Rapuhnya Aqidah Manusia


Rapuhnya aqidah manusia
Tuhan tidak ditakuti lagi, bahkan tidak dipeduli
Maka akibatnya macam-macamlah yang ditakuti
Takut dengan bini atau takutkan suami
Takut dengan bos pejabat yang selalu sahaja menyinga,
Setiap hari staff pejabat selalu saja jiwa luka
Takut tidak lulus periksa, hingga sakit jiwa, ada yang bunuh diri
Ada yang takut tidak dapat kerja, malu jumpa manusia, takut kalau kena tanya
Takut dicerai suami, takut bini lari setiap hari menghantui fikiran manusia
Hingga hilang bahagia, fikiran kusut aja
Tidak kurang juga takut dibuang kerja, apa hendak makan nanti
Ada yang takut tidak naik gaji, kepala pening setiap hari, jiwa derita gaji kecil
Ada yang takut tidak kena pilih  menjadi calon pilihanraya
Maka melobi-lobilah, mengampu-ampulah di dalam parti takut tidak dicalonkan lagi
Itulah dia di antara ketakutan menimpa manusia bahkan seribu satu macam lagi
Takut perkara-perkara yang belum terjadi, 
Setelah terjadi apatah lagi
Malangnya Tuhan tidak pernah ditakuti bahkan tidak dipeduli
Padahal Tuhan setiap hari melihatkan kebesaran dan kekuasaan-Nya  
Membunuh manusia, setiap hari manusia mati
Tuhan ledakkan gunung berapi, gempakan bumi, harta musnah, manusia mati
Orang kaya muflis, yang miskin jadi kaya
Orang-orang yang sihat lumpuh, yang sakit sembuh
Orang-orang besar jatuh dari jawatannya, yang tidak ada jawatan menjadi orang besar dan terkenal tiba-tiba saja
Macam-macam lagi sakit yang tidak disangka, kematian yang tidak terduga
Dilanggar kereta, jatuh dari tangga, perniagaan rugi, ekonomi jatuh
Masih lagi manusia tidak takut dengan Tuhan
Kerana jiwa sudah mati, maka Tuhan tidak ditakuti lagi

Hari SUAMI

" Suami itu macam Motorsikal. Makin lama makin banyak masalah, boros dan........makin susah dihidupkannya....

 hahahahahahahaha ..!!!
 *HARI INI HARI SUAMI SE DUNIA*

*LAKI-LAKI adalah ciptaan TUHAN yg paling KUAT*

Dia membina *MASA DEPAN* mereka sekeluarga dengan *hutang* dan membayar hutang.

Dia telah bersusah payah tapi masih selalu *dimarahi*,

 Bayangkan masih kecil di *Marahi Orang Tua*,

 Sekolah di *Marahi GURU,* 

Kerja di *Marahi BOSS*, 

Nikah di *Marahi  ISTERi,*

Tua di *Marahi ANAK CUCU*,

 Matipun masih di *Marahi  MALAIKAT* 

Kehidupan dia berakhir hanya untuk *MENGALAH demi KEBAHAGIAAN orang lain*

Kalau dia keluar rumah, kata orang dia *MERAYAP*

Kalau dia tinggal di rumah, kata orang dia *MALAS*

Kalau dia marahi anak2, kata orang dia *GARANG*

Kalau dia tak marah, kata orang dia laki-laki *TIDAK TEGAS*

Kalau dia tak benarkan isteri bekerja, kata orang dia *MENGONGKONG* 

Kalau dia bolehkan isteri
bekerja, kata orang dia *MAKAN GAJI ISTERI*

Kalau dia dengar apa kata ibunya, kata org dia *ANAK MAK*

Kalau dia dengar kata isterinya, kata orang dia *DKI* (Di bawah Ketiak Isteri)

Kalau dia banyak *MENOLONG* wanita lain yg memerlukkan, dikata *HIDUNG BELANG*

Kalau *TAK MAU TOLONG* wanita lain, katanya *KEJAM*

*Tapi di tengah segala macam tuduhan, dia tetap KUAT*

Kirim ke semua *LAKI-LAKI,* supaya mereka *TERSENYUM;*
dan kepada semua wanita, supaya mereka *SADAR,*

 bahwa *LAKI-LAKI PENCEN* itu masih *BERHARGA.*
● walau tenaga tak sekuat mana tapi masih ada kekuatan imannya
● walau harta tak sekaya mana tapi ada semangat jiwanya

*Selamat Hari SUAMI Sedunia*

Jiwa Yang Reput Dan Rapuh


Ramai orang yang lasak badannya tidak lasak hatinya
Ketahanan badannya luarbiasa, tidak tahu letihnya tapi hatinya rapuh
Boleh berjalan jauh, boleh membuat kerja berat, kurang rehat sungguh luarbiasa
Jarang sakit, kalau sakit ringan masih boleh membuat kerja
Mampu mendaki gunung, larat merenangi lautan, sanggup merentas hutan belantara
Kerja tidak rehat-rehat, cergas, tangkas, gegas
Begitulah hebatnya tubuh kasarnya, boleh menanggung beban yang berat kurang rehat
Tapi malang sekali ramai orang hatinya rapuh
Jiwanya tidak tahan lasak mudah sakit, mudah letih, mudah sedih
Hatinya mudah merajuk susah dipujuk, mudah sakit hati, mudah gelisah
Mudah sahaja hatinya benci, meluat, jemu, lesu
Jiwanya mudah terseksa, derita, sengsara, resah
Jiwanya mudah sahaja tersinggung, padahal masalah kecil sahaja
Tapi jiwa tidak mampu menanggung
Mudah sakit hati, mudah berdendam, mudah dengki, mudah kecewa
Yang lebih dahsyat mudah sombong, mudah marah, mudah menyerang, mudah tercabar
Hati tidak tahan ada saingan, ada cabaran, ada tekanan, ada gesaan
Begitulah manusia ramai yang fiziknya tahan lasak
Tapi jiwanya rapuh, reput, mudah terpelengot
Jiwanya tidak tahan lasak
Tidak mampu dibebankan dengan kesusahan, dibenci, diberi malu, dihina, dikata
Tidak sanggup ada saingan dan cabaran
Tidak mampu berhadapan dengan tekanan, gesaan dan arahan,
Lebih-lebih lagi dengan kemarahan
Oleh itu ramai orang yang sakit jiwa di dunia ini
Paling tidak sering sahaja risau, resah dan gelisah
Orang yang takut dan cintakan Tuhan sahaja jiwanya lasak dan tidak rapuh

UJIAN PADA SESEORANG TIDAK SAMA MAKSUD...


Ujian yang ditimpakan pada seseorang maksudnya tidak sama

Adakalanya ujian yang Allah timpakan itu kerana kutukan-Nya

Kerana sudah terlalu derhaka

Adakalanya dengan tujuan penghapusan dosanya

Kerana sudah cuba mujahadah, terlibat juga

Adakalanya dengan maksud hendak meningkatkan darjat seseorang

Kerana taqwanya dan imannya yang begitu teguh

Tidak kurang juga dengan ujian itu untuk menyedarkan

Untuk memberi petunjuk dan hidayah kepadanya

Jika ujian itu ditimpa kepada kita

Kita tidak tahu maksud yang mana satu

Oleh itu sebagai beradab dengan Tuhan

Kerana kita adalah hamba-Nya

Kita kaitkanlah ujian itu dengan sebab dosa kita

Atau kerana kemurkaan-Nya

Agar kita sentiasa bertaubat kepada-Nya

Inilah jalan selamat buat kita

Bersegeralah Bertaubat

Marilah kepada-Ku wahai hamba-hamba-Ku
Bersegeralah pulang ke pangkuan-Ku
Bersegeralah bertaubat selalu
Aku tetap menerimamu, percayalah
Aku tahu kamu hamba-hamba-Ku, ciptaan-Ku
Kamu adalah lemah, kelalaian dan kealpaan adalah watakmu
Aku mahu akuilah kelemahan itu
Setiap kali bersalah kamu datang pada-Ku
Kemudian mengakulah bersalah
Menangislah di depan-Ku tanda penyesalan yang tidak sudah
Kalau engkau lakukan lagi tanpa nawaitu
Datang lagi kepada-Ku
Mengakulah salah
Menyesallah, merintihlah, menangislah
Ketahuilah wahai hamba-hamba-Ku
Rintihan orang yang berdosa
Lebih Aku cintai daripada tasbih para auliya
Wahai hamba-hamba-Ku
Jangan bertangguh-tangguh lagi
Siapalah yang tidak bersalah
Kamu adalah hamba
Tapi Aku suka orang yang mengaku salah
Aku cinta kepada orang yang bertaubat
Minta ampunlah kepada-Ku wahai hamba-hamba-Ku
Aku tetap menerimamu
Bukankah Aku Tuhanmu
Kasih-Ku kepada hamba-hamba-Ku
Lebih daripada seorang ibu yang kasih kepada anak-anaknya
Begitulah kehendak Allah kepada hamba-hamba-Nya
Mengikut keterangan Al Quran dan As Sunnah

Abah

Ini 'abah' kami. Namanya Muhyiddin b Muhammad Yassin. Abah dilahirkan pada 15 May 1947.
Beberapa tahun lepas abah telah diberhentikan perkhidmatannya secara tiba tiba. Abah kelihatan sedikit kecewa ketika itu Tetapi mak menenangkan abah. Abah tak pernah berhenti berusaha untuk menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin Namun rezeki dan nasib belum menyebelahinya. Meskipun abah tidak tahu apa silapnya sehingga di berhentikan Tetapi abah akur. Abah percaya bahawa Allah akan Sentiasa bersamanya.

Mak adalah tulang belakang kekuatan abah. Saat abah jatuh, mak lah tempat abah melepaskan keluhan dan kegusaran abah. Mak tetap setia di belakang abah dalam apa situasi pun. Mak sering memberi inspirasi buat abah.
Sabar sayang, kalau kita di pihak yang benar, satu hari Allah pasti kan menaikkan darjat kita meskipun seluruh isi alam cuba menjatuhkan kita, pesan mak saat abah down. 

Tanggal 29 Feb, nama abah disebut sebut orang. Kali ini berbeda dengan dahulu. Nama abah dipuji, disanjung. Meski bukan itu yang abah nanti-nanti mahupun cari-cari. Benar lah kata mak, biar seluruh alam menjatuhkan abah, Allah akan mengangkat darjat abah dengan KEBENARAN yang selama ini di nafikan.

Tarikh itu keramat sekali buat kami sekeluarga. Abah dinobatkan sbg Perdana Menteri. Bakal menakhodai 'keluarga besar' kami. Mak senyum. Di hujungnya ada airmata. Airmata ketabahan, kesabaran dan penyerahan kepada Allah yang maha bijaksana mengadili abah.

Ketika itu abah pesan, abah mungkin jarang pulang tepat pada masanya. Besar tanggungjawab abah. Abah ada org kanan dan kiri serta jemaah yang membantu kerja abah. Abah  kena pastikan kami cukup makan, tidak susah, ada lauk terhidang di atas meja.

Gelombang Covid19 melanda dunia. Abah tenang sambil meminta seluruh keluarga begitu juga. Biar abah uruskan. Biar abah cuba sedaya upaya untuk selesaikan.

Hari demi hari abah selalu bermesyuarah. Abah akan maklumkan apa tindakan abah agar semua kami tidak gusar, tidak kerisauan, abah dan jemaahnya Sentiasa memerah otak untuk pastikan badai itu dapat di henti kan segera. Abah sayang kami dan merasa tanggungjawab terhadap seluruh keluarga kami. Makan pakai, Keselamatan dan kewangan abah pastikan cukup agar kami tidak rasa terbeban. Segalanya abah belanja kan agar kami tidak terbeban dgn bencana itu. Dari pelbagai sudut abah cuba penuhi. 

 Setiap hari Abah pesan, Please stay at home. Jangan keluar sebab ada makhluk jahat di luar. Abah mungkin pulang lewat kerana nak pastikan semua dapat di atasi sesuai pada waktunya dan dengan kudrat abah

Walaupun dalam keadaan genting, abah tetap beri duit belanja, abah tetap berikan elaun bulanan malahan lebih. 

Abah kata jangan risau. Kita teruskan berdoa. Badai apa pun mendatang kita kekal lah sebagai satu keluarga. Kuat bila di pukul badai, tegap bila dihempas ombak.

Terima kasih abah!

Semoga nama abah terpahat di syurga Kerana kepimpinan abah yang penuh rasa tanggungjawab ke atas kami.

