Najasyi
bertakbir bila Saidina Jaafar selesai membaca ayat-ayat Quran tentang Nabi Isa.
Bahkan Najasyi membenarkan apa yang Al Quran perkatakan tentang Nabi Isa AS.
Para penasihat Najasyi dari kalangan ulamak-ulamak Nasrani terkejut dengan
pendirian Najasyi itu kerana pada mereka Nabi Isa adalah anak Tuhan. Najasyi
melepaskan semula orang orang Islam dan selepas itu Najasyi selalu panggil
Saidina Jaafar datang mengajarnya tentang Islam dan akhirnya Najasyi masuk
Islam. Najasyi beriman dengan Rasulullah Saw tapi hal itu dirahsiakan.
Para
penasihat dari kalangan ulamak-ulamak
Nasrani yang tak senang dengan pendirian Najaysi terhadap Nabi Isa, akhirnya
berjaya mengumpulkan kekuatan untuk menggulingkan Najasyi. Berlaku peperangan
antara tentera Najasyi dan pemberontak pemberontak ini.
Sejarah
menceritakan peperangan ini berlaku dekat dengan sungai, dikatakan sungai Nil.
Orang orang Islam duduk diseberang sungai. Dari jauh mereka dapat melihat peperangan
ini tapi mereka tak tahu siapa yang menang. Mereka hantar Saidina Zubair bin
Awam pergi menyeberang sungai melihat apa yang berlaku dalam peperangan itu.
Kalau Najasyi menang selamatlah lagi orang Islam tapi kalau Najasyi kalah
susahlah orang Islam di Habsyah. Alhamdulillah Najasyi menang, para Sahabat
turut gembira dan bersyukur diatas kemenangan ini. Najasyi tetap diatas agama
Islam sehinggalah dia meninggal dunia. Ketika Najasyi meninggal dunia, Saidina
Jibril datang memberitahu Rasululah. Rasulullah Saw dan para Sahabat melakukan
sembahyang ghaib kepada Najasyi.
Imam
Bukhari ada meriwayatkan satu hadis dari Saidina Jabir. Sabda Rasulullah Saw
pada hari kematian Najasyi :
Telah
meninggal dunia pada hari ini seorang lelaki yang soleh maka bangunlah dan
sembahyanglah keatas saudara kamu Ashamah (namanya Ashamah)
No comments:
Post a Comment