Sementara itu berita kedatangan Rasulullah Saw
sudah sampai ke Madinah, tapi oleh kerana Rasulullah Saw tiga hari berada di
Gua Thur dan Rasulullah Saw tidak melalui jalan biasa, jadi orang tak tahu bila
tepatnya Rasulullah Saw akan sampai. Tapi setiap hari orang-orang Madinah dan
Saidina Musaab bin Umair menunggu kedatangan Rasulullah Saw. Saidina Musaab
sudah mempersiapkan suasana penyambutan kepada ketibaan Rasulullah Saw. Setiap
hari orang-orang Madinah, selepas sembahyang subuh mereka keluar beramai ramai
kepintu masuk Madinah menunggu Rasulullah Saw. Bila sampai waktu zohor dan
cuaca makin panas meraka pulang semula. Begitulah setiap hari. Bukan saja orang
Islam yang keluar menunggu, yang bukan Islam juga ikut menunggu bahkan orang
Yahudi pun keluar juga menunggu kedatangan Rasulullah Saw.
Jadi memang Saidina Musaab telah
mempersiapkan untuk kedatangan Rasulullah Saw. Kedatangan Rasulullah Saw ke
Madinah bukan saja sebagai Nabi tapi juga sebagai pemerintah Madinah. Persiapan
menyambut kedatangan Rasulullah Saw ini jadi program besar orang Madinah, jadi
pesta besar-besaran di Madinah. Rasulullah Saw sampai di Madinah pada 12 Rabiul
Awal, hari Isnin. Pada hari itu seperti biasa orang Madinah telah keluar menunggu
sejak lepas subuh sampai tengah hari. Bila matahari dah terik mereka beransur
pulang. Besok akan datang lagi. Selepas mereka beredar saja Rasulullah Saw
sampai. Waktu masih ada seorang Yahudi yang sedang menunggu, dia masih diatas
pokok kurma, mereka panjat keatas pokok kurma supaya dapat melihat dari jauh
Rasulullah Saw sampai. Si Yahudi ini menjerit, panggil semua orang Madinah,
jadi mereka semua patah balik untuk menyamput ketibaan Rasulullah Saw. Ketibaan
Rasulullah Saw yang mereka nanti-nantikan itu disambut dengan penuh gembira.
Orang orang Madinah beramai-ramai bernasyid.
Tolaal badru 'alaina...
Kebanyakan orang Islam waktu itu
belum pernah bertemu dengan Rasulullah Saw, jadi mereka tak kenal yang mana
satu Rasulullah Saw yang mana satu Saidina Abu Bakar. Apa lagi umur Rasulullah
Saw dan Saidina Abu Bakar tak jauh beza. Saidina Abu Bakar muda dua tahun dari
Rasulullah Saw. Walaupun belum pernah bertemu tapi mereka telah memberi
keyakinan dan keImanan yang tak berbelah bagi kepada Rasulullah Saw, mereka
semua sudah berbaiah akan mempertahan Rasulullah Saw dari musuh-musuh Allah
seperti mereka mempertahankan isteri dan anak-anak mereka. Akhirnya matahari
mengenai Rasulullah Saw, Saidina Abu Bakar memayung Rasulullah Saw. Ketika itu
barulah mereka tahu yang mana satu Rasulullah Saw.
Ketika
itu masing-masing berharap Rasulullah Saw berhenti ditempat mereka untuk
mendapat keberkatan Rasulullah Saw. Kali pertama Rasulullah Saw turun dari
kenderaan baginda iaitu di Qubak. Terus Rasulullah Saw perintahkan para Sahabat
membina masjid disitu. Begitulah kedudukan masjid dalam Islam. Selama empat
hari Rasulullah Saw berhenti di Qubak. Ketika itu Saidina Ali sampai dari
Mekah. Dalam tempoh itu para Sahabat meyiapkan masjid dan Rasulullah Saw
menerima kunjungan orang orang Madinah dan Rasulullah Saw mula menyusun orang-orang
Islam, khususnya orang Muhajirin. Dari hari Isnin sampai hari Khamis Rasulullah
Saw di Qubak. Hari jumaat Rasulullah Saw bergerak dari Qubak masuk ke Madinah.
Dalam perjalanan Rasulullah Saw sembahyang jumaat di Diar Bani Salim bin Auf
satu tempat diantara Qubak dan Madinah. Hari itu Rasulullah Saw sendiri
menyampaikan khutbah jumaat dan itulah khutbah jumaat yang pertama Rasulullah
Saw sampaikan. Sebelum itu solat Jumaat telah dibangunkan di Madinah. Orang
pertama membangunkan sembahyang Jumaat ini ialah Saidina As'ad bin Zurarah, dia
dan 40 orang Islam yang lain sembahyang Jumaat dirumahnya. Sebab itu dalam
mazhab syafie, syarat sah Jumaat ialah 40 orang jemaahnya.
No comments:
Post a Comment