#izzlarawrites
#amanmuslimmalaysia
#mengejarkhusnulkhotimah
#semogadipermudahkan
#terimakasihabah

Kalau Seseorang Rasa Tidak Ada Kuasa


Kalau seseorang itu rasa sedikit pun tidak ada kuasa, hatinya tawadhuk dengan Tuhan,
Kepada Tuhanlah harapannya untuk menjaga dan memberi keselamatan pada dirinya
Tuhan adalah Maha Berkuasa, 
hamba sebesar habuk pun tidak ada kuasa
Kuasa yang ada sedikit pada dirinya itu pun kuasa yang Tuhan berikan kepadanya
Rasa takut pun datang terhadap Tuhannya 
Kalau sesuatu yang baik dianugerahkan, dia sangat malunya kepada Tuhannya
Dia terasa bahawa dia tidak sedikit pun campurtangan menghasilkannya
Kalau dia dibala, dia sabar bahkan makin takut kepada Tuhannya
Dia harap ujian itu biarlah penghapusan dosanya terhadap Tuhan
Bukan ujian itu kerana kutukan Tuhannya
Setiap yang dia lihat, semakin melihat kebesaran dan kekuasaan Tuhan
Jika terlihat orang membuat mungkar dia rasa kasihan, ingin menasihatkan
Kalau tidak mampu menasihatkan,  dia doakan kebaikan
Dia baik sangka dengan orang itu, mungkin tidak ada pelajaran
Dia rasa bersyukur kepada Tuhan dia tidak melakukan
Setiap kebaikan yang dia lihat pada seseorang dia turut gembira
Gembira dengan kegembiraan orang yang mendapat kebaikan  
Kerana dia tidak ada kuasa, bimbang sahaja dengan Tuhan
Nasibnya dia tidak tahu segala-galanya di tangan Tuhan
Tuhanlah yang menentukan
Aduh! Bimbangnya semakin mendalam, nasibnya masa depannya
Harapan kepada Tuhan semakin mendalam
Mengharap kepada Tuhan agar dia disudahi umurnya dengan kebaikan
Kuasa Tuhan dirasakan sangat ke atas dirinya, 
apa lagilah yang Tuhan akan lakukan
Dari masa ke semasa dia rasa apa pun boleh berlaku ke atas dirinya bila Tuhan jadikan
Aduh! Takutnya kepada Tuhan semakin mencengkam

Covid-19 & Dajjal‼️



Hari ini aku nak kongsi sikit keadaan persamaan antara Covid-19 & Dajjal. Terlalu banyak persamaan. Gambaran ini hanya 1% saja. Ini penting, sila baca sampai habis.

Allah dah bagi ‘hint’ siap-siap. Baiknya Allah, sebelum dilepaskan Dajjal, diberi kita bersedia dalam menghadapi situasi yang sebegini sukar.

Orang bijak akan ambil ibrah, orang jahil akan terus menyalah-nyalah. 

Masih fikir nak shopping baju baru?
Masih fikir nak ke Saloon & Spa?

Dah rindu kopi starbuck?
Dah rindu burger McD?

Setakat hari ini lebih 6 ribu kematian di Italy & hampir 1 juta orang kehilangan pekerjaan di Australia - 
Al-Jazeera.

Kita masih nak ‘bermanja-manja’ lagi. Masih nak fikir benda-benda yang tak penting & tak mendatangkan faedah. Masih nak benci membenci, masih nak memaki hamun. 

Fikir lagi nak ke sana ke mari. Boleh siap rindu nak keluar dating dengan balak/awek. Boleh layan movie porno di Netflix dikala orang susah hati & bersedih dengan wabak Covid-19 yang membunuh ini.

Ini bukan posting kecaman. Ini posting mengajak orang berfikir. Apa guna kita hidup tak saling mengingatkan.

Ketika mana Dajjal muncul, masing-masing akan kelam kabut. Suami akan kehilangan isteri. Isteri tak sabar dengan dugaan kesusahan, diikutnya Dajjal yang mampu beri nikmat kemewahan.

Ini bukan aku cakap. Ini dah disabdakan oleh Nabi saw. Kaum paling ramai menjadi pengikut Dajjal adalah kaum wanita. 

Kaum yang mudah tewas dengan nafsu. Sebab itu Nabi suruh ikat & tambat anak isteri di tiang-tiang rumah.

Waktu itu orang tak fikir nak berjimak, tak fikir nak tergoda dengan perempuan kiri kanan. Masing-masing cuma fikir nak survive hidup, lindungi ahli keluarga & makan. 

Makanan umat islam ketika itu hanya zikir. Kalau kita fikirkan logic akal, memang tak akan kenyang. Tapi Islam ni tak boleh kita fikir dengan logic akal. Kalau Allah berkehendak, dengan zikir boleh mengenyangkan.

Masih buta ke kita dengan apa yang jadi di sekeliling kita hari ini? Masjid kosong, orang terhalang dari mengerjakan Umrah. Kemungkinan tak boleh mengerjakan Haji. 

Nabi saw pernah bersabda satu hari umatku akan terhalang dari menunaikan Haji & Umrah. Kalau nak kepastian boleh search.  Banyak hadis yang berkaitan.

Tak akan terjadinya kiamat selagi mana pintu-pintu Masjid masih dibuka. Tanda Dajjal tu semakin hampir kemunculannya apabila masjid-masjid semua kosong. Masih tak nampak lagikah kita apa dah jadi hari ini? 

Okay mungkin belum cukup jelas lagi gambaran itu.

Cuba perhatikan Danau Tiberias. Airnya semakin mengering. Apa tandanya itu? Itu tanda besar bahawa Dajjal itu tak lama lagi akan muncul.

Kita perhatikan Kebun Kurma Baisan. Pohonnya 100% sudah tidak berbuah. Sekarang kering kontang. Itu tandanya apa? Dajjal semakin hampir.

Ini bukan aku dengar khabar angin. Ini Hadis Nabi saw & hadis ini adalah hadis sahih.

Kita saksikan bangunan tinggi-tinggi dibina. Masing-masing berlumba-lumba membangunkan gedung-gedung yang mewah.

Nabi saw pernah bersabda,

“Dan bila engkau menyaksikan mereka yang berjalan tanpa alas kaki, tidak berpakaian, fakir, dan penggembala kambing, (kemudian) berlumba-lumba membuat bangunan yang tinggi.” (HR. Muslim).

Sekarang petanda itu dah jelas depan mata. Menara jam, Burj Khalifah & Kingdom Tower. Mereka semua dari keturunan arab yang dahulunya fakir & pengembala kambing.

Tanah Arab sekarang dah mula menghijau. Kalau dulu cuma ada padang pasir. Jauh sekali nak dihujani salji. Tapi hari ini? Salji dah mula turun di tanah Arab. 

Tak lama lagi tanah Arab akan subur dengan pohon-pohon & rumput-rumput yang menghijau. Itu tanda Dajjal itu akan muncul sangatlah dekat.

Apa persediaan kita dalam menghadapi Dajjal?

Kalau ditakdirkan Dajjal itu muncul dalam masa terdekat ni, jangan sesekali jumpa & bertentangan mata dengan dia. Kalau boleh elak sedaya yang mungkin.

Dia akan pukau kita sehingga kita ikut & sembah dia. Hebatnya sihir Dajjal ini.

Tak kisah iman kita setaraf wali macamana sekali pun, kalau berdepan dengan Dajjal, kita akan tewas. 

Macamana rupa Dajjal?

Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadis riwayat Muslim: “Dajal ialah orang yang rosak sebelah matanya dan di antara dua dahinya tertulis ‘kafir’...”

Perkataan ‘Kafir’ ini hanya boleh dilihat oleh orang-orang mukmin saja. Orang kafir, munafik & fasik, tak akan nampak perkataan ini.

Jadi, elak dari bersua muka dengan Dajjal. Suami-suami wajib ikat anak isteri ketat-ketat di rumah.

Sebab waktu Dajjal muncul, Dajjal akan masuk ke setiap penjuru kampung, bandar, taman-taman, lembah-lembah & tak akan ada satu tempat pun yang tak akan dijejaki oleh Dajjal. 

Kenapa perlu ikat anak bini? Sebab bila Dajjal tiba di tempat kita, Dajjal akan menghentakkan kakinya sehingga menyebabkan orang-orang yang berada di dalam rumah akan memberontak keluar untuk bertemu dengan Dajjal. 

Kalau ditakdirkan bersua muka dengan Dajjal, pilihlah tangan kirinya. Tangan kanannya menggenggam syurga, tangan kirinya menggenggam neraka.

Pilihlah neraka, kerana fitnah Dajjal syurga itu neraka, neraka itu syurga.

Amalkan surah Al-Khafi 10 ayat awal & 10 ayat akhir. Hafal surah ni, sebab waktu kemunculan Dajjal, surah-surah dalam Al-Quran akan hilang dari kitab-kitab, dinding-dinding & di mana-mana ada tertulisnya kalam-kalam Allah ini. 

Abu Darda mengatakan bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda, "Barangsiapa telah membaca sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi maka ia telah terjaga dari fitnah Dajjal". (HR An-Nasai)

Siapa yang baca surah ini ketika Dajjal muncul, Dajjal tak akan nampak orang itu walau berada di depan matanya sendiri. Jadi, kita akan terselamat dari dipengaruhi oleh si makhluk terlaknat ini.

Amalkan ayat ini selepas tasyahhud,

Allaahumma inni a’uudzubika min ‘adzaabil qabri wa min ‘adzaabinnaari jahannama wa min fitnatil mahyaa wal mamaati wa min fitnatil masiihid dajjaal.

Ertinya, “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari azab Jahannam, azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari keburukan fitnah Dajjal. ” (HR. Muttafaq ‘alaih)

Sewaktu Dajjal tiba di setiap negara, negeri, bandar, taman-taman, kampung-kampung & lembah-lembah, kalau penduduk di kawasan itu sembah Dajjal, maka tempat itu akan subur & diberikan kemewahan oleh Dajjal. 

Tapi kalau penduduk di kawasan itu ingkar dengan arahan Dajjal, maka tempat itu akan jadi padang jarak padang terkukur. Kering kontang tak ada air, tak ada makanan, haiwan mati, tanah tandus, orang-orang akan kebuluran yang amat sangat.

Jadi apa kaitan dengan Covid-19?

Ramai duduk rumah, di zaman Dajjal nanti  ramai juga duduk rumah. Tapi golongan yang faham agama. 

Macam kes sekaranglah. Semua yang duduk rumah, jenis yang faham bahasa. Jenis tak faham bahasa, semua duk merayap ke sana ke mari.

Kalau beginilah sikap kita, kalau Dajjal muncul, kita mungkin salah seorang boleh jadi pengikut Dajjal.

Arahan kerajaan pun kita ingkar, apatah lagi arahan Nabi saw.

Masjid kosong. Sekarang semua masjid kosong. Seolah-olah Allah dah bagi hint. Esok Dajjal muncul, semua masjid akan lengang. Bukan saja kosong, azan pun tak akan berkumandang.

Panic buying. Kalau Covid-19 ni, orang panic berebut-rebut nak beli barang dapur. Semua risau kelaparan takut tak dapat makan.

Kalau Dajjal muncul, semua orang ‘Panic buying’ juga. Masing-masing panic berebut-rebut nak dapatkan bekalan makanan dari Dajjal. Maka semua dari mereka tercabutlah iman masing-masing.

Terpisah keluarga. Kalau Covid-19, salah sorang ahli keluarga dijangkiti virus, ahli keluarga tak akan dapat bersua muka lagi. Kalau ada rezeki jumpa, tak ada rezeki, hanya memandang dari jauh jenazah ahli keluarga dikebumikan.

Kalau Dajjal muncul, ramai akan kehilangan ahli keluarga. Ada ahli keluarga yang lemah imannya akan jadi pengikut-pengikut Dajjal. 

Frontliner bertungkus-lumus. Kalau Covid-19, masing-masing berusaha sehabis keringat untuk tangani virus ini.

Kalau Dajjal muncul, ketua keluarga merangkap frontliner berusaha bertungkus lumus menghalang ahli keluarganya dari menjadi pengikut Dajjal.

Sebab itulah, kita amat dituntut belajar agama. Supaya kita faham akan hakikat hidup ini. Semua ini bakal berlaku & kita lebih bersedia.

Pentingnya kita memilih pasangan yang faham agama. Supaya dia boleh selalu mengingatkan kita tentang kecaman-kecaman ini & terus mengajak kita ke arah kebaikan serta menambah amalan.

Bagi orang lelaki, tambah ilmu agama. Perlu faham untuk fahamkan ahli keluarga. Sebagai ketua keluarga, ini tanggungjawab kalian.

Bagi orang perempuan, ini bukan zaman nak ‘bermanja & menggedik’ fikirkan nak bercantik-cantik 24 jam. Cantikkan otak dulu sebelum cantikkan fizikal.

Kalau Dajjal keluar, dia takda pilih-pilih kau cantik ke hodoh. Paling penting iman kau roboh. 

Jadi, tiba masa kita sedar diri. Tambah ilmu & terus bersedia. Kerana orang bijak adalah orang yang sentiasa bersedia.

Pakat muhasabah. 
Semoga bermanfaat

 Kredit Yatt Hayati
#Covid19

Berkawan Dengan Tuhan Tidaklah Susah


Kalau kita ingin jadikan Tuhan kawan setia, tidaklah susah
Tidak seperti berkawan dengan manusia
Kerana kita tidak payah panggil Dia untuk berkawan
Tuhan Maha Suci daripada istilah datang
Kita tidak perlu jemput Dia
Kerana Tuhan tidak terlibat dengan jauh dan dekat
Kita tidak perlu ajak Dia
Dia memang sudah siap siaga
Terpulanglah kepada kita
Kita tidak payah beritahu
Kerana Dia sudah sedia tahu tentang kita
Soalnya kita mahu ataupun tidak
Berkawan dengan-Nya itu sahaja
Kita tidak perlu ingatkan Dia
Kerana Dia memang tidak pernah melupakan kita
Di mana-mana kita boleh berkawan dengan-Nya
Tidak seperti manusia
Berkawan dengan manusia di tempat-tempat tertentu sahaja
Dan di masa-masa yang tertentu sahaja
Seperti di jamban kita terpaksa tinggalkan dia
Di waktu bersama isteri, kita tidak boleh berkawan lagi dengannya
Di waktu dia bersama isterinya pun dia tinggalkan kita pula
Jadi berkawan dengan manusia ada batasnya
Berkawan dengan Tuhan tidak kira tempat dan masa
Boleh berlaku di sebarang tempat
Dan setiap masa
Cuma kita mahu atau tidak berkawan dengan-Nya
Ertinya kita ingat Dia, sujud kepada-Nya
Bangun-bangun saja, ingat Dia
Hendak tidur, ingatkan Dia
Kita serahkan nasib kita kepada-Nya
Bertanya kepada-Nya, meminta kepada-Nya
Rasakan Dia ada di mana-mana bersama-sama kita
Cuma tidak bertempat macam kita
Anugerah-Nya kita bersyukur kepada-Nya
Di mana kita pergi, rasa bertuhan kita bawa bersama-sama
Cara itulah kita berkawan dengan Tuhan

TUHAN BERKUASA KE ATAS KITA


Setiap hari engkau menghirup udara, engkau boleh lupakan Tuannya?!
Itulah Tuhan yang menghidupkan engkau
Kalau Tuhan stop udara, matilah engkau
Mengapa engkau boleh melupakan Tuhan begitu sahaja?!
Setiap hari engkau makan rezeki dari Tuhan
Engkau tidak jatuh hati dengan-Nya
Bahkan engkau boleh melupakan-Nya
Betullah engkau hamba yang tidak ada hati perut!
Di waktu engkau sakit Tuhan sembuhkan
Di waktu perlu rehat Tuhan tidurkan,
Bangun segar semula
Engkau bertenaga semula, boleh menyambung kerja
Engkau tidak terasa terhutang budi kepada-Nya?
Engkau tidak nampak lagikah kuasa Tuhan kepada engkau
Dia boleh memperbagaikan keadaan engkau
Sekali-sekala engkau gembira, sekali-sekala engkau dukacita
Adakalanya engkau sakit, adakalanya engkau sihat
Begitulah seterusnya Tuhan menjadikan engkau berbagai-bagai keadaan
Engkau ingat itu semuanya kuasa engkau
Itulah dia kuasa Tuhan yang Maha Berkuasa
Takutilah Tuhan..
Dia boleh buat apa sahaja kepada kita

Tuhan Keperluan Dalam Kehidupan


Tuhan adalah keperluan di dalam kehidupan
Dia adalah segala-galanya buat setiap insan
Marilah kita gambarkan untuk faham siapa sebenarnya Tuhan
Bumi tempat kita tinggal adalah kepunyaan Tuhan
Langit atap bumi di sana ada matahari, bulan dan bintang ciptaan Tuhan
Udara yang dihirup penyambung hidup dari detik ke detik anugerah Tuhan
Jantung yang bergerak enjin kepada badan buatan Tuhan
Akal yang digunakan mendapatkan ilmu dan untuk berfikir adalah  nikmat  dari Tuhan
Anggota lahir yang digunakan setiap waktu untuk  keperluan hidup manusia adalah Tuhan jadikan
Roh atau jiwa  kita berperasaan silih  berganti
Seperti gembira, sedih, senang  dan benci pentadbiran Tuhan
Kita sakit berusaha makan ubat, yang menyembuhkan Tuhan,
bukan  ubat yang dimakan,
Di waktu lapar  dan haus, kita perlu makan,
makanan  dan minuman  dari Tuhan
Selepas makan kita rasa kenyang, Tuhan kenyangkan
Kita letih selepas bekerja ingin rehat, Tuhan tidurkan,
Tenaga kita kembali semula seperti sediakala untuk tenaga bekerja Tuhan pulihkan
Apabila hendak berhibur di antaranya Tuhan jadikan jenis laki-laki dan perempuan,
Setiap satu sama lain hibur-menghiburkan,
Rasa terhibur itu adalah dari Tuhan
Untuk menyambung hidup lahir generasi baru,
Hasil perhubungan laki-laki dan perempuan
Kelahiran itu adalah juga penghibur kepada laki-laki perempuan iaitu ibu dan bapa, 
boleh juga mengisi kekosongan jiwa insan,
Di waktu hubungan suami isteri mula renggang,
anak adalah pengikat semula yang renggang
Begitulah seterusnya kalau kita fikirkan dan peka memerhatikan tidak ada yang terlepas dari Tuhan
Kalau begitu Tuhan adalah sangat diperlukan di dalam kehidupan,
Atau kehidupan adalah peranan Tuhan
Tapi mengapa manusia melupakan Tuhan?
Mengapa manusia tidak merasakan Tuhan berperanan?
Kerana itulah Tuhan hukum manusia terasa kekosongan jiwa,
Jiwa gelisah aja sekalipun berkuasa dan kaya
Takutilah Tuhan  cintailah Dia
Tuhan adalah sangat diperlukan
Tuhan adalah segala-galanya buat manusia di dalam kehidupan

CIPTAAN TUHAN TIDAK SIA-SIA


 
Salah satu sifat Tuhan apa yang dicipta-Nya tidak ada yang sia-sia
Sama ada yang kecil mahupun yang besar
Yang halus mahupun yang kasar
Sama ada mengikut pandangan manusia jijik atau menakutkan
Semuanya berlaku dengan hikmah
Sama ada mengandungi ilmu, didikan mahupun pengajaran
Sekalipun seekor hama yang halus yang berada di tengah belantara ada maksud dari Tuhan
Walaupun seekor kuman di atas gunung yang tinggi di dalam batu pejal ada hikmah yang tersembunyi
Binatang yang merbahaya seperti harimau dan buaya walaupun menakutkan manusia ada pengajaran
Sama ada yang disuka atau yang dibenci oleh manusia ada rahsia dari Tuhan
Bahkan tidak ada makhluk yang Tuhan cipta yang sia-sia
Semuanya ada maksud dan tujuan
Cuma banyak manusia yang tidak tahu hikmah dan rahsianya, didikan dan pengajarannya
Maha Suci Tuhan daripada membuat sesuatu yang sia-sia
Sekalipun pada pandangan manusia perkara itu remeh sahaja
Perlu diingat, pada Tuhan semua perkara sama sahaja
Pandangan Tuhan tidak ada bezanya di antara halus dan kasar
Di antara kecil dan besar
Dan yang jijik dan yang menyenangkan
Walaupun Tuhan tahu perbezaan itu
Dari segi menciptanya sama saja
Dari segi melihat sama juga
Kerana Tuhan bukan melihat dengan mata
Bukan kemampuannya dengan tenaga
Dan Tuhan tidak merasa dengan jiwa dan perasaan
Setiap hikmah dan pengajaran itu Allah wujudkan tidaklah menimbang-nimbang
Menimbang-nimbang adalah dengan akal dan fikiran
Tuhan tidak ada akal dan fikiran
Maha Suci Allah Taala berakal dan berfikiran
Hikmah dan pengajaran itu terjadi adalah dengan kuasa dan ilmu Tuhan yang sedia sempurna
Yang tidak perlu menimbang-nimbang dan memikirkan
Maha Agung Engkau Tuhan

Manusia Tidak Terasa Peranan Tuhan


 
Manusia sudah salah berfikir
Dan juga sudah terlalu rosak jiwanya
Kerana sudah tidak terasa lagi
Tuhan berperanan di dalam kehidupannya
Apa sahaja yang dibuat adalah peranan mereka
Tidak terfikir lagi Tuhan ada peranan di dalam usaha mereka
Kerana itulah jika berjaya, mereka megah dan bangga
Kalau gagal, mereka kecewa
Tidak terfikir lagi itu adalah takdir Tuhan
Tuhan tidak ada dalam kamus hidup mereka
Mereka tidak terfikir lagi Tuhan campur tangan di dalam urusan mereka
Walaupun mereka percaya kepada Tuhan
Namun pada mereka Tuhan seolah-olah tidak ada peranan
Mereka tidak ambil kira dengan Tuhan
Mereka merasa adanya Tuhan macam tidak ada
Ada dengan tidak ada pada mereka sama sahaja
Pada mereka Tuhan bukan pencatur hidup mereka
Tuhan tidak lagi dirasakan penentu hidup mereka
Kerana itu mereka tidak perlu kepada Tuhan
Kalau mendapat kejayaan adalah kejayaan mereka
Mereka tidak pula mengaitkan dengan Tuhan
Jika tidak berjaya mereka kecewa
Mereka tidak tahu ini adalah takdir Tuhan
Begitulah majoriti manusia di dunia di waktu kini
Tuhan kepada mereka seolah-olah tidak ada campur tangan dengan kehidupan mereka
Sungguh rosak aqidah manusia

Lantaran Tidak Kenal Tuhan


Kerana umat Islam sudah lama tidak begitu kenal Tuhan
Sekalipun mereka yang masih beribadah kepada-Nya
Kesan dari itu ramai umat Islam yang prejudis dengan Tuhan
Teringat sahaja Tuhan, seolah-olah Tuhan itu hanya menghukum
Mereka percaya adanya Tuhan, tapi dirasakan Tuhan itu menyusahkan dan mengancam
Teringat Tuhan hanya menakutkan tidak lebih dari itu
Percaya dengan Tuhan, tapi benci dengan-Nya
Teringat sahaja Tuhan, tidak terasa lazat dan indahnya
Teringat sahaja Tuhan, tidak terasa terhibur
Padahal Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya
Tapi manusia tidak terasa lagi kasih sayang-Nya
Manusia tidak terasa lagi Allah itu pentadbir, penjaga, penyelamat dan pelindung
Seolah-olah Tuhan itu hubungannya dengan manusia hanya menghukum
Padahal Tuhan itu adalah segala-galanya
Yang paling menonjol adalah kasih sayang-Nya
Yang banyak adalah rahmat dan nikmat-Nya kepada manusia, bahkan kepada alam seluruhnya
Tapi kerana Tuhan sudah tidak dikenali lagi,
hanya sekadar percaya kewujudan-Nya,
Maka manusia prejudis dengan Tuhan
Sepatutnya Tuhan itu dikasihi dan dicintai 
Bukan sekadar ditakuti
Tuhan itu sepatutnya kita merasa Dia melindungi dan penyelamat
Setiap manusia sepatutnya sangat perlu kepada Tuhan

Nafsu Dalam Diri Itu Paling Bahaya


Walaupun harimau itu merbahaya
Tapi jarang kita ketemu,
Ia tidak begitu membimbangkan
Nyamuk dan lalat walaupun membawa kuman boleh membahayakan manusia,
Tapi masih boleh dibendung kerana ia adalah di luar diri kita
Tikus juga membawa kuman yang boleh membahayakan manusia
Tapi ia masih di luar diri manusia
Mudah dijaga dan dikawal atau dibendung
Kuman-kuman di dalam makanan dan minuman
Juga boleh mendatangkan penyakit
Itu pun masih tidak dianggap terlalu merbahaya
Tapi  perlu diingat!
Bahawa nafsu di dalam dirimu itu paling bahaya
Bahaya buat dirimu dan orang lain
Namun tidak pernah dibising-bisingkan dan diheboh-hebohkan
Tidak pernah diceritakan bagaimana menjaga dan mengawalnya
Padahal nafsu di dalam diri manusia itu telah merosakkan manusia dan dunia
Telah memusnahkan pembangunan, kemajuan dan tamadun
Tidak ada pun klinik dan hospital yang merawatnya
Ia lebih merbahaya daripada harimau, nyamuk, lalat dan tikus
Ia telah menyerang semua orang tidak ada kecualinya
Tapi ramai di kalangan manusia tidak memandang merbahaya
Padahal merbahayanya hingga terjun ke Neraka

Lafaz Zikir

ًAssalamualaikum.Mari mulakan setiap pagi dengan lafaz zikir.Semoga bencana COVID19 cepat berlalu.

