MADAH baru 25

 
*M101*
Perkara yang patut dipandang besar bukan masa depan di dunia, tapi masa depan selepas mati di akhirat nanti, ia kekal abadi.

*M102*
Kalau miskin di dunia kita sangat takut maka mengapa miskin di akhirat kita tidak takut padahal miskin di akhirat tempatnya di neraka.

*M103*
Kalau kesusahan dunia lebih kita takut dan mencintai mata benda dunia lebih kita cintai, menunjukkan kita tidak cintakan akhirat( buta akhirat).

*M104* 
Kalau kesusahan dunia lebih kita takuti sedangkan mereka manusia serupa dengan kita, kita akan mati, mereka juga akan mati, menunjukkan Allah itu sekadar di mulut tidak di hati.
Kalau di hati sudah pasti kita lebih takut kepada-Nya.

*M105*
Sulit sekali kita hendak mengajak manusia kepada Allah, mengutamakan akhirat daripada dunia kerana kita akan dikolotkan orang, akan dibenci, bahkan akan dimusuhi, mungkin didera dan dihukum.
Hanya orang pilihan Allah sahaja yang sanggup menempuhnya.

Cita-Cita Islam Bukan Sekadar Cakap


Cita-cita Islam itu bukan cukup sekadar cakap-cakap
Tidak juga cukup sekadar membaca kitab
Begitu juga tidak akan selesai sekadar membahas ilmiahnya
Atau menghurai falsafahnya dan hikmahnya
Cita-cita Islam itu ibarat permata  paling berharga di atas puncak gunung
Senangkah hendak didaki?!
Berapa ramaikah yang sanggup mendaki?!
Atau berlian yang tersembunyi di dasar lautan yang dalam, gelap, kelam
Senangkah hendak diselaminya?!  
Berapa orangkah yang sanggup menyelaminya?!
Atau berlian yang ada di dasar bumi
Di tengah padang pasir yang kering-kontang
Perjalanan yang amat jauh sekali
Dinaungi oleh panas terik, tiada yang melindunginya
Mudahkah hendak mengambilnya?!
Siapakah yang sanggup mencarinya?
Memang setiap zaman ada orang mencuba mencarinya
Yang mendaki gunung ramai yang jatuh
Terguling-guling, remuk-redamlah jasadnya
Yang menyelam ke dasar lautan ramai yang tenggelam
Atau dimakan jerung yang kejam
Yang mengembara di padang pasir dan menggali bumi
Ramai yang mati kehausan
Tidak kurang yang sakit separuh jalan lantaran kepanasan
Tapi tidak mengapa
Mereka telah mencubanya
Sejarah mereka tetap dicatat dengan tinta emas
Di dalam fail Tuhan yang tetap akan dibaca.

Islam Adalah Cara Hidup



Di antara ajaran Islam jika dapat nikmat bersyukurlah
Jika dapat ujian kesusahan sabarlah atau redha
Kalau membuat dosa bertaubatlah segera
Orang yang bersalah dengan kita maafkan sahaja
Jika kita yang bersalah dengan seseorang meminta maaflah
Jangan degil dan jangan keras kepala melakukannya
Begitulah perintah Allah Taala kepada kita
Orang yang membuat jahat kepada kita, berbuat baiklah kepadanya
Menolong orang sangat digalakkan
Seperti bersedekah kepada fakir miskin yang menderita
Bertemu orang Islam berilah salam
Seperti lakukan senyum dan mesra kepadanya
Dengan orang bukan Islam hendaklah membuat baik kepadanya
Kerana mereka makhluk Allah Taala juga
Kesusahan mereka kena bantulah juga
Sakit pening mereka ziarahlah tidak mengapa
Jiran kita kenalah jaga kehormatannya
Jiran yang susah kenalah kita membantunya
Sekali-sekala memberi hadiahlah kepadanya
Kegembiraan mereka kita ikut sama lahirkan gembira
Itulah dia di antara ajaran Islam untuk diamalkan di dalam kehidupan kita 


MADAH baru 24



*M96*
Jika selalu merasa susah dengan urusan dunia, tidak merasa susah dengan urusan akhirat, tanda kita itu anak dunia.

*M97*
Carilah keduniaan dengan ilmu dunia asalkan halal, memang kita di dunia.
Jangan cari keduniaan dengan ilmu Akhirat, nanti di Akhirat kita akan papa kedana, nerakalah tempatnya.

*M98*
Buatlah kerja-kerja dunia sepadan dengan umur kita. 
Buatlah kerja-kerja Akhirat, sepadan pula dengan kekalnya kita di sana.

*M99*
Paling hebat ahli sains dapat mengesan perkara-perkara yang halus, yang tidak dapat dikesan oleh mata, yang masih bersifat dunia. 
Tapi, ahli kerohanian dapat mengesan lebih halus dari itu, yaitu dapat mengetahui kehidupan di alam yang tidak bersifat dunia, yaitu alam Akhirat.

*M100*
Masa depan dunia yang positif, semua orang suka menyebutnya, seperti memiliki ilmu, kedudukan, isteri, kekayaan, tapi pelik, orang kurang minat menyebut yang positif di akhirat, yaitu syurga, bahkan sesetengah orang anggap kolot.

