Selepas itu Rasulullah Saw menghantar Saidina Musaab bin Umair
untuk mengajarkan Islam kepada mereka. Dengan itu Saidina Musaab ini dipanggil
duta Islam yang pertama. Islam mula meluas dalam bentuk yang luar biasa di
Madinah. Begitu cepat sekali, Saidina Musaab ini bekerja siang malam. Usahanya
begitu luar biasa sehingga tidak ada rumah di Madinah melainkan Islam telah
sampai kesitu.
Jadi
peristiwa ini semua berlaku sekitar 3 tahun dari tahun kesedihan. Dari tahun 10
selepas kenabian sehinggalah tahun 13 selepas kenabian . Setiap orang yang
masuk Islam di Madinah berusaha pula untuk membawa keluarganya masuk Islam.
Antara kisah yang menarik, kisah anak-anak Amru bin Jamuh. Ketika itu mereka
semua masuk Islam tapi ayah mereka belum menerima Islam dan masih percaya lagi
dengan berhalanya. Anak-anaknya ini ingin menyedarkan ayah mereka. Satu malam
ketika ayah mereka tidur mereka masuk ke bilik ayah mereka. Mereka ambil
kotoran dan mereka kotorkan berhala ayah mereka. Pagi esok Amru bangun dia
tengok Tuhannya penuh dengan kotoran. Dia pun bercakap-cakap dengan Tuhannya,
siapa yang buat macam ini pada kamu, kenapa kamu tak pertahankan diri kamu.
Tapi lepas itu dia bersihkan semula, diwangikan dan disembahnya lagi berhala
itu. Malam kedua anak-anaknya buat lagi macam semalam. Besoknya Amru bangun,
dilihat Tuhannya penuh denga kotoran lagi. Katanya, hai Tuhan, kenapa kamu tak
pertahankan diri kamu. Tapi selepas itu dibersihkannya, diwangikannya dan
disembah lagi. Kali ini Amru gantung pedang dileher Tuhannya sambil dia
bercakap kepada Tuhannya. Kalau ada orang datang nak kotorkan kamu lagi kamu
bunuh dia. Malam ketiga anak-anaknya datang
lagi. Mereka sembelih anjing (anjing belum diharamkan lagi), mereka
gantung anjing ini dileher berhala dan mereka kotorkan berhala dengan darah
anjing ini. Kemudian mereka angkat berhala dan anjing ini mereka campakkan ke
tempat sampah.
Pagi esok, Amru bangun cari Tuhannya, dah tak ada. Dicari-cari
tak jumpa juga. Akhirnya dia jumpa Tuhannya dekat tempat sampah dengan anjing
yang tergantung dilehernya dan berhalanya penuh dengan darah anjing. Kata Amru,
demi Allah, tak patut engkau ini disembah. Selepas itu dia masuk Islam.
Begitulah usaha masing-masing kepada keluarga mereka sehingga Islam tersebar
keseluruh Madinah.
No comments:
Post a Comment