Selepas
itu barulah Rasulullah Saw masuk ke Madinah, setiap kampung yang dilalui oleh
Rasulullah Saw, ketua dan ahli kampungnya minta Rasulullah Saw berhenti disitu
dan tinggal disitu. Tapi Rasulullah Saw minta pada semua orang membiarkan unta
Rasulullah Saw berjalan sampai dia berhenti sendiri. Kata Rasulullah Saw:
Biar
dia berhenti sendiri, unta ini mengikut perintah Allah
Akhirnya
Rasulullah Saw sampai di Bani Najjar, disitu ada satu kawasan kosong yang
dipunyai oleh dua orang anak yatim. Unta Rasulullah Saw berhenti disitu. Tempat
yang berkat, tempat yang Allah pilih. Rasulullah Saw membayar harga tanah itu
kepada waris anak yatim ini dan Rasulullah Saw perintahkan dibina masjid
disitu. Masjid Nabawi, masjid yang paling mulia selepas Masjidil Haram. Tempat
yang Allah pilih melalui unta Rasulullah Saw. Allahlah yang memerintahkan unta
Rasulullah Saw berhenti disitu. Maka bermulalah pembinaan Masjid Nabawi. Ketika
itu semua Sahabat dikalangan Ansar menawarkan kepada Rasulullah Saw agar
Rasulullah Saw tinggal dirumah mereka. Akhirnya Rasulullah Saw pilih untuk
tinggal dirumah Abu Ayob Al Ansari. Abu Ayob ini rumahnya besar dua tingkat.
Abu Ayob minta Rasulullah Saw tinggal diatas. Kata Abu Ayob, tak sepatutnya
kami duduk diatas rumah Rasullulah Saw. Tapi Rasulullah Saw memilih untuk
tingal dibawah supaya tidak menyusahkan Abu Ayob dan keluarganya kerana
Rasulullah Saw akan didatangi oleh banyak tetamu.
Pembinaan
masjid terus berjalan, semua para Sahabat bekerja. Bahkan Rasulullah Saw
sendiri turun tangan, sambil bekerja ini para Sahabat bernasyid :
Ya
Allah tiadalah kehidupan melainkan kehidupan di Akhirat, ampunkanlah para Ansar
dan Muhajirin.
Rasulullah
Saw juga ikut bernasyid sama dengan para Sahabat Muhajirin dan Ansar. Begitulah peranan nasyid
dalam membina jiwa dan menghidupkan semangat perjuangan disamping dapat
memeriahkan suasana. Para Sahabat menyambut ketibaan Rasulullah Saw juga dengan
bernasyid. Mereka sambil membina masjid Qubak juga bernasyid begitu juga sambil
membina masjid Nabawi, Rasulullah Saw pun ikut nasyid sama. Sebab itu para
Ulamak Sufi menyebut :
Nasyid
itu dapat melembutkan dan menyegarkan
hati
Rasulullah
Saw juga ikut mengangkat batu-bata dari tanah untuk membina masjid itu. Semua
Sahabat memikul seorang satu batu, tapi Saidina Amar bin Yasir memikul dua bata
sekaligus. Bila Rasulullah Saw melihat kegigihan Saidina Ammar ini, Rasulullah
Saw tersentuh dan terharu. Rasulullah Saw mendoakannya dan ketika itu juga
Rasulullah Saw menyebut tentang kematian Saidina Ammar, bahawa Saidina Ammar
akan dibunuh oleh satu golongan yang melanggar batasan agama. Ditahun pertama
hijrah Rasulullah Saw telah memberi tahu para Sahabat Jadual yang akan berlaku
35 tahun lagi. Allah Swt telah memberitahu Rasulullah Saw tentang Jadual Umat
ini sehingga hari kiamat. Siapa yang mengikut jadual ini pasti berjaya dan
selamat.
Malam
pertama Rasulullah Saw tinggal dirumah Abu Ayob, Abu Ayob dan keluarganya tidur
dipenjuru rumah. Mereka tak banyak bergerak, takut mengganggu Rasulullah Saw.
Begitulah adab dan kecintaan mereka dengan Rasulullah Saw. Lepas itu bekas air mereka
pecah. Abu Ayob takut air turun mengenai Rasulullah Saw, dia lap air itu dengan
selimutnya sedangkan itulah satu satu selimut yang ada. Sedangkan Madinah pula
memang sejuk diwaktu musim sejuk. Jadi malam itu Abu Ayob dan isterinya tak
tidur. Besok bila dicerita kepada Rasulullah Saw apa yang berlaku. Rasulullah
Saw yang penyayang dan pengasih itu bersetuju pindah ke atas. Abu Ayob dan Umu
Ayoblah yang menyiapkan makanan untuk Rasulullah Saw dan dari lebihan makanan
Rasulullah Saw itu mereka makan. Bahkan yang mereka paling suka dimakanan yang
ada bekas jari Rasulullah Saw. Mereka mahu mengambil berkat dari jari-jari
tangan Rasulullah Saw. Dari sini kita dapat belajar bahawa mengambil berkat
dari lebihan Rasulullah Saw adalah satu perkara yang dilakukan oleh Para
Sahabat.
