UJIAN PADA SESEORANG TIDAK SAMA MAKSUD...


Ujian yang ditimpakan pada seseorang maksudnya tidak sama

Adakalanya ujian yang Allah timpakan itu kerana kutukan-Nya

Kerana sudah terlalu derhaka

Adakalanya dengan tujuan penghapusan dosanya

Kerana sudah cuba mujahadah, terlibat juga

Adakalanya dengan maksud hendak meningkatkan darjat seseorang

Kerana taqwanya dan imannya yang begitu teguh

Tidak kurang juga dengan ujian itu untuk menyedarkan

Untuk memberi petunjuk dan hidayah kepadanya

Jika ujian itu ditimpa kepada kita

Kita tidak tahu maksud yang mana satu

Oleh itu sebagai beradab dengan Tuhan

Kerana kita adalah hamba-Nya

Kita kaitkanlah ujian itu dengan sebab dosa kita

Atau kerana kemurkaan-Nya

Agar kita sentiasa bertaubat kepada-Nya

Inilah jalan selamat buat kita

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah