Rasulullah dan Saidina Abu Bakar

Begitu bijak Rasulullah Saw menjaga rahsia hijrah ini. Saidatina Aisyah Ummahatul Mukminin menceritakan peristiwa itu. Rasulullah Saw datang mengetuk rumah kami diwaktu yang Rasululah tak pernah datang sebelum ini. Rasulullah Saw masuk ke dalam rumah, ketika itu, dirumah Saidina Abu Bakar ada dua orang anak perempuannya, Sayyidah Aisyah dan Sayyidah Asmak. Kata Rasulullah Saw kepada Saidina Abu Bakar, wahai Abu Bakar  keluarkan orang-orang yang ada bersama kamu. Begitulah Rasulullah Saw menjaga rahsia. Kata Saidina Abu Bakar, tidak ada orang melainkan dua orang puteriku Aisyah dan Asmak. Kata Rasulullah Saw, wahai Abu Bakar, Allah telah mengizinkan untuk aku berhijrah. Saidina Abu Bakar bertanya, apakah aku akan menemani Rasulullah Saw? Benar, kata Rasulullah Saw. Ketika itu Saidina Abu Bakar menangis terharu kerana gembira dapat menemani Rasulullah Saw berhijrah. Kata Sayyidah Aisyah, itulah kali pertama aku melihat orang menangis kerana gembira. Selama ini aku hanya melihat orang menangis kerana sedih. Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar keluar dari pintu belakang, dImana Saidina Abu Bakar sudah lama menyiapkan 2 ekor unta siap dengan peralatan dan keperluan safar.

Rasulullah Saw membawa Saidina Abu Bakar berjalan kearah Selatan sedangkan Madinah berada disebelah Utara. Begitulah Rasulullah Saw mahu mendidik umat bahawa usaha lahir juga mesti ditempuh dalam setiap usaha kita bukan hanya bertawakal kepada Allah tanpa berusaha. Saidina Abu Bakar yang sudah lama bersedia juga siap dengan strateginya bagaimana kalau dia berhijrah dengan Rasulullah Saw untuk menjamin keselamatan Rasulullah Saw. Saidina Abu Bakar memerintahkan Khadamnya membawa kambing-kambing ternakannya berjalan dibelakang Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar untuk menghilangkan kesan-kesan tapak kaki mereka. Bila mereka sampai di gua Thur di selatan Mekah. Saidina Abu Bakar memerintahkan khadamnya Amru bin Fuhair untuk menjaga unta mereka dan membawanya semua ke Gua Thur bila diberitahu nanti. Saidina Abu Bakar juga minta Amru memberitahu tempat mereka kepada Abdullah dan Asmak dua orang anak Saidina Abu Bakar.

Bila Saidina Abu  Bakar nampak Rasulullah Saw nak masuk kedalam gua, cepet-cepat dia minta izin untuk masuk dulu sebelum Rasulullah Saw masuk. Dia nak pastikan tidak ada sesuatu yang membahayakan Rasulullah Saw didalam. Bahkan Saidina Abu Bakar memasukkan kainnya kedalam setiap lubang untuk memastikan tidak ada binatang berbisa disitu yang boleh menyakiti Rasulullah Saw. Kalau ada biar Saidina Abu Bakar kena dulu. Setelah dicek semua barulah Rasulullah Saw masuk.

Pagi besoknya, pemuda-pemuda yang mengepung rumah Rasulullah Saw mula merasa pelik, biasanya Rasulullah Saw keluar bersembahyang di Ka'bah tapi kenapa sampai saat ini Rasulullah Saw tak keluar-keluar lagi. Lepas itu baru mereka sedar ada pasir diatas kepala mereka . Bila mereka mengintip kedalam, mereka lihat Rasulullah Saw masih tidur. Begitulah kecintaaan Saidina Ali kepada Rasulullah Saw, sanggup mengorbankan dirinya untuk dibunuh mengagantikan Rasulullah Saw. Akhirnya mereka tak sabar lagi, mereka serbu masuk. Tengok-tengok yang dalam selimut itu Saidina Ali bukan Rasulullah Saw. Mana Rasulullah Saw, diperiksa satu rumah tak jumpa juga. Maka ketika itu juga tersebar di Mekah bahawa Rasulullah Saw telah berhijrah ke Madinah. Mereka cuba cari Rasulullah Saw dimerata tempat tapi tak jumpa. Akhirnya pembesar pembesar Kafir Quraisy membuat tawaran kepada siapa yang tangkap Rasulullah Saw akan mendapat ganjaran 100 ekor unta betina. Satu anggaran yang sangat besar pada waktu itu.  Jadi sebuklah semua orang mencari Rasulullah Saw kerana tamak dengan hadiah yang besar itu. Setelah semua tempat yang disyaki tak ada, akhirnya mereka menuju ke Gua Thur. Mungkin Rasulullah Saw bersembunyi disitu. Akhirnya mereka sampai di pintu Gua Thur. Imam Bukhari menceritakan dalam kitab Sahihnya, orang-orang Kafir Quraisy ini bila mereka sampai ke depan pintu gua tak ada seorang pun yang menjengok ke dalam. Kalau ada seorang yang menjengok ke dalam dia akan nampak terus Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar. Kata Saidina Abu Bakar kepada Rasulullah Saw, wahai Rasulullah Saw, kalau salah seorang dari mereka melihat kebawah nescaya mereka nampak kita. Tapi Maha Besar Tuhan, mereka semua sibuk berbual sampai tak teringat nak menjengok kebawah. Begitulah Allahlah yang memelihara dan menjaga.

Sejarah menceritakan juga ada labah labah yang datang membuat jaringnya dipintu gua dan ada burung merpati yang datang membuat sarang disitu. Dengan itu orang orang kafir tak terfikir ada orang baru masuk kedalam gua. Allah Tuhan Sekalian Alam, raja segala raja yang Maha gagah Perkasa boleh saja mengerahkan selemah-lemah tenteranya untuk membantu Rasulnya dan orang-orang yang berjuang dijalannya. Rasulullah Saw dengan penuh yakin ketika itu menenangkan Saidina Abu Bakar. Wahai Abu Bakar, jangan kamu sangka kita berdua saja tapi Allah ada bersama dengan kita.

(At-taubah :40)

Ketika mana Rasulullah Saw berkata kepada Sahabatnya, ketika mereka berdua didalam gua, jangan kamu risau, sesungguhnya Allah ada bersama kita.

Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan kedudukan Saidina Abu Bakar ini, Allah yang menceritakan perkara ini dalam Al Quran. Para Ulamak sepakat bahawa orang yang bersama dengan Rasulullah Saw didalam gua ialah Saidina Abu Bakar. Allah menamakannya Sahabat dan pendamping kepada Rasulullah Saw dan Allah nyatakan bahawa Allah bersama Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah