Penyakit-penyakit batin seolah-olah perkara-perkara ghaib
Perkara-perkara ghaib sedikit sekali yang dapat melihatnya
Seperti sifat-sifat mazmumah, bukan senang hendak dikesan
Kerana itulah saya katakan ia juga seperti perkara-perkara ghaib
Sekalipun pakar-pakar penyakit batin, kalau hanya pakar di bidang ilmunya sahaja,
Mengesan atau menyuluh dengan ilmu ertinya, menyuluh dengan mata akal
Sedangkan penyakit batin hanya dapat dilihat dengan mata hati, bukan dengan mata akal
Lebih-lebih lagi bukan dengan mata kepala
Lantaran itulah orang yang bercakap tentang ego atau sombong, di masa itu juga dia sombong
Orang yang memperkatakan tentang riyak, sum’ah tidak terlepas daripada riyak dan sum’ah
Orang yang menghuraikan tentang ikhlas, juga tidak ikhlas
Orang yang menceritakan tentang glamour dan nama, dia juga ditimpa penyakit itu
Apabila dia menceritakan penyakit-penyakit batin, dia sangka terlepas daripada penyakit batin
Maka bertambah lagilah dia tertipu
Orang yang dapat mengesan penyakit batin
Ialah orang yang mempunyai basirah, pandangan mata hati
Mata hati sahaja yang dapat mengesannya
Itu baru dapat mengesannya
Belum lagi bermujahadah untuk membuangnya
Tapi ini sudah merupakan satu kejayaan
Tinggal lagi untuk berusaha membuangnya sahaja
Setengah orang mengesannya pun tidak dapat
Apatah lagi membuangnya
Apabila dia tidak dapat mengesannya, dia menyangka dia tidak mempunyai penyakit itu
Lebih merbahaya lagilah
Dia mempunyai penyakit tidak sedar ada penyakit
Maka dibawanyalah penyakit sum’ah ke mati
Suul khatimah yang tidak disedari
Wal’iyazubillah
No comments:
Post a Comment