Begitu bijak Rasulullah Saw menjaga rahsia hijrah
ini. Saidatina Aisyah Ummahatul Mukminin menceritakan peristiwa itu. Rasulullah
Saw datang mengetuk rumah kami diwaktu yang Rasululah tak pernah datang sebelum
ini. Rasulullah Saw masuk ke dalam rumah, ketika itu, dirumah Saidina Abu Bakar
ada dua orang anak perempuannya, Sayyidah Aisyah dan Sayyidah Asmak. Kata
Rasulullah Saw kepada Saidina Abu Bakar, wahai Abu Bakar keluarkan orang-orang yang ada bersama kamu.
Begitulah Rasulullah Saw menjaga rahsia. Kata Saidina Abu Bakar, tidak ada
orang melainkan dua orang puteriku Aisyah dan Asmak. Kata Rasulullah Saw, wahai
Abu Bakar, Allah telah mengizinkan untuk aku berhijrah. Saidina Abu Bakar
bertanya, apakah aku akan menemani Rasulullah Saw? Benar, kata Rasulullah Saw. Ketika
itu Saidina Abu Bakar menangis terharu kerana gembira dapat menemani Rasulullah
Saw berhijrah. Kata Sayyidah Aisyah, itulah kali pertama aku melihat orang
menangis kerana gembira. Selama ini aku hanya melihat orang menangis kerana
sedih. Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar keluar dari pintu belakang, dImana
Saidina Abu Bakar sudah lama menyiapkan 2 ekor unta siap dengan peralatan dan
keperluan safar.
Rasulullah Saw membawa Saidina Abu
Bakar berjalan kearah Selatan sedangkan Madinah berada disebelah Utara.
Begitulah Rasulullah Saw mahu mendidik umat bahawa usaha lahir juga mesti
ditempuh dalam setiap usaha kita bukan hanya bertawakal kepada Allah tanpa
berusaha. Saidina Abu Bakar yang sudah lama bersedia juga siap dengan
strateginya bagaimana kalau dia berhijrah dengan Rasulullah Saw untuk menjamin
keselamatan Rasulullah Saw. Saidina Abu Bakar memerintahkan Khadamnya membawa
kambing-kambing ternakannya berjalan dibelakang Rasulullah Saw dan Saidina Abu
Bakar untuk menghilangkan kesan-kesan tapak kaki mereka. Bila mereka sampai di
gua Thur di selatan Mekah. Saidina Abu Bakar memerintahkan khadamnya Amru bin
Fuhair untuk menjaga unta mereka dan membawanya semua ke Gua Thur bila
diberitahu nanti. Saidina Abu Bakar juga minta Amru memberitahu tempat mereka
kepada Abdullah dan Asmak dua orang anak Saidina Abu Bakar.
Bila Saidina Abu Bakar nampak Rasulullah Saw nak masuk kedalam
gua, cepet-cepat dia minta izin untuk masuk dulu sebelum Rasulullah Saw masuk.
Dia nak pastikan tidak ada sesuatu yang membahayakan Rasulullah Saw didalam.
Bahkan Saidina Abu Bakar memasukkan kainnya kedalam setiap lubang untuk
memastikan tidak ada binatang berbisa disitu yang boleh menyakiti Rasulullah
Saw. Kalau ada biar Saidina Abu Bakar kena dulu. Setelah dicek semua barulah
Rasulullah Saw masuk.
Pagi besoknya, pemuda-pemuda yang
mengepung rumah Rasulullah Saw mula merasa pelik, biasanya Rasulullah Saw
keluar bersembahyang di Ka'bah tapi kenapa sampai saat ini Rasulullah Saw tak
keluar-keluar lagi. Lepas itu baru mereka sedar ada pasir diatas kepala mereka
. Bila mereka mengintip kedalam, mereka lihat Rasulullah Saw masih tidur.
Begitulah kecintaaan Saidina Ali kepada Rasulullah Saw, sanggup mengorbankan
dirinya untuk dibunuh mengagantikan Rasulullah Saw. Akhirnya mereka tak sabar
lagi, mereka serbu masuk. Tengok-tengok yang dalam selimut itu Saidina Ali
bukan Rasulullah Saw. Mana Rasulullah Saw, diperiksa satu rumah tak jumpa juga.
Maka ketika itu juga tersebar di Mekah bahawa Rasulullah Saw telah berhijrah ke
Madinah. Mereka cuba cari Rasulullah Saw dimerata tempat tapi tak jumpa.
Akhirnya pembesar pembesar Kafir Quraisy membuat tawaran kepada siapa yang
tangkap Rasulullah Saw akan mendapat ganjaran 100 ekor unta betina. Satu
anggaran yang sangat besar pada waktu itu.
Jadi sebuklah semua orang mencari Rasulullah Saw kerana tamak dengan
hadiah yang besar itu. Setelah semua tempat yang disyaki tak ada, akhirnya
mereka menuju ke Gua Thur. Mungkin Rasulullah Saw bersembunyi disitu. Akhirnya
mereka sampai di pintu Gua Thur. Imam Bukhari menceritakan dalam kitab
Sahihnya, orang-orang Kafir Quraisy ini bila mereka sampai ke depan pintu gua
tak ada seorang pun yang menjengok ke dalam. Kalau ada seorang yang menjengok
ke dalam dia akan nampak terus Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar. Kata
Saidina Abu Bakar kepada Rasulullah Saw, wahai Rasulullah Saw, kalau salah
seorang dari mereka melihat kebawah nescaya mereka nampak kita. Tapi Maha Besar
Tuhan, mereka semua sibuk berbual sampai tak teringat nak menjengok kebawah.
Begitulah Allahlah yang memelihara dan menjaga.
Sejarah menceritakan juga ada labah
labah yang datang membuat jaringnya dipintu gua dan ada burung merpati yang
datang membuat sarang disitu. Dengan itu orang orang kafir tak terfikir ada
orang baru masuk kedalam gua. Allah Tuhan Sekalian Alam, raja segala raja yang
Maha gagah Perkasa boleh saja mengerahkan selemah-lemah tenteranya untuk
membantu Rasulnya dan orang-orang yang berjuang dijalannya. Rasulullah Saw
dengan penuh yakin ketika itu menenangkan Saidina Abu Bakar. Wahai Abu Bakar,
jangan kamu sangka kita berdua saja tapi Allah ada bersama dengan kita.
(At-taubah :40)
Ketika mana Rasulullah Saw berkata
kepada Sahabatnya, ketika mereka berdua didalam gua, jangan kamu risau,
sesungguhnya Allah ada bersama kita.
Tidak
ada sesiapa yang boleh menafikan kedudukan Saidina Abu Bakar ini, Allah yang
menceritakan perkara ini dalam Al Quran. Para Ulamak sepakat bahawa orang yang
bersama dengan Rasulullah Saw didalam gua ialah Saidina Abu Bakar. Allah
menamakannya Sahabat dan pendamping kepada Rasulullah Saw dan Allah nyatakan
bahawa Allah bersama Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar.
No comments:
Post a Comment