Islam sangat mengambil berat nyawa kita. Ababila ada berlaku wabak atau virus, Islam wajibkan kita untuk menjauhi tempat-tempat yang berpotensi mendapat jangkitan.
Ada satu hadis yang menceritakan bahawa seorang lelaki bertanya Nabi SAW: "Aku lepaskan unta aku dan aku bertawakkal?"
Baginda menjawab: "Ikatlah unta itu dan bertawakkallah." Hadis Hasan.
“Jika kamu mendengar taun di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar daripadanya.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
“Larilah daripada penyakit berjangkit seperti mana kamu lari daripada singa.” Riwayat Bukhari.
Al-Quran juga menegaskan kepada kita untuk menjauhi daripada bahaya.
“Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” Surah al-Baqarah, ayat 195.
“Jangan kamu bunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sangat kasih kepada kamu.” Surah al-Nisa, ayat 29.
Ini bermaksud, mengelakkan diri dan terkena virus atau apa-apa penyakit berjangkit merupakan ajaran islam.
Baru-baru ini ada yang berkata : "pergi ke mana pun, tetap kena virus juga"
Bagi mereka, mengambil langkah berjaga-jaga adalah sia-sia.
Islam bukan begitu ya!
Bukankah apabila Rasulullah SAW keluar berperang, baginda pakai baju besi?
Ingat, tawakkal yang sebenarnya adalah mengambil asbab (sesuatu langkah) terlebih dahulu, kemudian barulah serah kepada Allah.
Bukannya bangun tidur terus nak ada sarapan depan mata. Mustahil.
Rasulullah SAW sendiri telah menunjukkan dengan jelas erti tawakkal kepada kita semua.
Maka ikutlah jejak langkah baginda dalam setiap perkara.
Yang menyayangi kalian,
Kun Anta
No comments:
Post a Comment