*TUJUH MAHKOTA DUNIA AKHIRAT.*

*(1) MAHKOTA ZIKIR*

*لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ*

*(2) MAHKOTA TASBIH*

*سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ، وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ*

*(3) MAHKOTA DO'A*

*رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ*

*(4) MAHKOTA ISTIGHFAR*

*اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِى ، وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَ وَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِى فَاغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لاَ يَغفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ*

*(5) MAHKOTA PERLINDUNGAN*

*بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْئٌ ِفي اْلأَرْضِ وَلاَ ِفي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ*

*(6) MAHKOTA PERISAI BENCANA*

*لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ*

*(7) MAHKOTA PENENANG HATI*

*لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ*

*Kongsikan dengan rakan-rakan anda seramai mungkin kerana ianya adalah sedekah.*

🔖UNIT HAL EHWAL ISLAM,HSNI

DOA DIJAUHKAN DARI VIRUS DAN PENYAKIT.


اللهم ان هذا المرض  جند من جنودك
تصيب به من تشاء وتصرفه  عن من تشاء .
اللهم فاصرفه عنا وعن بيوتنا وعن اهلينا وازواجنا وذراريرنا وبلادنا... وبلادنا وبلاد المسلمين. 
واحفظنا من ما نخاف ونحذر فانت خير حافظا... فانت خير حافظا...فانت خير حافظا وانت ارحم الراحمين
"Allaahumma inna haadzal maradha jundun min junuudiK, tushiibu bihii man tasyaa', wa tashrifuhuu   'amman tasyaa'.

Allaahumma fashrifhu 'annaa wa 'an buyuutinaa, wa 'an ahliinaa wa azwaajinaa, wa dzaraariiranaa wa bilaadinaa.... wa bilaadinaa, wa bilaadil muslimiin, wahfidznaa min maa nakhaafu wa nahdzar, fa Anta Khairun Haafidzaa,,, fa Anta Khairun Haafidzaa, fa Anta Khairun Haafidzan wa Anta Arhamur Raahiiiin".

(Yaa Allaah, sungguh penyakit ini adalah tentara dari bala tentaraMu. 

Ia bisa menimpa siapa saja yang Engkau kehendaki dan bisa pula terhindar dari siapa yang Engkau kehendaki.

Yaa Allaah, hindarkan dan jauhkanlah  penyakit itu dari diri kami, dari rumah kami, dari keluarga kami, dari pasangan hidup kami, dari anak cucu  kami,  dari negeri kami...dari negeri kami, dan dari semua negeri umat Muslim.

Jaga dan lindungi kami dari semua hal yang kami takuti dan dari apa apa yang kami khawatirkan. 
Sungguh Engkau yaa Allaah adalah sebaik baik Penjaga, sebaik baik Pelindung, dan Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang).

DALIL-DALIL SYARAK BERKAITAN PENCEGAHAN PENULARAN WABAK


 Di antara ajaran Nabi s.a.w. apabila berhadapan dengan masalah penyakit berjangkit adalah pencegahan. Adalah menjadi tanggungjawab agama setiap individu dan masyarakat untuk mengambil langkah-langkah pencegahan dan mengelakkan diri dari tempat-tempat awam, termasuk masjid, agar orang yang sihat tidak dijangkiti. Sabda Rasulullah s.a.w.:

لَا يُورِدَنَّ مُمْرِضٌ عَلَى مُصِحٍّ

Yang bermaksud: “Yang sakit janganlah mendatangi yang sihat.” 
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim). [7]

📢  Nabi s.a.w. juga telah memerintahkan mereka yang berada di tempat wabak untuk tidak keluar dari kawasannya.
Mereka yang sihat pula diperintahkan untuk tidak memasuki tempat yang terkena wabak:

إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ

Yang bermaksud: “Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.”
(Hadis riwayat Imam Muslim). [8]

"Perintah Kawalan Pergerakan" yang diputuskan oleh kerajaan menepati apa yang Islam sarankan apabila sesuatu penularan wabak sedang berlaku.

Semoga Allah melindungi kita semua.
Masa untuk kita muhasabah diri. ❤️

Selagi Ada Mazmumah Ibadah Tidak Bernilai


Ibadah sebanyak mana pun, tidak ada nilai di sisi Allah Taala,
Kalau mazmumah masih bersarang di dalam hati
Sedikit ibadah pun tidak mengapa, asalkan yang fardhu tidak ditinggalkan,
Tapi mazmumah dapat disembuhkan
Mazmumah itulah yang memudharatkan diri dan orang kerana nafsu yang belum terdidik
Nafsu yang belum terdidik, mazmumahlah yang menguasai diri seseorang
Apalah erti ibadah kalau mazmumah masih bermaharajalela merosakkan orang
Ibadah banyak, masih lagi pemarah, hasad, demdam, tamak, sombong, riyak, ujub, cinta dunia, ingin nama, glamor
Tujuan ibadah adalah untuk mengubat penyakit batin yang memusnah
Ibadah yang di hayati, boleh mendidik nafsu yang liar yang menjadi bala bencana kepada dunia
Ibarat penyakit, makan berbagai-bagai jenis ubat tapi tidak menghilangkan penyakit
Tujuan makan ubat untuk menghilangkan penyakit badan
Begitulah ibadah yang berbagai-bagai jenis untuk mengubat mazmumah nafsu yang ganas
Ibadah  dibuat nafsu masih berpenyakit, ibadah tidak ada nilai di sisi Allah
Itulah lumrah berlaku di zaman ini
Di dalam mengerjakan ibadah, mazmumah masih mengganas
Kerana itulah kita tidak hairan, adakalanya, di masjid itulah sumber kejahatan
Kerana orang yang bersembahyang, masih membawa penyakit batin yang memecah- belahkan perpaduan
Orang yang bersembahyang merenggangkan persaudaraan
Akibatnya umat Islam sudah tidak dihormati orang

DALIL-DALIL SYARAK BERKAITAN PENCEGAHAN PENULARAN WABAK


📢 Di antara ajaran Nabi s.a.w. apabila berhadapan dengan masalah penyakit berjangkit adalah pencegahan. Adalah menjadi tanggungjawab agama setiap individu dan masyarakat untuk mengambil langkah-langkah pencegahan dan mengelakkan diri dari tempat-tempat awam, termasuk masjid, agar orang yang sihat tidak dijangkiti. Sabda Rasulullah s.a.w.:

لَا يُورِدَنَّ مُمْرِضٌ عَلَى مُصِحٍّ

Yang bermaksud: “Yang sakit janganlah mendatangi yang sihat.” 
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim). [7]

📢  Nabi s.a.w. juga telah memerintahkan mereka yang berada di tempat wabak untuk tidak keluar dari kawasannya.
Mereka yang sihat pula diperintahkan untuk tidak memasuki tempat yang terkena wabak:

إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ

Yang bermaksud: “Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.”
(Hadis riwayat Imam Muslim). [8]

"Perintah Kawalan Pergerakan" yang diputuskan oleh kerajaan menepati apa yang Islam sarankan apabila sesuatu penularan wabak sedang berlaku.

Semoga Allah melindungi kita semua.
Masa untuk kita muhasabah diri. ❤️

Penawar Penyakit


Sembahyang fardhu atau sunat adalah ubat penyakit hati yang berbagai-bagai jenisnya
Membaca Al Quran adalah pil pengubat penyakit jiwa manusia
Penyakit manusia yang penuh dengan mazmumah yang merupakan barah rohaniah
Dan lain-lain  penyakit rohani yang membahayakan manusia
Penyakit ini akan menular ke anggota lahir manusia, yang merosakkan manusia lain pula
Zikir yang menjadi wirid sejenis ubat rohani manusia juga
Kalau kena cara dan peraturannya, boleh menyembuhkan penyakit rohani manusia juga
Belajar ilmu yang tujuannya sama sahaja
Hendak membaiki penyakit batin manusia yang berbagai jenisnya
Ada penyakit bakhil, tamak, pemarah, dengki, dendam, riyak, ego, megah, ingin nama
Sum’ah, cinta dunia dan lain-lainnya
Berfikir juga boleh mengubat penyakit rohani manusia kalau kena caranya
Ini adalah jenis ubat yang bersifat maknawi dan rohani
Apa yang telah kita sebutkan tadi semuanya ubat 
Ia adalah ubat hati dan jiwa
Ubat nafsu yang sangat jahat yang liar dan rakus, gelojoh, sombong, bodoh
Merangsang dan mendorong
Tegasnya, berbagai-bagai bentuk  ibadah yang ada di dalam Islam, semuanya itu adalah ubat jiwa
Supaya manusia sembuh daripada sebarang penyakit rohani yang merbahaya
Agar masyarakat berkasih sayang, bertimbang rasa, rasa bersama bekerjasama, bahagia dan harmoni
Tapi ramai orang yang beribadah berbagai jenisnya, tidak pula menyembuh penyakit jiwa atau hati mereka
Adakalanya makin banyak beribadah, semakin subur penyakit batin manusia
Semakin banyak beribadah, semakin cinta dunia
Semakin banyak beribadah, dengki dan pemarah masih subur di dalam hati manusia
Semakin banyak beribadah, kasih sayang tidak ada
Bela-membela tidak pernah ada di dalam kehidupan manusia
Rupanya ibadah manusia itu tidak boleh mengubat penyakit rohani manusia
Padahal Tuhan suruh beribadah 
Tujuan berubat menghilang mazmumah yang merbahaya
Kalau penyakit tidak sembuh, sudah tentulah ibadah itu banyak yang tidak kena
Ibadah yang tidak faham, tidak dihayati sampai ke jiwa
Ibadah itu adalah ibadah rangka sahaja
Ibadah bangkai bernyawa yang tidak memberi faedah apa-apa kepada manusia
Ibadah yang tidak boleh mengubat penyakit rohani manusia
Tuhan tolak sahaja, tidak dapat pahala apa-apa
Ibadah orang yang lalai, untuk dimasukkan ke Neraka sahaja
Kerana beribadah tidak sampai matlamatnya

Penyakit Batin Seolah-olah Penyakit Yang Ghaib


Penyakit-penyakit batin seolah-olah perkara-perkara ghaib
Perkara-perkara ghaib sedikit sekali yang dapat melihatnya
Seperti sifat-sifat mazmumah, bukan senang hendak dikesan
Kerana itulah saya katakan ia juga seperti perkara-perkara ghaib
Sekalipun  pakar-pakar penyakit batin, kalau hanya pakar di bidang ilmunya sahaja,
Mengesan atau menyuluh dengan ilmu ertinya, menyuluh dengan mata akal
Sedangkan penyakit batin hanya dapat dilihat dengan mata hati, bukan dengan mata akal
Lebih-lebih lagi bukan dengan mata kepala
Lantaran itulah orang yang bercakap tentang ego atau sombong, di masa itu juga dia sombong
Orang yang memperkatakan tentang riyak, sum’ah tidak terlepas daripada riyak dan sum’ah
Orang yang menghuraikan tentang ikhlas, juga tidak ikhlas
Orang yang menceritakan tentang glamour dan nama, dia juga ditimpa penyakit itu
Apabila dia menceritakan penyakit-penyakit batin, dia sangka terlepas daripada penyakit batin
Maka bertambah lagilah dia tertipu
Orang yang dapat mengesan penyakit batin
Ialah orang yang mempunyai basirah, pandangan mata hati
Mata hati sahaja yang dapat mengesannya
Itu baru dapat mengesannya
Belum lagi bermujahadah untuk membuangnya
Tapi ini sudah merupakan satu kejayaan
Tinggal lagi untuk berusaha membuangnya sahaja
Setengah orang mengesannya pun tidak dapat
Apatah lagi membuangnya
Apabila dia tidak dapat mengesannya, dia menyangka dia tidak mempunyai penyakit itu
Lebih merbahaya lagilah
Dia mempunyai penyakit tidak sedar ada penyakit
Maka dibawanyalah penyakit sum’ah ke mati
Suul khatimah yang tidak disedari
Wal’iyazubillah

40 series???

