Rasulullah Saw mulakan dengan operasi membina
Masjid iaitu membina hubungan dengan Tuhan, membina Iman, setelah itu
Rasulullah Saw melakukan operasi kasih sayang iaitu dengan mempersaudarakan
Muhajirin dan Ansar. Rasulullah Saw dengan Saidina Ali, Saidina Abu Bakar dan
Saidina kharjah bin Zaid, Saidina Umar dan Saidina Utban, Saidina Abdullah bin
Masu'd dan Saidina Muaz bin Jabal, Saidina Musaab bin Umair dan Abu Ayob Al
Ansari, Saidina Abu Ubaidah dan Saidina Abu Talhah. Begitulah seterusnya.
Ketika itu berlaku satu peristiwa yang belum pernah berlaku dalam sejarah
manusia. BagaImana kasih sayang yang berlaku diantara kaum Muhajirin dan Ansar.
Para Ansar telah menerima Muhajirin sebagai saudara mereka, dibahagi dua harta,
rumah, pakaian, semuanya dibahagi dua dengan saudaranya Muhajirin Bahkan ada yang sampai mahu
menceraikan salah seorang dari isteri mereka untuk dikahwinkan kepada Sahabat
dari Muhajirin. Tapi sampai tahap ini, para muhajirin menolaknya dengan baik.
Mereka hanya ambil sekadar keperluan sahaja.
Para Ansar telah membuka hati mereka kepada Muhajirin sebelum mereka
membuka pintu rumah mereka, para Ansar telah memberi hati mereka kepada Muhajirin
sebelum mereka memberikan harta mereka. Dengan itu tercetuslah satu kasih sayang,
tautan hati dan pengorbanan yang sangat luar biasa dalam sejarah manusia
seluruhnya. Rasulullah Saw persaudarakan hati mereka dulu sebelum Rasulullah
Saw persaudarakan jasad mereka.
Saidina Saad bin Rubayya' Al Ansari Rasulullah Saw persaudarakan dengan
Saidina Abdul Rahman. Kita dengar persaudaraan ini dari Hadis riwayat Imam
Bukhari dari Saidina Abdul Rahman sendiri.
Bahawa Rasulullah Saw telah
mempersaudarakan diantaranya dan Saad bin Rabe’ Al Ansari. Dengan itu Saidina
Saad datang menawarkan kepada Saidina Abdul Rahman hartanya. Kata Saidina Saad
kepada Saidina Abdul Rahman, lihatlah mana satu dari dua sorang isteriku yang
lebih kamu suka, aku akan lepaskan dia kepada kamu, bila selesai iddahnya kamu
boleh kahwininya. Saidina Abdul Rahman menolak dan berkata, semoga Allah
memberkati kamu pada keluarga kamu dan harta kamu, tetapi tunjukkanlah kepada
aku pasar, Saidina Abdul Rahman berjual beli sehingga dia meperolehi harta.
Saidina Abdul Rahman memang pakar perniagaan,
pakar bisnes. Rasulullah Saw bersabda tentang Saidina Adbul Rahman:
Saidina Abdul Rahman ini kalau dia
berniaga pasir pun dia akan untung
Saidina Abdul rahman ini datang ke
Madinah tanpa sebarang harta, tapi diatas kepercayaan dan amanah Rasulullah Saw
kepadanya dia telah berjaya membina kekuatan ekonomi Umat Islam dan membebaskan
Umat Islam dari cengkaman Yahudi yang ketika itu menguasai perniagaan di
Madinah, menguasai ekonomi Madinah. Saidina Abdul Rahman telah berjaya
membangunkan suqul Ansar Pusat ekonomi umat Islam di Madinah.
Kemudian Rasulullah Saw menyusun sistem
masyarakat Madinah. Antara taklimat Rasulullah Saw lagi, bahawa Rasulullah Saw
sahaja yang berhak membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah dari luar Madinah.
Diantaranya lagi, semua perselisihan yang berlaku di Madinah diselesaikan
mengikut hukum Islam. Begitu juga Rasulullah Saw tidak membenarkan sesiapa juga
memberi jaminan keselamatan kepada orang Kafir Quraisy di Madinah.
Jadi orang orang Madinah yang telah
dibangunkan insaniah mereka melalui wakil Rasulullah Saw, Saidina Musaab bin
Umair, setelah disusun pula oleh Rasulullah Saw menjadi makin kemas dan makin
cantik. Model masyarakat Islam yang terbaik, Masyarakat model yang Allah puji
dalam Al Quran.
Ditahun pertama hijrah ini juga,
Saidina Asa’d bin Zurarah Al Khazraji wafat. Salah seorang pemimpin Ansar.
Orang pertama dalam Islam membangunkan sembahyang Jumaat iaitu dirumahnya
sendiri dan dialah yang menyampaikan khutbahnya.
