Baiknya Tuhan,
Kederhakaan hamba-hamba-Nya Tuhan tidak hukum dengan segera
Tuhan biarkan sahaja lebih dahulu
Tuhan bagi dia peluang, berfikir, sedar dan insaf
Dengan cara Tuhan jadikan depan matanya berbagai-bagai kejadian
Kejadian sama ada positif atau negatif untuk menyedar dan menginsafkan
Atau Tuhan hukum secara sedikit-sedikit
Atau sekali-sekala pada dirinya untuk insaf
Setelah melalui berbagai-bagai pendidikan tidak juga insaf,
Tuhan pun rentap segala nikmat dan rahmat
Mati mengejut, lumpuh yang berpanjangan, ditimpa bala yang berat
Huru-hara di dalam keluarga, tidak ada kasih sayang sesama mereka
Atau Tuhan biarkan begitu sahaja tanpa dihukum
Selepas mati nanti barulah dihukum dengan parahnya
Seksa hendak mati, azab kubur, penderitaan di Padang Mahsyar,
Kemuncak penderitaan ialah Neraka
Haraplah ambil perhatian cerita ini
Semasa hidup ini sempat lagi kita berfikir dan membaiki diri
Masanya belum lagi terlambat
Kembalilah segera kepada Tuhan
Takutilah Allah dan cintailah Dia
Berkasih sayanglah sesama manusia
Apatah lagi sesama keluarga
Setelah mati segala-galanya peluang membaiki diri pintunya sudah tertutup
Sedar dan insaflah dari sekarang sebelum terlambat
No comments:
Post a Comment