Kafir
Quraisy memang tak mahu beriman, pernah satu ketika mereka minta Rasulullah Saw
tunjukkan kepada mereka mukjizat lahir. Akhirnya Rasulullah Saw bertanya kepada
mereka, apakah kalau aku boleh belah bulan kamu semua akan beriman. Mereka
semua setuju, kalau Rasululah boleh belah bulan mereka akan beriman dengan
Rasulullah Saw. Maka pada satu malam, malam bulan mengambang penuh, semua
berkumpul. Rasulullah Saw perintahkan bulan supaya terbelah dua, maka
terbelahlah bulan menjadi dua. Satu disebelah bukit di kanan Mekah dan satu
lagi disebelah bukit kiri Mekah. Dah mereka melihat dengan mata kepala mereka
pun tetapi mereka tak beriman. Kata mereka, demi Allah, benarlah engkau ini
ahli sihir.
Kata
Imam Ibnu Kathir dan ulamak sejarah yang lain, peristiwa bulan terbelah ini
dapat dilihat oleh semua manusia sehingga orang mengambil peristiwa besar ini sebagai
tanda waktu untuk kalendar mereka seperti orang mengambil peristiwa tentera
Abrahah dimusnahkan sebagai turning point untuk mereka menulis sejarah mereka.
Bahkan, diceritakan orang di India ketika itu, juga mengambil peristiwa ini
sebagai tanda untuk menulis sejarah mereka. Allah cerita kisah bulan terbelah
ini dalam Al Quran.
Bahkan pernah seorang ahli gusti diketika itu
yang tidak ada orang boleh mengalahkannya, dia cabar Rasulullah Saw, kalau
Rasulullah Saw boleh kalahkan dia , dia akan beriman dengan Rasulullah Saw.
Bila lawan Rasulullah Saw menang, dia minta ulang perlawanan lagi. Sampai tiga
kali perlawanan Rasulullah Saw menang. Tapi tetap dia tak mahu beriman. Kata
ahli gusti ini, aku tidak akan beriman dengan kamu wahai Muhammad sehingga
pokok yang ada disitu bercakap. Terus pokok itu bercakap, pokok itu mengucap
dua kalimah syahadah di depan mata ahli gusti ini. Sampai begitu pun dia tak
mahu beriman lagi. Akhirnya dia kata Rasulullah Saw ahli sihir.
No comments:
Post a Comment