Dalam tempoh 4 bulan pertama hijrah
Rasulullah Saw ke Madinah Rasulullah Saw dan pembinaan masyarakat dan negara
Islam model ini, berlaku satu ujian kepada Umat Islam. Ketika itu tidak ada seorang
pun anak lelaki yang dilahirkan di Madinah dari orang Islam hidup. Anak-anak
lelaki yang dilahirkan semuanya meninggal dunia. Orang orang Yahudi mengambil
peluang mengeksploitasikan hal ini. Kata mereka, kami dah sihir orang Islam.
Mereka tak boleh melahirkan anak lelaki lagi, anak lelaki yang dilahirkan
semuanya meninggal dunia. Dengan itu zuriat mereka akan pupus. Bayangkan dalam
satu masyarakat yang agak ramai itu, tidak ada anak lelaki yang dilahirkan
selamat dalam masa empat bulan. Dengan propaganda Yahudi ini orang-orang yang
lemah Imannya mula tergugat. Sehinggalah datang ke Madinah Sayyidah Asmak
Puteri Saidina Abu Bakar isteri kepada Saidina Zubair bin A'wam. Siti Asmak
berhijrah ke Madinah dalam keadaan sarat hamil, dia sampai di Madinah dipenghujung
empat bulan ini. Bila Sati Asmak masuk saja ke Madinah dia melahirkan anak
lelaki, terus anak ini dibawa kepada Rasulullah Saw. Rasulullah Saw yang
mentahnikkannya, Rasulullah Saw mengunyah tamar dan dimasukkan ke dalam mulut
anak ini. Dengan itu yang pertama masuk ke mulutnya adalah air liur Rasulullah
Saw. Inilah dia Saidina Abdullah bin Zubair. Kelahiran Saidina Abdullah ini
menjadi kegembiraan Umat Islam ketika itu, Saidina Abdullah dibawa berarak
keseluruh Madinah sambil bertakbir. Sejak itu senyaplah propaganda yang dibuat
oleh orang-orang Yahudi. Saidina Abdullah bin Umar yang menyaksikan tentera
Hajjaj membunuh Saidina Abdullah bin Zubair ini, dimana selepas mereka membunuh
Saidina Abdullah mereka bertakbir. Kata Saidina Abdullah bin Umar, aku
menyaksikan hari kelahirannya dan hari kematiannya. Demi Allah orang-orang yang
bertakbir dihari kelahirannya lebih baik dari orang-orang yang bertakbir dihari
kematiannya.
Dalam tempoh ini juga Rasulullah Saw
mengahwini Siti Aisyah, Ummul Mukminin puteri Saidina Abu Bakar. Dalam tempoh
ini juga turun perintah, ditambah rakaat sembahyang. Jadi sejarah sembahyang
ini melalui 3 peringkat.
Pertama ; sembahyang belum
diwajibkan tapi hanya menjadi perkara sunat. Ketika itu, yang wajib hanya
sembahyang malam kepada Rasulullah Saw. Selepas itu diwajibkan kepada orang-orang
Islam juga, sembahyang lain semuanya sunat.
Kedua: bila berlaku peristiwa Israk
dan Mikraj. Allah wajibkan sembahyang lima waktu tapi semuanya dua rakaat.
Ketiga : diawal hijrah Rasulullah
Saw ke Madinah ini Allah tambahkan rakaat sembahyang Zohor, Asar, Maghrib dan
Isyak, hanya sembahyang subuh yang kekal dua rakaat.
Pada waktu itu Rasulullah Saw
berfikir bagaImana nak memberitahu orang ramai masuk waktu sembahyang. Para
Sahabat pada waktu dengan rasa hati mereka yang tajam, mereka boleh mengagak
waktu sembahyang. Sehinggalah Saidina Zaid bin Abdullah bermimpi ada orang
datang mengajarnya bagaImana azan. Bila dia beritahu Rasulullah Saw mimpinya
Rasulullah Saw akui mimpi itu. Itulah dia azan yang kita pakai sekarang ini.
Kata Rasulullah Saw kepada Saidina Abdullah bin Zaid,
Ini mimpi yang baik, ajarkan kepada
Bilal kerana suaranya lebih kuat dari suara kamu
Dari
sinilah sunnahnya orang yang melaungkan azan itu orang yang paling baik
suaranya. Bila Saidina Bilal azan, Saidina Abu Bakar terbangun dari tidurnya
mendengar suara azan Saidina Bilal. Cepat-cepat dia datang bertemu Rasulullah
Saw, Saidina Umar memberitahu Rasulullah Saw inilah juga azan yang aku lihat
dalam mimpiku. Kata Rasulullah Saw. Selepas itu turun wahyu memperkuatkan lagi
hal ini.