Pengamalan Islam Yang Tidak Sempurna


Ada orang beragama Islam berbagai-bagai keadaan
Ada orang beragama kerana ikut masyarakat umum beragama secara lahirnya,
maka dia pun beragama secara ikut-ikutan sahaja
Dia melaksanakan secara dengar-dengaran dan melihat-lihat orang melaksanakan, 
kemudian sedikit-sedikit dari bacaan-bacaan
Orang beragama secara ini dibentuk oleh environment tempatan atau tradisi tempatnya
Sah batal,  syarat, rukun tidak jelas, kerana meniru-niru orang ramai di dalam kehidupan
Jauh sekalilah penghayatan
Orang beragama semacam ini tidak ada kesan di dalam kehidupan insan
Ada orang beragama kerana keluarganya mengamalkan Islam secara lahir-lahirnya sahaja
Maka dia pun dipaksa dan digesa-gesa mengamalkan Islam bersama keluarga
Sedangkan dia mengamalkan bukan hasil didikan
Dia amalkan secara ikutan secara kasar-kasar sahaja
Dia beragama hanya dari warisan keluarga
Mengamalkan Islam secara ini mungkin lebih baik sedikit daripada apa yang telah dijelaskan
Tidak kurang juga ada orang mengamalkan Islam dia dapat daripada sekolah tempat pengajian
Biasanya di sekolah lebih mementingkan ilmu dan hafalan-hafalan
Berlumba-lumba hendak menjadi ulama dan ilmuan
Didikannya dan disiplinnya kurang diberatkan
Mengamalkan Islam dari pengajian seperti ini syariat lahirnya agak kemas,
Ilmunya agak tepat di dalam pengamalan
Tapi oleh kerana penghayatan bersifat rohaniah kurang ditekankan, payah juga jati diri hendak dibangunkan
Lahirnya agak kemas tapi banyak menjadi orang yang suka bermujadalah dengan ilmu pengetahuan
Suka sangat berhujah dan berbalah hingga pecah ukhwah
Golongan ini tidak menitikberatkan akhlak, hanya jaga syariat luarnya sahaja
Roh syariat kurang diambil berat dan dihayatkan
Golongan ini nampaknya sepintas lalu lahirnya bersyariat
Tapi merendah diri, kasih sayang, rasa bersama, bekerjasama, tidak lahir dari syariat yang diamalkan
Golongan ini biasanya kalau berjuang melahirkan puak militan
Kasar dan tegang, keras dan menyerang
Akibatnya mereka menakutkan orang yang bukan Islam
Golongan yang akhir ini adalah puak yang memahami Islam secara global
Mereka adalah hasil dipimpin oleh pemimpin yang memberi ilmu secara syumul
Pemimpin sebagai guru, ayah, ibu, kawan setia, sentiasa memberi ilmu, mendidik dan memimpin ke satu arah perjuangan
Lahirnya jemaah, murid jadi pengikut, guru jadi pemimpin,
Hubungan murid dengan pemimpin sebagai ayah dan ibu
Mereka syariatnya sangat mengikut As Sunnah, mencintai dan takut kepada Tuhannya
Mereka hayati syariat hingga menjadi jiwa dan darah daging mereka
Berkasih sayang, rasa bersama, bekerjasama sesama mereka macam satu keluarga
Mereka malam menjadi abid-abid menyembah Allah, siang sibuk berjuang membangunkan jemaah dan kehidupan secara Islam dalam dan luar jemaah
Kelompok ini walaupun tidak ramai, lahir pembangunan insaniah dan material
Akhirat mereka utamakan, dunia tidak diabaikan
Puak ini berlaku di setiap zaman, tapi tidak begitu dikenal orang,
Mereka dianggap orang dagang di zamannya

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah