanya Saidina Abu
Bakar, wahai Abu Bakar kenapa kamu sampai begini? Kata Saidina Abu Bakar,
kadang kadang aku takut mereka datang Dari depan, jadi aku ke depan, kadang-kadang
aku terasa mereka datang dari belakang jadi aku ke belakang, Begitu juga kadang-kadang
aku rasa dari kanan akupun ke kanan dan kadang-kadang aku rasa dari kiri jadi
aku pun ke kiri pula. Kata Rasulullah Saw, wahai Abu Bakar, sesungguhnya Allah
bersama kita. Ketika itu baru Saidina Abu Bakar tenang.
Sampai
satu ketika Saidina Abu Bakar dapat merasa ada orang berkuda mengejar mereka
dari belakang, makin lama makin dekat, Saidina Abu Bakar makin cemas. Rupanya
Suraqah bin Malik nampak mereka diawal perjalanan tadi dan dia mahu mendapat
hadiah dari Kafir Quraisy. Saidina Abu Bakar beritahu kepada Rasulullah Saw
tapi Rasulullah Saw tak menoleh pun. Rasulullah Saw terus khusyuk membaca Al
Quran. Akhirnya orang itu makin dekat dan sampai jarak yang boleh dia memanah
mereka. Saidina Abu Bakar makin cemas, dia beritahu Rasulullah Saw lagi, wahai
Rasulullah Saw dia dah dekat, kalau dia panah kita dah sampai pada kita. Ketika
itu Rasululah berdoa.
Ya
Allah selamatkan kami daripadanya dengan cara yang kamu mahu.
Tanpa
menoleh ke belakang Rasululah terus khusyuk membaca Quran. Belum sempat habis
doa Rasulullah Saw kaki kuda Suraqah terbenam ke tanah dan Suraqah jatuh dari
kudnya. Itulah kali pertama Suraqah jatuh dri kudanya, dia adalah seorang
penunggang kuda yang pakar, tak pernah jatuh. Setelah itu Suraqah kejar lagi
Rasulullah Saw, bila sampai dekat dan dia nak panah, kaki kudanya terbenam
sekali lagi dan Suraqah jatuh lagi. Suraqah pelik kepada dirinya sendiri kenapa
dia jatuh lagi, tapi dia belum sedar lagi itu teguran Tuhan kepadanya, dia
bangun dan kejar lagi Rasulullah Saw, jatuh lagi kali ketiga. Ketika itulah
barulah dia sedar bahawa dia tak akan berjaya mengejar Rasulullah Saw,
Rasulullah Saw dipelihara. Ketika itu datang rasa takut pula dalam dirinya.
Akhirnya dia yang menjerit minta keamanan dari Rasulullah Saw.
Minta
keamanan, minta keamanan wahai Muhammad
Ketika
itu baru Rasullulah Saw berpaling ke belakang. Rasulullah Saw tanya dia, siapa
kamu? Aku Suraqah bin Malik.Kemudian Rasulullah Saw Tanya dia,wahai Suraqah,
bagaImana kalau jatuh ke tangan kamu gelang Kisra? Tercengang-cengang Suraqah,
apakah Kisra Anu Syarwan raja farsi itu ada Kisra lain yang kamu maksudkan?
Kata Rasulullah Saw, benar, Kisra Anu Syirwan. Rasulullah Saw ulang lagi soalan
tadi kepadanya. BagaImana kalau jatuh ke tangan kamu dua gelang Kisra Anu Syarwan ? Makin hairan... BagaImana
Rasulullah Saw waktu itu sedang diburu, kepalanya ditawarkan oleh Kafir Quraisy
dengan 100 ekor unta, dengan penuh yakin memberi amaran kepada Suraqah bahawa
Islam akan mengalahkan Farsi. Kerajaan yang paling besar ketika itu, kuasa
besar dunia. Bukan dalam masa yang lama lagi tapi dalam masa Suraqah masih
hidup. Kata Suraqah, aku mohon surat dari kamu bahwa aku diberi keamanan oleh
kamu dan orang-orang Islam. Dengan itu aku berjanji aku tidak akan membocorkan
perjalanan kamu ini kepada Kafir Quraisy. Rasulullah Saw minta Saidina Abu
Bakar menuliskan surat itu kepada Suraqah.
Kita
lihat lagi bagaImana mukjizat Rasulullah Saw, bagaImana pembelaan Allah kepada
baginda tapi setelah mana Rasulullah Saw menempuh usaha lahir yang paling
maksimum ketika itu. Setelah habis usaha lahir diusahakan ketika itulah datang
bantuan Allah. Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar mahu mendidik kita
bagaImana mahu mendapat bantuan Allah. Bukan hanya sekadar berserah dan berdoa
tanpa usaha tapi berusaha semaksimum mungkin selepas itu baru serah kepada
Allah.
Sewaktu
Taif ditawan, antara tawanan itu Suraqah, ketika itu dia keluarkan surat keamanan
yang ditulis oleh Rasulullah Saw kepadanya. Dengan itu Rasulullah Saw
membebaskan dia. Lepas itu dia masuk Islam. Di zaman Saidina Umar, ketika Farsi
jatuh ketangan Umat Islam. Tentera Islam mengirim harta ghanimah kepada
Khalifah Saidina Umar. Diantara ghanimah itu gelang tangan Kisra. Semasa
ghanimah itu sampai Suraqah ada dalam majlis Khalifah. Ketika itu Saidina Umar
kumpulkan orang ramai dan dipakaikan kedua gelang tangan Kisra itu ke tangan
Suraqah dan Saidina Umar minta Suraqah ceritakan kepada semua orang apa yang
Rasulullah Saw sebut padanya ketika peristiwa hijrah Rasulullah Saw dari Mekah
ke Madinah.
No comments:
Post a Comment