Berfikirlah seperti yang Allah mahu
Berperasaanlah seperti yang Tuhan setuju
Berkehendaklah seperti yang Tuhan redha
Ertinya fikiranmu, jiwamu dan nafsumu semuanya untuk Tuhan yang Esa
Setelah tiga anggota batin itu selaras
Semuanya bertindak mengikut kehendak Tuhan
Maka jawarih ini mudah sahaja, ia sudah tentu taat setia
Jawarih ini ia akan mengikut sahaja
Tanpa bangkang dan tanpa bantah ia akan bersetuju sahaja
Sikap begini adalah manusia luar biasa
Inilah hamba Allah yang seluruh hidup dan matinya kerana-Nya
Selaras dengan pengakuan di dalam sembahyang lima waktu
Hidupku dan matiku adalah kerana Allah
Oleh itu pimpinlah akal fikiran dengan ilmu wahyu
Didiklah hati atau jiwa dengan rasa bertuhan
Bermujahadahlah melawan nafsu,
arahkan kemahuannya kepada Tuhan yang Esa
Bersandarlah kepada pemimpin yang arifbillah
Beristiqamahlah dan berdoalah kepada Allah
Agar kita selamat menuju ke arah-Nya
Insya Allah hidayah dan taufik-Nya akan dianugerah
Dengan rahmat dan kasih sayang-Nya
No comments:
Post a Comment