Hakikat Diri Manusia

Peranan hati atau roh adalah merasa
Atau ia adalah perasaan yang berbagai-bagai rasa
Rasa-rasa itu samada positif atau nagatif sering datang silih berganti
Yang positif di antaranya: rasa malu, gembira, suka, senang, lapang, tenang, percaya, hina, rasa hamba
Yang negatifnya tentulah banyak pula
Di antaranya: sedih, pilu, benci, jijik, marah, meluat, dendam, dukacita, geram, dengki, takut, bimbang, curiga, hiba
Sifat yang positifnya hendaklah disuburkan
Ia sangat manfaat pada diri dan masyarakat
Ia selamat-menyelamatkan dunia Akhirat
Peranan akal lain pula sangat berbeza dengan peranan roh manusia
Peranannya: menerima ilmu, menerima pengalaman melalui saluran anggota badan
Melalui mata, telinga, lidah, sentuhan
Kemudian disimpan di dalam khazanah akal serta memproses, memperluas dan membuang yang tidak diperlukan
Setelah itu ilmu dan pengalaman yang tersimpan dikeluarkan apabila diperlukan
Perlu itu kerana hendak dilaksanakan, atau ditanyakan, atau untuk mengajar
atau untuk pemberitahuan
Peranan nafsu pula ia hanya berkehendak dan merangsang
Kehendak dan rangsangannya amat gelojoh dan rakus tanpa sempadan atau tidak ada batasnya
Kemahuannya luar biasa
yang halal mahupun yang haram dia tidak kira
Yang dibenarkan mahupun yang dilarang kalau boleh hendak dimilikinya
Orang suka atau tidak suka dia tidak peduli 
Yang penting kemahuannya dapat atau berjaya
Kehendaknya terlalu banyak berbagai-bagai macam kemahuannya
Di antaranya kepada makan minum, pakaian, perempuan, kenderaan, tempat tinggal, perhiasan dan lain-lainnya
Setelah dapat bukan puas pula, mahu lagi, hendak lagi hingga mati
Sungguh buruknya kemahuan nafsu, tamak dan rakus tidak puas-puasnya
Bagaimana nafsu mengimplementasikan kemahuannya?
Dia gunakan akal memikirkan kepada apa yang dia kehendak
Akal pun mengeluarkan ilmu atau pengalaman untuk menjayakan kehendak nafsu
Nafsu pun akan menggunakan seluruh anggota badan berdasarkan ilmu melaksanakan kemahuan nafsu
Berjaya atau tidak terletak kepada kepandaian akal
Dan sejauh mana pula kemampuan badan
Jadi di sini kita faham badan lahir peranannya melaksanakan kehendak nafsu
Anggota lahir hanya menerima arahan nafsu
Anggota badan tidak mampu menolaknya
Kecuali sakit atau cacat atau lumpuh
Maka seluruh arahan nafsu tidak dapat ditunaikan
Kerana badan sudah tidak mampu berperanan
Begitulah peranan setiap anggota yang ada di dalam badan manusia
Samada anggota batinnya mahupun anggota lahirnya
Begitulah hakikat diri manusia
Faham ilmu yang telah dinyatakan tadi, maka fahamlah erti manusia
Itulah dia diri kita semua

Antara ilmu dan amal


Memberi ilmu kepada murid mudah, mengajak murid mengamalkan ilmu amat susah
Membanyakkan ilmu mudah, membanyakkan amalan susah sekali
Ahli ilmu ramai, ahli amal tidak ramai
Ramai para guru dapat memandaikan murid-muridnya
Tapi ramai para guru gagal mengajak muridnya beramal
Kalau ahli-ahli ilmu ghairah beramal, tidak sempat hendak menbincangkan tentang ilmu kecuali sedikit sekali dengan tujuan beramal
Orang yang kurang ilmu tapi beramal dari amalannya itu akan mendapat ilmu atau menambah ilmu
Ahli ilmu yang tidak beramal, ilmunya itu akan bertambah berkurang
Ilmu apabila diamalkan baru dapat faedah
Bahkan adakalanya faedahnya melimpah ruah kepada orang ramai
Hari ini ahli ilmu disanjung orang
Tapi ahli amal tidak dipeduli orang
Bahkan adakalanya tidak pun disebut-sebut namanya
Kebanyakan di institusi ilmu tidak begitu mengambil berat di dalam latihan-latihan beramal
Ramai di kalangan yang bukan ahli ilmu lebih maju dan berjaya dari pakar-pakar ilmu
Terutama di bidang ekonomi 
Yang tidak ada sijil ekonomi lebih berjaya daripada mereka yang ada kelulusan
Ramai orang bercakap tentang ilmu, tapi kurang yang bercakap tentang amal
Ahli ilmu adakalanya dihormati orang, tapi ahli amal ilmu adakalanya didengki orang
Ilmu semata-mata tidak akan melahirkan kemajuan yang lahir selagi tidak diamalkan.

Sudut Pandang

Ada sesuatu yang boleh kita pelajari dari Kisah ini. BACALAH...

Alkisah satu pertengkaran

Satu ketika dahulu di sekolah, Hamzah bergaduh hebat dengan rakan baiknya Farid mengenai sesuatu sehingga hampir bergaduh.

Pada pandangan Hamzah ialah “saya betul, Farid yang salah.” Pada pandangan Farid pula, “saya betul, Hamzah yang tak betul.”

Pertengkaran itu kuat sehingga Ustaz Haron terpaksa campur tangan.

Ustaz Haron membawa Hamzah dan Farid ke dalam bilik mesyuarat guru yang mempunyai satu meja yang panjang.