36-40

40series menghampiriku..
Tenang di penghujung usia 30 an.

"Perkongsian yang hebat

Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, mamang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah 😌😅. Kaw kaw punya!

Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan.
Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun.
Tak pun cuba kalian semak diri sendiri. 

Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!

Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.

Kesihatan.
Keluarga.
Sahabat.
Kerjaya.
Ibubapa.
Adik-beradik.
Ipar duai.
Kebendaan.

Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari 😅.

🌷 You have to face it!🌷

Masa inilah ada yang rumahtangga goyang.
Masa inilah ada rumahtangga yang gagal. 
Masa inilah ada yang hilang kerjaya.
Masa inilah ada yang mula sakit-sakit.
Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.
Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal. 
Masa inilah kenderaan rosak.
Masa inilah rumah yang beli 5 tahun lepas dah kene 'repair' sana sini.
Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal. 

Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat!

Menguji keimanan.
Menguji kesabaran.
Melatih diri dengan reda dan ikhlas.
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan. 
Mengajar diri menjadi lebih beriman.

Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?

Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah
               
- ALLAH SAYANG-

DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.

DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?

Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW!

Hati lebih sabar.
Hati lebih tenang.
Hati lebih ikhlas.
Hati lebih tawaduk.

Hidup lebih bahagia.
Hidup lebih sempurna.
Hidup lebih nampak arah tujunya.
Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan. 

Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal. 

Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.

Semua urusan diniatkan ibadah.
Sudah mula ke rumah Allah.
Sudah mula perbaiki diri.
Sudah mula perbaiki solat.
Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.
Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.

Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki 'final exam sebelum usia 40' 😌.

Take a second to think about how blessed you are.

Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.

Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Selepas menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.

Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.

Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.

Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian! 

Baik, 'kan Allah. 💕
Yes. Life is simple. Do good and good will come to you.

Please share it to save more people out there..

Gambar sekadar hiasan.. 🥰🥰

Di Manalah Kehebatanmu Manusia?


Allah lepaskan tentera-tenteranya yang paling halus
Kuman namanya, bermacam-macam virus, berbagai-bagai speisis
Manusia sudah tidak mampu melawannya
Ditubuhkan berbagai pasukan tentera memeranginya
Ada pasukan doktor, ada unit penyelidikan, ada unit pemakanan
Mengguna bermacam-macam jenis alat-alat yang canggih
Namun tentera-tentera seni ini belum pernah kalah
Belum pernah berlaku genjatan senjata
Tidak pernah mengangkat tangan surrender
Mereka terus menyerang dan menyerang
Tidak kira tempat dan masa
Setiap hari manusia mati dibunuhnya
Merata dunia manusia sengsara dan derita diserangnya
Entah beberapa banyak harta terkorban memeranginya
Di manalah gagahnya manusia?
Di manalah kehebatan mereka?
Alangkah lemahnya manusia dengan kuman yang paling halus tidak mampu memeranginya!
Mengapa manusia tidak mengambil iktibar?
Kenapa tidak dijadikan pengajaran?
Agar tunduk, khusyuk dan tawadhuk
Hilang ego, sombong dan megah diri
Moga-moga melutut di hadapan Tuhan!
Rukuk dan sujud kepada-Nya!
Tunduk dan patuh dengan syariat-Nya!
Mengucapkan zikir, tahmid dan tasbih pada-Nya!

Pengamalan Islam Yang Tidak Sempurna


Ada orang beragama Islam berbagai-bagai keadaan
Ada orang beragama kerana ikut masyarakat umum beragama secara lahirnya,
maka dia pun beragama secara ikut-ikutan sahaja
Dia melaksanakan secara dengar-dengaran dan melihat-lihat orang melaksanakan, 
kemudian sedikit-sedikit dari bacaan-bacaan
Orang beragama secara ini dibentuk oleh environment tempatan atau tradisi tempatnya
Sah batal,  syarat, rukun tidak jelas, kerana meniru-niru orang ramai di dalam kehidupan
Jauh sekalilah penghayatan
Orang beragama semacam ini tidak ada kesan di dalam kehidupan insan
Ada orang beragama kerana keluarganya mengamalkan Islam secara lahir-lahirnya sahaja
Maka dia pun dipaksa dan digesa-gesa mengamalkan Islam bersama keluarga
Sedangkan dia mengamalkan bukan hasil didikan
Dia amalkan secara ikutan secara kasar-kasar sahaja
Dia beragama hanya dari warisan keluarga
Mengamalkan Islam secara ini mungkin lebih baik sedikit daripada apa yang telah dijelaskan
Tidak kurang juga ada orang mengamalkan Islam dia dapat daripada sekolah tempat pengajian
Biasanya di sekolah lebih mementingkan ilmu dan hafalan-hafalan
Berlumba-lumba hendak menjadi ulama dan ilmuan
Didikannya dan disiplinnya kurang diberatkan
Mengamalkan Islam dari pengajian seperti ini syariat lahirnya agak kemas,
Ilmunya agak tepat di dalam pengamalan
Tapi oleh kerana penghayatan bersifat rohaniah kurang ditekankan, payah juga jati diri hendak dibangunkan
Lahirnya agak kemas tapi banyak menjadi orang yang suka bermujadalah dengan ilmu pengetahuan
Suka sangat berhujah dan berbalah hingga pecah ukhwah
Golongan ini tidak menitikberatkan akhlak, hanya jaga syariat luarnya sahaja
Roh syariat kurang diambil berat dan dihayatkan
Golongan ini nampaknya sepintas lalu lahirnya bersyariat
Tapi merendah diri, kasih sayang, rasa bersama, bekerjasama, tidak lahir dari syariat yang diamalkan
Golongan ini biasanya kalau berjuang melahirkan puak militan
Kasar dan tegang, keras dan menyerang
Akibatnya mereka menakutkan orang yang bukan Islam
Golongan yang akhir ini adalah puak yang memahami Islam secara global
Mereka adalah hasil dipimpin oleh pemimpin yang memberi ilmu secara syumul
Pemimpin sebagai guru, ayah, ibu, kawan setia, sentiasa memberi ilmu, mendidik dan memimpin ke satu arah perjuangan
Lahirnya jemaah, murid jadi pengikut, guru jadi pemimpin,
Hubungan murid dengan pemimpin sebagai ayah dan ibu
Mereka syariatnya sangat mengikut As Sunnah, mencintai dan takut kepada Tuhannya
Mereka hayati syariat hingga menjadi jiwa dan darah daging mereka
Berkasih sayang, rasa bersama, bekerjasama sesama mereka macam satu keluarga
Mereka malam menjadi abid-abid menyembah Allah, siang sibuk berjuang membangunkan jemaah dan kehidupan secara Islam dalam dan luar jemaah
Kelompok ini walaupun tidak ramai, lahir pembangunan insaniah dan material
Akhirat mereka utamakan, dunia tidak diabaikan
Puak ini berlaku di setiap zaman, tapi tidak begitu dikenal orang,
Mereka dianggap orang dagang di zamannya

Dosa orang kau heboh??

Seorang murid bertanya kepada Ustaznya,

Murid : Ustaz, kenapa ye begitu senang kita melihat kesalahan orang lain, tapi untuk muhasabah terhadap dosa sendiri itu sukar?

Ustaz : Begini, kamu lebih mudah melihat wajah orang lain atau wajah sendiri?

Murid : Tentulah wajah orang lain.

Ustaz : Begitu juga dgn dosa, kita manusia terkadang lebih suka melihat dosa orang lain tapi sukar melihat dosa sendiri. Kita boleh melihat wajah sendiri melalui sebuah cermin yang bagus. Kita boleh melihat kesalahan kita sebelum mengata kesalahan orang lain melalui cermin.

Murid : Apa cerminnya ustaz?

Ustaz : Cerminnya adalah sifat rendah hati. Ketika kamu rendah hati, kamu akan malu menyalahkan orang lain sementara kamu sendiri melakukannya.

SYUKUR!



Seorang lelaki soleh pulang ke rumah dengan membawa sebiji tembikai. Dia membeli buah itu dari sebuah pasar. Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya: "tawar". Lalu isterinya terus-terusan merungut. 

Melihat isterinya yg merungut itu, suami berkata: "Saya membeli tembikai itu dari pasar"
Isteri: "Saya tahu"
Suami: " Pada pendapat awak, semasa saya membeli tembikai tadi, saya nak yang manis atau yang tawar?"
Isteri: " Tentulah yang manis"
Suami:" Ketika penjual sedang menjual tadi, agaknya mereka nak menjual yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Tentulah mereka ingin menjual yang manis"

Suami terus lagi bertanya: " Ketika peraih (orang tengah) ingin menjual kepada penjual di pasar, mereka agaknya ingin menjual yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Mesti yang manis"
Si suami diam sejenak...

Kemudian dia menyambung." Ketika pekebun menanam tembikainya, adakah dia mahu tembikai yang tumbuh nanti manis atau tawar?"
Isteri: " Tentu yang manis, pastinya."
Suami:" Ketika awak membelah buah ini tadi, awak inginkan yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Mesti saya ingin yang manis. Kenapa dengan semua soalan ini?" soal isteri.

Orang soleh itu tersenyum pada isterinya. Lalu dia berkata:
"Ketika semua orang inginkan buah yang manis, sebaliknya pula yang berlaku. Buah tembikai itu tawar rasanya!"
Isteri orang soleh itu terdiam.

Marahkan siapa?

"Jadi ketika awak marah tentang rasa tembikai yang tawar, awak sebenarnya marahkan siapa? Bukankah semua orang inginkan buah yang manis. Tetapi kuasa Allah memutuskan buah itu tawar rasanya, Jadi awak marahkan siapa? Marahkan saya yang membeli, atau pemborong atau penjual yang menjual atau awak yang membelah atau pekebun yang menanam? Atau Allah yang menentukan rasa tawar?"

Adab ketika makan: Janganlah kita mengecam, mengutuk makanan walaupun makanan itu tidak sedap. Kalau kita tak suka, kita tinggalkan sahaja. 

Pengajarannya: Kita faham bahawa rezeki kita dapat yang manis atau tawar, sedap atau tidak, semuanya ditentukan Allah. Jika kita mengecamnya, ramai orang akan terasa hati. Mungkin emak atau isteri yang memasak terasa hati atau mungkin ayah yang membeli terasa hati. Dan lebih-lebih lagi tanpa kita sedar, kita seolah-olah "mengecam" dan memprotes Allah yang menakdirkan rezeki itu untuk kita.

Jika kita tidak bersyukur dengan yang sedikit, mana mungkin kita akan bersyukur dengan yang banyak.

virus? perlukah kita ke sana?

Islam sangat mengambil berat nyawa kita. Ababila ada berlaku wabak atau virus, Islam wajibkan kita untuk menjauhi tempat-tempat yang berpotensi mendapat jangkitan.

Ada satu hadis yang menceritakan bahawa seorang lelaki bertanya Nabi SAW: "Aku lepaskan unta aku dan aku bertawakkal?"

Baginda menjawab: "Ikatlah unta itu dan bertawakkallah." Hadis Hasan.

“Jika kamu mendengar taun di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar daripadanya.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

“Larilah daripada penyakit berjangkit seperti mana kamu lari daripada singa.” Riwayat Bukhari.

Al-Quran juga menegaskan kepada kita untuk menjauhi daripada bahaya.

“Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” Surah al-Baqarah, ayat 195.

“Jangan kamu bunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sangat kasih kepada kamu.” Surah al-Nisa, ayat 29.

Ini bermaksud, mengelakkan diri dan terkena virus atau apa-apa penyakit berjangkit merupakan ajaran islam.

Baru-baru ini ada yang berkata : "pergi ke mana pun, tetap kena virus juga"

Bagi mereka, mengambil langkah berjaga-jaga adalah sia-sia.

Islam bukan begitu ya!

Bukankah apabila Rasulullah SAW keluar berperang, baginda pakai baju besi?

Ingat, tawakkal yang sebenarnya adalah mengambil asbab (sesuatu langkah) terlebih dahulu, kemudian barulah serah kepada Allah.

Bukannya bangun tidur terus nak ada sarapan depan mata. Mustahil.

Rasulullah SAW sendiri telah menunjukkan dengan jelas erti tawakkal kepada kita semua.

Maka ikutlah jejak langkah baginda dalam setiap perkara.

