Maka Rasulullah Saw memerintahkan para Sahabat
berhijrah ke Madinah. Jadi hijrah ke Madinah ini adalah perintah dari
Rasulullah Saw, bukan lagi seperti hijrah ke Habsyah dimana Rasulullah Saw
anjurkan dan izinkan kepada sesiapa yang tidak tahan di Mekah untuk berhijrah
kesana, tapi kali ini perintah wajib kepada semua orang Islam di Mekah untuk
berhijrah ke Madinah. Orang pertama yang berhijrah ke Madinah ialah Abu Salamah
dan isterinya Umu Salamah. Ketika itu mereka membawa anak kecil mereka,
Salamah. Bila Kafir Quraisy nampak, Kafir Quraisy Bani Makhzum tahan Umu
Salamah. Bani Abdul Asad mengambil Salamah dan Abu Salamah terus ke Madinah.
Begitulah ujian yang ditanggung oelh keluarga Abu Salamah kerana Hijrah ini.
Setahun selepas itu baru Umu Salamah dapat lepas ke Madinah dengan anak
kecilnya Salamah. Selepas hijrah Abu Salamah ramai lagi Sahabat-Sahabat yang
hijrah ke Madinah dengan senyap-senyap. Bila Saidina Umar nak hijrah, dia
siapkan kenderaannya, bekalannya dan pakaiannya dan disiapkan juga senjatanya.
Kemudian dengan segala kelengkapan itu dia pergi ke Ka'bah. Kafir Quraisy dari
jauh memerhatikan Saidina Umar. Setelah tawaf di Kaabah, Saidina Umar
mengumumkan disitu, siapa yang mahu ibunya kehilangan anaknya , isterinya
menjadi janda dan anak-anaknya menjadi yatim tunggulah aku dibelakang bukit
ini, aku nak hijrah ke Madinah. Tak ada seorang pun yang berani menghalangnya.
Dialah satu-satunya Sahabat Rasulullah Saw yang berhijrah ke Madinah secara
terbuka.
Hijrah terus berlaku, satu demi satu
Sahabat Rasulullah Saw meninggalkan Mekah kecuali mereka yang ditahan oleh kaum
masing-masing. Ketika itu datang Saidina Abu Bakar minta izin dari Rasulullah
Saw untuk berhijrah. Kata Rasulullah Saw, wahai Abu Bakar, tangguhkan dulu
hijrah kamu semoga Allah datangkan teman bersama kamu dalam hijrah. Saidina Abu
Bakar taat dengan Rasulullah Saw. Sejak itulah hatinya berdoa da berharap teman
itulah dia Rasulullah Saw sendiri. Begitu tajam rasa hati Saidina Abu Bakar ini
terhadap Rasulullah Saw. Walaupun dia belum pasti tapi sejak hari itu juga dia
persiapkan satu kenderaan yang lengkap dengan keperluan safar untuk Rasulullah
Saw. Moga-moga teman itu dalah Rasulullah Saw sendiri.
Selepas itu makin ramai Sahabat yang
berhijrah, Saidina Abu Bakar datang lagi minta izin dari Rasulullah Saw.
Jawapan Rasululah Saw sama seperti yang pertama dulu. Tunggu dulu wahai Abu
Bakar semoga Allah jadikan teman dalam hijrah kamu. Lepas itu Saidina Abu Bakar
datang lagi minta izin kali ketiga untuk hijrah. Begitulah jawapan Rasulullah
Saw tak berubah. Pada waktu itu semua Sahabat Rasulullah Saw sudah meninggalkan
Mekah. Yang tinggal hanya Saidina Abu Bakar dengan Rasulullah Saw dan keluarga
mereka. Setelah Rasulullah Saw memastikan semua Sahabat sudah berjaya hijrah ke
Madinah datanglah perintah Allah kepada baginda pula untuk berhijrah. Imam
Bukhari meriwayatkan sabda Rasulullah Saw:
Aku
telah melihat dalam tidurku bahawa aku berhijrah dari Mekah ke satu tanah yang
banyak pokok tamar. Pada mulanya aku sangka Yamamah atau Hajar rupanya dia
Madinah, iaitu Yathrib.
No comments:
Post a Comment