Hamzah dan Farid disuruh duduk bertentangan jauh antara satu sama lain di meja tersebut.

Ustaz Haron memulakan pertanyaan: “Apakah warna cawan di tengah meja?”

Kerana tidak ingin kalah, kedua-dua cepat-cepat menjawab soalan Ustaz Haron:
Hamzah menjawab: “Hitam.” Farid menjawab: “Putih.”

“Tengok ustaz, cawan ini memang berwarna hitam. Tapi kerana saya berkata hitam, Farid terus berkata putih untuk melawan saya meskipun cawan ini hitam,” keluh Hamzah.

“Apa kamu merepek ini Hamzah? Cawan ini memang putih. Kamu buta warna patut pergi buat cermin mata. Jangan nak fitnah saya. Ustaz, lihatlah cara Hamzah fitnah saya. Saya jawab putih bukan kerana dia kata hitam, tapi kerana cawan ini putih,” bidas Farid.

“Apa lagi kamu berdua nak adu?” tanya Ustaz Haron.

Hamzah dan Farid bertengkar lagi untuk 30 minit sehingga dua-dua keletihan.

“Ustaz, cukuplah. Saya dah malas nak cakap dengan kerbau ini,” kata Hamzah kepada Ustaz Haron.

“Ustaz, saya pun sama. Susah nak berhujah dengan manusia yang tak nak menerima hakikat,” kata Farid.

“Ok, kamu berdua tukar tempat,” kata Ustaz Haron.
Selepas menukar tempat, Hamzah dan Farid terus diam. Rupa-rupanya cawan di tengah meja memang berwarna dua, separuh hitam dan separuh putih.

“Nak bertengkar lagi ke? Kadangkala kita kena berdiri di tempat orang lain untuk memahami pandangan mereka. Bukan semua yang ada di depan mata itu ialah betul. Ada benda yang kita tak nampak melainkan kita boleh melihat daripada semua sudut yang ada,” kata Ustaz Haron.

Selepas itu, Hamzah dan Farid saling bermaafan dan mula mengerti untuk menghormati pandangan masing-masing meskipun berbeza.

Wahai anakku,
Jangan selalu menganggap kamu sendiri betul. Belajarlah berdiri di kasut orang lain untuk memahami pandangan mereka sebelum membuat kesimpulan sendiri. Sehebat-hebat mata manusia, ia masih memerlukan cermin untuk melihat wajah mereka sendiri.

Matahari hanya satu, tapi kedudukan matahari di Timur ataupun Barat menyebabkan manusia menggelarkannya matahari terbit atau terbenam meskipun ia adalah matahari yang sama.

Anak

Lebih tengking daripada puji.
Lebih pukul daripada peluk.
Lebih marah daripada belai.
Lebih rotan daripada cium.

Apabila anak sudah besar hanya memandang sepi telefon yang tak berdering.
Apabila anak sudah besar hanya merenung redup rumah yang kosong.
Apabila anak sudah besar hanya menatap sendu meja yang sunyi.

Anak dikata sibuk bekerja.
Anak dikata lupa orang tua.
Anak dikata pentingkan keluarga.
Sehingga abaikan ibu dan bapa.

Tapi pernah tak kita fikir memori apa yang kita tinggalkan untuk anak-anak sepanjang mereka membesar? 

Memori yang indah atau memori yang perit?

Anak sepahkan rumah, kita marah.
Anak tumpahkan air, kita pukul.
Anak pecahkan cawan, kita rotan.
Anak menangis, kita herdik.
Anak ajak main, kita leka.
Anak ajak berbual, kita tak endah.
Anak ajak pergi jalan, kita penat.
Anak makan sendiri terkial-kial.
Anak main sendiri termangu-mangu.
Anak tidur sendiri tersedu-sedu.
Anak tak pandai, kita keji.
Anak pandai, kita tak puji.
Anak berjaya, kita tak hargai.
Anak membesar dengan memori sepi.

Antara dosa-dosa besar ialah ANAK YANG DERHAKA PADA IBU BAPA tidak boleh dijadikan status KEBAL ibu bapa untuk meletakkan semua salah atas bahu anak-anak sahaja tanpa fikir memori apa yang kita dah tinggalkan kepada mereka.

Akan terhakis perasaan sayang anak-anak kepada ibu bapa itu sedikit demi sedikit jika setiap hari dimarahi, diherdik, dipukul dan dirotan sejak dari kecil. Mereka akan bawa segala memori itu sehingga dewasa.

Apabila dewasa, hanya sisa HORMAT sahaja yang akan tinggal dalam hati anak,bukan curahan kasih buat ibu bapa. 

Anak-anak hanya menziarahi kita, salam kita, peluk kita hanya kerana HORMAT bukan kerana SAYANG kepada orang tua.

Jika memori indah, maka indahlah akhlak anak membesar.
Jika memori perit, maka peritlah hakikat yang terpaksa ditelan ibu bapa apabila anak-anak dewasa kelak.

Teringat kata-kata Dr. Anayasmin,

“Untuk berada dalam memori anak pada MASA DEPAN, kita perlu berada dalam hidup anak pada MASA SEKARANG”

Cipta memori indah bersama anak sekarang, bukan tinggalkan memori perit kepada mereka pada masa akan datang.