Yang menyayangi kalian,
Kun Anta

REZEKI KURMA BUSUK


JIKA..... tiba-tiba rasa 'down' sekejap dengan bisnes, saya selalu akan ingat kembali akan Abdul Rahman bin Auf dengan kisah kurma busuknya. 

Kata Rasulullah saw, Abdul Rahman bin Auf r.a akan masuk syurga akhir sekali kerana terlalu kaya. 
Ini kerana orang yang paling kaya akan dihisab paling lama. 

Maka mendengarkan ini, Abdul Rahman bin Auf r.a pun ligat kepala otaknya berfikir, bagaimana agar boleh jadi miskin balik supaya dapat masuk syurga awal. 

Selepas Perang Tabuk, kurma di Madinah yang ditinggalkan sahabat menjadi busuk. Lalu harganya jatuh. Abdul Rahman bin Auf r.a pun menjual semua hartanya, kemudian memborong semua kurma busuk milik sahabat r.hum tadi  dengan harga kurma bagus. 

Kesemuanya bersyukur..Alhamdulillah..kurma yang dikhuatiri tidak laku, tiba-tiba laku keras! Diborong semuanya oleh Abdul Rahman bin Auf. 

Sahabat gembira. 
Abdul Rahman bin Auf r.a pun gembira. 
Semua happy!

Sahabat lain gembira sebab ada sales.
Abdul Rahman bin Auf r.a pula gembira sebab...
jatuh miskin! 

MasyaAllah..hebat kan? 
Cuba kalau kita? 
Bisnes goyang sikit, pakat teriak tak tentu arah dah. 

Abdul Rahman bin Auf r.a berasa sangat lega, sebab tahu akan bakal masuk surga dulu.
Ye lah, sebab sudah miskin. 
 
Namun.. Subhanallah..perancangan Allah itu memang paling terbaik. 
Tiba-tiba, datang utusan dari Yaman membawa berita, Raja Yaman mencari kurma busuk. 

Rupa-rupanya, di Yaman sedang berjangkit wabak penyakit menular, dan ubat yang boleh menyembuhkannya adalah KURMA BUSUK!

Utusan Raja Yaman berniat memborong semua kurma Abdul Rahman bin Auf r.a dengan harga 10 kali ganda harga kurma biasa. 

Allahuakbar..

Jadi..yang beri rezeki itu datangnya dari kurma yang bagus atau kurma yang busuk? 

ALLAH swt lah yang Memberi Rezeki. 

Ibrah dari kisah ini sangat special buat saya sebab ia buat saya sangat YAKIN bahawa rezeki itu totally dari Allah. Bukan sebab bisnes kita itu sudah cukup bagus atau produk kita yang terbaik yang akan beri kita sales yang banyak. 

Kadang-kadang, KEYAKINAN dalam hati kita itu yang belum cukup kuat dan bulat...

We plan, 
but Allah has also planned everything for us. 
If something goes wrong, it went wrong for a good reason. 

Semoga kisah ini dapat menyuntik kembali semangat dalam diri sahabat yang sedang diuji perniagaannya..❤

Didikan Tuhan Terhadap Hamba-hambaNya


Kadang-kadang ujian kesusahan kepada seseorang hamba itu, sangat mendidik dan menjadi pengajaran
Di situlah dia mendapat kesedaran, keinsafan dan kebaikan
Kesedaran dan keinsafan itu lebih besar ertinya daripada kesusahan dan penderitaan
Kalau orang yang faham, kesusahan dan penderitaan itu tidak menjadi tekanan kepada jiwanya
Adakalanya kesenangan dan kemewahan itu boleh membawa kelalaian dan kesombongan
Kelalaian dan kesombongan itu bukan lagi kebaikan
Kebaikan yang tidak menjadi kebaikan lagi pada seseorang
Kebaikan yang tidak membawa kebaikan, itu merosakkan orang
Jadi kesusahan dan penderitaan tidak semestinya membawa kejahatan
Sepertimana kesenangan dan kemewahan tidak mesti membawa kebaikan
Kecuali orang yang benar-benar beriman,
Kesusahan dan kesenangan kedua-duanya membawa kebaikan
Kesenangan membawa keredhaan Tuhan,
Kesusahan juga membawa keredhaan Tuhan
Tapi bagi orang yang lemah iman, atau tidak beriman
Kedua-dua keadaan itu semuanya membawa kejahatan
Ujian kesusahan pun membawa kejahatan,
Ujian kesenangan pun membawa kejahatan
Kedua-dua keadaan itu tidak membawa apa-apa kepada mereka
Bahkan mereka akan jadi perosak,
Terutama kalau mereka kaya dan senang
Begitulah didikan Allah Tuhan kita kepada hamba-hamba-Nya
Hasil dan kesan didikan itu tidak sama
Kita tidak tahu dan tidak faham rahsia Tuhan, di sebalik ujian yang diberi-Nya

MIMPI DOA SEEKOR KUCING & KELEBIHAN SEDAQAH


*Ibu seorang pemuda dirawat di hospital*

وأدخلت للعناية المركزه
*Ibunya dirawat di ICU*

وفي يوم من الأيام صارحه الأطباء
*Beberapa hari kemudian doktor berterus terang kepadanya*

بأن حال والدته ميؤوس منها وأنها في أي لحظة تفارق 
*Keadaan ibunya tiada harapan semboh dan boleh meninggal dunia bila2 masa*

وخرج من عند أمه هائما على وجهه 
*Pemuda itu meninggalkan hospital dengan air muka yg sedih mengenang sakit ibunya*

وفي طريق عودته لزيارة والدته
*Dalam perjalanan utk melawat ibunya sekali lagi*

وقف في محطة البنزين 
*Pemuda itu berhenti di stesen minyak* 

وهو ينتظر العامل ليضع البنزين
في سيارته 
*Sedang dia menunggu atendan mengisi minyak*

رأى تحت قطعة كرتون قطة قد ولدت قططا صغارا 
*Pemuda itu terpandang seekor kucing beranak beberapa ekor anak berteduh dibawah kotak*

وهم لا يستطيعون المشي
*Kucing itu kelihatan tak mampu berjalan*

فتساءل!!!!!
*Dia termenung sejenak tertanya2*...

من يأتي لهم بالطعام وهم في هذه الحال؟
فدخل للبقالة
*Siapakah yg akan bagi kucing itu makan dalam keadaan begitu, dan pemuda itu masuk ke kedai barangan dalam stesyen minyak*

واشترى تونة
*Dibelikannya setin tuna*

وفتح العلبة ووضعها للقطة 
وانصرف للمستشفى
*Dibukannya tin tuna itu utk diberi kepada kucing tadi dan meneruskan perjalanannya ke hospital*

وعندما قدم للعناية مكان تنويم أ
*Sebaik sahaja masuk ke bilik ICU*

*لم يجدها على سريرها فوقع ما في يده فزعا* 
*Alangkah terperanjatnya dia apabila ibunya tiada dikatil ICU itu dan tergamam sehingga jatuh benda yg dipegangnya*

فاسترجع وسأل الممرضة*
*Dia bergegas lari utk bertanya kepada nurse bertugas*

أين فلانة؟ 
*Di mana ibuku.?*

فقالت تحسنت حالتها فأخرجناها للغرفة المجاورة 
*Nurse itu berkata: Ibumu sudah beransur pulih dan kami pindahkannya ke wad biasa*

فذهب إليها 
*Pemuda itu terus mendapatkan ibunya*

فوجدها قد أفاقت من غيبوبتها 
*Yg ketika itu dalam keadaan sudah sedar dari komanya*

فسلم عليها وقبلها فسألها
*Dia bersalam dan mencium ibunya sambil bertanya apa terjadi*

فقالت أنها رأت وهي مغمى عليها 
*Ibunya memberitahu ketika dalam keadaan tidak sedar dikatil*

قطة وأولادها رافعين أيديهم يدعون الله لها 
*Ibunya melihat kucing dan anak2nya menadah tangan ke arah langit sambil berdoa memohon ibunya disembuhkan segera*

فتعجب الشاب 
*Pemuda itu terkejut mendengar apa yg diceritakan ibunya*
فسبحان من وسعت رحمته كل شيء
*Maha suci Allah Tuhan yg rahmatnya meliputi setiap sesuatu.

سبحان الله الصدقةدفعت بلاء بإذن الله
*Segala puji utk Allah, sedekah jariah melepaskan kita daripada penderitaan, dengan izin Allah.*

(داووا مرضاكم بالصدقه) 
*(Sembuhkan penyakitmu dengan melakukan sedekah)*

هذه فقط علبة تونه والرسول صلى الله عليه واله وسلم قال: ( إتقوا النار ولو بشق تمره)
*Itu hanya setin tuna. Rasulullah SAW bersabda: (Lindungi diri kamu daripada panas api neraka walaupun dengan separuh tamar)*

سبحان الله ألا تريد أن تكون جوادا
*Subhana Allah Jadikan ini tindakan kamu utk menjadi seorang yg pemurah*

حتى لو كنت مشغولا أرسل هذه الرسالة الى أكثر أصحابك"
*Walaupun anda sibuk,sila forwardkan rencana ini kepada seramai yg mungkin sahabat2 mu..!*

(لاإله إلا الله)
? "يارب فرج هم من ينشره"
*Ya Allah! Engkau ringankanlah beban kepada sesiapa saja yg berkongsi kisah ini.*

*Baitul Musthofa N9 *
*5551 2652 6251 (Maybank )*

Konsep pendidikan Anak Soleh

Orang-orang Soleh memiliki 11 konsep dalam mendidik anak mereka ;

1. Memerintahkan isteri yang sdang menyusu anak supaya terus membaca Ayat Kursi, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas.

2. Perkara pertama yang diajarkan anak ketika baru pandai bicara iaitu kalimat ;

"Rodhitu Billahi Robba Wa Bil Islami Dina Wa Bimuhammadin Sollallahu 'Alayhi Wa Sallam Nabiyyuwwa Rosula"

Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Islam agamaku dan Nabi Muhammad utusanku

3. Membiasakan anak sejak kecil untuk bangun malam dan sebelum subuh.

4. Sebelum memasuki bulan berkat seperti Ramadhan, anak-anak  dikumpulkan dan ditanya amalan apa yang akan mereka lakukan?

5. Mengajari anak niat yang baik sebagaimana mengajari Al-Fatihah.

6. Mengadakan majlis ilmu di rumah dan semuanya berkumpul di rumah dengan membaca Al-Quran dan lainnya, kemudian menutup majlis dengan doa dan selawat pada Nabi Muhammad SAW.

7. Memberitahu anak ketika baligh bahawa anak kita sudah mukallaf dan sekarang dua Malaikat terus mencatat perbuatan baik dan buruknya.

8. Tidak menunda pernikahan anak setelah baligh, khuatir anak  terjerumus dalam maksiat. 

9. Mengajari anak berdoa pada Allah dalam setiap keadaan. Jika anak ingin sesuatu dari ayah ibu, anak disuruh wudhu dan solat 2 rakaat dan berdoa pada Allah. Setelah solat, ayah ibu memberikan permintaan itu seraya berkata sungguh Allah yang mengabulkan doamu. 

10. Membahagi tugas pada setiap anak, beli barang kedai,  menyapu, melayani tetamu dan sebagainya. 

11. Lebihkan memperhati pembelajaran anak perempuan berbanding anak lelaki kerana anak perempuan perlukan perhatian yang lebih.

Wallahualam. Mudah-mudahan kita mendapat taufik sehingga kita digolongkan dengan orang-orang soleh. Aamiin...

Ujian?

Setiap antara kita mesti menempuhi  UJIAN.
Dugaan itu memberi kekuatan.
Kesabaran itu mendapat ganjaran.
Kesakitan itu mengundang ketabahan.
Cubaan itu mengandungi pengajaran.
Keredhaan ujian peningkatan iman.
Kesulitan pintu menuju Tuhan.
Angkatlah tangan mohon kekuatan.
Gerakkan lidah mohon kesyukuran.
Sabarkan hati mohon keredhaan.
Tabahkan hati menerima ujian.

Apabila Allah anugerah kepada kita umur yang panjang ia merupakan satu kelebihan yang mesti dimanfaatkan. Jika kita orang yang soleh memberi peluang untuk Menggandakan amalan supaya menjadi Bekalan yang berharga di akhirat nanti.

Masa dan umur adalah jalan dan lebuhraya Untuk insan menyatakan syukur dan Mengukuhkan taqwa ke dalam diri Sehinggalah kepenghujung jalan dan lebuhraya umur di dunia ini...

