Jadi selepas itu Rasulullah Saw dan
Saidina Abu Bakar meneruskan perjalanan dengan tenang tapi melalui satu jalan
yang bukan jalan yang biasa dilalui oleh kafilah-kafilah yang ke Madinah. Dalam
perjalanan itu Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar singgah ditempat Umu
Ma'bad. Seorang perempuan Badawi yang berpindah randah di padang pasir. Saidina
Abu Bakar Tanya pada Umu Ma'bad, apakah kamu ada susu kerana pada waktu itu
bekalan sudah habis, sebab mereka tidak melalui jalan biasa, jadi tidak ada
tempat dalam perjalanan untuk dapat makanan. Kata Umu Ma'bad, kalau ada padaku
tak payah kamu Tanya, aku kan berikan kerana ini kewajipan terhadap tetamu. Umu
Ma'bad ini ada kambing tapi kambing yang dah tua dan tak ada susu lagi.
Rasulullah Saw minta izinnya untuk memerah susu kambing itu. Memang kambing itu
dah tak ada susu tapi dah Rasulullah Saw minta Umu Ma'bad tak menghalang. Bila
Rasulullah Saw perah kambing tu jadi ada susu. Hasil susu kambing ini sampai
penuh semua bekas yang ada pada Umu Ma'bad. Rasulullah Saw minum, Saidina Abu
Bakar minum, Umu Ma'bad minum dan semua bekas simpanan Umu Ma'bad penuh.
Setelah itu Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar meneruskan lagi perjalanan.
Bila Abu Ma'bad pulang, dia lihat semua bekas penuh dengan susu. Dia pelik,
wahai Umu ma'bad dari mana datang susu ini? Umu Ma'bad pun cerita tentang
tetamu yang pelik dan tetamu yang berkat tadi. Berkat mereka kambing yang tak
ada susu jadi ada susu.
Dalam perjalnan juga Rasulullah Saw
bertemu dengan seorang khadam menternak kambing Bani Aslam. Kata Rasulullah Saw
kepadanya semoga kamu sentiasa selamat. Bila Rasulullah Saw Tanya namanya,
katanya Masud. Kata Rasulullah Saw, insya Allah kamu bahagia. Begitulah akhlak
Rasulullah Saw. Rasulullah Saw sentiasa suka kepada harapan yang baik.
Pandangan yang positif kepada setiap perkara. Dalam perjalanan juga Rasulullah
Saw bertembung dengan Saidina Zubair bin Awam dan Saidina Talhah yang pulang
berdagang dari Syam. Mereka menghadiahkan pakaian kepada Rasulullah Saw.
No comments:
Post a Comment