Kredit: Dr Nurhaya Yacob

Hati Sebagai Wadah

Tuhan menganugerahkan kepada engkau hati atau jiwa sebagai wadah
Ia adalah anggota yang paling penting di dalam diri manusia
Tapi malang, atau sungguh sayang
Engkau tidak jadikan wadah menerima hidayah
Wadah engkau tidak pun engkau isi dengan kasih sayang
Hati sebagai wadah, engkau tidak isi rasa bertuhan
Jiwa engkau sebagai wadah, tidak engkau isi rasa kehambaan
Wadah engkau, engkau kosongkan daripada timbangrasa dan perikemanusiaan
Engkau kosongkan wadah engkau daripada perasaan-perasaan yang mulia
Tapi apa yang engkau isikan?
Engkau isikan dengan racun-racun mazmumah yang merosakkan manusia
Bahkan yang menghancurkan dunia
Hati engkau tidak engkau jadikan cermin melihat kebenaran
Engkau butakan hati engkau
Hingga tidak ada lagi rasa bertuhan
Setidak-tidaknya engkau merabunkan
Hingga engkau ragu dengan kebenaran
Sayang, hati atau jiwa yang paling berharga
Yang menentukan engkau manusia yang ada kemanusiaan
Tapi engkau abaikan
Tapi yang engkau urus sangat dan engkau belai anggota lahir engkau, jawarih engkau
Anggota yang akan dimakan ulat dan binasa
Anggota yang kekal abadi yang akan dipersoalkan, engkau abai dan biarkan
Padahal hati tempat pandangan Tuhan

Buatlah Apa Sahaja Kerana Tuhan


Carilah  pangkat  bukanlah satu kesalahan
Tapi  biarlah kerana Tuhan dan untuk Tuhan
Mencari pangkat  kerana Tuhan,  kepentingannya untuk insan
Dari sini boleh timbulkan kasih sayang
Carilah kekayaan  supaya dapat diagih-agihkan  sesama insan
Tidak semua insan  mendapat kekayaan
Yang  tidak dapat dibela oleh orang-orang kaya
Di sini boleh  menjalinkan  kasih sayang sesama yang tidak  punya
Carilah  ilmu  ia adalah satu kewajipan
Carilah ilmu atas nama Tuhan, untuk Tuhan
Faedahnya nanti  dapat di manfaatkan sesama insan
Ia juga boleh  melahirkan kasih sayang
Tidak salah jadi  pemimpin, ia  diperlukan
Untuk membela  rakyat, semua lapisan
Tidak ada pemimpin,  rakyat tidak ada pembelanya
Terdedahlah rakyat kepada  kesusahan, orang jahat  ambil kesempatan .
Carilah apa sahaja, buatlah apa sahaja
Asalkan di halalkan oleh  Tuhan  dan  undang-undang
Setiap apa sahaja dibuat, kalau kerana Tuhan,
Semua golongan akan jadi selamat  dan menyelamatkan
Kalau buat apa sahaja  bukan kerana Tuhan,
Masing-masing nanti  akan mengambil  kesempatan
Mengambil kesempatan  berlaku kemarahan Tuhan
Di sini juga akan berlaku  perpecahan dan  permusuhan

RANKING SEDEKAH



☪ Sedekah adalah *amalan sunat* yang sangat dituntut di dalam Islam.

☪ Islam mengajar umatnya untuk *saling memberi  dan membantu* di antara satu sama lain.

☪ Dalam memberi dan bersedekah hendaklah *mengutamakan mereka yang diutamakan oleh Allah SWT.*

☪ *Darah daging kita adalah daripada ibu bapa.* Begitu juga kaum kerabat  seperti adik beradik, pakcik makcik, saudara mara dan sebagainya. 

☪ Wajib mereka diberi keutamaan dalam memberi atau bersedekah. *Tolong dan bantu lah adik beradik kita yang dalam kesempitan dan memerlukan.*

☪ Keutamaan bersedekah itu adalah seperti berikut :

1- *Ibu bapa*
2- *Kaum kerabat (adik beradik, saudara mara).*
3- *Anak yatim*
4- *Orang miskin*
5- *Orang yang dalam perjalanan.*

☪ Jangan hanya sedekah kepada orang lain tetapi melupakan ibu bapa dan kaum kerabat sendiri.

☪ Firman Allah SWT dalam *surah al-Baqarah  [ juz 2: surah 2: ayat 215: m/s 33 ]* :

*يَسۡـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَۖ قُلۡ مَآ أَنفَقۡتُم مِّنۡ خَيۡرٖ فَلِلۡوَٰلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ وَٱلۡيَتَٰمَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِۗ وَمَا تَفۡعَلُواْ مِنۡ خَيۡرٖ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٞ*

Maksudnya : *Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).*

والله تعالی اعلم بالصواب

Perjalanan Hati Yang Sangat Ajaib


 
Segala yang kita lihat seperti gunung-ganang dan lautan adalah ayat-ayat Allah
Di sana dapat dilihat kekuasaan dan kebesaran Allah, menjadi kecut perut dibuatnya
Yang dilihat dari itu ayat-ayat Allah yang bersifat rohaniah adalah perjalanan hati kita yang sangat ajaib
Tuhan boleh membolak-balikkan rasa dan perasaan hati kita setiap detik dan masa
Tanpa dapat kita kontrol dan mengawalnya
Patutlah dia hati penentu baik dan buruk manusia
Munasabahlah dia jadi raja di dalam diri manusia
Boleh melakukan dan menggunakan anggota lahir sebagai tenteranya membuat apa sahaja
Berdasarkan yang ia rasa yang sering sahaja bertukar ganti setiap masa dan ketika
Dia perintahkan nafsu yang berkehendak menggunakan anggota-anggota manusia mengikut rasa hati
Diperkotak-katikkannya anggota manusia semahu-mahunya
Badan susah dan letih tak usah dikira, terpaksa membuat kerja hati manusia
Hati di dalam diri manusia sebagai raja yang berkuasa
Nafsulah penguatkuasanya membuat apa sahaja
Di satu segi di sini dapat dilihat Maha Kuasanya Tuhan
Maha Pentadbir, Maha Besar dan Maha Hebatnya Dia
Di sudut yang lain kita dapat lihat begitu ajaibnya hati nurani manusia
Hati yang bertapak di dalam hati daging
Ia sangat berperanan ke atas diri manusia
Dialah yang menentukan baik buruknya manusia
Kerana itu jagalah hati selalu,
Fahamilah  bisikannya positif atau negatif
Mintalah kepada Tuhan mentadbir hati kita dengan petunjuk-Nya
Agar Dia sentiasa memimpin kita ke jalan yang lurus