40 Cerita MAKAN


Untuk renungan kita bersama😘

1. Paling sdap, 
*makan* free

2. Paling mahal, 
*makan* angin.

3. Paling pahit,  
*makan* hati.

4. Paling lama nak pencen,
 *makan* gaji

5. Paling susah,
 *makan* pasir.

6. Paling celupar,
 *makan* penampar

7. Paling terkesan,
 *makan* dalam

8. Paling sikit,
 *makan* tepi

9. Paling best,
 *makan* tidur *makan* tidur

10. Paling bahaya,
break tak *makan*

11. Paling berdosa,
*makan* rasuah

12. Paling teruk,
*makan* tuan

13. Paling cantikkk,
 pandai *mkn*...pandai simpan...

14. Paling malas,
dah *makan* tak pandai basuh

15. Paling cela,
 *makan* yg haram 

16. Paling lama,
*makan* garam

17. Paling takut,
*makan* diri

18. Paling bosan ,
*makan* tahun

19. Paling tidak terasa,
 *makan* usia

20. Paling degil,
tak *makan* saman

21. Paling boring,
*makan* masa

22. Paling hina,
 *makan* kwn

23.Paling  bahaya,
*makan* jalan

24. Paling baik,
 kena bagi *makan*

25. Paling comel,
 tak *makan* tua

26. Paling benggang,
 dah pancing tak *makan²*

27. Paling kecewa,
hrp pagar, pagar *makan* padi

28. Paling derita,
pantang *makan*

29. Paling risau,
 budak² tak mau *makan*

30. Paling sibuk,
 cari *makan*

31. Paling sopan,
 *makan* beradab

32. Paling kerap,
 salah *makan*

33. Paling tak jujur,
*makan* hak orang

34. Paling engkar,
 curi² *makan*

35. Paling seronok,
 *makan* kenduri

36. Paling diingat,
 jaga *makan*.

37. Paling tak sihat,
 *makan* tak pantang

38.Paling sihat,
 *makan* bila lapar

39.Paling mulia,
 *makan* nasihat

40. Paling akhir,
*makan kena org tlg suapkan*

NASAB SHAIKH ASHAARI bin MUHAMMAD AT TAMIMI

*1. NASAB IBU BAPA*
Melalui salasilah bapanya, Ashaari bin Muhammad bin Idris bin Ali@Malek bin Abdul Kadir (Bani Tamim).  
Diceritakan oleh bapanya, Muhammad bin Idris, bahawa moyang Ustaz Ashaari yakni, Haji Ali datangnya dari Yaman, dari keturunan Bani Tamim.

Melalui salasilah ibunya pula, Ashaari bin Maimunah binti Ilyas bin Umar (ahlul bait Quraisy dari Bani Hasyim).

*2. IBU USTAZ ASHAARI DAN SHEIKH SUHAIMI ADALAH SEPUPU*
Maimunah, ibunya adalah sepupu kepada Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi, ahlul bait yakni dari keturunan Rasulullah SAW. Ertinya mereka (Muhammad bin Abdullah  & Maimunah) adalah dari satu datuk (Mbah Umar) yang mana bapa atau ibu mereka berdua adalah adik-beradik.

*3. MOYANG USTAZ ASHAARI ADALAH MBAH UMAR - DARI SEBELAH IBU (MERANGKAP DATUK SHEIKH SUHAIMI )*
Mbah Umar yang datang dari Wonosobo, Indonesia, sebenarnya berdarah Arab Syria yang tinggal di Hadramaut. Beliau & keluarga berhijrah ke Timur untuk menyelamatkan diri dari serangan kaum Wahabi di Hijjaz. Berketurunan Rasulullah SAW. 

Mbah Umar 'Sutardono' @ Sheikh Umar bin Abdur Rahim. Seorang pejuang  kemerdekaan di zaman Pengiran Deponegoro.

Beliau pernah ditangkap untuk digantung hingga mati oleh seorang Jeneral Belanda.

Di tengah khalayak ramai, kepala Sheikh Umar telah dibungkus dengan kain sarung lalu dihukum gantung.

Setelah selesai hukuman gantung dijalankan, sarung pun dibuka. Namun betapa terkejutnya orang kerana yang telah mati digantung adalah Jeneral Belanda tadi.

Sedangkan, Sheikh Umar sendiri tiba-tiba kelihatan sedang berada di tengah-tengah orang ramai yang sama-sama menyaksikan peristiwa itu!

*4. HAJI IDRIS DATUK KEPADA USTAZ ASHAARI DARI SEBELAH AYAH*

Muhammad bin Idris. Nama Almarhum Idris masih meniti di bibir warga Wonosobo hingga saat ini. Beliau seorang soleh yang sangat warak,

*Antara karamahnya*
- Jika beliau ke sungai, buaya-buaya hormat kepadanya dan beliau dapat meniti buaya-buaya itu untuk merentasi sungai,

- Antara karomahnya, Almarhum Idris dapat membuat sesuatu kerja dengan cepat. Walau dia lewat ke sawah tetapi dalam masa sekejap sahaja dia telah dapat menyiapkan berjalur-jalur padi. Idris hanya turun ke sawah pada satu waktu malam dan pada keesokan paginya, semua batas sawahnya siap ditanam padi. Orang kampung mengulas…

_”Begitulah orang-orang Allah bekerja dengan bantuan Allah.”_

- Jikalau Idris hendak menyembelih ayam, ayam tersebut akan datang sendiri kepadanya, malah beliau dapat berkomunikasi dan memahami bahasa ayam-ayam tersebut.

Pernah berpesan kepada Muhammad sebelum Muhammad berpindah ke Tanah Melayu, "Jika kau hendak berkahwin nanti pilihlah dari belahan Syeikh Suhaimi, Insya Allah kamu akan selamat dunia dan akhirat." 

*5. HAJI ILYAS BIN UMAR - DATUK KEPADA USTAZ ASHAARI DARI SEBELAH IBU.*

Haji Ilyas adalah seorang negarawan berkarier petani, yang bersungguh-sungguh melawan Belanda hingga sangat dimusuhi sebagaimana ayahnya, yakni Mbah Umar. Hj Ilyas yang terus-terusan diburu Belanda melarikan diri  dari Senggarang dan bersembunyi di Sumberjo sebuah kawasan pergunungan terpencil di Wonosobo dengan suhu purata 15°C. 

Lahir empat anak di situ dan atas ilham yang diterimanya, beberapa anaknya diarah pindah ke Johor termasuk Ibrahim & Maimunah sebelum mereka berdua berpindah ke sebuah kawasan terpencil di Pilin, Rembau, Negeri Sembilan, atas ilham juga.

Yakni, ibu Ustaz Ashaari itu berhijrah bersama abangnya, Ibrahim ke Tanah Melayu dari Pulau Jawa, atas arahan ayah mereka, Ilyas.

Semasa itu Sheikh Suhaimi (yang sekali sekala dari Singapura datang ke Wonosobo) juga mengarahkan seorang Khalifahnya bernama Kiayi Shahid bin Musyarif (juga berhijrah dari Jawa) untuk berpindah dari Bukit Gambir, Johor ke satu daerah sunyi bernama Pilin di Negeri Sembilan, menunggu seseorang yang bakal dilahirkan bernama Ashaari. 

Lalu dipendekkan kisah, akhirnya, Maimunah binti Ilyas  - belahan (sepupu) dari Sheikh Suhaimi, yang bertatus janda kematian suami semasa itu, akhirnya dijodohkan Allah dengan Muhammad bin Idris, dan seterusnya lahirlah Ashaari bin Muhammad di Pilin, Rembau, Negeri Sembilan. 