Jika kita orang yang banyak dosa memberi Peluang kepada kita untuk bertaubat dan Memohon keampunan kepada Allah Manfaatlah umur sebelum sakaratul maut menjemput.... (Peringatan)....

Janganlah kita melelapkan mata kecuali setelah kita memadamkan api kedengkian di dalam hati kita dan nyalakan cahaya Kemaafan sebagai ganti.

Biarpun sedih tapi ada benarnya.


One time.. Satu negara dgn angkuhnya mengatakan mereka new kuasa besar dunia.
Now the economy become ill. 

One time...they said.. Everybody can fly.
Now, Everybody doubt to fly.

One time. Ada segelintir ambil mudah hal umrah.
Now.. Suddenly...Tanah haram is temporary barred. 

One time.. Ada memandang sinis..lelaki dan perempuan bukan mahram tidak bersalam kerana dikatakan kolot
Now.. Mostly people afraid to shake hand each other.

One time.. Ada memandang ringan solat jumaat.
Now.. Ada negara batalkan solat jumaat due to potential exposure on 'religious gathering'

One time.. Ada memandang sinis si pemakai niqab.
Now.. People agitated looking for mask.. Covered same part area.

One time.. People bangga up gambar balik dari bercuti oversea, 
Now, Become skeptical or worstly paranoid.. Takut kena kecam not self kuarantin and become potential as a silent carrier. 

One time, some ignore on wudhu for perform solat
Now, we were advise to wash our hand thoroughly and oftenly.

Allah send unseen little tiny things for us to think!! And remember Him...

Jazakallah.

Segalanya Untuk Allah


Berfikirlah seperti yang Allah mahu
Berperasaanlah seperti yang Tuhan setuju
Berkehendaklah seperti yang Tuhan redha
Ertinya fikiranmu, jiwamu dan nafsumu semuanya untuk Tuhan yang Esa
Setelah tiga anggota batin itu selaras
Semuanya bertindak mengikut kehendak Tuhan
Maka jawarih ini mudah sahaja, ia sudah tentu taat setia
Jawarih ini ia akan mengikut sahaja
Tanpa bangkang dan tanpa bantah ia akan bersetuju sahaja
Sikap begini adalah manusia luar biasa
Inilah hamba Allah yang seluruh hidup dan matinya kerana-Nya
Selaras dengan pengakuan di dalam sembahyang lima waktu
Hidupku dan matiku adalah kerana Allah
Oleh itu pimpinlah akal fikiran dengan ilmu wahyu
Didiklah hati atau jiwa dengan rasa bertuhan
Bermujahadahlah melawan nafsu, 
arahkan kemahuannya kepada Tuhan yang Esa
Bersandarlah kepada pemimpin yang arifbillah
Beristiqamahlah dan berdoalah kepada Allah
Agar kita selamat menuju ke arah-Nya
Insya Allah hidayah dan taufik-Nya akan dianugerah
Dengan rahmat dan kasih sayang-Nya

Lahir Batin Hendaklah Selaras


Lahir dan batin kita biarlah sama terhadap pegangan kita terhadap Tuhan
Janganlah satu membohongi yang lain
Janganlah akal mempercayainya, lisan kita mengakui tapi jiwa kita tidak menghayati
Kita yakin dengan Tuhan, lidah kita selalu menyebut-Nya, tapi jiwa kita tidak rasa bertuhan
Akal kita yakin Tuhan itu berkuasa tapi kita tidak terasa Dia menguasai kita setiap masa
Kuasa Tuhan itu hanya akal sahaja tahu, mulut selalu berkata, namun hati tidak terasa
Begitulah akal juga percaya Tuhan itu melihat, lisan juga kalau ditanya dia mengiakan, tapi hati tidak terasa dilihat
Seterusnya sifat mendengar Tuhan diterima akal, lidah juga tidak membohonginya namun hati tidak sedar Tuhan mendengar
Sifat mendengar Tuhan hanya diketahui di dalam pengetahuan, akal tidak menolaknya, tapi hati tidak terasa
Kerana itulah kita boleh bercakap bohong
Percakapan kita selalu sahaja sia-sia yang tidak memberi apa-apa faedah
Percakapan kita selalu sahaja membohongi pengetahuan kita
Sikap dan pengetahuan kita tidak sama
Sikap kita membohongi akal kita
Orang mukmin sejati akal, hati dan tindakannya sama
Ketiga-tiga anggota manusia itu selaras
Tidak membohongi satu sama lain
Jujur di luar, jujur di dalam
Apa yang nampak di luar, itulah sifat batinnya
Tidak bertentangan satu sama lain
Ciri-ciri nifak tidak wujud
Sama ada terang-terangan mahupun yang tersembunyi
Lahir dan batin sama-sama lurus
Tidak bercanggah satu sama lain yang lahir dengan yang batin
Begitulah sikap mukmin sejati

Hameed


Pada suatu hari ada seorang budak bernama Hameed yang tinggal di sebuah kampung di Perak. Kesemua rakan-rakannya benci dengan kebodohannya terutama sekali guru kelasnya iaitu Noraini. Guru kelasnya selalu memarahi Hameed dengan berkata "Cikgu dah tak tahu nak buat macam mana dengan awak ni Hameed". Pada suatu hari ibu Hameed datang ke sekolah untuk melihat bagaimana keadaan Hameed di sekolah. Cikgu Noraini berterus-terang dengan ibu Hameed bahawa Hameed sudah tidak dapat dilakukan apa-apa usaha lagi terhadapnya. Ibu Hameed kecewa dengan kenyataan tersebut lalu terus membawa Hameed keluar dari sekolah itu dan berpindah ke daerah lain.

25 tahun kemudian, Cikgu Noraini mengalami masalah jantung, dan ramai doktor mencadangkan dia ke pakar sakit jantung untuk membuat pembedahan, dan hanya ada seorang doktor sahaja yang sangat pakar dengan pembedahan tersebut. Cikgu Noraini tiada pilihan lalu bersetuju untuk melakukan pembedahan tersebut, dan sekaligus pembedahan tersebut berjaya. 

Ketika dia membuka matanya, dia melihat ada seorang doktor yang kacak berada di sampingnya merenung Cikgu Noraini sambil tersenyum. Cikgu Noraini masih lagi dalam keadaan lemah ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor tersebut tetapi terlalu lemah untuk mengeluarkan suara.

Semasa mereka saling merenung antara satu sama lain, doktor muda itu mendapati muka Cikgu Noraini kelihatan lebam kebiru-biruan seakan lemas. Cikgu Noraini cuba mengangkat tangannya dengan keadaan yang bersusah payah untuk memberitahu sesuatu. 

Doktor muda itu terkejut dan cuba memahami apa yang sedang Cikgu Noraini cuba bagitau, lalu doktor muda tersebut memandang ke belakang dan mendapati Hameed yang bekerja sebagai cleaner hospital telah mencabut plug alat bantuan pernafasan untuk meletakkan plug vakum dia...

Jika anda fikir Hameed adalah doktor muda tersebut, ini adalah kerana anda terlalu banyak menonton filem Tamil atau Hindustan, atau terlalu banyak membaca buku-buku motivasi...☺

Mimpi...

Salam wrt...

Satu kisah menarik berkenaan MIMPI...

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Mimpi Seorang Wali Ditanah Perkuburan , wali tu ternampak ahli-ahli kubur pakat kais-kais rumput seperti mencari sesuatu. Tetiba beliau terlihat ada seorang ahli kubur yg sudah berusia sedang duduk berehat diatas kuburnya sendiri . Beliau mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada orangg tua tersebut.

Wali : Pakcik, kenapa pakcik sedang duduk berehat dgn tenang sedangkan ramai ahli kubur yg lain sedang mengais-gais rumput disitu.

Org tua: Jikalau kau nak jawapannya, esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yg masih muda di pasar. Penjual daging itu ialah saudara aku sendiri.

Wali tersebut pun beredar daripada situ. Keesokan harinya. Wali tu pun menjumpai penjual daging muda di pasar tersebut. Beliau hanya memerhati dari jauh kelakuan penjual daging tersebut. Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca qur'an. Wali tadi terkejut lalu mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pemuda tersebut. 

Wali: Assalaamualaikum orang muda, saya ada beberapa soalan untuk orang muda.

Penjual daging: waalaikumsalam, ya boleh. Apakah soalannya itu?

Wali: Kau ada seorang ahli kerabat di kubur kampung ini?

Penjual daging: Ya ada. Itu ialah bapaku. 

Wali: Aku terlihat ayahmu dalam mimpi ku. Beliau tenang disana. Apa yg kau lakukan untuk ayah kau wahai anak muda? 

Penjual daging: Aku membaca Al-qur'an dan aku berdoa kpd Allah. Jika bacaan aku itu terdapat pahalanya, aku sedekahkan nya kepada ayahku. 

Wali : Kenapa ahli kubur yang lain sedang mengais-gais rumput di situ? 

Jawapannya, mereka sedang mencari tempias-tempias doa yang didoakan oleh orang ramai dan lafaz "Ala kulli muslimin wal muslimat, wal mukminin wal mukminat". Manakala pakcik tua tadi hanya duduk berehat kerana doa anaknya hanya khas untuknya. 

Pesanan: Perbanyakkan berdoa untuk kedua ibu bapa kita, saudara mara kita untuk kesenangan mereka di alam barzakh. Doa seorang anak kepada org tuanya, akan terus sampai kepada ibu bapanya, terutamanya anak lelaki yang mana syurganya dibawah telapak kaki ibunya....

hidup ni...

Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa...

adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari...

tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...

sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...

sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...

sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...

Ingatlah, 

Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma...

Apabila Beribadah Tidak Takutkan Tuhan


Ramai orang yang beribadah takutkan Tuhan tidak ada di dalam hati
Cintakan Tuhan apatah lagi
Seolah-olah ibadah itu tidak ada hubungan dengan Tuhan
Ibadah sekadarkan hendak pahala dan fadhilat atau takut Neraka
Kerana itulah ramai ahli ibadah melanggar syariat
Hidupnya tidak berdisiplin, akhlak mereka rosak, mazmumah masih bermaharajalela
Oleh itu dipandang oleh orang yang bukan Islam, Islam itu tidak indah
Apatah lagi ahli-ahli ibadah itu apabila diuji dengan kesusahan nampak tidak sabarnya
Tawakkalnya tidak ada, bakhil, tamak, pemarah, terserlah di dalam kehidupan mereka
Kadang-kadang di dalam perbualan nama Tuhan kurang sangat disebut
Yang disebut ibadahnya dan kehidupannya
Syariat pun disebut sekitar ibadah sahaja
Bukan syariat di dalam kehidupan yang lebih global dan menyeluruh
Kerana itulah ahli-ahli ibadah orang tidak jatuh hati dengan mereka
Ibadah mereka tidak membawa mereka kepada sifat taqwa
Golongan ini termasuk orang yang tertipu dengan ibadah mereka

GULA PUTIH HARI² MAKAN? TAK ELOK KE?


Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.
.
Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan. 
Bagi pengambilan gula yang berlebihan, ia akan menyebabkan kesan negatif kepada manusia. Dengan peningkatan mendadak masalah obesiti dan penyakit kronik yang berbahaya, sudah tentu kita lebih berjaga-jaga dengan pengambilan gula putih.
.
Dalam kajian yang terbaru menunjukkan bahawa gula putih memberikan kesan ketagihan dan pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan kerosakan sel-sel tubuh dengan berkekalan.
.
Dalam kajian yang lain pula menunjukkan "untuk pulih dari ketagihan" dan kesan kerosakan akibat pengambilan gula berlebihan, mengambil masa sekurang-kurangnya empat bulan.
.
Apa kesan positif yang akan dirasakan apabila kita berhenti mengambil gula putih?
.
1. MENINGKATKAN TENAGA

Ramai yang beranggapan apabila kita letih dan tidak bertenaga, jika perlu minuman manis.
Pengambilan gula secara berterusan akan menyebabkan tubuh tidak dapat menstabilkan tahap gula dalam tubuh. Tahap tenaga akan menjadi turun dan naik.
Bila kita berhenti mengambil gula putih, tubuh akan mendapatkan bekalan tenaga yang lebih stabil.
.
2. PENURUNAN BERAT BADAN

Pengambilan gula putih yg berlebihan akan disimpan sebagai lemak di lapisan kulit dan sekitar organ utama seperti jantung dan hati. Ini menyebabkan kegemukan.
.
3. TIDUR YANG BERKUALITI

Tahap gula yang tinggi akan menyebabkan tubuh dirangsang untuk menghadilkan tenaga. Ini menyebabkan tubuh tidak dapat berehat dan tidur dengan baik walaupun setelah dalam mode tidur.
.
4. MENINGKATKAN SISTEM DAYA TAHAN

Kita memerlukan sistem daya tahan yang kuat untuk melawan kuman setiap hari. Peningkatan gula dalam tubuh menyebabkan keradangan dan ini menyebabkan sistem daya tahan menjadi lemah.
.
5. KULIT YANG CANTIK

Tahap gula yang tinggi merosakkan kolagen dalam kulit dan menyebabkan kulit tidak tegang dan berkedut.
.
6. EMOSI YANG LEBIH STABIL

Pengambilan makanan manis mungkin mengurangkan tekanan yang dirasai. Namun pengambilan gula secara berlebihan menyebabkan kemurungan, keresahan dan rasa keseorangan.