Apabila kemungkaran berleluasa

Apabila semua golongan sudah terlibat dengan kemungkaran


Kemungkaran yang berbagai-bagai jenis banyak dilakukan

Semua golongan sudah terlibat dengan dosa

Kemurkaan Tuhan pun berlaku ke atas mereka

Apabila Allah murka, bala bencana pun diturunkan sebagai hukuman kepada manusia

Didatangkan orang-orang jahat membuat kacau-bilau

Seperti peperangan dan pembunuhan

Ditimpakan berbagai-bagai penyakit kronik yang menakutkan

Bencana alam pun dilakukan di mana-mana yang memusnahkan

Di waktu itu manusia hidup pun di dalam ketakutan

Keamanan dan ketenangan sudah tidak ada lagi di mana-mana

Hidup resah dan gelisah, jiwa sentiasa cemas

Huru-haralah kehidupan di mana-mana,

Dunia jadi neraka

Untuk menenangkan semula kehidupan di dunia ini,

Semua golongan kenalah membaiki diri

Jauhilah kemungkaran, jangan membuat dosa lagi

Untuk meredakan kemurkaan Tuhan kepada manusia,

Bertaubatlah banyak-banyak,

Membuat baiklah dengan segera

Berkasih sayanglah sesama manusia

Bermaaf-maafanlah satu sama lain dan bekerjasama

Agar rahmat Tuhan dicucuri semula kepada manusia,

Keamanan pun bermula

HARAP DIINGAT APA YANG DITAKUTI OLEH ORGAN2 KITA?



     Ginjal : Tidur lewat

     Paru² : asap (rokok)

     Hati : lemak

    Jantung : Masin

    Pankreas : Makan terlalu kenyang   

    Usus : Makan tanpa pantang

    Mata : Komputer/Media elektronik

    Hempedu : Tidak  sarapan.

Maka sayangilah tubuh anda!  

Kerana :  Anggota dalam badan susah dicari diganti. Mahal ! Lagi pula belum pasti ada。

 *_Kekentalan/Pembekuan darah_*

💢     Sharing dari Doktor Jantung :   *PEMBEKUAN DARAH DLM TUBUH, BAGAIMANA BOLEH TERJADI?*

    💦 👫      Ada satu pertanyaan: 
_Mengapa kita harus minum AIR PUTIH yg cukup?_

💦🌏      Sebenarnya jawapannya cukup " *_mengerikan_*" tetapi kerana sebuah
_pertanyaan jujur harus dijawab dgn jujur_, maka topik tersebut boleh dijelaskan sbb: 

 💦👫      Kira-kira *_80%_* tubuh manusia terdiri dari *AIR*. 
Malah ada beberapa bahagian tubuh kita yg memiliki kadar air di atas *_80%_*. 
Dua organ paling penting dgn kadar air di atas 80% adalah: 
*OTAK dan DARAH*. 

💦☺ *_Otak_* memiliki komponen Air sebanyak 90%, 
Sementara *_Darah_* memiliki Komponen Air sebanyak 95%. 

💦👫      Keperluan minimum bagi manusia normal sedikitnya adalah *_2 Liter sehari atau 8 Gelas Air putih_* sehari. 
Jumlah di atas harus ditambah bagi seorang *PEROKOK..!* 

💦👫       Air sebanyak itu diperlukan utk mengganti cairan yg keluar dari tubuh kita melalui  *_Pembuangan, Keringat, Pernafasan_*

Apa yg terjadi bila kita meminum kurang dari 2 Liter sehari..?? 

💦👫       Tentu tubuh akan menyeimbangkan diri. *_Caranya?_* 

💦      Dgn jalan " *_Menghisap_*" Air dari komponen tubuh sendiri terdekat: *DARAH..!!* 

💦      Darah yg dihisap Airnya akan menjadi *_membeku_*. 
Akibat pengentalan Darah ini, maka perjalanannya akan kurang lancar sebab bukan *_Darah Berair. _* 

💦      *_Saat melalui Ginjal/buah pinggang_* 
(tempat menyaring Racun dari Darah), 
Ginjal akan bekerja Extra keras menyaring Darah. 

💦       Dan kerana Saringan dlm Ginjal halus, selalunya Darah yg beku boleh menyebabkan kerosakan pada *Glomerulus Ginjal*. 

💦  *    _Akibatnya_*, 
Air Kencing berwarna kemerahan, tanda mulai bocornya saringan Ginjal. 
Bila dibiarkan terus menerus, anda mungkin suatu saat harus buat Dialysis utk *_Cuci Darah_*. 

💦      Bagaimana dgn *OTAK?* 
Di saat Darah membeku mengalir melalui Otak, perjalanannya agak tersendat. 