Wasalam...

MADAH baru 23



*M91*
Meninggalkan dosa-dosa lahir mudah, daripada meninggalkan dosa-dosa batin.

*M92*
Banyak orang mengambil berat  tentang dosa-dosa lahir, tapi mengabaikan dosa-dosa batin.

*M93*
Banyakkan mengingati dosa-dosa kita daripada mengingati amal kebajikan kita, cara ini lebih menyelamatkan kita di akhirat kelak.

*M94*
Pernahkah kita rasa takut di jalan, bimbang di tempat kerja, ngeri di pasar, susah hati di tempat keramaian? Kerana , di tempat-tempat inilah berlakunya dosa.
Di sinilah kita boleh mengukur diri kita, kita ini siapa kalau kita berakal.

*M95*
Kalau seorang itu tidak bimbang dengan dosa lebih-lebih lagi setelah terlibat dengan dosa, tidakpun hati merintih dengan dosa, itu ditakuti mati di dalam su'ul khatimah

KEHIDUPAN PARA SAHABAT RASULULLAH

 

Sahabat-Sahabat Rasulullah apabila bertemu satu sama lain
Tidak akan bercerita tentang dunia
Mereka tidak akan bercakap tentang makan minum, rumah dan pakaian
Kecuali menceritakan terhadap sahabatnya yang lain, jika mereka mendapat kesusahan
Agar sahabat-sahabat bersimpati dan memberi bantuan
Pertemuan para Sahabat di antara satu sama lain akan bertanya kecacatan diri
Untuk diketahui dan dibaiki
Bertanyakan khabar Rasulullah, keluarganya dan tentang keadaannya
Lebih-lebih lagi bertanya apa wahyu yang baru turun
Apakah sabdanya yang baru diterima darinya
Beritakanlah, kita boleh kongsi bersama
Para Sahabat bertemu, berbincang-bincang apa lagi kebaikan yang hendak dibuat
Kalau tidak ada yang perlu untuk dibualkan, masing-masing diam sahaja
Namun hal-hal dunia tidak dijadikan perbincangan dan perbualan
Apatah lagi hendak bercerita-cerita hal keburukan orang
Mereka kalau ramai berada di dalam masjid
Orang yang lalu di tepi masjid menyangka tidak ada orang di dalam masjid
Kerana sunyi sepi daripada perbualan
Kalau adapun Al Quran dibaca orang, Sahabat tidak menguatkan suara
Agar tidak mengganggu orang macam masjid di zaman kita
Mereka di dalam masjid sangat tawadhuk, tadharuk dan khusyuk
Membanyakkan sembahyang, zikir, tasbih, selawat
Membaca Al Quran, tafakur, tidak sempat berbual dunia
Masing-masing dengan dirinya masing-masing
Hening, tenang dan sepi
Orang menyangka di masjid tidak ada orang
Mereka sangat menjaga kehormatan masjid dan kesuciannya 


KELAHIRAN MANUSIA AGUNG!!!

Sollu 'alan Nabiy
KELAHIRAN MANUSIA AGUNG!!! 

Sayidah Aminah berkata, “Ketika aku mengandung “Kekasihku” Muhammad Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam, di awal masa kehamilanku, yaitu bulan Rajab. 

Suatu malam, ketika aku dalam kenikmatan tidur, tiba tiba masuk seorang laki-laki yang sangat elok parasnya, wangi aromanya, dan tampak sekali pancaran cahayanya.

Dia berkata, “Marhaban Bika Yaa Muhammad (Selamat datang untukmu Wahai Muhammad)”.
Aku bertanya, “Siapa engkau?”
Ia menjawab “Aku Adam, ayah sekalian manusia”
“Apa yang engkau inginkan?”
“Aku ingin membawa kabar gembira. Bahagialah engkau wahai Aminah, engkau sedang mengandung “Sayyidil Basyar” (Pemimpin Manusia)”

Pada bulan kedua datang seorang laki-laki, seraya berkata, “Assalamu’alaika Yaa Rasulallah (Salam untukmu wahai utusan Allah)”.
Aku bertanya, “Siapa engkau?”
Ia menjawab, “Aku Tsits”
“Apa yang engkau inginkan”
“Aku ingin menggembirakanmu, bergembiralah wahai Aminah, engkau sedang mengandung “Shohibut Ta’wil Wal Hadits” (Pemilik Ta’wil dan Hadits)”

Pada bulan ketiga datang seorang laki-laki yang berkata, “Assalamu’alaika Yaa Nabiyallah (Salam untukmu wahai Nabi Allah)”.
Aku bertanya, “Siapa engkau?”
Ia menjawab, “Aku Idris”
“Apa yang engkau inginkan”
“Gembiralah engkau Ya Aminah, engkau sedang mengandung “Nabiyir Ro-iis” (Nabi Pemimpin)”.
Pada bulan keempat datang seorang laki-laki yang berkata, “Assalamu’alaika Yaa Habiballah (Salam untukmu wahai Kekasih Allah)”.
Aku bertanya, “Siapa engkau?”
Ia menjawab, “Aku Nuh”
“Apa yang engkau inginkan”
“Bahagialah wahai Aminah, engkau sedang mengandung “Shohibun Nashri Wal Futuh” (Pemilik Pertolongan dan Kemenangan)”.

Pada bulan kelima datang seorang laki-laki yang berkata, “Assalamu’alaika Yaa Shafwatallah (Salam untukmu wahai Sahabat Karib Allah)”.
Aku bertanya, “Siapa engkau?”
Ia menjawab, “Aku Hud”
“Apa yang engkau inginkan”
“Bergembiralah wahai ibu Aminah, engkau sedang mengandung “Shohibusy Syafa’ah Fil Yawmil Masyhud” (Pemilik Syafa'at di Hari persaksian/ Hari kiamat)”.

Pada bulan keenam datang seorang laki-laki yang berkata, “Assalamu’alaika Yaa Rahmatallah (Salam untukmu wahai kasih sayang Allah)”.
Aku bertanya, “Siapa engkau?”
Ia menjawab, “Aku Ibrahim AlKholil”
“Apa yang engkau inginkan”
“Bahagialah engkau Ya Aminah, engkau sedang mengandung “Nabiyil Jalil” (Nabi yang Agung)”.
Pada bulan ketujuh datang seorang laki-laki yang berkata, “Assalamu’alaika Yaa Manikhtaarohullah” (Salam untukmu wahai orang yang telah dipilih Allah)”.
Aku bertanya, “Siapa engkau?”
Ia menjawab, “Aku Isma’il Adz-Dzabih (Yang disembelih)”
“Apa yang engkau inginkan”
“Gembiralah Ya Aminah, engkau sedang mengandung “Nabiyil Malih” (Nabi yang Elok)”.

