Lantaran Tidak Kenal Tuhan


Kerana umat Islam sudah lama tidak begitu kenal Tuhan
Sekalipun mereka yang masih beribadah kepada-Nya
Kesan dari itu ramai umat Islam yang prejudis dengan Tuhan
Teringat sahaja Tuhan, seolah-olah Tuhan itu hanya menghukum
Mereka percaya adanya Tuhan, tapi dirasakan Tuhan itu menyusahkan dan mengancam
Teringat Tuhan hanya menakutkan tidak lebih dari itu
Percaya dengan Tuhan, tapi benci dengan-Nya
Teringat sahaja Tuhan, tidak terasa lazat dan indahnya
Teringat sahaja Tuhan, tidak terasa terhibur
Padahal Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya
Tapi manusia tidak terasa lagi kasih sayang-Nya
Manusia tidak terasa lagi Allah itu pentadbir, penjaga, penyelamat dan pelindung
Seolah-olah Tuhan itu hubungannya dengan manusia hanya menghukum
Padahal Tuhan itu adalah segala-galanya
Yang paling menonjol adalah kasih sayang-Nya
Yang banyak adalah rahmat dan nikmat-Nya kepada manusia, bahkan kepada alam seluruhnya
Tapi kerana Tuhan sudah tidak dikenali lagi,
hanya sekadar percaya kewujudan-Nya,
Maka manusia prejudis dengan Tuhan
Sepatutnya Tuhan itu dikasihi dan dicintai 
Bukan sekadar ditakuti
Tuhan itu sepatutnya kita merasa Dia melindungi dan penyelamat
Setiap manusia sepatutnya sangat perlu kepada Tuhan

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah