hidup ini adalah sebuah universiti. Oleh itu belajarlah dengan kehidupan. Pasti engkau mempelajari pelbagai hikmah setiap kejadian yang berlaku. Inilah sebuah perjalanan....buat tatapan bersama..
Minggu ke minggu...
As-sofa seakan menangis...
Mendatangi kabilah di musim haji
bulan terbelah?!
Sikap orang Islam dan Kafir Quraisy terhadap Israk Mikraj
Israk Mikraj
Najshi masuk Islam
Kafir Quraisy bertemu Najashi
Rasulullah Saw ke Taif
Jauh!
Salam wrt. Jauh terasa bila mendengar kuliah dr Syeikh Jo tntg menuju takut setakut-takutnya pada Tuhan dan rindu serindu-rindunya pada Rasulullah saw. Bilalah akan menemui saat itu? Hati ini masih diselubungi awan hitam. Masih kurang cahayanya. Zikir yang kurang dihayati. Hati ini masih cuba untuk digilap. Moga Allah bantu untuk ia bersinar. Berkat Nur Muhammad...
Terkesan juga dengan video tentang bagaimana untuk dimuliakan melihat nabi Saw. Oleh Sayidi Habib Ali Ja'fari. Memang ia anugerah Allah, dan semua umat Nabi Muhammad kena ada perasaan nak bertemu nabi ini.. Mana tau nabi pilih untuk bertemu kita. Bukankah itu lebih baik dari bumi dan seisinya? Berjumpa dengan yang dirindu! Subhanallah. Indahnya.... Habib turut memberi beberapa panduan. Antaranya, perbanyakkan selawat(paling sikit 300x sehari), agungkan sunnah baginda, jiwa sentiasa cinta pada baginda(kuat perasaan cinta, rindu membara, sentiasa doa agar Allah muliakan kita utk melihatnya), menyebarkan dakwah baginda, berkhidmat kepada umat baginda, byk baca sirah, keperibadian dan keistimewaan Rasulullah, (baca kitab ibnu hisham ke, syamail muhammadiah, al khasas..).. bykkn dengar kuliah2 tntg Nabi Saw, kenal watak dan sifat nabi , amal sunnah nabi lahir dan batin(hayati).. semua tu ada huraian.. panjang juga... kena betul2 buat. Kalo kita dah cinta dan rindu, mesti kita akan buat apa yang dirindu itu buat, kita boleh rasa apa yang dirindu itu rasa.. bila mencintai seseorang, kita terasa ada sesuatu yg dia sangat utamakan. Sama ada ia mengembirakan @ menyedihkan. Umpama kata, 'jika aku mencintai engkau, pasti aku akan bersama pada benda yg engkau sibukkan. Setiap kali bertambahnya cintaku padamu, aku merasa apa yang engkau rasa. Dan aku akan datangkan kegembiraan yg membuatkan engkau gembira..'
So, apakah yg mengembirakan hati Nabi SAW? Apakah benda yg Nabi sgt utamakan???!.....
Jauhnya aku....
Hmm, kadang-kadang teringat pesan Guruku tentang ibadah yang jadi bangkai. Yakni ibadah tanpa roh... faham?... macam manusia yang dah tiada nyawa/roh, ia di panggil mayat. Dah tidak berguna lagi. Kalo biar lama tak ditanam akan jadi busuk. Orang makin tak suka. So, ibadah tanpa roh ibarat ibadah bangkai. Kalau sembahyang, sembahyang bangkai. Penat je sembahyang, tapi jadi bangkai... Itulah sembahyang yang dipersembahkan selama ini pada Allah... Hidangkan bangkai pada manusia, manusia pn xnk, ini pula pada Raja segala Raja. Ibadah bangkai...huhu.. akulah tu.. Ya Allah... tolonglah aku untuk menjiwai solatku, ibadahku...Ummi pun pesan pagi tadi, masa rukuk dan sujud, penuhkan hati dengan rasa takut dan harap...