Pada bulan kedelapan datang seorang laki-laki yang berkata, “Assalamu’alaika Yaa Khirotallah” (Salam untukmu wahai pilihan Allah)”.
Aku bertanya, “Siapa engkau?”
Ia menjawab, “Aku Musa putra Imran”
“Apa yang engkau inginkan”
“Kabar gembira Ya Aminah, engkau sedang mengandung “Man Yunzalu ‘Alaihil Qur’an” (Orang yang akan diturunkan padanya Al-Qur’an)”.

Pada bulan kesembilan, yakni bulan Rabi’ul Awwal, datang seorang laki-laki yang berkata, “Assalamu’alaika Yaa Rasulallah” (Salam untukmu wahai utusan Allah)”.
Aku bertanya, “Siapa engkau?”
Ia menjawab, “Aku Isa putra Maryam”
“Apa yang engkau inginkan”
“Gembiralah engkau Ya Aminah, engkau sedang mengandung “Nabiyil Mukarrom Wa Rasulil Mu’adhom” (Nabi yang dimuliakan dan Rasul yang di Agungkan)”.

Syaikh Nawawi Banten, Maulid Ibriz, hlm 17-19.

Detik-detik Kelahiran  Nabi Muhammad SAW

Telah disebutkan bahwa sesungguhnya pada bulan ke sembilan kehamilan Sayyidah Aminah (Rabi'ul-Awwal) saat hari-hari kelahiran Nabi Muhammad SAW sudah semakin dekat, Allah SWT semakin melimpahkan bermacam anugerah-Nya kepada Sayyidah Aminah mulai tanggal 1 hingga malam tanggal 12 Rabi'ul-Awwal malam kelahiran Al-Musthofa Muhammad SAW. 

Pada Malam Pertama (ke 1) : 

Allah SWT melimpahkan segala kedamaian dan ketentraman yang luar biasa sehingga Sayyidah Aminah merasakan ketenangan dan kesejukan jiwa yang belum pernah dirasakan sebelumnya. 

Pada malam ke 2 : 

Datang seruan berita gembira kepada ibunda Nabi Muhammad SAW yang menyatakan dirinya akan mendapati anugerah yang luar biasa dari Allah SWT. 

Pada malam ke 3 :

Datang seruan memanggil : 
“Wahai Aminah … sudah dekat saat engkau melahirkan Nabi yang agung dan mulia, Muhammad Rasulullah SAW yang senantiasa memuji dan bersyukur kepada Allah SWT.” 

Pada malam ke 4 : 

Sayyidah Aminah mendengar seruan beraneka ragam tasbih para malaikat secara nyata dan jelas. 

Pada malam ke 5 : 

Sayyidah Aminah mimpi bertemu dengan Nabi Allah Ibrahim as. 

Pada malam ke 6 : 

Sayyidah Aminah melihat cahaya Nabi Muhammad SAW memenuhi alam semesta. 

Pada malam ke 7 : 

Sayyidah Aminah melihat para malaikat silih berganti saling berdatangan mengunjungi kediamannya membawa kabar gembira sehingga kebahagiaan dan kedamaian semakin memuncak. 

Pada malam ke 8 :

Sayyidah Aminah mendengar seruan memanggil dimana-mana, suara tersebut terdengar dengan jelas mengumandangkan : 
“Berbahagialah wahai seluruh penghuni alam semesta, telah dekat kelahiran Nabi agung, Kekasih Allah SWT Pencipta Alam Semesta.” 

Pada malam ke 9 : 

Allah SWT semakin mencurahkan Rahmat kasih sayang kepada Sayyidah Aminah sehingga tidak ada sedikitpun rasa sakit, sedih, susah, dalam jiwa Sayyidah Aminah. 

Pada malam ke 10 :

Sayyidah Aminah melihat tanah Tho’if dan Mina ikut bergembira menyambut akan kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Pada malam ke 11 : 

Sayyidah Aminah melihat seluruh penghuni langit dan bumi ikut bersuka cita menyongsong kelahiran Sayyidina Muhammad SAW. 

Malam detik-detik kelahiran Nabi Muhammad SAW, tepat tanggal 12 Rabi’ul-Awwal di sepertiga malam. Di malam ke 12 ini langit dalam keadaan cerah tanpa ada mendung sedikitpun. Saat itu Sayyid Abdul Mutholib (kakek Nabi Muhammad SAW) sedang bermunajat kepada Allah SAW di sekitar Ka’bah. Sedangkan Sayyidah Aminah sendiri di rumah tanpa ada seorang pun yang menemaninya. 

Tiba-tiba Sayyidah Aminah melihat tiang rumahnya terbelah dan perlahan-lahan muncul 4 wanita yang sangat masing masing sangat jelita, anggun dan cantik, diliputi dengan cahaya kemilau yang memancar serta semerbak harum memenuhi seluruh ruangan. 

Wanita pertama datang berkata : 
”Sungguh berbahagialah engkau wahai Aminah, sebentar lagi engkau akan melahirkan Nabi yang agung, junjungan semesta alam. Beliaulah Nabi Muhammad SAW. Kenalilah aku, bahwa aku adalah istri Nabi Allah Adam as, ibunda seluruh ummat manusia, aku diperintahakan Allah untuk menemanimu.” 

Kemudian datanglah wanita kedua yang menyampaiakan kabar gembira : 
“Aku adalah istri Nabi Allah Ibrahim as  yang diperintahkan Allah SWT untuk menemanimu.” 

Begitu pula menghampiri wanita yang ketiga : 
”Aku adalah Asiyah binti Muzahim yang diperintahkan Allah untuk menemanimu.” 

Datanglah wanita ke empat : 
”Aku adalah Maryam, ibunda Isa as datang untuk menyambut kehadiran putramu Muhammad Rasulullah.” 

Sehingga semakin memuncak rasa kedamaian dan kebahagiaan ibunda Nabi Muhammad SAW yang tidak bisa terlukiskan dengan kata-kata. 

Keajaiban berikutnya Sayyidah Aminah melihat sekelompok demi sekelompok manusia bercahaya berdatangan silih berganti memasuki ruangannya dan mereka memanjatkan puji-pujian kepada Allah SWT dengan berbagai macam bahasa yang berbeda. 

Detik berikutnya Sayyidah Aminah melihat atap rumahnya terbuka dan terlihat oleh beliau bermacam-macam bintang di angkasa beterbangan yang sangat indah berkilau cahayanya. 

Detik berikutnya Allah SWT memerintahkan kepada Malaikat Ridhwan agar mengomandokan seluruh bidadari Syurga agar berdandan cantik dan rapi, memakai kain sutra dan segala macam bentuk perhiasan dengan bermahkotakan emas, intan permata yang bergemerlapan, dan menebarkan wangi-wangian Syurga yang harum semerbak ke segala penjuru, lalu beribu ribu bidadari bidadari itu dibawa ke alam dunia oleh Malaikat Ridhwan, terlihat wajah bidadari bidadari itu gembira. 

Lalu Allah SWT memanggil : 
“Yaa Jibril … serukanlah kepada seluruh arwah para Nabi, para Rosul, para wali agar berkumpul, berbaris rapi, bahwa sesungguhnya Kekasih-Ku cahaya di atas cahaya, agar disambut dengan baik dan suruhlah mereka mnyambut kedatangan Nabi Muhammad saw. 

Yaa Jibril … perintahkanlah kepada Malaikat Malik agar menutup pintu-pintu neraka dan perintahakan kepada Malaikat Ridhwan untuk membuka pintu-pintu sorga dan bersoleklah engkau dengan sebaik-baiknya keindahan demi menyambut kekasih-Ku Nabi Muhammad saw. 

Yaa Jibril… bawalah beribu ribu malaikat yang ada di langit, turunlah ke bumi, ketahuilah Kekasih-Ku Muhammad saw telah siap untuk dilahirkan dan sekarang tiba saatnya Nabi Akhiruzzaman.” 

Dan turunlah semua malaikat, maka penuhlah isi bumi ini dengan beribu ribu malaikat. Sayyidah Aminah melihat malaikat itupun berdatangan membawa kayu-kayu gahru yang wangi dan memenuhi seluruh jagat raya. Pada saat itu pula mereka semua berDzikir, bertasbih, bertahmid, dan pada saat itu pula datanglah burung putih yang berkilau cahayanya mendekati Sayyidah Aminah dan mengusapkan sayapnya pada Sayyidah Aminah, maka pada saat itu pula lahirlah Nabi Muhammad Rasulullah saw dan tidaklah Sayyidah Aminah melihat kecuali cahaya, tak lama kemudian terlihatlah jari-jari Nabi Muhammad SAW bersujud kepada Allah seraya mengucapkan : 
“Allahu Akbar ... Allahu Akbar ... Wal-Hamdulillahi Katsiro, Wa Subhanallahi Bukrotan Wa Ashila...” 

Kegembiraan memancar dari setiap sudut alam raya, gemuruh Sholawat memenuhi semesta dengan bahasa yang berbeda beda dan dengan cara yang bermacam macam pula

وَŁ…َŲ§ Ų£َŲ±ْŲ³َŁ„ْنَاكَ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ų±َŲ­ْŁ…َŲ©ً Ł„ِŁ„ْŲ¹َŲ§Ł„َŁ…ِŁŠŁ†َ
Tidaklah Kami MENGUTUS Engkau (Muhammad) Melainkan Sebagai Rahmat Bagi Seluruh Alam (Al-Anbiya)

Allahumma Sholli 'Ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Ali Sayyidina Muhammad

“Yaa Nabi Salam 'Alaika …                                                                                                                Yaa Rasul Salam 'Alaika …                                                                                                                     Yaa Habib Salam 'Alaika … Sholawatullah 'Alaika ... ” 

Semoga Sholawat dan salam senantiasa tercurahkan untuk Nabi Muhammad SAW berserta keluarga & para sahabat yang mengikutinya dan kita umatnya hinga Akhir zaman semoga kita memperoleh Syafa'atnya kelak.

Ya Allah Ya Rabb.. 
Semoga engkau bangkitkan kami dalam barisan yang sama bersama Rasul kami Yaa Habibi Yaa Rasulullah

Aamin Yaa Robbal 'Alamiin

(Diriwayatkan dari Imam Syihabuddin Ahmad bin Hajar Al-Haitami Asy-syafi’i. Dalam kitabnya “Anni’matul-Kubro ’alal-alam).

* Selamat Menyambut Hari Kelahiran Rasulullah MUHAMMAD SAW *

Warisan Para Wali Wali Songo

CnP..
SalAllahualaika wassalam Ya Rasulullah fikullilamhatin wanafasin adadama wasiahuilmullah..

ISLAM ADALAH HIDUP MATIKU


Islam adalah hidup matiku
Lebih kusayang dari diriku sendiri
Aku tidak dapat membezakan Islam dengan diriku
Dengan darah dagingku, dengan akal fikiranku, dengan jiwaku
Dari kecil lagi aku dididik begitu
Kalau aku miskin pun, biarlah dengan Islam
Kalau aku kaya pun, tetap dengan Islam
Islam darah dagingku
Aku mesti perjuangkan setiap waktu
Aku rasa lapang dan luas dengan Islam
Aku rasa senang dan tenang dengan Islam
Kalau aku diasingkan kerananya, uzlahlah aku
Kalau aku dibuang, berkelanalah aku
Kalau aku dihalang, ibadahlah aku
Di samping menulis idea-ideaku
Aku tidak terasa susah dengan Islam
Bahkan aku rasa kenyang dengannya selalu
Sekalipun fizikal lahirku adakalanya susah dan terhalang
Tuhan, tetapkanlah hatiku dengan Islam
Hidupkan aku dengan Islam
Susah dan payahku dengan Islam
Miskin dan kayaku dengan Islam
Berkawan dan bermusuh pun dengan Islam
Penutupnya hidupku dengan Islam
Islam adalah hidup matiku
Tuhan, begitulah harapanku dengan-Mu
Kabulkanlah permintaanku Tuhan


MADAH baru 22


M86
Jika kita mengingati dosa, tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

M87
Jika kita selalu mengingati dosa kita, kita tidak nampak dosa orang lain, apatah lagi hendak menceritakannya.

M88
Jika kita membuat dosa, tidak terasa berdosa kita telah membuat dua kali dosa, satu kerana dosa yang dibuat,kedua dosa kerana tidak merasa berdosa.

