Kalau seseorang itu rasa sedikit pun tidak ada kuasa, hatinya tawadhuk dengan Tuhan,
Kepada Tuhanlah harapannya untuk menjaga dan memberi keselamatan pada dirinya
Tuhan adalah Maha Berkuasa,
hamba sebesar habuk pun tidak ada kuasa
Kuasa yang ada sedikit pada dirinya itu pun kuasa yang Tuhan berikan kepadanya
Rasa takut pun datang terhadap Tuhannya
Kalau sesuatu yang baik dianugerahkan, dia sangat malunya kepada Tuhannya
Dia terasa bahawa dia tidak sedikit pun campurtangan menghasilkannya
Kalau dia dibala, dia sabar bahkan makin takut kepada Tuhannya
Dia harap ujian itu biarlah penghapusan dosanya terhadap Tuhan
Bukan ujian itu kerana kutukan Tuhannya
Setiap yang dia lihat, semakin melihat kebesaran dan kekuasaan Tuhan
Jika terlihat orang membuat mungkar dia rasa kasihan, ingin menasihatkan
Kalau tidak mampu menasihatkan, dia doakan kebaikan
Dia baik sangka dengan orang itu, mungkin tidak ada pelajaran
Dia rasa bersyukur kepada Tuhan dia tidak melakukan
Setiap kebaikan yang dia lihat pada seseorang dia turut gembira
Gembira dengan kegembiraan orang yang mendapat kebaikan
Kerana dia tidak ada kuasa, bimbang sahaja dengan Tuhan
Nasibnya dia tidak tahu segala-galanya di tangan Tuhan
Tuhanlah yang menentukan
Aduh! Bimbangnya semakin mendalam, nasibnya masa depannya
Harapan kepada Tuhan semakin mendalam
Mengharap kepada Tuhan agar dia disudahi umurnya dengan kebaikan
Kuasa Tuhan dirasakan sangat ke atas dirinya,
apa lagilah yang Tuhan akan lakukan
Dari masa ke semasa dia rasa apa pun boleh berlaku ke atas dirinya bila Tuhan jadikan
Aduh! Takutnya kepada Tuhan semakin mencengkam
No comments:
Post a Comment