Akhirnya orang-orang Kafir pulang begitu saja ke
Mekah. Kemudia baru Kafir Quraisy sedar bahawa Saidina Abu Bakar juga hilang.
Baru mereka tahu Rasulullah Saw bersama Saidina Abu Bakar. Mereka pergi mencari
dirumah Saidina Abu Bakar pula. Abu Jahal yang pergi, Asmak keluar membuka
pintu. Abu Jahal Tanya Asmak, mana ayah kamu? Kata Asmak, Aku tidak tahu. Lalu
Abu Jahal menampar Asmak sampai terjatuh Asmak. Ketika itu baru Abu Jahal
merasa malu, dia menampar seorang perempuan yang lemah. Jadi cepat-cepat dia
beredar dari situ, tak jadi nak tanya panjang-panjang lagi.
Selepas itu Abu Quhafah, ayandanda
Saidina Abu Bakar pula datang. Ketika itu dia dah tua dan matanya telah buta.
Abu Quhafah juga Tanya tentang Saidina Abu Bakar, Asmak kata, aku tidak tahu.
Abu Quhafah Tanya Asmak, apa yang Saidina Abu Bakar tinggalkan kepada kamu?
Saidina Abu Bakar memang tak ada tinggal apa-apa wang. Semuanya dibawa untuk
menampung perjalanannya dan perbelanjaan dia dan Rasulullah Saw di Madinah
nanti. Saidina Abdullah bin Zubair menceritakan jumlah yang Saidina Abu Bakar
bawa ialah 5 atau 6 ribu dirham. Semuanya diserahkan kepada Rasulullah Saw.
Asmak ini anak yang sudah terdidik dengan perjuangan, dia sangat faham apa yang
sedang dilalui oleh ayahnya dan Rasulullah Saw. Diambilnya karung wang yang
biasa disimpan wang disitu dipenuhkannya dengan batu dan dibawanya kepada
datuknya. Wahai datuk, inilah yang ayah tinggalkan. Abu Quhafah yang merasakan
karung wang Saidina Abu Bakar yang penuh itu merasa lega dan hilang kerisauannya
tentang nasib anak-anak dan keluarga Saidina Abu Bakar yang ditinggalkan di
Mekah. Begitulah Siti Asmak ini, puteri Saidina Abu Bakar yang telah menghayati
roh perjuangan Rasululah. Hatinya tak risau lagi tentang hal dunia, dia yakin
dengan bantuan Allah.
Selama tiga hari tiga malam Kafir
Quraisy buat operasi besar-besaran mencari Rasulullah Saw dan Saidina Abu
Bakar. Saidina Abdullah putera Saidina Abu Bakar, waktu siang hari dia bersama
Quraisy di Mekah, dia mendengar semua berita dan perancangan Quraisy dan pada
waktu malamnya dia datang membawa berita kepada Rasulullah Saw. Sayyidah Asmak
pula datang membawa makanan untuk Rasulullah Saw. Untuk membawa karung makanan
ini Sayyidah Asmak perlu tali untuk mengikat makanan. Oleh kerana tak ada tali,
Sayyidah Asmak mengoyak pakaiannya untuk mengikat makanan Rasulullah Saw.
Begitulah kemuliaan Saidina Abu Bakar dan keluarganya dalam membela perjuangan
Rasulullah Saw.
Amru bin Fuhair pula datang membawa
kambing untuk digembalakan disitu dan untuk menutup tapak kaki Saidina Abdullah
dan Sayyidah Asmak. Disamping itu dia membekalkan susu untuk minuman Rasulullah
Saw dan Saidina Abu Bakar. Begitu Saidina Abu Bakar ini menyusun strategi untuk
hijrah ini. Usaha-usaha lahir yang dibuat juga sampai tahap maksimum, begitulah
sifat kehambaan yang ada pada para Sahabat Rasulullah Saw. Usaha lahir itu
adalah kewajipan seorang hamba walaupun dia tidak memberi bekas tapi dia wajib
diusahakan sehingga peringkat yang
paling maksimum. Inilah yang ditunjukkan kepada kita oleh Rasulullah Saw dan
Saidina Abu Bakar dalam peristiwa Hijrah ini. Saidina Abu Bakar mempunyai kru
yang ambil berita tentang Kafir Quraisy, ada kru yang menyiapkan makanan dan
minuman ada juga kru yang bertugas menghapuskan kesan-kesan perjalanan mereka.
Semuanya lengkap dan tersusun.
Mari kita lihat bagaImana Rasulullah
Saw meminta Saidina Abu Bakar menunggu baginda untuk menemani baginda, bahkan
bagaImana Saidina Abu Bakar mempersiapkan segala keperluan safar, bagaImana
Saidina Abu Bakar memastikan keselamatan Rasulullah Saw digua, bagai mana
Saidina Abu Bakar membawa semua wangnya untuk kegunaan Rasulullah Saw,
bagaImana Saidina Abu Bakar menggunakan keluarganya dan khadamnya demi
menjayakan Hijrah ini. Saidina Abu Bakar memberi contoh kepada kita bagaImana
yang Rasulullah Saw sebut. Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehingga aku
menjadi orang yang paling dikasihinya lebih dari anak-anak, ibu ayahnya dan
semua manusia lainnya.
No comments:
Post a Comment