Otak tdk lagi " *_berair_*", kerana *Sel² Otak* adalah yg paling banyak memerlukan  Makanan & Oksigen, ini yg mengakibatkan *STROKE...!*! 
 
💦🌏       Jika anda share ini kepada seorg bererti anda sdh dpt menyelamatkan seorg yg anda kenali

 *MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W*

1. Barli – Bagus untuk demam
    jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata
    rumah yang tidak
    mempunyai kurma adalah
    seperti rumah yang tidak
    ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari
    syurga. Boleh mengubati
    buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah
    anggur. Ia membersihkan
    darah, menguatkan buah
    pinggang, membersihkan
    perut

5. Madu – Ia adalah makanan
    segala makanan, minuman
    segala minuman, ubat
    segala ubat. Mengubati cirit
    birit jika dibancuh dengan
    air panas, membuka selera,
    menguatkan perut,
    membuang kahak. Elok
    diminum waktu pagi
    dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) –
    Nabi berkata wanita
    mengandung tidak akan
    gagal melahirkan anak yang  
    baik dari segi perwatakkan
    dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu
    baik untuk membuang
    panas badan. Menguatkan
    belakang, memperbaiki
    otak, memperbaharui
    pandangan mata,
    membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk
     mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan
    kulit dan rambut.  
    Melambatkan penuaan,
    merawat radang perut.

10. Delima - Membersihkan
     tubuh dari syaitan & bisikan
     syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika
     dahaga hendaklah disedut
     perlahan-lahan, jangan
     diteguk, mudah mendapat
     sakit pada hati.

Sabda Rasulullah SAW;
"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca
mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walau pun sudah tiada."

♥️ Semoga Bermanfaat-dr j.l

Raja Di Dalam Kerajaan Diri



Hai hati raja diri!
Mengapa engkau tidak jatuh hati kepada Raja segala raja
Raja yang mewujudkan, mentadbir, menjaga, mengatur, mengurus, 
menghidup, mematikan, mengadili dan menghukum engkau
Engkau hanya raja diri, gelaran yang diberi oleh Raja segala raja hanya sementara
Hakikatnya engkau bukan raja
Kerana engkau tempat perhatian Tuhan, engkau dipandang mulia
Mulianya engkau sekiranya engkau cinta kepada-Nya, 
Dia Raja segala raja, Maha  Agung, Maha Baik, Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang
Hai hati raja diriku!
Sepatutnya engkau bersama Tuhanku!
Mengapa engkau jarang sangat bersama-Nya?!
Mengapa engkau bersama Tuhanku hanya sekali-sekala?
Aku perasan engkau selalu sahaja bersama duitku
Kerana apa engkau sering sahaja dengan isteriku?
Kadang-kadang engkau bersama kereta besarku
Tidak kurang engkau selalu sahaja dengan rumahku
Apakah engkau sudah jatuh hati dengan duitku, dengan isteriku, dengan keretaku dan rumahku?
Mengapa jatuh cinta kepada kepunyaanku, yang bukan itu semua yang menjadikan engkau?
Bukan sahaja Dia Pencipta engkau, Dia Pentadbir, Pengurus, Penjaga, Pemurah, Pengasih, menghidup dan mematikan engkau
Kalau engkau benar-benarlah mengenal-Nya, Engkau akan jatuh hati kepada-Nya
Jika engkau jatuh hati kepada-Nya, engkau akan sentiasa bersama-Nya
Engkau akan mabuk dengan-Nya
Sekiranya orang tahulah percintaan engkau dengan-Nya, engkau akan dianggap orang gila

1 April

HATI2 1 APRIL..(APRIL FOOL) YANG PERNAH MENJADI GURAUAN..TETAPI BUKAN HARI INI...INILAH SEBENARNYA..

1 April bukannya April Fool yang boleh dirayakan dan di praktikkan tetapi ianya satu lakaran sejarah Penyembelihan Umat Islam yang perlu di imbas kembali. 

Ianya berlaku di Granada Sepanyol pada 5 abad yang lepas.

1 April
Serangan Tentera Salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. 

Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. 

Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh Tentera Salib.
 
Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk  Islam di Sepanyol yang juga dikenal sebagai orang Moor terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. 

Tentera-tentera Salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah  sisa sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah.  

Tentera Salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. 

Dengan lantang Tentera-tentera Salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.
 
Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. 

Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.
 
Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. 

Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. 

Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. 

Api dilihat menjulang julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.
 
Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk  keluar dari Sepanyol. 

Kapal kapal tersebut tengelam dan dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. 

Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. 

Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada  perempuan perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. 

Tentara Salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.
 
Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. 

Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. 

Mayat bergelimpangan di merata rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.
 
Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. 

Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April. 

Pada tanggal 1 April, orang-orang Kristian dibolehkan untuk Menipu dan berbohong terhadap orang lain. 

1 April Hari Menipu.

Bagi umat Kristian, 1 April merupakan hari "Kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol" oleh Tentera Salib melalui Cara Penipuan. 
 
Bagi umat Islam,1 April merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seagama mereka disembelih dan dibunuh oleh Tentera Salib di Granada, Sepanyol.

Pembunuhan kejam ribuan saudara saudara Islam di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.

Dani ini juga di kenali oleh dunia Kristian sebagai Hari April Fool...!!!
 
 Wallahua’lam.

Oleh itu ingati lah 1 April dengan Doa dan Taubat.