Setelah
suasana agak tenang Rasulullah Saw hantar Saidina Zaid bin Harithah untuk
mengambil keluarga Rasulullah Saw dan keluarga Saidina Abu Bakar di Mekah.
Ketika itu puteri Saidina Abu Bakar, Sayyidah Asmak belum datang lagi. Dia datang
kemudian. Diantara perkara penting ditahun pertama Hijrah ini, para Sahabat dan
orang-orang Madinah menziarahi Rasulullah Saw. Diantara yang sangat ghairah
datang bertemu Rasulullah Saw Saidina
Abdullah bin Salam salah seorang pendeta Yahudi bahkan orang yang paling alim
dikalangan mereka. Mari kita dengar Saidina Abdullah bin Salam bercerita
bagaImana pertemuannya dengan Rasulullah Saw.
Semasa
berita ketibaan Rasulullah Saw di Madinah, Abdullah bin Salam ini dirumah ibu
saudaranya. Bila dia dengar berita ini terus dia bertakbir. Allahuakhbar! Ibu
saudaranya terkejut mendengar Abdullah bin Salam bertakbir. Kata Saidina
Abdullah pada ibu saudaranya, dia Nabi, semua tanda-tanda keNabian yang ada
didalam Taurat ada pada Rasulullah Saw . Kata ibu saudaranya padanya, kamu
pergi tengok dulu, pastikan betul-betul. Saidina Abdullah bin Salam pun pergi
bertemu dengan Rasulullah Saw. Saidina Abdullah bin Salam dapat menyaksikan
sendiri semua tanda-tanda yang disebut itu ada pada Rasululah Saw termasuk
Khatamun Nubuwwah. Saidina Abdullah bin Salam terus masuk Islam disitu. Dengan
itu dialah orang Yahudi yang pertama masuk Islam. Selepas itu dia atur strategi
dengan Rasulullah Saw untuk mengiklankan keIslamannya supaya jadi satu hujjah
keatas orang orang Yahudi yang lain. Jadi Rasulullah Saw panggil semua orang
berkumpul termasuk ulamak-ulamak dan pembesar pembesar Yahudi berkumpul.
Rasulullah Saw berdakwah kepada mereka, tapi mereka tetap tidak menerima Islam.
Akhirnya Rasulullah Saw Tanya Yahudi, apakah kedudukan Abdullah bin Salam
dikalangan kamu? Kata mereka, dia pembesar kami, dia ulamak kami bahkan paling
alim diantara kami. Peristiwa ini berlaku didepan ramai, ketika itu Saidina
Abdullah bin Salam yang dari tadi bersembunyi di dalam keluar dan mengucap dua
kalimah syahadah didepan pembesar-pembesar Yahudi dan Ulamak-ulamak mereka di
majlis Rasulullah Saw dan orang ramai. Satu hujjah ke atas orang Yahudi didepan
semua orang. Ketika itu juga mereka semua menyebut bahawa Abdullah bin Salam
ini adalah orang yang jahat dikalangan kami, orang yang paling penipu dan
paling jahil dikalangan kami. Tak sampai beberapa minit mereka telah berubah
bila berhadapan dengan hal yang mengancam kepentingan mereka. Beginilah sikap
orang-orang Yahudi, mereka sangat memungkiri janji.
Saidatina Safiyyah Ummul Mukminin puteri Huayayy bin Akhtab salah
seorang Pembesar Yahudi menceritakan kisahnya bahawa dia adalah anak kesayangan
ayahnya dan bapa saudaranya Yasir bin Akhtab. Kata Saidatina Safiyah, setiap
kali mereka melihat aku pasti dipegang dan dipeluk aku. Kedua-dua mereka hadir
dalam pertemuan dengan Rasulullah Saw. Pada hari itu aku datang kepada mereka,
mereka tak mengendahkan aku lagi, nampak mereka berdua sedih dan sugul sangat.
Ketika itu, aku dengar perbualan mereka. Ayah aku bertanya kepada bapa
saudaraku, apakah dia ini yang disebut didalam Taurat. Kata Yasir, benar, semua
alamatnya tepat. Inilah dia orangnya. Jadi kalau begitu apa yang engkau nak
buat wahai Yasir. Kata bapa saudaraku Yasir, aku berazam untuk memusuhinya
selama-lamanya. Beginilah sikap orang-orang Yahudi, sikap ulamak-ulamak Yahudi
yang mereka sangat arif tentang kebenaran tapi mereka menetang kebenaran.
No comments:
Post a Comment