Dalam masa itu juga, di Mekah ada seorang ketua kabilah arab
yang besar iaitu ketua kabilah Daus. Salah seorang pembesar Arab yang
terkemuka, namanya Thufail bin Amru. Bila dia sampai saja ke Mekah, dia
disambut oleh pembesar-pembesar Mekah dan mereka terus mengingatkan dia dan
menakut-nakutkan dia bahawa telah muncul seorang lelaki dari kalangan mereka,
siapa yang mendengar cakapnya pasti terkena sihirnya. Mereka pesan pada
Thufail, kamu jangan cuba-cuba nak dengar cakapnya kalau kamu terdengar pun
kamu akan kena sihirnya. Dia akan pecah belahkan engkau dengan kaum engkau. Thufail
ini, kerana terkesan dengan cakap-cakap pembesar-pembesar Kafir Quraisy, dia
sumbat telinganya dengan kapas ketika tawaf takut-takut terdengar dakwah
Rasulullah Saw, takut terkena sihir.
Ketika
dia tawaf itu Rasululah ada di Ka'bah sedang membaca Al-Quran. Thufail ini
menceritakan, ketika aku tawaf itu aku nampak Rasulullah Saw, aku perhati dia
tapi aku tak dengar apa yang Rasulullah Saw cakap tapi perawakan Rasulullah Saw
sangat menyentuh dan menarik hati aku. Akhirnya hati aku membisikkan pada diri
aku, wahai Thufail, kamu ini pemimpin kabilah, kamu ini orang yang cerdik dan
ahli bahasa, kamu penyair dan kamu tahu menilai mana yang baik mana yang buruk.
Kenapa kamu takut hendak mendengar kata-kata orang ini. Tak sepatutnya kamu
sampai jadi begini. Akhirnya Thufail ini buka kapas dari telinganya dan dia datang
kepada Rasulullah dan minta Rasulullah Saw bercakap kepadanya, dia mendengar
dengan penuh perhatian, akhirnya dia masuk Islam. Ketika itu juga dia terus
mengucap depan Rasululah.
Ketua
kabilah Daus masuk Islam, ini satu kemangan bagi Islam, Rasulullah Saw terlalu
gembira dengan keIslaman Thufail ini. Bila tersebar berita ini dikalangan Kafir
Quraisy, satu berita yang mengejutkan. Ketua kabilah Daus, satu kabilah yang
kuat masuk Islam. Mereka datang mengancam Tufail. Kata Tufail, kalau kamu
sentuh aku kamu tak akan selamat dari kabilah Daus. Kafir Quraisy tak berani
nak ganggu Thufail. Selepas itu Thufail datang mengadap Rasulullah. Wahai
Rasulullah Saw apa yang kamu perintahkan kepada aku. Apakah aku terus bersama
kamu atau aku pulang ke kaumku. Apa yang engkau perintahkan wahai Rasulullah
Saw, aku bersedia. Begitulah Iman Thufail, dari awal lagi ketaatannya kepada Rasulullah
sudah jelas. Bila kemanisan Iman sudah masuk kedalam hati, tidak ada syarat
duniawi lagi. Apa yang Rasulullah Saw mahu, Tufail bersedia untuk
melaksanakannya. Kata Rasulullah Saw, wahai Thufail, pulanglah kepada kaum kamu
dan berdakwahlah pada mereka.
Dalam perjalanan pulang dari kaumnya, tiba-tiba keluar cahaya
dari dahinya sehinga dapat menyuluh perjalanannya. Allah beri karamah
kepadanya. Dia minta pada Allah, janganlah jadikannya pada mukaku nanti jadi
fitnah. Maka cahaya itu berpindah ke hujung rotan untanya yang menjadi bercahaya
dan dapat menerangi perjalanannya. Bila sampai dikabilahnya, dia disambut oleh
kaumnya dan selepas itu terus dia kumpulkan isteri, ibunya dan keluarganya yang
terdekat. Dia berdakwah kepada mereka sehingga semua mereka menerima Islam.
Kemudian dia berdakwah kepada kaumnya. Bertahun-tahun dia berdakwah kepada
mereka akhirnya semua kaumnya masuk Islam. Ketika itu, dia datang mengadap Rasulullah di Madinah bersama semua kaumnya yang telah
masuk Islam. Satu kaum masuk Islam dengan Islamnya ketua mereka . Sebab Saidina
Thufail seorang, semua kaumnya dapat hidayah. Subhanallah...
No comments:
Post a Comment