Nasib Kita Terletak Di Tangan Tuhan


Nasib kita sebenarnya dari nafas ke nafas turun naik
Sama ada hidup atau mati, sihat atau sakit
Mendapat rahmat atau nikmat mahupun niqmah
Hendak mendapat bala dari nafas ke nafas yang silih berganti
Mendapat kegembiraan pun dari nafas ke nafas yang bertukar ganti
Mendapat kecelakaan pun dari nafas ke nafas dikeluar dan ditarik
Nasib kita silih berganti dari nafas ke nafas yang berlaku setiap hari
Berhenti nafas jawabnya mati
Sesak nafas perjalanan diri pun tidak normal lagi
Lemahnya manusia, nasibnya hanya ditentukan Tuhan dari nafas ke nafas sahaja yang berlaku setiap detik
Kalau tidak mati,₩ sakit yang terjadi
Atau berbagai-bagai lagi bala bencana yang datang silih berganti di dalam detik-detik nafas turun naik
Siapalah yang boleh menolak
Tiada siapa yang boleh menolak kejadian yang berlaku di dalam diri
Oleh itu manalah hebatnya manusia?
Cuma kita sahaja rasa hebat,
rasa-rasa sahaja, bukan realitinya
Rasanya ada kuasa, sebenarnya tidak ada apa-apa kuasa pada diri manusia
Tunduklah kepada Tuhan yang Maha Berkuasa!
Kuasa manusia adalah menggambarkan kuasa Tuhan dilihatkan pada diri manusia
Begitulah juga Tuhan melihatkan kuasa-Nya kepada makhluk-Nya yang lain

Rapuhnya Aqidah Manusia


Rapuhnya aqidah manusia
Tuhan tidak ditakuti lagi, bahkan tidak dipeduli
Maka akibatnya macam-macamlah yang ditakuti
Takut dengan bini atau takutkan suami
Takut dengan bos pejabat yang selalu sahaja menyinga,
Setiap hari staff pejabat selalu saja jiwa luka
Takut tidak lulus periksa, hingga sakit jiwa, ada yang bunuh diri
Ada yang takut tidak dapat kerja, malu jumpa manusia, takut kalau kena tanya
Takut dicerai suami, takut bini lari setiap hari menghantui fikiran manusia
Hingga hilang bahagia, fikiran kusut aja
Tidak kurang juga takut dibuang kerja, apa hendak makan nanti
Ada yang takut tidak naik gaji, kepala pening setiap hari, jiwa derita gaji kecil
Ada yang takut tidak kena pilih  menjadi calon pilihanraya
Maka melobi-lobilah, mengampu-ampulah di dalam parti takut tidak dicalonkan lagi
Itulah dia di antara ketakutan menimpa manusia bahkan seribu satu macam lagi
Takut perkara-perkara yang belum terjadi, 
Setelah terjadi apatah lagi
Malangnya Tuhan tidak pernah ditakuti bahkan tidak dipeduli
Padahal Tuhan setiap hari melihatkan kebesaran dan kekuasaan-Nya  
Membunuh manusia, setiap hari manusia mati
Tuhan ledakkan gunung berapi, gempakan bumi, harta musnah, manusia mati
Orang kaya muflis, yang miskin jadi kaya
Orang-orang yang sihat lumpuh, yang sakit sembuh
Orang-orang besar jatuh dari jawatannya, yang tidak ada jawatan menjadi orang besar dan terkenal tiba-tiba saja
Macam-macam lagi sakit yang tidak disangka, kematian yang tidak terduga
Dilanggar kereta, jatuh dari tangga, perniagaan rugi, ekonomi jatuh
Masih lagi manusia tidak takut dengan Tuhan
Kerana jiwa sudah mati, maka Tuhan tidak ditakuti lagi

Hari SUAMI

" Suami itu macam Motorsikal. Makin lama makin banyak masalah, boros dan........makin susah dihidupkannya....

 hahahahahahahaha ..!!!
 *HARI INI HARI SUAMI SE DUNIA*

*LAKI-LAKI adalah ciptaan TUHAN yg paling KUAT*

Dia membina *MASA DEPAN* mereka sekeluarga dengan *hutang* dan membayar hutang.

Dia telah bersusah payah tapi masih selalu *dimarahi*,

 Bayangkan masih kecil di *Marahi Orang Tua*,

 Sekolah di *Marahi GURU,* 

Kerja di *Marahi BOSS*, 

Nikah di *Marahi  ISTERi,*

Tua di *Marahi ANAK CUCU*,

 Matipun masih di *Marahi  MALAIKAT* 

Kehidupan dia berakhir hanya untuk *MENGALAH demi KEBAHAGIAAN orang lain*

Kalau dia keluar rumah, kata orang dia *MERAYAP*

Kalau dia tinggal di rumah, kata orang dia *MALAS*

Kalau dia marahi anak2, kata orang dia *GARANG*

Kalau dia tak marah, kata orang dia laki-laki *TIDAK TEGAS*

Kalau dia tak benarkan isteri bekerja, kata orang dia *MENGONGKONG* 

Kalau dia bolehkan isteri
bekerja, kata orang dia *MAKAN GAJI ISTERI*

Kalau dia dengar apa kata ibunya, kata org dia *ANAK MAK*

Kalau dia dengar kata isterinya, kata orang dia *DKI* (Di bawah Ketiak Isteri)