M89
Rasakanlah diri kita sentiasa berdosa, sekalipun kita tidak nampak dosa kita, apatah lagi jika nampak, agar kita dapat mengekalkan sifat kehambaan, yang kita ini memang hamba.

M90
Kalau orang telah mengabaikan dosa-dosa lahir, dosa-dosa batin lebih-lebih lagi terabai.

MADAH baru 21

 
*M85*
Penyakit jasmani seluruh dunia, manusia ambil berat, mereka sangat takut ditimpa penyakit fizikal.
Dengan serius mereka melahirkan doktor untuk mengkaji, menyelidik, mengubat, mengawal, mempromosikan penyakit terutama yang merbahaya, mengesan sumber- sumber penyakit, meneliti ubat- ubatnya, menjaga makanan, membendong jangan menular.
Dokter-dokter penyakit lahir ini bukan sekadar mengingatkan, bukan setakat buat penerangan tapi turun tangan secara praktikal, memberi makan ubat, memprogramkan pesakit, patut dibedah,dibedahlah, patut direhat, direhatkanlah, patut ditidur , ditidurkanlah , patut dibuat gerakan fizikal, dilaksanakanlah, patut dipotong, dipotonglah,.
Setiap tahun direka alat-alat canggih pengesan penyakit, berbilion-bilion ringgit duit dikorbankan, padahal penyakit lahir ini merbahayanya, menderitanya di dunia, di akhirat beruntung, dia penghapus dosa atau meninggikan derajat seseorang di syurga.
Tapi penyakit rohani sangat merbahaya, di dunia melahirkan gejala masyarakat yang merosakkan, bukan sahaja diri orang itu, tapi agama, bangsa dan negara, di akhirat kelak masuk neraka, tapi tidak pula begitu di pandang merbahaya.
Mengubatinya sekedar ceramah- ceramah, forum, memberi ilmu ala kadar, tidak ada dokter kerohanian yang benar-benar terjun turun tangan, mendekati pesakit, tidak ada ubat yang tepat, tidak ada latihan, tidak ada program yang teratur, tidak begitu ada pencegahan dan larangan 
Mengubatinya sambil lewa sahaja.
Pengorbanan wang ringgit memerangi penyakit kerohanian terlalu terbatas, doktor dan cara mengubatinya tidak ada berangkaian seluruh dunia seperti mana penyakit jasmani

*M86*
Jika kita mengingati dosa, tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

KEBESARAN RASULULLAH SAW


Kebesarqn Rasulullah SAW dapat dilihat pada peribadinya
Sekaligus ia adalah ayat Allah yang agung yang terserlah sebagai akhlaknya
Kehebatan Rasulullah SAW dapat dilihat pada peribadi para Sahabat
Para Sahabat adalah ayat Allah sebagai keagungan Rasul
Kebesaran Sahabat dapat dilihat pada peribadi para Tabi’in
Ia adalah ayat Allah sebagai keagungan para Sahabat
Para Tabi’in adalah hasil didikan para Sahabat
ridwanullahu alaihim
Adanya Tabi’in terserlahlah kebesaran para Sahabat
Keagungan para Tabi’in dapat dilihat pada diri para Tabiut Tabi’in
Ia adalah merupakan ayat Allah sebagai kehebatan para Tabi’in
Mereka para Tabi’inlah yang mendidik mereka hingga berjaya
Selepas Tabiut Tabi’in ayat Allah secara amnya sudah tidak terserlah lagi
Kebesaran dan kehebatan mereka secara menyeluruh sudah tidak wujud lagi
Ayat Allah yang berlaku pada peribadi mereka sudah terlalu minoriti
Kebesaran dan kehebatan mereka sudah tidak begitu dapat dilihat lagi
Daripada kita ini lebih-lebih lagi
Ayat Allah di dalam diri umat Islam hampir hilang
Kebesaran dan kehebatan mereka atas nama Islam sudah tidak kelihatan lagi
Yang ada pun mereka secara majoritinya adalah lambang-lambang kebesaran syaitan
Peribadi mereka menggambarkan keagungan dan kehebatan Barat
Kerana mereka adalah hasil didikan kafir keparat 

Tentang Nabi SAW, kecintaan kita, kerinduan kita.

MADAH baru 20


M81
Janganlah berkawan dengan orang yang lemah jiwa sekalipun pandai dan pintar, justeru kalau bertemu dengan keadaan mencabar dia akan kecewa, hilang pertimbangan,buntu, kepintaran dan kepandaiannnya hilang sekelip mata. 
Di waktu itu , dia menambahkan  lagi menyusahkan kita.

M82
Cuba gambarkan kalau orang jahat ada kuasa, orang jahat ada senjata, orang jahat ada banyak harta, orang jahat banyak keluarga, orang jahat banyak ilmu, orang jahat keberaniannya luar biasa, orang jahat pandai berpura-pura, orang jahat pandai berbicara, orang jahat pandai menyebut agama, tentu bala' kepada dunia.

M83
Kebanyakan orang Islam, apabila dia tidak membuat maksiat lahir, seperti berzina, minum arak , mencuri, merompak, berjudi, membunuh, rasa senang hati(relax) sahaja, tidak ada usaha lagi hendak membenteras maksiat dirinya, padahal rasa riya' , sombong, ujub, hasad, berdendam, tamak bakhil, ingin dipuji, masih bersarang dan berakar umbi di dalam hati, terutama penyakit ini selalu berlaku pada pemimpin, alim ulama, cerdik pandai, orang kaya yang berjawatan tinggi.

M84
Manusia yang lemah jiwa, walupun banyak ilmunya, apabila mendapat cabaran hidup yang bertimpa-timpa dan berat-berat pula tidak ada kawan tempat mengadu, mulailah susah hati, kemudian kesusahan itu menjadi penyakit jiwa, lepas itu dia kecewa, kemudian putus asa, buahnya gila.
Bila gila, di dunia lagi sudah tidak berguna, di akgirat neraka, wal iya zubillah.