Tadi, di surau Ustaz Ahmad pun sentuh pasal amalan kita ni tak diterima selagi tidak ikhlas... maka keluarlah hadis yang selalu buat manusia menangis. Orang yang mula2 menangis ialah Saidina Muaz ra kerana dia mendengar direct dari Nabi SAW. Hadis yang panjang tentang amalan kita melalui 7 lapisan langit untuk dipersembahkan kepada Allah.... adakah amalan aku selama ini sampai? Ikhlaskah aku selama ini? Kalau manusia ambil berat tentang hadis ini, mesti banyak perubahan yg berlaku dlm hidupnya. Ia akan lebih berseni dalam ibadah. Seni dalam segala perkara....
Diakhir zaman, banyak yang telah berubah pada hati kita. Tidak berseni seperti ulama2 dahulu.. hmm, masa otw balik dari sekolah, radio ikim memutarkan talk tentang kesilapan umat. Antaranya, tentang belajar... belajar tujuan nak kerja besar, nak gaji besar. Itu dah salah dari mula2 lagi. Belajar sebab nak Islam maju, supaya Islam tidak terus mundur. Itupun salah. Itu buahnya(natijah), bukan tujuan belajar... jgn tersalah... belajar Agama supaya esok dah abes belajar, ada degree, master, phd, ada kerja menunggu... itu lagi-lagilah tertipu... sambung belajar supaya naik pgkt, hidup senang sket. Btol ker cmtu?... di mana tujuan belajar kerana Allah itu...? tanyalah hati masing2... betulkn niat, insya Allah, betullah tindak tanduk kita, insyaAllah, Allah pimpin kita. Allah rezkikn kita. Rezki pd iman dan taqwa, bukan pd selainnya. Lagi beriman dan taqwa, lagi byk rezki Allah beri. Melimpah ruah...
ya Allah. Faham2kan aku tentang agamamu ini. Agar aku tidak tersesat di jalan penuh liku ini... ameen..
Yan Che binti Saa'dom
Majlis
Tahun Kesedihan...
Boikot Bani Abdul Mutalib!
Meletak najis di kepala
Sembah Tuhan gilir-gilir?
Kafir Quraisy menyakiti Rasulullah Saw
(",)
Salam wrt.. alhamdulillah. Dah siap fail pbs tahun 3. Buku rekod pun dah hantar. Minggu ni dah selesai semua. Balik dan singgah pasar malam. Beli makan sikit untuk orang-orang kat rumah. Malam ni ada program. Moga dapat ilmu yang banyak dan bermanfaat. Ilmu yang mampu di amalkan. InsyaAllah.
Hmm, nampaknya bahan-bahan untuk pengisian bulan mac dah ada. Ya Allah, bantulah uzlahku ini...
Dr zulkifli pesan, "Jangan minta pada manusia, minta pada Tuhan manusia itu".... sama seperti kisah seorang pemuda dengan Saidina Othman RA. pemuda itu ada hajat untuk minta pada Saidina Othman RA. Mula2 jumpa Saidina Othman, tak dapat. Ada seseorang mengingatkannya bagaimana caranya untuk hajatnya diterima. Balik rumah, solat sunat dua rakaat dan minta pada Tuhan. So, kali kedua jumpa Saidina Othman RA, semua yang dimintanya ditunaikan. Itu yang keluar ayat. 'Jangan minta pada Othman, tetapi mintalah pada Tuhan Othman.... '
Abah pergi ambil acah di Durian Daun, Melaka. So, lambat sket smpai rumah. Malam ni kena tolong drive ke program sebab abah mungkin penat. Around 45 minutes. Esok nak ambil Aman pula di MC or MT. Dia balik naik bas. Tak larat nak balik naik kereta. Minggu lepas dia drive balik. So, kali ni dengan bas sahaja. Moga selamat sampai.
Ummi beritahu tadi yang Along dapat IKBN. Alhamdulillah. Mungkin itu yang terbaik buatnya. Kena sambung kursus 2 hari lepas Majlis nanti. Tahniah dan gud luck Along(",)....
Abah baru sampai. Acah datang bilik, salam. Dia beri buku Berubat Mengikut Nabi SAW karangan Ibnu Qayyim al Jauziah. Hadiah hari jadi daripada acah dan angah, tanda kenangan. Jazakallah ya:) tambah lagi satu ilmu yang Allah titipkan. Moga bermanfaat, insyaAllah.
Ok, Wassalam...
Khamis malam Jumaat
Salam sayyidul ayyam.. alhamdulillah. Sudah selesai kejohanan ping pong MSSM Rembau. Nampaknya Sekolah Tinggi Islam AsSofa (STIAS) mendominasi carta daerah. So, tahniah pada adik2 yayasan sofa. Membuka mata semua, bahawa bukan sahaja hafal quran dan berqasidah marhaban serta bernasyid2 sahaja. Semua bidang umat Islam boleh. Dengar khabar, chess pun ada juga dikalangan mereka yg mewakili Rembau. Macam tahun lepas juga. STIAS ni lebih kurang dalam 2,3 tahun ni join program2 sekolah Rembau. Mula2 dahulu seingat saya dalam sukan olahraga dan MTAQ. Mereka mula melibatkan diri. Sekarang, perkembangan mereka amat memberangsangkan. Nak tgk nnti bulan Mac, macam mana pula dalam sukan olahraga dan barlapan. Ada seorang murid SK Chengkau yang msuk STIAS tahun lepas. Soleh Hamidi namanya. Anak YDP pibg. Rapat juga dgn saya dahulu. Join juga team circle..Kisah 2 tahun lepas. Prestasinya bagus. Latih main conga cepat dapat. Malah nasyid tahun tu dpt tmpt ke 3 daerah Rembau. Kira ok la sbb kali pertama masuk pertandingan nasyid MTAQ.:) Murid bertuah ini juga berbakat dalam sukan. SK Chengkau dpt 2 emas dan 1 perak melaluinya. Banyak kebolehan yg Tuhan beri padanya. Alangkah baiknya jika kebolehannya untuk deen. Alhamdulillah. Dia akan buktikan kebolehannya mewakili STIAS tahun ni dalam kejohanan olahraga dan barlapan. Moga Allah bantu usahanya...insyaAllah.
Lepas kejohanan tadi Manaf ajak makan di Rembau, depan masjid. So, aku ajak skali Farhan join. Banyak juga cerita masa makan sama2. Yer la. Dapat keluar dengan kawan2, memang seronok. Lepas makan, solat sama2 di Masjid Rembau. Teringat kisah iktiqaf dan circle tahun lepas di masjid ini. Bersama dengan Farhan n Ghaffar. Harap tahun ni dapat wat lagi dengan lebih kerap. Moga Allah beri keberkatan masa.amin...
Fail PBS hampir siap. Moga dapat selesaikan semuanya esok. InsyaAllah. Dah slesai yg ni, senang. Minggu depan dh nak ngadap SMM dan latihan pusat pingpong.
Esok jumpe balik dengan anak2 murid. Dah 2 hari tinggal. Entah apa lah progressnyer... diorg nak jumpe sgt coz dah hafal 'oh my english'. So, tengoklah camner esok. Igt nak wat games dalam class. Biar seronok sket. Anak2 murid ni kena jaga btol2. Esok dah janji nak cerita tentang cara pemakanan Rasulullah SAW. Moga Allah mudahkan mereka untuk kenal nabi. Moga Allah bantu aku untuk sampaikan. Moga Allah jadikan aku sentiasa ikhlas. ikhlas.... perkara yang penting, penting sangat untuk semua orang untuk bertemu Allah kelak. Untuk amalan diterima Allah. Ya Allah, bantulah aku...
Banting Along untuk majlis dah siap. Along pulak masih induksi. Esok baru balik. Esok juga akan tahu ditempatkan kat mana. Moga Allah mudahkan segalanya wat Along. Nak kahwin ni, alhamdulillah, Allah mudahkan jalan2 baginya. Moga Allah sentiasa pimpin Along. Moga keluarga yang dibina nanti dalam pemeliharaan Allah. IA...
Oklah... reflection jap.. selamat malam. Mari amalkan sebanyaknya sunnah nabi di Hari Jumaat:)
Ilalliqa'