Kalau dia banyak *MENOLONG* wanita lain yg memerlukkan, dikata *HIDUNG BELANG*

Kalau *TAK MAU TOLONG* wanita lain, katanya *KEJAM*

*Tapi di tengah segala macam tuduhan, dia tetap KUAT*

Kirim ke semua *LAKI-LAKI,* supaya mereka *TERSENYUM;*
dan kepada semua wanita, supaya mereka *SADAR,*

 bahwa *LAKI-LAKI PENCEN* itu masih *BERHARGA.*
● walau tenaga tak sekuat mana tapi masih ada kekuatan imannya
● walau harta tak sekaya mana tapi ada semangat jiwanya

*Selamat Hari SUAMI Sedunia*

Jiwa Yang Reput Dan Rapuh


Ramai orang yang lasak badannya tidak lasak hatinya
Ketahanan badannya luarbiasa, tidak tahu letihnya tapi hatinya rapuh
Boleh berjalan jauh, boleh membuat kerja berat, kurang rehat sungguh luarbiasa
Jarang sakit, kalau sakit ringan masih boleh membuat kerja
Mampu mendaki gunung, larat merenangi lautan, sanggup merentas hutan belantara
Kerja tidak rehat-rehat, cergas, tangkas, gegas
Begitulah hebatnya tubuh kasarnya, boleh menanggung beban yang berat kurang rehat
Tapi malang sekali ramai orang hatinya rapuh
Jiwanya tidak tahan lasak mudah sakit, mudah letih, mudah sedih
Hatinya mudah merajuk susah dipujuk, mudah sakit hati, mudah gelisah
Mudah sahaja hatinya benci, meluat, jemu, lesu
Jiwanya mudah terseksa, derita, sengsara, resah
Jiwanya mudah sahaja tersinggung, padahal masalah kecil sahaja
Tapi jiwa tidak mampu menanggung
Mudah sakit hati, mudah berdendam, mudah dengki, mudah kecewa
Yang lebih dahsyat mudah sombong, mudah marah, mudah menyerang, mudah tercabar
Hati tidak tahan ada saingan, ada cabaran, ada tekanan, ada gesaan
Begitulah manusia ramai yang fiziknya tahan lasak
Tapi jiwanya rapuh, reput, mudah terpelengot
Jiwanya tidak tahan lasak
Tidak mampu dibebankan dengan kesusahan, dibenci, diberi malu, dihina, dikata
Tidak sanggup ada saingan dan cabaran
Tidak mampu berhadapan dengan tekanan, gesaan dan arahan,
Lebih-lebih lagi dengan kemarahan
Oleh itu ramai orang yang sakit jiwa di dunia ini
Paling tidak sering sahaja risau, resah dan gelisah
Orang yang takut dan cintakan Tuhan sahaja jiwanya lasak dan tidak rapuh

UJIAN PADA SESEORANG TIDAK SAMA MAKSUD...


Ujian yang ditimpakan pada seseorang maksudnya tidak sama

Adakalanya ujian yang Allah timpakan itu kerana kutukan-Nya

Kerana sudah terlalu derhaka

Adakalanya dengan tujuan penghapusan dosanya

Kerana sudah cuba mujahadah, terlibat juga

Adakalanya dengan maksud hendak meningkatkan darjat seseorang

Kerana taqwanya dan imannya yang begitu teguh

Tidak kurang juga dengan ujian itu untuk menyedarkan

Untuk memberi petunjuk dan hidayah kepadanya

Jika ujian itu ditimpa kepada kita

Kita tidak tahu maksud yang mana satu

Oleh itu sebagai beradab dengan Tuhan

Kerana kita adalah hamba-Nya

Kita kaitkanlah ujian itu dengan sebab dosa kita

Atau kerana kemurkaan-Nya

Agar kita sentiasa bertaubat kepada-Nya

Inilah jalan selamat buat kita

Bersegeralah Bertaubat

Marilah kepada-Ku wahai hamba-hamba-Ku
Bersegeralah pulang ke pangkuan-Ku
Bersegeralah bertaubat selalu
Aku tetap menerimamu, percayalah
Aku tahu kamu hamba-hamba-Ku, ciptaan-Ku
Kamu adalah lemah, kelalaian dan kealpaan adalah watakmu
Aku mahu akuilah kelemahan itu
Setiap kali bersalah kamu datang pada-Ku
Kemudian mengakulah bersalah
Menangislah di depan-Ku tanda penyesalan yang tidak sudah
Kalau engkau lakukan lagi tanpa nawaitu
Datang lagi kepada-Ku
Mengakulah salah
Menyesallah, merintihlah, menangislah
Ketahuilah wahai hamba-hamba-Ku
Rintihan orang yang berdosa
Lebih Aku cintai daripada tasbih para auliya
Wahai hamba-hamba-Ku
Jangan bertangguh-tangguh lagi
Siapalah yang tidak bersalah
Kamu adalah hamba
Tapi Aku suka orang yang mengaku salah
Aku cinta kepada orang yang bertaubat
Minta ampunlah kepada-Ku wahai hamba-hamba-Ku
Aku tetap menerimamu
Bukankah Aku Tuhanmu
Kasih-Ku kepada hamba-hamba-Ku
Lebih daripada seorang ibu yang kasih kepada anak-anaknya
Begitulah kehendak Allah kepada hamba-hamba-Nya
Mengikut keterangan Al Quran dan As Sunnah

Abah

Ini 'abah' kami. Namanya Muhyiddin b Muhammad Yassin. Abah dilahirkan pada 15 May 1947.
Beberapa tahun lepas abah telah diberhentikan perkhidmatannya secara tiba tiba. Abah kelihatan sedikit kecewa ketika itu Tetapi mak menenangkan abah. Abah tak pernah berhenti berusaha untuk menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin Namun rezeki dan nasib belum menyebelahinya. Meskipun abah tidak tahu apa silapnya sehingga di berhentikan Tetapi abah akur. Abah percaya bahawa Allah akan Sentiasa bersamanya.

