Jadi bila Rasulullah Saw melihat betapa Kafir
Quraisy ini keras hati, tidak ada harapan lagi pada mereka maka Rasulullah Saw
mula menumpukan dakwahnya kepada kabilah lain. Rasulullah Saw tunggu mereka di
musim haji. Rasulullah Saw mendatangi mereka dari satu kabilah ke satu kabilah.
Rasulullah Saw nak cari satu kaum yang beriman dan boleh membantu perjuangan
baginda. Sahabat yang merawikan hadis ini menceritakan, yang ketika itu dia
belum Islam lagi . dia melihat bagaiman Rasulullah Saw berpindah dari satu kabilah
kepada satu kabiulah yang lain berdakwah dan ajak mereka beriman dan membantu
perjuangan Rasulullah Saw. Ketika itu ke mana saja Rasulullah Saw pergi ada
seorang yang sentiasa mengekori dibelakang Rasulullah Saw. Selepas Rasulullah
Saw berdakwah dia pula berdakyah. Dia kata Rasululah bohong, Rasulullah Saw
penipu dan begian begian lagi. Kami dah lama dengannya dan kami lebih kenal
siapa dia. Perawi hadis ini pelik siapakah dia orang ini. Rasulullah Saw tak
jawab langsung terhadap segala tuduhannya. Bila dia Tanya orang. Kata mereka
itulah bapa saudaranya Abu Lahab.
Abu
Lahab full time untuk menghalang dakwah, menjauhkan manusia dari kebenaran.
Akhirnya sampailah Rasululah kepada Bani So'soah yang datang haji pada tahun
itu. Rasulullah Saw berdakwah kepada ketuanya dan akhirnya dia terima Islam.
Dia rasa nanti pasti Rasulullah Saw akan dapat mengalahkan Arab. Dia dan
kaumnya sepakat untuk masuk Islam dan mempertahankanRasulullah Saw dengan
pedang pedang mereka. Memang kabilah ini terkenal dengan satu kabilah yang
kuat. Akhirnya
Ketua mereka ini bertemu Rasulullah dan
memberitahu bahawa mereka semua kan masuk Islam dan akan membela perjuangan
Rasulullah Saw tapi dengn syarat. Rasulullah Saw Tanya apa syarat itu. Katanya,
dengan syarat selepas kematian Rasulullah Saw nanti dia menjadi penggantinya,
khalifahnya. Kata Rasulullah Saw :
Ini
urusan Allah, Allah pilih siapa yang dia mahu dan kesudahan itun untuk orang-orang
yang bertaqwa.
Rasulullah
Saw tak terima tawaran ini, akhirnya dia dan kaumnya tak jadi masuk Islam.
Rupanya dia ada cita-cita dunia melalui Islam. Dia melihat dengan mengikut
Rasulullah Saw itu peluang untuk dia menguasai Arab. Bila Bani So'soah ini
pulang, mereka menceritakan hal itu kepada seorang syeikh, orang tua diakalangan
mereka, tempat rujuk mereka juga. Kata syeikh ini, kamu melepaskan satu perkara
yang sangat besar, tiada gantinya. Apakah kamu tidak tahu, ini zaman kedatangan
seorang Nabi dari Bani Ismail. Setakat ini belum ada lagi orang lain dari Bani
Ismail mengaku Nabi. Kenapa kamu semua tidak terima dakwahnya. Bukan rezeki
mereka. Kalau tidak meekalah yang akan menjadi Ansar tapi begitu ketentuan da
pilihan Allah.
No comments:
Post a Comment