BEZA KITA BERJUANG DENGAN SAHABAT BERJUANG



Rasulullah SAW dan para Sahabat gigih berjuang
Akhlak mereka cemerlang dan gemilang
Kita gigih berjuang, akhlak kita sangat malang
Mereka berjuang begitu serius
Di malam hari menjadi abid menangis mengenang dosa
Kita serius juga berjuang
Tapi sembahyang Subuh yang wajib, terabai
Mereka sibuk berjuang
Balik ke rumah laksana Syurga
Kita sibuk berjuang
Balik ke rumah bermasam-masam muka
Mereka bila berhadapan dengan ujian
Sabarnya amat ketara
Musuh-musuhnya didoakannya
Kita bila berhadapan dengan ujian
Rasa derita dan kecewa
Maka kita pun melaknat dan mencerca musuh kita
Kita pun mengata di sini, mengata di sana
Seluruh negara mendengarnya
Mereka berjuang, Sahabat-Sahabat yang miskin dipertanggungjawab oleh yang kaya
Yang kaya gembira memberi, yang miskin tidak meminta-minta
Kita yang kaya menambah lagi harta
Kawan seperjuangan tinggal menderita
Kita susah hendak memberi
Yang miskin pula meminta-minta dan mengadu-ngadu di sini sana
Mereka dan kita, tentang berjuang sama-sama gigih dan sibuk
Tapi di dalam perkara lain jauh berbeza
Mereka benar-benar model di zamannya
Tapi kita modelnya tiada
Marilah kita berjuang sama-sama membetul dan membaiki diri
Agar Allah Taala redha, manusia senang menerima 

MADAH baru 19


M76
Kalau rasa bertuhan tidak wujud di dalam hati ketika berada dimana-mana, apatah lagi yang dapat membendung manusia daripada sifat-sifat mazmumah, seperti sifat-sifat sombong,pemarah, hasad, dendam dan lain- lain lagi.
Mazmumah itulah puncak penyakit masyarakat. 

M77
Cuba saudara dan saudari,tuan puan gambarkan orang yang hidupnya begini, di pejabat atau di tempat kerja dileter oleh bos, di rumah dileteri oleh isteri, di dalam perjalanan bertikam, dengan pemandu kenderaan yang tidak bertimbang rasa, bila ada masalah tidak ada tempat hendak mengadu, kalau mengadu, jadi bahan cerca dan perli, iman lemah pula di dada atau tiada kesabaran, redha jauh sekali.
Kita rasa orang ini sudah berada di ambang pintu neraka. 

M78
Apabila hilang malu, benteng diri manusia telah roboh, segala gejala buruk mudah sahaja menyerangnya 
Di waktu itu setiap perkara yang malu dilihat pada tubuh manusia akan didedah secara dihias, dan akibatnya kerangsangan manusia lain, maka penyakit hilang malu ini akan menular merata masyarakat, maka punahlah akhlak, terkuburlah satu bangsa.

M79
Orang yang melupakan Allah itu, sentiasa gelisah, mudah marah, gopoh bertindak, sentiasa tidak puas, mudah buntu, selalu kecewa, mudah putus asa, sekalipun di dalam kemewahan dan serba ada. 

M80
Orang yang selalu jiwanya tak tenang ialah orang  pemarah,pendendam, rasa tidak cukup, hasad dengki, memikirkan masa depan yang belum terjadi, tidak sabar, lupa tentang qadha dan qadhar dari Allah, tidak percaya dengan orang.

Islam Global


Marilah kita mengenal Islam secara global
Global yang ringkas dan intensif sebagai ilmu pengetahuan
Untuk mengukur diri kita, keluarga kita, seterusnya masyarakat dan negara
Sejauh mana Islam secara syumul itu telah diamalkan di dalam kehidupan
Sama ada di peringkat individu, rumahtangga, masyarakat dan negara
Islam adalah agama syumul atau global
Global dan syumul itu berlaku di dalam empat peringkat
Global pada individu, global di dalam keluarga,
Global di dalam masyarakat atau jamaah seterusnya negara
Syumul di dalam individu, tidak sama dengan global di dalam keluarga
Global di dalam keluarga, tidak sama dengan syumul di dalam masyarakat
Syumul di dalam masyarakat, tidak sama dengan global di dalam negara
Mari kita mengenal Islam secara global di setiap peringkat
Global pada individu, dia hendaklah mengetahui dan meyakini rukun iman secara ilmu
Iman itulah yang menjadi aqidah dan pegangannya
Terutama Tuhan dicintai atau ditakutinya
Faham rukun Islam yang lima, serta mengerjakan dan menghayatinya
Tahu sifat-sifat mahmudah yang sepuluh 
Seperti ikhlas, sabar, pemurah, amanah, tawadhuk, pengasih, tawakkal dan lain-lain
Terbangun di dalam jiwanya sifat-sifat mahmudah itu
Faham juga sifat-sifat mazmumah yang menjadi lawannya dan membuangnya
Seperti pemarah, hasad, dendam, sombong, riyak, sum'ah, bakhil, tamak dan lain-lain
Faham halal haram dalam makan minum, pakaian, pergaulan dan lain-lainnya
Faham dosa-dosa besar dan kecil serta menjauhinya
Faham cara bersuci dan tahu mandi hadas
Global di dalam keluarga dan rumahtangga sudah bertambah pula aspek-aspeknya
Suami atau ayah sebagai pemimpin keluarga,
Mendidik, menjadi imam sembahyang
Dan bertanggungjawab makan minumnya, pakaian dan tempat tinggalnya secara halal
Dia tempat rujuk keluarga, dihormati dan ditaati
Isteri atau ibu membantu suami di dalam mengurus anak-anaknya dan tempat anak-anak bermanja
Satu sama lain berkasih sayang dan bekerjasama
Nasihat-menasihati, maaf-bermaafan, bertolak ansur dan berlapang dada
Masyarakat global atau jamaah global pula hormat-menghormati, bertolong bantu,
Bekerjasama di antara jiran dengan jirannya dan penduduk setempat
Maruah dan nama baik satu sama lain kenalah dijaga
Ziarah-menziarahi terutama di waktu kematian dan kesusahan
Keaipan jiran, penduduk setempat jangan dibuka
Orang miskin tidak meminta-minta dan menjaga maruahnya
Orang-orang kaya pula sentiasa membantu dan menolong orang-orang susahnya
Pemimpin masyarakat atau jamaah laksana ayah bertanggungjawab kepada masyarakatnya atau jamaahnya
Menjadi imam di dalam masyarakat, mendidik anggota masyarakat atau anggota jamaah dan berlaku adil pula
Kasih sayang kepada orang bawahnya dan tempat rujuk orang ramai di dalam masyarakatnya atau di dalam jamaahnya
Kalau adalah masalah dan perbalahan, dialah yang menyelesaikannya
Tetamu yang datang di dalam masyarakat dihormati dan dilayan dengan baik
Masing-masing berebut-rebut hendak membawa ke rumahnya
Bahkan musafir yang kehabisan belanja masing-masing memberi dan membantunya
Kebaikan sama-sama ditegakkan, kejahatan sama-sama ditolak
Ulamak-ulamak di tempat itulah menjadi petunjuk dan menjadi ikutan kerana wibawanya
Menjadi obor di masyarakatnya, masyarakat mendapat cahaya kehidupan dari mereka
Adanya usaha-usaha untuk menghasilkan makan minum, pakaian, tempat tinggal, keperluan-keperluan masyarakat, tempat pendidikan kerana ia adalah fardhu kifayah
Akhir sekali negara Islam yang dicita-citakan
Globalnya pula lebih luas lagi
Pemimpin ada wibawa kerana ketaqwaannya
Dia ditaati, dihormati dan disayangi bahkan tempat rujuk rakyatnya
Rakyat dikasihi, dipertanggungjawab dan diberi keadilan yang saksama
Di dalam negara adanya berbagai-bagai sistem kehidupan
Demi untuk membawa umat hidup yang berkasih sayang, berdisiplin, murni dan harmoni
Al Quran dan Hadis adalah menjadi perlembagaan negara
Adanya sistem pendidikan yang membawa umat mencintai Tuhan dan mengagungkan-Nya
Menghormati ibu bapa, guru-guru dan berkasih sayang sesama warganegara
Adanya sistem ekonomi yang sihat, bersih daripada riba dan penindasan
Adanya sistem pentadbiran yang berasaskan ikatan hati dan jiwa
Hingga dasar yang ditulis berjalan dengan baik dan penuh kerjasama, tiada khianat dan kecuaian di dalamnya
Adanya sistem perhubungan untuk kemudahan kehidupan rakyatnya
Tempat-tempat tinggal yang selesa yang sesuai di zamannya
Adanya ketenteraan dan kepolisian yang dapat menjaga maruah agama, bangsa dan negara
Kerana pengawal-pengawal negara itu orang-orang yang bertaqwa pula
Agar tidak terjadi pagar makan padi
Sistem politiknya bersih, tiada jatuh-menjatuhkan dan tiada khianat-mengkhianati
Adanya sistem mahkamah yang bebas, hakim-hakimnya orang yang bertaqwa
Hingga keputusan atau hukum yang dijatuhkan adil dan bertanggungjawab
Tiada rakyat yang teraniaya dan terzalim
Begitulah seterusnya adanya sistem-sistem yang lain yang tidak perlu diperkatakan di sini
Selagi ia diperlukan oleh negara dan rakyat di zamannya, kenalah diwujudkan
Semuanya itu termasuk fardhu kifayah
Setelah kita mempelajari global Islam di semua peringkat,
Untuk hendak mencari global di dalam individu pun payah wujud di zaman ini
Kerana itulah kerosakan dan gejala di dalam masyarakat berleluasa
Kerana itulah memperjuangkan negara hanya sia-sia sahaja
Sekalipun telah diberi kuasa dan dapat mentadbir negara
Namun pengisian tidak berjaya
Justeru ia tidak bertapak di dalam individu setiap insana
Para pujangga ada berkata: 
Dirikanlah kedaulatan Islam di dalam diri kamu,
Nescaya ia akan dapat ditegakkan di dalam negara kamu.