Kajian menunjukkan bahawa mengurangkan pengambilan gula putih dapat merendahkan risiko kemurungan dan schizophrenia.
.
7. KELIHATAN LEBIH MUDA

Mereka yang kurang mengambil gula putih akan kelihatan lebih muda berbanding dengan rakan sebaya.
.
8. MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG

Mereka yang mengambil makanan dan minuman yg mempunyai indek glisemik yang tinggi dikaitkan dengan masalah sakit jantung.
.
9. MELINDUNGI KERADANGAN DALAM ORGAN HATI

Pengambilan guka putih secara berlebihan adalah sama kesannya dengan mengambil minuman beralkohol. Dengan mengurangkan pengambilan gula, ia akan mengurangkan keradangan pada sel-sel hati dan menjadikan organ hati berfungsi dengan lebih baik.
.
10. MENGELAKKAN RISIKO MENDAPAT BATU KARANG DALAM GINJAL

Pengambilan gula berlebihan dalam minuman meningkat risiko mendapat batu ginjal dalam ginjal sebanyak 25%.
Secara amnya dengan mengurangkan pengambilan gula putih dalam makanan dan minuman akan menyebabkan tubuh akan berfungsi dengan lebih baik. Kita bukan berasa sihat, tetapi lebih bertenaga.
.
#HealthDrZubaidi

Hendaklah Beradab Dengan Tuhan


Orang Mukmin kenalah beradab dengan Tuhan
Janganlah dia kurang ajar dengan Tuhan secara sedar atau tidak
Kerana syirik itu mudah sahaja terdedah kepada umat
Oleh itu berhati-hatilah berkeyakinan dan berperasaan dengan Tuhan
Jangan  sampai  syirik, syirik adalah dosa besar
Jangan ada orang Islam hatinya berkata:
“Kalau aku tidak belajar aku tidak boleh cari makan”
Rasa hati seperti ini kurang ajar dengan Tuhan
Belajar adalah satu kewajipan, jangan sandarkan dengan cari makan
Kalau aku berjuang kerana Tuhan nanti susah cari makan
Seolah-olah menuduh Tuhan, kalau berjuang Tuhan tidak beri makan
Ini termasuk kurang ajar dengan Tuhan
Berjuang adalah syariat Tuhan
Syariat kenalah ditegakkan
Mengapa dikaitkan bila berjuang ditakuti Tuhan tidak beri makan?
Padahal ramai orang tidak berjuang susah cari makan
Ramai juga orang yang memperjuangkan Tuhan senang cari makan
Begitulah juga jangan hati berkata lebih-lebih lagi lidah berkata,
Mujurlah aku dapat bekerja dengan  kerajaan, kalau tidak, apa aku hendak makan?
Ini dia telah menuduh Tuhan bahawa kerajaan lebih mampu memberi makan daripada Tuhan
Ini adalah aqidah yang sudah terlalu rosaknya
Orang macam ini sembahyang pun tidak ada erti apa-apa
Sembahyang adalah syariat, keyakinan tadi adalah aqidah
Mengapa orang yang bersyariat tidak beraqidah?
Aqidah lebih besar dari syariat
Aqidah rosak, otomatik syariat tertolak
Kalau aqidah tidak rosak, syariat tidak semestinya rosak
Aqidah rosak ertinya dia telah merobek-robek Tuhan
Syariat rosak baru merobek-robek ajaran Tuhan
Ramai zaman sekarang orang bersyariat aqidahnya rosak
Kalau aqidah sudah rosak sembahyang, ibadah, tidak ada nilai lagi di sisi Tuhan
Orang yang beribadah terjun ke Neraka Tuhan
Harap diambil perhatian

Hati Yang Kotor

Apabila hati kotor, ia akan mengotorkan akal dan mata
Kotornya adalah bersifat maknawi dan rohani, ia tidak terasa
Hati yang kotor, mata suka melihat maksiat dan kemungkaran
Maka jadilah ia mata keranjang, suka melihat perempuan
Lebih-lebih lagi perempuan yang separuh berpakaian atau bertelanjang
Apabila hati kotor, akal pun memikirkan yang mungkar
Berangan-angan yang tidak keruan, 
memikirkan yang sia-sia dan derhaka
Bercakap pun sudah tidak ada pertimbangan dan tidak ada sukatan
Apa yang dicakapkan tanpa difikirkan lagi baik buruknya
Bahkan bercakap kotor dan lucah jadi budaya
Dia rasa lazat dengan kata-kata lucah, 
rasa sedap dengan kata-kata kotor
Sindir-menyindir menjadi basahan di dalam pergaulan
Malu pun hilang, segan silu gersang
Dia tidak fikir apa kata orang
Orang suka atau benci dia tidak ambil kira
Dia fikir dia, orang peduli apa
Itulah dia budaya orang yang hatinya kotor
Mata, lidah, hati ikut sama-sama kotor
Bersihkanlah hati dari kekotoran mazmumah
Agar hidup kita bersih daripada budaya kotor
Kerana ia merbahaya di dalam kehidupan manusia

Sembahyang Hubungan Hamba Dengan Khaliqnya

 
Apabila sembahyang ditinggalkan
Atau sembahyang dengan kejahilan
Atau sembahyang di dalam kelalaian
Hubungan hamba itu dengan khaliqnya sangat cacat
Atau terus terputus
Kutuk dan laknat pun berlaku ke atas kepalanya
Oleh Allah, para malaikat, seluruh makhluk Allah kecuali jin dan manusia
Kalau begitu, apalah ertinya kekayaan?
Tiada erti lagi kebesaran dan kekuasaan!
Nama dan glamour tiada berguna
Bintang kehormatan yang akan menempa celaka
Dirikanlah sembahyang di atas waktunya
Di awal waktunya
Pertahankanlah jemaah setiap waktu
Betulkan dan luruskan saf-safnya
Betulkan bacaannya
Hadirkan hati
Fahamkan maksudnya
Hayatilah tuntutan-tuntutannya
Rasakan kehebatan Allah
Menghina dirilah di hadapan-Nya
Agungkan dan besarkan zat-Nya
Hilangkan segala yang ada
Hanya kewujudan-Nya sahaja yang kita rasa ada
Ingatlah sembahyang adalah amalan yang mula-mula diperiksa
Dirikanlah sembahyang, jangan hanya bersembahyang
Agar seluruh amalan kita diterima

Cara Mendidik Nafsu

 
Menghadapi nafsu tidak sama dengan roh atau jiwa atau hati
Roh kenalah dihidupkan, tapi nafsu hendaklah dilumpuhkan
Supaya kehendaknya yang  rakus itu tidak aktif
Hanya sekadar yang diperlukan
Nafsu tidak mungkin dimatikan kecuali kematian badan
Nafsu hanya sekadar dilumpuhkan, agar kehendaknya yang gelojoh tamak itu distabilkan
Kehendaknya yang stabil itu, ialah mengikut kehendak-kehendak Tuhan
Seperti kehendaknya yang dihalalkan, 
paling dibenarkan pun  yang diharuskan
Menstabilkan nafsu itu ada hubungan dengan kebersihan roh insan
Roh yang bersih hanya mengingatkan Tuhan, menakuti-Nya dan mencintai Tuhan
Rasa bertuhan, rasa kehambaan di dalam perasaan insan
Di dalam hal ini hendaklah diambil perhatian
Menstabilkan nafsu dengan mujahadah berterusan
Agar roh sentiasa bersih dan berperanan
Bersihnya itu agar berpanjangan
Supaya roh tidak dirosakkan oleh nafsu serakahnya
Nafsu adalah highway syaitan
Tutuplah jalan syaitan itu dengan menstabilkan nafsu insan
Begitulah caranya mendidik nafsu mengikut ajaran Hadis
dan Al Quran

Tuhan Maha Memberi Peluang

Baiknya Tuhan,
Kederhakaan hamba-hamba-Nya Tuhan tidak hukum dengan segera
Tuhan biarkan sahaja lebih dahulu
Tuhan bagi dia peluang, berfikir, sedar dan insaf
Dengan cara Tuhan jadikan depan matanya berbagai-bagai kejadian
Kejadian sama ada positif atau negatif untuk menyedar dan menginsafkan
Atau Tuhan hukum secara sedikit-sedikit
Atau sekali-sekala pada dirinya untuk insaf
Setelah melalui berbagai-bagai pendidikan tidak juga insaf,
Tuhan pun rentap segala nikmat dan rahmat
Mati mengejut, lumpuh yang berpanjangan, ditimpa bala yang berat
Huru-hara di dalam keluarga, tidak ada kasih sayang sesama mereka
Atau Tuhan biarkan begitu sahaja tanpa dihukum
Selepas mati nanti barulah dihukum dengan parahnya
Seksa hendak mati, azab kubur, penderitaan di Padang Mahsyar,
Kemuncak penderitaan ialah Neraka
Haraplah ambil perhatian cerita ini
Semasa hidup ini sempat lagi kita berfikir dan membaiki diri
Masanya belum lagi terlambat
Kembalilah segera kepada Tuhan
Takutilah Allah dan cintailah Dia
Berkasih sayanglah sesama manusia
Apatah lagi sesama keluarga
Setelah mati segala-galanya peluang membaiki diri pintunya sudah tertutup
Sedar dan insaflah dari sekarang sebelum terlambat

Kisah Menarik

Kisah menarik!
----------------
Sebuah kapal persiaran terlibat dengan kemalangan di laut, di dalamnya ada satu pasangan, selepas berusaha untuk mencari bot penyelamat, mereka menyedari cuma tinggal tempat untuk seorang. Macam Titanic pula kan?

Dengan serta merta, lelaki itu meninggalkan wanita yang bersamanya dan melompat masuk ke dalam bot penyelamat sendirian.

Wanita itu berdiri di kapal yang sedang tenggelam dan menjerit satu patah perkataan kepada suaminya.

Cikgu kemudian berhenti bercerita dan bertanya,
"Rasanya la kan, apa yang dia jeritkan?"

Hampir semua murid menjawab
"Aku bencikan kau! Tak berhati perut!"

Cikgu perasan seorang muridnya yang diam sahaja lalu bertanya kepadanya,
"Cikgu, saya percaya dia mesti cakap - Jaga anak-anak kita baik-baik!"

Cikgu itu terkejut, lalu bertanya,
"Awak pernah dengar cerita ini ke?"

Budak itu menggelengkan kepalanya,
"Tak, tapi itulah yang mak saya beritahu ayah sebelum dia meninggal kerana penyakit."

Ciku kemudian menyambung,
"Betul jawapan tu."

Kapal itu tenggelam, manakala lelaki itu pulang dan membesarkan anak-anak mereka sendirian.

Beberapa tahun selepas meninggalnya lelaki itu, anak mereka menjumpai diari ayah mereka semasa mereka mengemas.

Rupanya semasa orang tua mereka menaiki kapal persiaran, ibu mereka sudah disahkan mengidap penyakit yang akan meragut nyawa.

Ayah mereka menulis,
"Alangkah baiknya jika saya tenggelam ke dalam lautan bersamamu, namun demi anak-anak kita, saya tinggalkan kamu bersemadi di dalam laut keseorangan."

Cikgu sudah berhenti bercerita, namun kelas tersebut masih sunyi.

Cikgu itu tahu anak muridnya memahami pengajaran cerita tersebut, walaupun ada yang baik dan yang buruk di dunia ini, masih banyak lagi kisah disabaliknya yang sukar untuk difahami.

Itulah sebabnya kita jangan sesekali lihat luaran sahaja dan menghukum orang lain tanpa memahami mereka dulu.

Mereka yang suka belanja makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.

Mereka yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.

Mereka yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.

Mereka yang sukarela membantu anda, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat anda sebagai seorang sahabat.

Mereka yang selalu sms anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka mengingati anda.

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.

Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing...

Satu hari anak kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?"

Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,

"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA."

Bumi Tuhan... Bersaksilah