Mak adalah tulang belakang kekuatan abah. Saat abah jatuh, mak lah tempat abah melepaskan keluhan dan kegusaran abah. Mak tetap setia di belakang abah dalam apa situasi pun. Mak sering memberi inspirasi buat abah.
Sabar sayang, kalau kita di pihak yang benar, satu hari Allah pasti kan menaikkan darjat kita meskipun seluruh isi alam cuba menjatuhkan kita, pesan mak saat abah down. 

Tanggal 29 Feb, nama abah disebut sebut orang. Kali ini berbeda dengan dahulu. Nama abah dipuji, disanjung. Meski bukan itu yang abah nanti-nanti mahupun cari-cari. Benar lah kata mak, biar seluruh alam menjatuhkan abah, Allah akan mengangkat darjat abah dengan KEBENARAN yang selama ini di nafikan.

Tarikh itu keramat sekali buat kami sekeluarga. Abah dinobatkan sbg Perdana Menteri. Bakal menakhodai 'keluarga besar' kami. Mak senyum. Di hujungnya ada airmata. Airmata ketabahan, kesabaran dan penyerahan kepada Allah yang maha bijaksana mengadili abah.

Ketika itu abah pesan, abah mungkin jarang pulang tepat pada masanya. Besar tanggungjawab abah. Abah ada org kanan dan kiri serta jemaah yang membantu kerja abah. Abah  kena pastikan kami cukup makan, tidak susah, ada lauk terhidang di atas meja.

Gelombang Covid19 melanda dunia. Abah tenang sambil meminta seluruh keluarga begitu juga. Biar abah uruskan. Biar abah cuba sedaya upaya untuk selesaikan.

Hari demi hari abah selalu bermesyuarah. Abah akan maklumkan apa tindakan abah agar semua kami tidak gusar, tidak kerisauan, abah dan jemaahnya Sentiasa memerah otak untuk pastikan badai itu dapat di henti kan segera. Abah sayang kami dan merasa tanggungjawab terhadap seluruh keluarga kami. Makan pakai, Keselamatan dan kewangan abah pastikan cukup agar kami tidak rasa terbeban. Segalanya abah belanja kan agar kami tidak terbeban dgn bencana itu. Dari pelbagai sudut abah cuba penuhi. 

 Setiap hari Abah pesan, Please stay at home. Jangan keluar sebab ada makhluk jahat di luar. Abah mungkin pulang lewat kerana nak pastikan semua dapat di atasi sesuai pada waktunya dan dengan kudrat abah

Walaupun dalam keadaan genting, abah tetap beri duit belanja, abah tetap berikan elaun bulanan malahan lebih. 

Abah kata jangan risau. Kita teruskan berdoa. Badai apa pun mendatang kita kekal lah sebagai satu keluarga. Kuat bila di pukul badai, tegap bila dihempas ombak.

Terima kasih abah!

Semoga nama abah terpahat di syurga Kerana kepimpinan abah yang penuh rasa tanggungjawab ke atas kami.

#izzlarawrites
#amanmuslimmalaysia
#mengejarkhusnulkhotimah
#semogadipermudahkan
#terimakasihabah

Kalau Seseorang Rasa Tidak Ada Kuasa


Kalau seseorang itu rasa sedikit pun tidak ada kuasa, hatinya tawadhuk dengan Tuhan,
Kepada Tuhanlah harapannya untuk menjaga dan memberi keselamatan pada dirinya
Tuhan adalah Maha Berkuasa, 
hamba sebesar habuk pun tidak ada kuasa
Kuasa yang ada sedikit pada dirinya itu pun kuasa yang Tuhan berikan kepadanya
Rasa takut pun datang terhadap Tuhannya 
Kalau sesuatu yang baik dianugerahkan, dia sangat malunya kepada Tuhannya
Dia terasa bahawa dia tidak sedikit pun campurtangan menghasilkannya
Kalau dia dibala, dia sabar bahkan makin takut kepada Tuhannya
Dia harap ujian itu biarlah penghapusan dosanya terhadap Tuhan
Bukan ujian itu kerana kutukan Tuhannya
Setiap yang dia lihat, semakin melihat kebesaran dan kekuasaan Tuhan
Jika terlihat orang membuat mungkar dia rasa kasihan, ingin menasihatkan
Kalau tidak mampu menasihatkan,  dia doakan kebaikan
Dia baik sangka dengan orang itu, mungkin tidak ada pelajaran
Dia rasa bersyukur kepada Tuhan dia tidak melakukan
Setiap kebaikan yang dia lihat pada seseorang dia turut gembira
Gembira dengan kegembiraan orang yang mendapat kebaikan  
Kerana dia tidak ada kuasa, bimbang sahaja dengan Tuhan
Nasibnya dia tidak tahu segala-galanya di tangan Tuhan
Tuhanlah yang menentukan
Aduh! Bimbangnya semakin mendalam, nasibnya masa depannya
Harapan kepada Tuhan semakin mendalam
Mengharap kepada Tuhan agar dia disudahi umurnya dengan kebaikan
Kuasa Tuhan dirasakan sangat ke atas dirinya, 
apa lagilah yang Tuhan akan lakukan
Dari masa ke semasa dia rasa apa pun boleh berlaku ke atas dirinya bila Tuhan jadikan
Aduh! Takutnya kepada Tuhan semakin mencengkam

Bumi Tuhan... Bersaksilah