 

MADAH baru 18

 
*M71*
Kesenangan dan kemewahan,selalunya
membawa kepada kesombongan dan kelalaian.
Kesusahan dan penderitaan itu,selalunya
membawa kekecewaan dan putus asa,
kecuali orang mukmin.

*M72*
Di antara tanda-tanda orang yang sombong itu,
cepat melahirkan sifat marah,
suka memotong percakapan orang,
suka bermujadalah,
nampak di mukanya rasa tidak senang
jika ada orang lebih darinya di satu majlis,
cakap meninggikan suara,pantang ditegur,
tidak ada tanda-tanda kesal diatas kesalahan.

*M73*
Orang yang sudah hilang sifat marah,dayus.
cepat melahirkan sifat marah,lemah mujahadah.
Orang yang ada sifat marah
tapi dapat di sembunyikan,
kecuali di tempat-tempat munasabah,
inilah manusia normal.

*M74*
Orang yang tamak, merasa tidak cukup-cukup
ertinya sentiasa merasa miskin.Oleh itu
ia sentiasa memburu-buru yang belum ada.
Yang ada,adakalanya tidak sempat di gunakan
kerana terlalu sibuk memburu yang tiada,
fikiran berserabut,jiwa kusut,
fizikal letih selalu kerana tidak berehat.
Di dalam kesibukan inilah dia mati.

*M75*
Orang yang frust (sakit jiwa ,
atau kecewa,atau putus asa,
biasanya pergantungan dengan Allah terlalu lemah
atau tiada langsung.
Di sinilah pentingnya peranan iman
didalam kehidupan.

IKUT PROGRAM TUHAN


Hidup ini Tuhanlah yang menjadi tujuan
Segala apa yang hendak dibuat kerana Tuhan
Tuhan adalah menjadi idaman setiap insan
Menuju Tuhan ada jalannya yang tersendiri
Melalui sembahyang, puasa, zakat dan haji
Membaca Al Quran, zikir, selawat Nabi
Tafakur, berdoa, bersedekah, membantu dan berkhidmat kepada insan
Memperjuangkan agama-Nya, mengikut jalan-Nya
Jangan menuju Tuhan buat jalan sendiri
Kerana Tuhan, jangan buat program sendiri
Tapi Tuhan ada program-Nya, kena ikut program-Nya
Tuhan ada jadual, jangan buat jadual sendiri
Sekalipun niat kerana Tuhan
Tidak akan kesampaian jika buat jalan sendiri
Walaupun ingin kepada Tuhan
Namun tidak akan kesampaian jika jalan Tuhan tidak diikut
Oleh itu ingin kepada Tuhan, jangan memandai-mandai
Ingin kepada Tuhan, ikutlah jalan Tuhan
Perhatikan kehendak-Nya, suruhan dan larangan-Nya
Adab-adab dan disiplin-Nya
Jangan mereka-reka untuk menuju Tuhan
Tidak akan sampai kepada Tuhan
Tapi ia akan sampai kepada syaitan
Janganlah sampai tertipu di dalam perjuangan 


Bumi Tuhan... Bersaksilah