Orang-orang Soleh memiliki 11 konsep dalam mendidik anak mereka ;
1. Memerintahkan isteri yang sdang menyusu anak supaya terus membaca Ayat Kursi, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas.
2. Perkara pertama yang diajarkan anak ketika baru pandai bicara iaitu kalimat ;
"Rodhitu Billahi Robba Wa Bil Islami Dina Wa Bimuhammadin Sollallahu 'Alayhi Wa Sallam Nabiyyuwwa Rosula"
Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Islam agamaku dan Nabi Muhammad utusanku
3. Membiasakan anak sejak kecil untuk bangun malam dan sebelum subuh.
4. Sebelum memasuki bulan berkat seperti Ramadhan, anak-anak dikumpulkan dan ditanya amalan apa yang akan mereka lakukan?
5. Mengajari anak niat yang baik sebagaimana mengajari Al-Fatihah.
6. Mengadakan majlis ilmu di rumah dan semuanya berkumpul di rumah dengan membaca Al-Quran dan lainnya, kemudian menutup majlis dengan doa dan selawat pada Nabi Muhammad SAW.
7. Memberitahu anak ketika baligh bahawa anak kita sudah mukallaf dan sekarang dua Malaikat terus mencatat perbuatan baik dan buruknya.
8. Tidak menunda pernikahan anak setelah baligh, khuatir anak terjerumus dalam maksiat.
9. Mengajari anak berdoa pada Allah dalam setiap keadaan. Jika anak ingin sesuatu dari ayah ibu, anak disuruh wudhu dan solat 2 rakaat dan berdoa pada Allah. Setelah solat, ayah ibu memberikan permintaan itu seraya berkata sungguh Allah yang mengabulkan doamu.
10. Membahagi tugas pada setiap anak, beli barang kedai, menyapu, melayani tetamu dan sebagainya.
11. Lebihkan memperhati pembelajaran anak perempuan berbanding anak lelaki kerana anak perempuan perlukan perhatian yang lebih.
Wallahualam. Mudah-mudahan kita mendapat taufik sehingga kita digolongkan dengan orang-orang soleh. Aamiin...
No comments:
Post a Comment