Assalam.. dah lama tak sambung Sirah Rasulullah Saw. So, sambung semula. Selamat membaca ya :) Masuk semula kepada proses-proses hijrah Nabi Saw ke Madinah. Bilamana Rasulullah Saw memperkenalkan dirinya kepada
beberapa orang dari kabilah Khazraj yang dengan itu membawa kepada satu
perubahan besar kepada sejarah perjuangan Rasulullah Saw. Perubahan besar
kepada kemangan Islam. Ketika itu mereka berada disatu tempat yang bernama Aqobah.
Rasulullah Saw mendatangi mereka dan membacakan Al Quran kepada mereka. Bila
mereka mendengar Al Quran dari Rasulullah Saw mereka berbincang sesama mereka.
Inilah yang selama ini Yahudi di Madinah mengancam kita. Orang Yahudi ini
merupakan satu pertiga dari penduduk Madinah. Dua pertiga lagi Aus dan Khazraj.
Jadi kekuasaan di Madinah jadi perebutan antara tiga golongan ini, tapi tidak
ada yang mampu menundukkan yang lain. Mereka sama banyak dan sama kuat. Jadi
orang-orang Yahudi ini selalu memgancam orang orang Aus dan Khazraj bahawa akan
diutuskan seorang Nabi dan mereka akan menjadi pengikut Nabi itu. Ketika itu
mereka akan menguasai Madinah dan akan menyembelih Aus dan Khazraj.
Kata Khazraj, inlah Nabi yang disebut-sebut oleh orang
Yahudi. Jadi jangan sampai Yahudi mendahului kita sehingga terlaksana nanti
ancaman-ancaman mereka itu. Biar kita yang berIman dulu, dengan itu semua
mereka masuk Islam. Rasulullah Saw ajar Al Quran kepada mereka. Sejarah
menyebutkan mereka ialah Saidina Asa'd bin Zurarah, Saidina Rafe' bin Malik,
Saidina Muaz bin Afra', Saidina Zaid bin Tsa'labah. Bila mereka pulang ke
Madinah bermulalah Islam tersebar di Madinah. Pada tahun depannya mereka hantar
12 orang wakil mereka kepada Rasulullah Saw megiklankan keIslaman mereka dan
mewakili orang-orang lain di Madinah yang tidak dapat datang ke Mekah. Mereka
semua berbaiah kepada Rasulullah, inilah baiah Aqabah Ula yang dinamakan
Baia'tun Nisak. Dinamakan Baiatun Nisak kerana ini baiah taat setia dengan
Rasulullah Saw, baiah Iman dan Akhlak tapi belum baia'ah Jihad seperti baiah
orang-orang perempuan dengan Rasulullah Saw.
No comments:
Post a Comment